Tuesday, April 21, 2009

Selamat tinggal pujaan..

lemuni :tengah konfuzing..sape yg harus aku dengar..

hampir menitik embun mutiara di wajahku..akhirnya,, aku telah dilarang sama sekali untuk ria sempurna seperti wanita lain..bermula saat ni,, aku hanya mampu menahan rasa hati..menahan keinginan hati...

maafkan muni..
bukan bermaksud muni melupakan mu..
betapa hancurnya hati ini..
dengan keputusan pihak ketiga..
muni terpaksa..
untuk kebaikan diri muni..
untuk kebaikan insan2 yang amat menyayangi diri muni..
biarla kita berjauhan..
1 hari nanti..
bila muni dah mampu melompat macam yang lain..
muni akan bersamamu....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
selamat tinggal
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sepatuku...hehe

sebelum berangkat :
heel 4' ak pakai nanti..
geram punya pasal

Sunday, April 19, 2009

Tingkat 3, kelas no 6, tepi tangga ye..

lemuni :6 AWR


PEMEGANG AWARD SETIAP MINGGU BERTURUT-TURUT
pandangan dari luar kelas
group kanan, kat sini ada 5 aspuri dan 3 dara..disinilah ada pegawas sekolah, ajk f6, ketua kelas, ajk kelas..
group tengah..kat sini 4 aspuri dan 3 chinese girl..kat sini ada pemegang pointer no 1 dalam tingkatan, ajk majalah sekolah, pegawas sekolah, pegawas library, dan penolong ketua kelas
group kiri..seorang dara, seorang indian girl, 3 teruna, dan 2 chinese boy.. disini juga ada pegawas sekolah, pegawas library, ketua ajk f6, pemain badminton..aku nak promote ni,, ni group aku..group kepala layan..haha.
ni plak teman setia aku..aku masuk kelas,,dia dah setia menanti..aku tak letak pape pun..nak hayati sucinya putih mewakili hati..haha..ni la padahnya,, tukang beli cover plak tengah hangat berasmara..dengan aku dapat tempiasnya..

beralih plak ke sudut bacaan yang berada dibawah pengawasan aku..
serius aku kata,,setakat ni,,aku tak habis pulun ag ilmu2 atas rak ni..seingat aku,,baru 3 buah baru aku khatam..huhu
ni plak hasil idea aku..aku tatau nak stylokan macam mana sudut ni,,aku buat macam ampaian kain..hehe..emm,,berapa banyak ek paku yang aku bengkokkