Friday, April 30, 2010

Awal suruhan ialah membaca

lemuni : membaca itu amalan mulia

awal suruhan ialah membaca
menuntut ilmu disuruh budaya
tanpa membaca
cacatlah minda
tanpa ilmu kemanalah kita
OoOo

jom lemuni,,
ayuh membaca
umi bawa balik banyak buku untuk dibaca
ko kata boring kan duduk kat rumah
meh pulun buku2 ini..

buku pertama



saksi cinta by wana amani

buku kedua



hujan rindu by anita aruszi

kali ni aku maleh nak story mory morning glory..kang kalau aku ulas setiap novel,,mesti tertransform ke format karangan 6 perenggan yang sah2 lebih 700 patah perkataan..korang beli korang baca..maleh keluarkan duit,,korang pergi menapak ke perpustakaan..kalau maleh gak,,tunggu je buku nih jatuh dari langit..apa susah..

banyak ilmu yang boleh dapat dari bacaan seperti ini..terutama yang maleh nak membaca buku ilmiah..salah seorangnya cik lemuni ni lah..siapa kata novel,, cerita love story je? terlalu banyak ilmu yang terkandung cuma diolah dalam bentuk santai je..santai2 pun novelist kena buat research dulu..mana boleh bantai je nak menggoreng..

novel pun buku gak hokei!

Thursday, April 29, 2010

Al-Fatihah

lemuni : yang pergi tetap pergi

semua sudah pasti mengetahui berita tentang industri muzik kehilangan 2 bintang dalam tempoh terdekat..pertama pemergian DIN BERAMBOI..disusuli berita pemergian vokalis kumpulan spin,,ACHIK..selepas tengok rancangan jangan tidur lagi malam semalam,,aku tergerak hati nak tulis tentang arwah yang berkaitan dengan diri aku..aku pernah meminati arwah suatu ketika dahulu..tahap aku meminati arwah,,korang renung2kan lah selepas tamat entry ini..

aku mula meminati arwah menerusi telemovie lakonan arwah yang bertajuk HELAH..sama2 dalam telemovie ni,,nana,,syura dengan ezany..sebenarnya,,aku tak pernah rancang pun nak beli cd ni..masa tu tak ada cerita yang best,,tapi mak sedara nak belanja,,main ambil je la..promote cd ni pun aku tak pernah tengok..tapi lepas tengok cerita ni,,aku mula admire arwah..hampir setiap dialog arwah aku boleh hafal..siap boleh berlakon dengan adik2 aku babak cerita tu..

bermula dengan HELAH,,aku mula cari info tentang arwah..kumpulan spin aku memang tahu kewujudannya..tapi aku langsung tak ambil tahu tentang lagu2 diorang..sejak dari itu,,aku mula mengikuti perkembangan spin..nak dijadikan cerita,,bila aku bertandang rumah adik abah,,sepupu aku ada cd kompilasi lagu2 antaranya lagu kumpulan spin..lagu yang aku ingat dok berkaraoke sama2 waktu tu,,lagu "mengusung rindu"..sedih woo lagu ni..huhu..lepas tu plak,,bila aku bertandang rumah abang abah,,sepupu aku ad cd duet arwah dengan nana..gempak malam tu berkaraoke ramai2..

take a note :

abah umi memang takkan beli majalah2 hiburan sejak aku kecil lagi sampailah sekarang..kalau nak,,majalah ilmu2 dapatla..masa tu mangga dengan urtv yang pemes..internet plak masa tu aku tak pandai lagi..aku jarang dapat berita tentang arwah..apa2 perkembangan terkini..gosip terbaru,,semua melalui tv..tapi kalau ada gambar dalam paper,,aku simpan..fanatik ke aku ni dulu?

masa form 2,,situasi pucuk dicita ulam mendatang berlaku..aku nak sangat baca novel kisah arwah dengan nana..kisah hidup diorang dari alam kanak2 sehinggalah bergelar penyanyi..satu hari,,kawan sekelas aku bawa novel tu..nampak je novel tu,,bersinar2 mata ni..aku pinjam je..tapi aku pulang terus hari yang sama..petang tu ada kelas tambahan,,yang tinggal asrama balik asrama,,yang duduk rumah balik rumah..aku je tak boleh balik rumah sebab tak ada kenderaan nak hantar aku semula ke sekolah nanti..aku duduk sorang2 dalam kelas,,khatam novel tu sementara nak tunggu kelas tambahan bermula..

masa form 3,,kawan aku bawa majalah hiburan
ke sekolah..mula2 aku tak ambil kisah pun..tak berniat pun nak pinjam..setakat majalah hiburan je..dah la kena baca sorok2..nampak ke cikgu,,tak pasal2 kena rampas..bila dah nampak ada muka arwah,,aku cepat2 mintak pinjam..aku pinjam cuma nak baca tentang arwah je..lepas siap baca,,aku terus pulang..berita masa tu pasal arwah dengan nana nak ke sabah ke atau sarawak nak buat promote album diorang dengan satu telemovie terbaru..

dapat menatap wajah arwah pun hati aku dah kembang semangkuk..muka arwah memang cute..bila menyanyi mata mesti kuyu..so swee
t!..masa tu semua member2 aku tak tahu aku admire arwah..dan sampai sekarang tiada sorang pun tahu aku pernah admire arwah suatu ketika dahulu..adik2 aku je tahu..dan kalau kawan2 aku tahu aku pernah admire arwah pun sebab aku dah bocorkan rahsia bertahun2 aku simpan melalui entry kali ini..aku tak pernah tunjuk arwah artis kegemaran aku..bila diorang bercerita tentang arwah,,aku tak join..aku cuma mendengar SAHAJA!

perkembangan arwah seterusnya aku dapat melalui melodi..arwah masa tu sedang bercinta dengan isterinya sekarang..bila aku tahu arwah dah ka
hwin,,aku dah kurang meminati arwah..ye la,,pujaan hati dah jadi suami orang ..tapi lagu2 arwah aku masih mengikuti..selepas arwah berkahwin,,lama aku tak dengar berita tentang dirinya sampai la satu hari dalam melodi,,anak sulung arwah meninggal..lepas tu,,aku langsung tak dengar berita pasal arwah..masa tu aku sibuk dengan kehidupan peribadi,,exam lagi,, nak2 lagi bila asyik kejar due date je sepanjang form six..tak sempat dah nak fikir pasal pujaan hati..bukan setakat dah tak sempat,,selintas dalam ingatan aku pun dah tak ada..huhu

lebih 2 tahun aku tak mengikuti perkembangan arwah..sampai la satu hari adik aku bagitau yang arwah dah meninggal dunia..mula2 tak percaya,,tapi bila aku belek surat khabar,,arwah kemalangan..lama aku tak dengar apa2 berita pasal arwah,,tak sangka berita arwah kemalangan dan meninggal di tempat kejadian yang aku terima..dan malam semalam,,bila aku tengok rakaman jangan tidur lagi, "Belangsukawa Achik",,sayu je..lepas ni dah tak ada mata kuyu nak menyanyi..mata kuyu dah pergi untuk selama-lamanya..lagu terbaru arwah bersama nana,,"cari ketenangan"..semoga arwah tenang di sana..

memori yang aku kumpul sepanjang aku meminati arwah..

permulaan kepada semua yang terjadi..tak silap aku lah,,cd ni aku beli masa darjah 6 sebab aku ingat lagi awal2 tahun tingkatan 1,,aku ada seorang kawan nama nina..tapi aku tak panggil nina..aku panggil nani..nani tu nama watak nana dalam helah..punya taksub kat cerita ni sampai nama kawan pun nak tukar2 ikut sedap rasa lemuni je..huhu

antara koleksi lagu yang aku kumpul..dan hafal! tak cukup print,,tulis tangan pun aku sanggup..lagu yang aku tulis tangan tu aku tau dari sepupu aku..bila tau je "hadirlah mustika" oleh spin,,terus salin lirik..tapi,,kalau suruh aku nyanyi sekarang memang banyak humming je la..tak ingat dah..


tak cukup lagu,,gambar pun ada..tapi setiap gambar mesti ada nana..nak buat macam mana,,ni pasangan ideal sejak awal pembabitan ag..fenomena gunting2 gambar pujaan,, aku dah tak praktikkan sekarang..buang masa,,buang tenaga..google je gambar2 artis yang kita admire,,kalau tak puas hati,,touch up je dengan adobe..mudah cepat efisyen!

hanya 3 orang artis lelaki je aku minat sangat2 dari dulu sampai sekarang..tapi untuk masa depan,,aku tak tahulah..arwah achik spin,,gareth gates dan mauricio ochmann..antara 3 jejaka yang berjaya menawan hati lemuni ni,,arwah achik berada di tangga paling teratas sebab aku mengikut perkembangan arwah bertahun2..huhu

semoga rohnya dicucuri rahmatNYA

Wednesday, April 28, 2010

Ya,,tetap energetic walaupun flu

lemuni : aaacomm!

2 hari diserang bersin berterusan disusuli dengan selsema...nasib baik cuma selsema manja2 je..manja2 pun 2 hari aku tak berenggang dengan sapu tangan..sorry to say,,i memang tak shuker mhuker selsema ni..batuk pun i tak shuker..apatah lagi demam..adik beradik ni memang paling tak shuker..tak shuker shuker shaker pun,,tiap2 tahun diserang simptom SBD ni..huhu..yang peliknya kali ni,,dalam selsema selera makan marvellouz..makan kenyang,,tidur lena,,mandi basah..pendek kata,,deria hidung je sakit tapi deria jiran2 hidung semua suka suki good morning..

satu je..bila janah cerita pasal mangga muda..aku tak kecur air liur! ohh,,kenapa ni? mangga muda yang masam2 rasanya,,kesukaan ku sejak dari alam rebina lagi..nak2 pulop,,pencolek tu buat sendiri..colek malas2 je..kicap+garam+gula+lada burung..pearl!! mengancam dowh! dapat setangkai mangga muda,,bentang surat khabar,,duduk bersila,,colek2 pastu masuk dalam mulut..sedap dia,,furr,,sampai timbul urat2 muka menahan kemasaman..

kat sini,,aku jarang makan mangga muda..kalau nak kena beli..tak nikmat! nak fresh dari ladang.. tapi,,bila balik kampung,,memang tu yang aku cari..pergi belakang rumah sambil heret galah..tak ada galah,,cangkul pun jadilah..keletang keletung keletang keletung bunyi buah mangga jatuh menimpa atap zink..dapat sebiji jadilah..ceh,,sound efek macam berbiji2 dapat..bukan apa,,aku ambil sebiji,,sebiji tu aku yang kupas kulit..nanti,,mak2 sedara,,sepupu2 sedara aku mesti join..mak sedara aku kofem pergi kait berbiji2 kat belakang rumah bila tak cukup dan kupas kulit..aku boleh tumpang tuah,,cuma makan je..amacam,,cerdik tak dapat anak sedara macam i ni?

pekena plak dengan buah katak puru,,*rezeki bergolek*,,fuhlamak,,besan lalu pun tak perasan! haih,,apalah nasib,,aku cerita bagai nak rak kesedapan buah masam2 ni,,air liur langsung tak kecur..dalam kepala aku cuma nak makan karbohidrat je..penangan selsema,,nasib badan (^_^')

mangga siam pon sodap!

Monday, April 26, 2010

Tak cukup tanah aku berlari

lemuni : entri yang tertulis dengan sengaja "bersambung....."

aku terlalu kejar masa ni***..tolong lambatkan perjalanan waktu..ya allah bagi aku sampai tepat pada masanya disana..mesyuarat koop ditangguhkan hampir pukul satu..aku sampai rumah pukul 1.10 minit tengahari..jadinya,,aku hanya mempunyai 20 minit sahaja untuk bersiap..pukul 1.30 minit tengahari aku mesti berada ditahap..punctual!..

dalam tempoh 20 minit masa yang berbaki,,semua kerja bagai lipas mengalami kekudungan..makan ad hoc..mandi ad hoc..sembahyang lagi ad hoc..hampir 1.30 minit tengahari..mesej zati dan disusuli mesej odan sampai..kedua2 anak adam dan hawa ni dalam perjalanan..makin aku menjadi lipas kudung..

aku balas mesej diorang "otw"..eh,,bukan aku yang balas..aku suruh adik aku yang balas balas..panaskan enjin kereta pun aku suruh adik laki aku yang buat..dan tak dilupa tolong bukak terus pintu pagar..siap2 bermake up,,salam cium umi,,masuk kereta terus drift!..huhu


sampai kat simpang jalan besar,,ya allah,,bila la kereta nak surut ni..aku tak boleh nak melintas! berapa minit terbuang kat situ sahaja..kereta dari 2 arah bertali arus..dalam standby nak melintas,,iz telefon..cakap dengan iz macam ribut..tapi aku janji lepas sampai kat tahap,,aku akan calling calling semula..memang tak cukup tanah kereta aku berlari..tu la momen paling terlaju speed kereta yang pernah aku bawa..hampir 1.45 baru sampai kat tahap..yelah,,cari parking lagi,,kena berjalan lagi..panik at tahap!

ha,,sudah..tak ada sorang pun aku kenal..cari odan tak jumpa..cari zati pun tak jumpa..aku terus calling calling iz kata dah sampai..cerita tu cerita ni..masa tengah bercakap dengan iz,,baru nampak janah lambai..nasib baik ada yang kenal..lepas tamat cakap dengan iz,,aku ke pintu masuk depan dewan..ha,,nasib baik! jumpa zati dengan mun..diorang suruh aku semak kedudukan meja..143? 143? ha,,sudah nombor aku tak ada dalam senarai dalam dewan..diorang suruh aku pergi ke blok sebelah..situ pun tempat ambil exam..

dalam hati cuak..blok pun tak tahu kat mana..tapi kalau orang tengok,,perr confident giler bakal cikgu mungkin ni berjalan!..dengan kasut tumit tinggi..melangkah dengan keanggunan dan penuh keazaman..ceh!..confident di luar,,tapi hati aku huru hara..aku ikut je kemana kaki ni melangkah..kalau hati aku suruh stop,,aku stop la..nasib baik tak sesat..ooo,,kat kelas ni tempat aku ambil exam..btw,,yang pasal high heel tu,,melecek jari kaki. ni hangpaw tau??melecek pun melecek la..siapa suruh tetapkan etika berpakaian hendaklah seperti profesion perguruan..

dalam kelas sempat lagi bermesej dengan abah..padahal exam nak start dah..hehe..pengawas yang jaga aku,, cikgu zuraidi..bekas cikgu biologi aku masa spm.."assalamualaikum cikgu,,cikgu masih kenal saya?"..bekas pelajar bio,,takkan nak buat sombong plak..cikgu zuraidi angguk sambil tersenyum..exam ni cuma 60 minit sahaja..soalan sikit je..300 soalan sahaja! memikir jawapan tak letih,,nak melorek 300 jawapan yang penat!

pukul 2.30,,aku terasa macam ada aura yang aku kenal..aku angkat kepala..tengok cikgu romely sedang buat pemantauan kat barisan aku..macam2 tau je aku sedang pandang cikgu..cikgu menunjukkan ekpresi muka terkejut sambil jari tunjuk ke arah aku..walaupun tak terkeluar kata2,tapi aku tau dari gerak bibir cikgu kata macam ni
"eh,,ada jugak kat sini"..tiba ke meja aku buat pemantauan,,cikgu cakap dengan perlahan,,"lorek jawapan cepat2..jangan pikir lama2..masa tak banyak dah ni"..



slip meja..kenangan~

kali ketiga,,aku terasa lagi aura..aku angkat lagi sekali kepala..tengok cikgu mat plak..tapi cikgu mat tak perasan aku..selepas 60 minit,,semua calon dibenarkan pulang..tapi aku tak pulang..aku cari budak2 ni..misi aku cari odan..mamat ni dah la awal2 tadi aku tak jumpa..waktu balik bayang pun tak ada..zati walaupun aku tak jumpa waktu balik,,at least aku dah jumpa awal2 tadi..cari orang lain jumpa janah,,nana,,dengan aina..aku tak boleh bla betul dengan janah ni..ayat pertama dia nampak aku,, "wei mana lepat.."sebab apa lepat?

ni sebabnya..



wei janah,,bukan aku yang kena bawa lepat..ko yang kata nak bawa..haha

tu kisah janah..lain plak kisah dengan nana..nampak muka lemuni yang bersinar2 ni terus mintak nombor telefon..sebab apa minta nombor?

ni sebabnya



tu janji aku..aku tak main2..umur aku masih panjang,,aku akan tunaikan janji ni..nampak macam budak2 kan?

lepas jumpa kepala yang gila2 ni,,aku jumpa dengan nabila,,ummi,,nad,asnida..borak2 dengan diorang sekejap je..yelah,,masing2 nak balik dah..aku sampai rumah dalam pukul 4..sampai2 rumah,,aku mesej odan..ayat aku sonang ajo..ayat menyindir "jgnkn org,,bayang en odan pun cik lemuni xnmpak"..balasan yang aku dapat pun dalam bentuk menyindir..haha! tapi,,disebabkan kelewatan aku,,terjadi sesuatu yang aku sendiri kagum terhadap dirimu,,aku akan selalu melewatkan lagi kedatanganku..lalalala..aku dan iz sahabat yang amat memahami..ko jangan risau..haha



kenangan MEdSI

tamat

Tempat impian

lemuni : tekad,,aku akan tawan puncaknya!

selama ni aku tidak tahu kewujudannya

apabila kali pertama aku melihat

hati ini telah tertawan

hati ini telah tertarik

aku menyimpannya sebagai impian

semoga impian ini terlaksana

ya,,

semoga aku diberikan kesempatan untuk menawan puncak Bukit Broga sambil
menyaksikan betapa indahnya panorama matahari terbit dan terbenam di pucak bukit tersebut

bersama insan2 tersayang berada di puncak Bukit Broga..

AMIN..



pemandangan di puncak Bukit Broga..
gambil ni aku google je..
dan satu hari nanti,,
aku akan upload sendiri gambar puncak Bukit Broga setelah berjaya menawan puncak bukit ini..

Apa yang patut dilakukan nanti?

lemuni : get ready!

minggu lepas cikgu din mesej aku menyuruh aku dan member2 yang lain meluangkan masa pada minggu ni untuk program motivasi bersama pelajar pra-u..tarikh dan masa cikgu akan hubungi setiap pelajar..ini bermakna kan,,

hari ini hari isnin..
cikgu takkan telefon sebab pelajar pra-u sedang berhoneymoon di parlimen pada saat dan ketika ini..

hari selasa..
aku rasa cikgu takkan telefon mengejut suruh datang sekolah pada hari yang sama juga..sekurang2nya,,cikgu akan telefon sehari lebih awal..

hari rabu,,khamis dan jumaat..
ini besar kemungkinan antara 3 hari tersebut cikgu akan telefon suruh datang sekolah pada keesokkannya atau 2 hari kemudian..

kesimpulannya,,aku kena bangun awal pada hari rabu dan hari khamis..memang harulah sedap2 aku tengah tidur,,cikgu telefon..memang kantoi..anak murid kesayangan sedang enak dibuai mimpi tika pelajar2 peralihan sedang bermain kejar2 mengelilingi blok sekolah..*lalalala*

Sunday, April 25, 2010

ALK pilih saya sebagai pelapis baru

lemuni : waktu pagi

pukul 8.15 pagi aku dengan umi bertolak dari rumah menuju ke dewan saujana harmoni untuk menghadiri mesyuarat koperasi..yang bangganya aku dengan mesyuarat ni sebab aku sorang je ahli paling termuda..yang kedua termuda adalah beberapa anggota yang lahir pada tahun 1988..yang lain semua umur veteran belaka..maklumlah koperasi ni koperasi warisan turun temurun..selepas mak atau ayah meninggal,,anak2 mereka akan mengambil alih keanggotaan arwah..

semasa pendaftaran,,antara perkara2 yang wajib diberi perhatian adalah

1. pastikan mendapat resit elaun kehadiran dan elaun makan
2. pastikan mendapat 2 naskah berkaitan dengan koperasi
3. pastikan mendapat sebotol air mineral
4. pastikan mendapat borang kemaskini keanggotaan kepada sesiapa yang masih belum mengemaskini keanggotaan..aku dah kemaskini,,abaikan perkara ke 4

(walaupun ayat "pastikan",,tapi semua kena ambil dengan sendiri..kena cakna sebab tak ada orang nak arah..)



minit mesyuarat yang paling penting..tak sah kedatangan anggota kalau tak dapatkan mende ni..nak mesyuarat apanya kalau minit mesyuarat tak ambil..paham tak paham lain cerita..aku sendiri kurang paham bila belek muka surat kunci kira2



bukan senang nak dapatkan naskah undang2 kecil koperasi..aku baca suku helai je muka surat..tak paham la kalau guna laras formal campur laras undang2..

kebaikan datang awal cuma senang nak pilih tempat duduk.tak payah nak gaduh2 dengan orang..sebab terlalu banyak kerusi kosong,,aku pilih port paling tepi sekali..berhampiran dengan kipas dinding..tunggu punya tunggu,,jam dah pukul 9 lebih..haih,,mesyuarat apa ni dah sejam lebih aku menunggu..naik kematu punggung ni..umi cakap,,kalau mesyuarat mula lewat pun tak boleh nak salahkan ahli lembaga pengarah (ALK)..ALK semua dah ada..kena rujuk semula ke prinsip koperasi..selagi bilangan ahli tidak memenuhi kuota,,mesyuarat tidak boleh dijalankan..argh,,kenapa la aku boleh terlupa prinsip yang ini..huhu

dalam pukul 10.30 pagi barulah mesyuarat dijalankan setelah kedatangan anggota mencapai 300 lebih..sebenarnya kan,,kalau ikutkan hati aku,,dah lama aku menghilangkan diri selepas membuat pendaftaran tadi..niat hati senang je,,datang untuk daftar..lepas tu pulang ke rumah..agak2 mesyuarat nak tamat datang balik semula..tapi kali ni tak tercapai oleh niat nak buat gitu..kalau tak sebab satu acara penting,,dah lama muka lemuni ni balik..



korang peratilah dengan teliti kenapa aku setia menanti..jawapan ada dalam gambar..

hampir pukul 1 baru mesyuarat ditangguhkan..haa,,lega..senang je mesyuarat koperasi ni..tak banyak kerenah..yang penting ada 4 perkara penting ni cukupla

pencadang mencadangkan
ada penyokong?
ada pembangkang?
cadangan ditutup!

ha,,kan senang..sekali cadang je..terus ada penyokong..pembangkang langsung tak ada..pastu terus cadangan ditutup..jimat masa..yela,,aku tau la semua2 anggota dah tak sabar2 nak balik..aku lagi la tak sabar..aku terlalu kejar masa ni***..bila saja diberitahu mesyuarat ditangguhkan maknanya dah habisla,,semua anggota serbu meja ALK..apa lagi menuntut elaun kehadiran..bab2 menuntut elaun kehadiran aku paling minat..free2 je dapat RM50..tapi dengan syarat harus ada di akhir mesyuarat..pihak ALK pun cerdik la..kalau diorang bagi masa pendaftaran,,takkan ada sesiapa dah yang akan hadir mesyuarat..sebab tu diorang bagi di akhir mesyuarat..kalau nak rm50 kena setia menanti la..huhu..

sesiapa masih belum mendapatkan makanan,,masa ni gak diorang boleh tuntut makanan menggunakan resit elaun makanan..tapi aku ambil masa mesyuarat tengah berlangsung..jimat masa tak payah nak berebut..kalau kat sekolah sah kena marah kalau tak beratur..kan sini etika beratur cuma masa pendaftaran awal pagi je..huhu..



momen2 sepanjang mesyuarat berlangsung,,kalau sesiapa yang tak kenal Dato' Lau Lee DIMP (Adun Kawasan Damak)..gambar beliau ada diatas..gambar yang pertama sekali..dalam ucapan beliau,,beliau memberikan sumbangan rm1000 untuk derma pelajaran anak anggota..

bercakap mengenai pengalaman cik lemuni bersama koperasi,,

ni merupakan koperasi pertama yang aku sertai..hanya pertama bila melibatkan orang ramai..ecece,,macam dah besar aku ni..masuk koperasi yang keanggotaan melibatkan orang2 dewasa dan rata2 anggota dah mempunyai cucu cicit dah pun..TAPI bukan koperasi pertama yang aku sertai dalam sejarah kewujudan koperasi..koperasi serbaguna lata kasah merupakan koperasi kedua selepas koperasi smkps..

sejarah aku bersama koop smkps selama 5 tahun..bermula dari form 1 sampai form 5..banyak jasa koop smkps dengan aku..3 tahun aku dapat pulangan dividen yang lumayan..dalam tempoh 5 tahun juga,,hanya 2 3 orang je tau dividen yang aku dapat..yang lain semua aku rahsiakan..entah2 aku jadi anggota koop pun diorang tak tahu..

tahun pertama,,masa form 1..keanggotaan aku belum mencapai tempoh matang..so aku tak layak mendapat sebarang dividen..koop smkps hanya menetapkan sehingga rm 1ooo sahaja jumlah saham..anggota2 yang lain melabur dalam beberapa ringgit sahaja..umi suruh aku masukkan rm 1000 terus..ramai yang tak perasan tentang ni..hanya beberapa orang pelajar je jumlah saham diorang sebaris dengan jumlah saham guru2 smkps..

masuk tahun kedua,,masa form 2..bila dividen dikeluarkan..nama aku tak ada dalam senarai nama2 pelajar yang menerima dividen..masa rehat,,aku kena panggil ke bilik guru..cikgu suruh aku tandatangan berkaitan dengan dividen..cikgu tanya,,aku nak ambil sekarang atau nak suruh cikgu hantar ke rumah je..bila tengok jumlah,,mak datuk!!..tak berani aku nak pegang..aku suruh cikgu hantar ke rumah je..begitula situasi sampai aku form 5..tiap kali pemberian dividen aku mesti dipanggil ke bilik guru..dan dividen akan dihantar oleh mana2 guru yang tinggal berhampiran dengan aku..

tahun pertama :
tempoh keanggotaan masih tidak matang

tahun kedua :
dividen pertama,,rm600..shopping baju2 raya untuk 5 beradik..jimat duit abah umi

tahun ketiga :
aku tak ingat berapa..

tahun keempat :
rm 400..beli handset..sampai sekarang handset tu masih digunakan..kenangan dividen

tahun kelima :
tak dapat dividen..aku tutup keanggotaan..dapat balik rm 1000

cuma aku tak sempat masuk koop smj je..aku cuma berada di smj setahun setengah je..huhu :(

bersambung.......

Saturday, April 24, 2010

Entry akan menjadi sejarah selepas hari ini..

lemuni : meh story mory morning glory sikit..

lemuni ada cerita2 untuk hari ini tapi lemuni tak ada kudrat nak bercerita

korang paham2 je la aku ni

aku kalau dah mengarang mesti syok sendiri

entry lemuni menggunakan konsep berperenggan peranggan penangan 14 tahun menerima pendidikan formal
dimana setiap satu perenggan akan mempunyai 5 hingga 10 ke 15 baris.

nilah konsep yang cuba aku ketengahkan dalam



nampak tak yang aku underlined with darah punya kaler..tu la trademarknya..bermasa2 aku fikir..macam mana bermasa2 gak aku fikir nak timbulkan LEMUNI

korang sekali tekan je ye..

kalau boleh akses tu maknanya aku punya storyboard dengan screenshot dah siap la..

kalau tak boleh akses maknanya storyboard punya cerita masih dalam kepala lemuni ..


lemuni sedang menjiwai instrumental richard clayderman untuk mempercepatkan proses ketiduran
today is a letih deh!

Monday, April 19, 2010

Tooth or Teeth..mana 1 single+ular ye?

lemuni : bilangan gigi tak sama mcm orang..huhu

zaman kanak2 rebina,,youtube mana ada..

bercakap mengenai gigi,,tahukan anda bahawa masyarakat barat mempercayai kewujudan tooth fairy? adakah anda tahu? saya semestinya telah lama mengetahui ekoran penangan cerita kartun hollywood sejak zaman kanak2 rebina..walaupun saya amat mempercayai bulat2 apa yang dimomok dalam cerita2 kartun tersebut,,tetapi saya tak pernah terfikir untuk menyimpan setiap batang gigi yang tercabut di bawah bantal dengan harapan tooth fairy akan menziarahi saya di kala saya sedang enak menyulam mimpi menjadi cinderella..

tapi,,zaman dah moden,,dunia dah maju,,,,

insyaallah,,hari jumaat ni aku akan mengiringi adik bongsuku pergi menemani doktor gigi yang sungguh cantik orangnya..muda lagi tau..percayalah!! masalahnya sekarang ni,,bongsu cakap dia takut nak pergi jumpa doktor melainkan umi yang menemaninya..demand punya adik..kakak awok nak teman ni kira bernasib baik.....!!

dengan suara penuh keibuan,,umi pun tanya kenapa takut nak pergi jumpa doktor? doktor buat lemah lembut je..tak sakit pun..dengan suara yang pot pet pot pet,,mata menghala ke adamaya,,bongsu pun berkata "dalam happy tree friends cara doktor cabut gigi tu dasat..takut la doktor wat macam tu nanti"



yoo!!!!
jangankan adik aku,,
aku pun seriau kalau zaman kanak2 rebina dihidangkan dengan cerita kartun yang sungguh "sopan" jalan ceritanya..
nak klasifikasikan sebagai apa?
tontonan umum sah2 rejek dari awal...huhu

Saturday, April 17, 2010

Lemuni in WonderLand

lemuni : plot cerita sentiasa melompat..aku pun tak paham..

di dalam satu bilik kuliah,,lecture sedang memberi penerangan tentang ilmu pembedahan..eh,,masa bila plak aku ambil jurusan kedoktoran ni? tapi yang tak selesanya,,aku terpaksa berkongsi kerusi dengan seseorang..sungguh menjengkelkan!! argh!! tak selesa nak tumpukan perhatian..kejap lagi nak exam..takkan nak kongsi kerusi macam ni? ooyeah!! kat belakang sekali ada tempat kosong..tamat kuliah ni,,aku nak pindah ke belakang..by hook or by crook tetap nak duduk kat belakang nanti..sakit belikat punggung ni berkongsi kerusi..

class dismiss!

"awak,,nak no tel boleh?? saya tak ada nombor awak"

aku tengok dia tulis nama iqbal atas kertas yang aku hulurkan..oo nama dia iqbal..sambil menulis no tel,,mulut iqbal tak berhenti2 berceloteh,,

"saya mmg tau awak tak ada no tel saya..tapi saya nak ic awak terus..saya dengar desus2 awak nak pindah..tu yang saya tak jadi nak mintak..takpelah..nanti awak dah buat ic baru..bagi kat saya ye"..

err,,apa kaitan plak si iqbal ni nak no ic aku?? malaun mana plak bagitau aku nak pindah ni..

plot dilompatkan


peperiksaan bahasa melayu stpm :

hmm,,giliran aku ambil exam round yang kedua..round ke 2 pun,,aku boleh duduk sekali dengan yang ambil round pertama..cuma tak boleh bising..tak boleh tolong diorang..sambil2 tunggu diorang jawab exam,,aku dengan sorang member dok bergurau senyap2..kejap2 dok kacau yang ambil exam..psstt..psstt..

"muscle cell dalam bahasa ape die?"

ha?? muscle cell..bukan ke exam bm ni? kenapa boleh tersasar muscle cell...aku mula panjangkan leher..eh,,apasal muka semua kelat semacam..masa banyak lagi,,tapi rata2 dah siap jawab..dan ada yang dah balik pun!

second round..

banyak ni je yang ambil exam? aku malas nak kisah..bukak2 kertas soalan,,soalan karangan satu soalan je..no choice..what!! Tajuk : ALAM BUNIAN..aku mana pernah kaji alam bunian..takkan aku nak karang tentang alam bunian..dan kenapa soalan alih teks ada sampai yang dah bagi jawapan..aku terus belek ke helaian terakhir.."cikgu,,kertas saya nape ada tulisan pelik2 ni??" sesuatu yang pelik bakal terjadi..

plot dilompatkan..
di kawasan sungai


"saya tahu kamu2 semua tak dapat nak jawab soalan karangan tu kan?? tajuknya alam bunian..untuk ke alam bunian,,kamu perlu tahu beberapa perkara yang mesti dan tidak boleh dilakukan"..

kenapa muka cikgu ni terlalu hodoh..dan kenapa kami semua masih berani dan masih tekun mendengar penjelasannya..

"sebelum ke alam bunian,,apa yang perlu kamu makan terlebih dahulu??"

aku masih pelik..kenapa jarak kami dengan cikgu terlalu jauh..kami dihalang oleh sebatang sungai..cikgu diseberang sana..kami diseberang sini..tapi,,kami masih mampu mendengar setiap patah perkataan dengan jelas walaupun tanpa menggunakan pembesar suara..

"kamu hanya perlu makan telur sahaja sebelum ke alam bunian..soalannya seterusnya,,sekirannya kamu berhadapan dengan sungai,,apa yang perlu kamu lakukan "

.cikgu pandang muka kami satu persatu..kami hanya mampu mengeleng kepala..

"caranya adalah,,dengan merendamkan rambut kamu ke dalam air dan libaskan ke udara"

aku tengok menggerbangnya rambut cikgu ni dan dalam sekelip mata,,wajah yang hodoh bertukar cantik sesaat..

dikawasan hutan
waktu senja


ini bukan nak jawab exam! ini dah sesuatu yang lain..tapi yang bestnya,,member2 laki aku yang 2 3 orang semua muka baby face..hehe..wei muni,,sempat lagi ko ek dalam keadaan yang serba pelik ni..aku terus terjah "dia" yang boleh digroupkan sebagai laki hensem..

"awak reti bawa bus kan..sekarang ni nyawa kami semua ditangan awak..cepat awak,,tolong bawa bas ni..keluarkan kami semua dari hutan ni!!"

member2 perempuan semua bagi arahan samada bas harus ke kiri atau ke kanan..maklumlah "dia" bawa bas sambil mengundur walaupun puas aku menjerit suruh betulkan posisi bas..huh! tak makan saman "dia" ni..

keadaan semakin genting!

"korang janganlah tinggalkan saya"..aku masih tak habis mencantas pokok ni dengan pisau cukur..tapi kenapa batang pokok ni terlalu lembut..ahh,,abaikan..cuma korang janganlah hilang dari pandangan aku.."wei korang?!!"..lagi lama aku kat sini,,aku mesti akan kehilangan diorang..tak semene2,,ulu pisau cukur patah..aku terus berlari tinggalkan pokok itu...

"mana member2 yang lain?" tanya aku kepada "dia"..oo,,mereka semua dah ada dalam bus.."dah cepat!! kita harus gerak sekarang.."..aku tengok "dia" semakin jauh kedepan meninggalkan aku jauh kebelakang..hati ni rasa berdebar bila melihatkan keadaan bas yang sudah lain macam.."awak!! jangan pergi dekat bas!!"..bas tu..bas tu..ah,,ni tak boleh jadi,,kita dah terkeluar anak tekak jerit,,"dia" sedap2 semakin melajukan langkah..aku terus berlari selaju yang mungkin..tolak "dia" ke tepi..

"DUMPP!"


"awak,,bas meletup!! member kita awak!! diorang dalam bas!!"..aku menjerit sambil jari telunjuk ke arah bas..dalam masa yang sama,, aku ternampak makhluk sedang berdiri di dalam bas yang sedang marak dijilat api..kami berdua bangun dan berjalan ke arah bas tu..aku pandang "dia" minta penjelasan..semua ni tak masuk akal! tiba2 "dia" berkata "awak,,mana pisau cukur tu..serahkan pisau cukur tu pada makhluk dalam bas..ni je cara nak mengembalikan member2 kita"..dalam keadaan tergamam,,aku serahkan pisau cukur kepada makhluk tu.."ulu pisau cukur?"..aku baru ingat,,ulu pisau cukur ni dah tercabut..aku berlari kembali ke pokok tersebut,,ambil ulu pisau cukur dan serahkan kepada makhluk tu..secara tiba2,,semua member2 aku dalam bas yang meletup tadi hidup kembali..tak boleh diterima akal..

dunia kita mana?


aku kena terima..sekarang aku bukan berada di dunia aku..ni dunia mereka! tolong,,aku nak kembali ke dunia asal!.."awak,,jaga baik2 lampu suluh ni..ni milik orang asli..hanya ni je cara kita nak kembali ke dunia kita.."..eh..kenapa tiba2 ada kotak ni? ni macam barang2 milik hang tuah..kami semua angkat barang tersebut dan meneruskan perjalanan dalam hutan pada waktu malam..kenapa lain macam je keadaan dalam hutan ni? kenapa aku rasa macam tengah mendaki tangga..disebabkan aku pemegang amanah lampu suluh,,aku kena berada dibelakang sekali.."kita dah nak sampai ke dunia kita!"..jerit yang berada di depan sekali..

akhirnya..

setelah pintu dibuka,,kami berada disebuah bilik..yes!! dunia kami!!

"skang tahun bila?"

aku terus periksa kalender..fuh nasib baik..masih berada di tahun ni..maklumlah berada di dunia mereka menyebabkan aku kerisauan kalau2 kami mempercepatkan tahun..huhu..

TAPI,,

nak tak nak aku dengan member2 kena masuk pasukan sorak secara tiba2...argghh!..kurang asam kumpulan lawan..tahu lah korang king of the pom pom girl..tak payah la nak tunjuk bagus..kumpulan sorak aku cuma tepuk tangan je..apalagi,,BOOO! yang dapat..kami ada kejutan..pom pom girl bukan sekadar pom pom girl bagi kami..kami adalah super duper pom pom girl! member lelaki bermain gitar dan drum..member perempuan jadi pasukan sorak..semua tercengang melihat kumpulan kami..pom pom girl ada band tersendiri! waaalah!..

dan sekarang aku terfikir,,betapa susahnya bm stpm ni kalau hanya satu tajuk tanpa pilihan..macam mana aku nak skor kalau tajuk alam bunian.....!! siapa pula iqbal? dan siapa pula "dia" yang hensem tu? makhluk tu?? bagaimana aku boleh tercampak ke dunia mereka? berada di dalam hutan.?? dan pengakhiran,,kenapa tiba2 aku dalam pasukan sorak? pasukan sorak ada band tersendiri!!..semua ini tak masuk akal tau tak!!

lemuni..lemuni..bangun!!
ha? bangun?
semua itu hanya mimpi??
that's right baby
jadi semua itu hanya mimpi
ya iyalah masa ya iya dong
duren aja dibelah bukan dibedong

Friday, April 16, 2010

Esokkan..esokkan..hehe

lemuni : berita tak disangka..

iz kata nak jumpa esok

nurul kata mana boleh jumpa..bukannya cuti

iz kata kalau nak jumpa gak?

nurul kata ipoh dengan jerantut bukan dekat..takkan nak balik hari kot..

iz kata tunggu esok

nurul kata iz kat mana skang

iz kata kat jerantut

haa?

haha!
iz balik!!
tak sangka betul..
senyap2 je balik..
tak bagitau nurul pun..
sampai2 rumah baru telefon kata ada kat jerantut..
esok boleh jumpa!
:)

Thursday, April 15, 2010

MEdSI menjalinkan ukhwah persahabatan :)

lemuni : Malaysian Educators Selection Inventory

agaknya lah kan,,kalau laman web mpm ditransform menjadi plaza tol sungai besi harini,,fuhh,,berkepuk2 ringgit malaysia mampu diraih..cuba korang masuk laman mpm harini,,maunya berasap enjin2 hati korang..punyalah ramai warganegara malaysia yang celik it..wei la,,apasal korang ni suka2 buat traffic jam kat laman mpm..bukannya best pun laman tu..korang buatla traffic jam kat pesbuk ke..mespes ke..tapi janganlah buat traffic jam kat laman mpm ye untuk 2 3 hari ni..bagi la keadaan traffic yang lancar untuk aku lalu ye..lalalala

ni la penangan SEMAKAN MEdSI kalau korang nak tau..line2 internet yang datang dari utara barat dan timur,,menghala ke laman mpm semuanya mengalami keadaan traffic yang amat kritikal seawal jam 12.00 tengahari sehinggala berlarutan selama beberapa hari yang aku tak boleh ramal..berasap hati aku sejak dari pukul 2.00 petang tadi.. tak lepas2 nak mengakses laman mpm..

pukul 2 lebih tadi aku mesej izzati dengan odan..ayat paling penting la aku guna untuk hari yang paling penting.."ko dh cek ke medsi? "..jawapan izzati : "aku xg cc ag"..jawapan odan : "umah aku xde broadband..xle nk on9"..sonang cito,,2 2 member aku ni tak tau lagi layak ke tak menduduki medsi 24 april ni

memang menguji kesabaran aku harini..setiap jam aku mengakses laman mpm..tapi jawapan yang aku dapat sonang ajo "page still loading"..wokeh la,,aku boleh terima la..maklumla bukan aku sorang yang nak akses laman ni..ramai lagi yang mengakses..aku pergi sembahyang dan makan dulu..sebelum tu,,odan mesej aku,,"bro..gua dpt medsi..akak gua yg cek tadi"..jadinya,,ko tak payah pening kepala dah nak handle kerenah line ni..huhu

pukul 3,,"page still loading"..waa..ini dah lebih maa..berapa lama nak loading ni..aku layan she-wolf pun page still loading..tutup cerita ketika tu..aku merajuk dengan line! line ding dong!! gerammm! umi kata sabar je la..sekarang ni waktu puncak..ramai la yang guna..lagi pun tak lari kemananya medsi tu..esok boleh try la..masalahnya umi,,kakak dah tak sabar nak tahu..lama menunggu tarikh ni..dapat ke tak tu lain cerita..huhu

pukul 4,,ketepikan merajuk..hatiku tetap tak sabar nak tahu keputusan..dapat ke tak. ye?.lagi sekali.."page still loading"..arrgghh!!..aku on9 pesbuk,,semua meluahkan kegeraman sebab tak dapat on9..dalam ramai2 member,,hanya odan je yang tahu keputusan..yang lain masih menahan kesabaran..sabar itu separuh daripada iman..cool down lemuni..

selepas asar,,odan mesej aku tanya dah dapat cek ke belum..dengan hampanya aku bagitau "line ding dong..mcm2 dh ak wat tp page still loading.."..odan bagitau nana dengan cha dapat gak medsi..wei la,,member2 ku kini sudah menarik nafas lega..aku je kacau bilau..masuk pula mesej din tanya dapat medsi ke tak..waa!! aku tak dapat nak akses macam mana nak bagitau dapat ke tak..aku bagi jawapan sama macam aku bagi jawapan kat odan..

"meh aku tlg ko..ko bagi je ic ko"..bunga2 harapan mula bertunas..tak payah pikir panjang ok.. member dah nak tolong..aku pun dah pening kepala nak handle line yang ding dong bell ni sejak pukul 2.00 petang lagi..tak lama kemudian,,mesej din masuk "tahniah! ko dpt medsi..sama waktu mcm nana dgn odan"..aku tabik la ko din..kuat betul line internet kat maktab ko..terima kasih banyak2!

apalagi,,aku tunjuk mesej din kat umi,,forward mesej din untuk iz,,bagitau odan dan izzati,,hantar mesej kat abah yang 24 april ni anaknya kena ambil medsi..abah reply "boleh wat..study sikit nanti" ..hurmm,,kakak nak study apa ek?



buat yang terbaik..dapat temuduga atau tak serahkan padaNYA kerana setiap percaturanNYA ada hikmah tersembunyi

Catatan penuh emosi..

lemuni : :(

2 hari lepas selepas pukul 12.30 tengah malam..aku tergerak hati nak bagi ikan supper..mesti ikan2 pelik,,sepanjang hayat diorang mana pernah bagi supper..kalau dinner tu wajibla la..macam mana aku tak tergerak hati,,masa petik suis lampu tandas,,aku tengok ikan2 semua aktif lagi..sepatutnya masa tu diorang dah tidur..aku tau la ikan tidur macam mana..apa,,ikan tak tidur ke walaupun berumah dalam air

pukul 9.15 pagi keesokkannya,,aku bangun tidur terus santapkan ikan2 dengan breakfast..dalam hati aku,,baik termenung kejap depan akuarium..tengok gelagat2 ikan..tapi,,nafsu nak on9 lagi tinggi..siap2 bagi ikan2 breakfast,,aku terus on9..masa on9,,yang aku dengar bising2 kat luar cuma bunyi kocakan air..maklumlah perut kenyang,,tu sebab ikan2 buat aksi akrobatik dalam air..

pukul 12.30 tengahhari..keadaan masih seperti biasa..sambil2 tengok wanita hari ini,,mata menjeling sambil main kenyit2 dan auu cak auu cak dengan ikan2..mesti ikan2 kata,,anak tuan kita ni macam tak nak berapa betul je hari ni..selepas tu,,aku terus ambil kunci kereta dan bergegas keluar..urgent cases!

pukul 2.30 petang..aku baru reti nak balik rumah..aku tak tahu samada aku yang menjerit atau adik aku yang menjerit "ikan dah mati!!"..tak pelah,,seekor je yang mati..senang lagi hati..ala,,relax je la..memang dah biasa kalau seekor yang mati..tapi aku pelik,,apasal air keruh je..sebelum keluar rumah tadi,,bukan ke jernih..tilik punya tilik,,"aarrr,,8 ekor mati serentak!!"

tahap panic janganla cakap..8 ekor mati beramai2..yang tercungap2 pun masih banyak..selepas dibuat post-mortem,,punca2 kematian adalah kerana

bukan perbuatan khianat
bukan terlebih makan
bukan pencemaran air

TAPI!!

pam utama telah rosak..
tiub pam sokongan tercabut dan tak mampu beroperasi sebagai sokongan untuk membekalkan oksigen kepada kaum2 ikan..

ALTERNATIFNYA

tutup suis pam utama bagi mengelakkan litar pintas
sambung semula tiub pam sokongan
terpaksa meminjam pam utama kaum2 udang..
(terima kasih kaum2 udang sebab sudi bagi pinjam pam..nasib baik korang tak terapung..huhu)
asingkan ikan2 yang dah mati dan yang masih berjuang meneruskan hidup..
(relakan pemergiannya)
hantar report kat abah tentang apa yang terjadi..

sebelum dikebumikan..

tinggal kenangan..


kisah hidup mereka yang telah pergi pernah disiarkan pada rancangan lepas..
ikutilah siaran ulangannya

"sian ikan2 yang ni umi..yang galok2 seme dah mati.."

walaupun hanya haiwan belaan,,tapi bila dia dah tinggalkan kita,,sebagai tuan,,perasaan sedih tu tetap ada..sejak aku ambil alih tugas bagi makan kat ikan2,,memang rasa sedih bila tengok mati beramai2..kalau aku tak ambil kisah tak apa la..sebelum ni,,waktu2 malam,,memang selalu perhati gelagat2 ikan sambil tengok tv atau sambil bermessage..aku boleh kenal pasti mana yang galok,,makan gelojoh,,makan bersopan,,mana yang suka yang wat air berkocak,,mana yang suka mengharu birukan semua batu2 yang disusun dalam akuarium..sekarang ni tinggal saki baki yang tercunggap2 semalam yang masih diberi kesempatan untuk hidup..

"setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptaNYA.."

Thursday, April 8, 2010

Ayat penyata yang paling panas..........!

lemuni : ni rupanya baja itu

dengan ini aku mengisytiharkan bahawa

i'm totally falling in love

sebelum ni aku pernah tanya macam mana nak tunaskan perasaan itu

puas aku mencari

puas aku merasai

tapi masih menemui jalan buntu

penantian aku akhirnya,,

macam ni rupanya jatuh cinta

hidup aku kini dipenuhi dengan keriangan melodi

sekali lagi,,

i'm totally falling in love with you, music!

meh kita berkenalan dengan cinta hati lemuni



betul la ni

aku jatuh cinta dengan lagu2 wali band

ni la lagu kumpulan indon pertama yang aku suka secara keseluruhannya

muka tak ada bintang tak pe

asalkan suara 300 bintang

bombastik!!

jauh disudut hati :
berapa lama la cinta kali ni boleh bertahan
alahai..

Wednesday, April 7, 2010

Jwpn kpd dinginnya aku dgn rancangan itu..

lemuni : huh!!

"dia tak sepatutnya disingkirkan"

ayat yang paling paling paling aku menyampah sekali!!
ayat paling glemer nih korang boleh dapat free2 je selepas detik penyingkiran peserta realiti tv..
tak kisah la tv berapa pun..

hello!!
korang masuk bertanding rancangan realiti tv takpayah nak kesian2 la..
aku sebagai penonton nak kesian takpe la yang tersingkir tu..
belum tentu lagi aku nak kesian

nak menang kan?
buat cara nak menang je
guna cara paling adil
jangan guna cara haram dah la

kalau dah berminggu berturut2 semua peserta yang kekal kata,

"dia tak sepatutnya disingkirkan"

haa..
elok sangat la..
biar semua jadi pemenang senang cerita..
tak payah susah2 berlatih..
tak payah susah2 bertanding..
sharing is caring kan..

sejak maghrib tadi,,
dah bergelas2 air mineral aku minum..
cuaca yang tengah panas atau hati aku yang tengah panas?

Monday, April 5, 2010

Mood : Happy ^_^

lemuni : selamat tengah hari semua kengkawan kengkawan..

mood budak nih :
happy!! go!! lucky!! *twinktwinktwink*

satu kelebihan aku,,aku boleh cam bunyi kenderaan milik abah dan umi..walaupun ada tiga buah kereta dalam rumah ni,,kemampuan aku untuk men"detect" bunyi hanya 2 buah kereta tidak boleh dipertikaikan lagi..teror la tu ,,2/3 daripada 3/3..ceritanya macam nih,, sedang khusyuk dan tawaduk meng"hanger" baju di ampaian pada pukul 11.30 pagi..korang jangan kata apekehel anak dara jemur kain tengah hari gajah okie! aku sibuk buat kerja2 suri yang lain dulu di awal pagi..tiba2 kedengaran bunyi sayup2 yang aku sungguh cam sejak dari zaman aku boleh bertatih lagi..vroomm..vroomm..macam tu la bunyi kereta buatan malaysia yang pertama di malaysia..eh,,abah?? cepatnya sampai?

"abah bertolak pukul berapa ag nih?"

"pukul 7 ag..ni angkat barang2 nih..dalam plastik tu ada baju kakak"

baju?? oooyeeaahh!!!! kain pasang dah men"transform"kan diri menjadi baju..baju..err baju..entah..aku pun tak tau baju apa..meh kita selongkar baju apa kah yang terhasil..pelik betul budak nih..tempah baju pun tak tahu baju apa yang terhasil..sebelum aku tunjuk baju apa yang terhasil,,biar aku story mory sikit kenapa aku tak tahu what kind of baju yang terhasil..begini ceritanya,,

dalam entry terdahulu,,aku bingung nak buat baju apa dengan kain pasang nih..congak punya congak,,aku serahkan 100% kat mak lang nak buat baju apa pun..anak saudara jenis tak kisah..mak lang dah buat baju untuk aku sejak aku kecil lagi..citarasa mak lang,,citarasa aku gak..yang penting jadi baju..lepas tu umi bayar la upah..hehe..kain pasang ni pelik sikit tu sebab umi serahkan kat mak lang suruh jahit..sebelum2 ni,,mak lang potong kain umi yang jahit..mak lang potong kain mak lang juga yang jahit..umi potong kain umi juga yang jahit..umi potong kain mak lang tak ada lagi rasanya jahit kain umi potong..

ni kain yang pertama yang menjadi baju kurung riau,,kain susur belakang..



terus terang aku cakap,,ni la baju kurung berwarna merah jambu pertama yang aku ada..perempuan2 lain,,kompem tahap dewa punya mesti berlambak baju kurung warna merah jambu..sebab aku tak ada warna merah jambu la aku pilih warna nih..kalau tak berlambak lagi warna2 lain yang ada masa tu..tinggal pilih je..persoalannya : aku nih pilih kain pasang berdasarkan corak ke atau koleksi warna apa lagi yang aku tak ada?

ni kain yang kedua yang menjadi baju kurung riau,,kain susur kanan..



ni juga koleksi pertama aku dalam almari..bukan sebab warna atau corak..tapi jenis kain nih..aku tak ada lagi jenis opel..so,,ni la kain opel..korang jangan pandang sebelah mata kain opel ni..corak je agak2 tak berapa lawa..tapi harga mak datuk!! sampai ratusan ringgit peniaga boleh letak..bila kita pakai jenis kain ni,,umpama pakai baju tapi macam tak pakai baju..tak paham? maksudnya,, jarang la dik oii..kena pakai kain alas..kalau sarung macam tu je,,sendiri mau ingat la kalau semua asyik pandang korang je..

dua2 pasang baju diatas jenis cekak kat tangan kan?
itu fesyen maa..
pasni aku nak buat cekak musang kat leher plak

tadi aku ada cakap,,kenapa kain2 diatas agak pelik kan? ni story mory morning glory..aku akan guna kata nama am : kain okie? memang asalnya kain sebelum jadi baju.. walaupun aku cakap kain opel tu mahal,,kain warna merah jambu pun boleh dianggap mahal tapi tak la mahal sebenarnya walaupun harga yang sebenarnya teramatlah mahal..aku boleh beli dengan harga yang murah sebab dilabel sebagai kain lelong..owh! amat2 la kesian..bukan kesian kat aku la! peniaga kain tu yang kesian..aku teramat beruntung tau..

kedai kain peniaga ni terbakar..berapa banyak rugi,,aku tak sempat nak bertanya la plak..tapi pada firasat aku,,memang terlalu rugi..jual kain2 yang bermutu tinggi..harga pun mesti bermutu tinggi..tapi nak buat macam mana..peniaga sangka panas sampai ke petang,,rupanya api telah menyambar perniagaannya.nak cover balik rugi tu,,peniaga ni jual semula kain2 yang sempat diselamatkan oleh pihak bomba..kalau nak jual kain mahal yang sudah berbau asap,,ada kesan terbakar sini sikit,,sana sikit dengan harga asal memang orang takkan pandang la..nak tak nak terpaksa jual dengan harga paling murah..rugi tu memang rugi..tapi kalau tak jual lagi rugi..yang tak rugi hanya pembeli je..

waktu aku pergi tu,,macam YES plak..berduyung2 umat manusia yang gila kain pasang..padahal lelong kain je..kain yang harga beratus2 ringgit boleh dijual bawah daripada rm50..masalahnya cuma kain itu ada kesan terbakar sikit..pakar jahit kain boleh outer kesan yang terbakar tu..bukan kain pasang je aku borong,,dengan tudung2 sekali aku borong..tudung yang lip lap lip lap tu,,cuba korang pergi kedai..berapa harga sepasang??..mesti rm50 ke atas kan..aku dapat beli rm10 sepasang..seronok giler!!..kalau setakat bau asap,,aku balik rendam softlan..tak ada halnya..berliannya masih berkilau..orang cakap tudung berlian aku mahal2 harga,,padahal murah sangat..aku takkan guna pakai "biar papa asal bergaya"..korang cuma perlu pandai pilih dan cari tempat je..nak bergaya tak semestinya kena perabis duit..

aku dapat bershopping sakan kain2 murah ni semuanya jasa mok ngoh.
:)

Sunday, April 4, 2010

Tanya la nape aku pilih warna merah..

lemuni : meja oh meja

semalam dengan jayanya,,aktiviti mengemas meja study secara gempur berjaya dilakukan..sebelum2 ni,,aku hanya buang sikit2 debu..puhh puhh puhh..setel! pastu susun2 buku..susun biar setinggi eiffel tower..biar tinggi janji kemas..janji tak tumbang mencium bumi..entah semangat apa semalam..siap2 bangun tidur terus kemas meja..tu la muni,,kan dah cakap,,tidur petang mewakili keisingan..semangat apa la yang merasuk semalam..



ni hasilnya selepas pengemaskinian dilakukan..cantik tak? kemas tak? ni baru dinamakan meja study anak dara..gambar sebelum? emm,,tak payah la.."terlalu kemas dan cantik keadaannya"..biasanya,,tempat study la tempat paling afdal kan korang letak gambar2 yang tersayang..dulu aku kat sekolah pun kaunselor suruh letak gambar sebagai pemangkin semangat..jangan asyik letak gambar boipren je..tulis kata2 cinta je..letak gambar2 impian sekali..tapikan,,aku tak minat letak gambar2 orang nih..gambar boleh buat aku angau.kalau dah angau,,mula tersenyum sorang2..memang parah la jiwa mental..

cara aku nak menaikkan semangat senang je..letak sesuatu yang berkaitan dengan orang yang kita sayang..sesuatu tu mewakili dirinya..kalau letak gambar orang tak ada thrill la..dalam gambar diatas tu,,korang perasan tak,, ada beberapa helai kertas..tu bukan nota2 hokey!.tak kuasa aku nak letak nota bawah plastik meja..bukan aku baca pun..setiap helaian tu membawa maksud yang tersendiri..tak lupa la juga mewakili orang2 yang aku sayang..

yang pertama,,
nampak tak yang macam poskad tu..yang bertulis 2.00,,1.00..tu tiket masuk muzium..aku tau la korang kalau tiket2 ni,,semua campak masuk "Gunalah Saya"..aku nak campak masuk Gunalah Saya pun tengok gak tiket2 tu macam mana..kalau tiket yang betul2 sampah je aku buang..kalau tiket yang betul2 kenangan aku akan simpan..tiket2 tu mewakili keluarga aku..tiket dewasa mewakili abah dan umi..tiket kanak2 mewakili adik2ku..semangat yang aku dapat melalui tiket2 tu ialah bercuti!! ooyeah!! saya suka bercuti!! lemuni,,belajar rajin2..setiap hujung tahun,,ajak abah umi pergi cuti2 malaysia..wow,,semangat mengeratkan hubungan kekeluargaan!!

yang kedua,,
yang ni aku pernah publish dalam entri terdahulu..korang carilah balik..aku pun tak ingat bulan berapa entri tu..lukisan tu mewakili persahabatan aku dengan cucum..ribuan terima kasih kepada cucum sebab hadiahkan aku lukisan ni..sebenarnya,,dalam erti kata yang sebenarnya,,bukan hadiahkan..aku yang paksa cucum lukis untuk aku sebagai hadiah hari jadi..hehe..payah nak tengok geng2 kayu dalam lukisan melukis..syabas cucum!! walaupun aku tau ko spesis dengan aku bab2 lukisan ni..tapi lukisan ni memang superbb!! dalam lukisan tu disertakan dengan nama2 yang mewarnai kehidupan aku..

dhines,,
izzati,,
izzah,,
faiz,,
zul,,
din,,
rusdan,,
nadiah


korang sahabat aku terbaik!! walaupun sebahagian nama diatas berjauhan daripada aku,,korang tetap bagi aku semangat suruh belajar baik2..buat yang terbaik..

yang ketiga,,
kalau dah terpapar gambar kapal..hehe..tak lain dan tak bukan cik abang lemuni la..la korang ni,,buat terpikir2 plak..encik iz la..boleh sangat kalau aku nak letak gambar iz..tapi aku kan dah cakap tadi,,gambar boleh buat aku angau..haha..lagipun,,aku jenis yang sentimental value..kebetulan iz bagi aku gambar kapal ni..sebenarnya ni bukan gambar tapi cover depan assignment iz yang pertama kot..iz fotostet lebih satu bagi kat aku..sambil2 study pandang kertas ni..walaupun tak nampak muka tapi nampak sesuatu yang ada kaitan dengan dirinya,,tu pun dah terubat rindu :) *rindu*

yang keempat dan kelima,,
2 helai kertas yang berwarna hijau yang korang nampak tu mewakili diri penulis..penulis memperkenalkan diri sebagai LEMUNI..tu cuma kata2 yang hanya dipandang sepi sekiranya kita sendiri tidak memberikan nyawa kepada kata2 tersebut..cewahhh! ala,,senang cerita tu kata2 hikmah..kertas pertama dalam bahasa shekspeare yang bertajuk : Reasons To Smile..kertas kedua dalam bahasa zaba yang bertajuk : Perkara Ajaib Dalam Diri Manusia..kita bukan setakat kena jadikan orang2 tersayang sebagai pemangkin semangat tetapi diri sendiri pun perlu walaupun kita tahu kemampuan diri kita tak sehebat untuk dijadikan pemangkin semangat kepada orang lain..kita berbangga dengan diri sendiri pun dah ok..ni aku yang cakap..bukan para2 pujangga yang memujanggakan setiap madah2 yang bercakap..*dahmengarutnih*

tadi aku dah menghampakan korang sebab tak nak tunjuk gambar keadaan meja sebelum terjadinya selepas kan? meh la aku tunjuk gambar meja study paling kemas didunia yang diambil pada tahun lepas..haha!

TADAA!!



ni bukan aku yang amik gambar ye..ni semua angkara adik2 aku..aku tinggal kejap je meja study..mula la snap situ..snap sini..aku tengah serabut nak siapkan nota pp tak ada masa dan tak ada maknanya nak ajak meja bergambar..waktu ni,, ag beberapa bulan nak stpm..dah masuk tengah tahun dah..memang dah tak lama dah la nak stpm..tapi serius aku cakap,,ni baru aku nak buat nota dengan serius..selama ni mana aku buat nota pp..salin nota cikgu tu dah kira buat nota la..haha..hafal pun sekadar hafal..tapi kalau cikgu tanya yang aku hafal tu letaknnya bawah tajuk apa..mulala buat muka blurr..nak belek nota pun aku tak terbelek sebab tak tahu letak kat mana..huhu..aku nak bocor rahsia sekarang ni..mana tau cikgu pp aku terbaca blog ni..

"cikgu,,serius ni saya cakap..saya tak pernah buat nota2 ringkas utk subjek cikgu..saya anggap menyalin nota nota cikgu tu dah sama dengan buat nota ringkas..beberapa bulan nak exam,,baru saya buat nota..barulah nampak tajuk yang saya hafal tu letaknnya bawah apa..mesti cikgu kata cara saya ni memang akan buat saya jem masa exam nanti..saat2 akhir semua nak sumbat masuk dalam otak..saya cuma cakap gini kat hati saya,,jangan menyesal..masa masih ada..sempat lagi nak ubah keadaan..selagi kertas pp stpm masih belum ada depan mata saya,,selagi tu saya masih ada masa "

moral of the story :
korang jangan buat macam yang aku buat..aku pun taubat dah tak nak buat macam ni lagi pada masa akan datang..pastikan buat persiapan dari awal2 lagi..

ni yang aku tak suka cakap2 banyak nih..memang akan menyimpang dari topik asal..topik asalnya,,meja tu memang serabut kan..aku tak suka serabut ni..tapi nak buat macam mana,,masa study semua benda nak dilambakan..memang serabut la..aku pun dah serabut sekarang ni tengok gaya penulisan aku yang cenderung ke format keserabutan..muni!! cikgu tak pernah ajar ko format serabut ok..ko je nak menyerabut ilmu yang tak serabut..huhu

ok..nite!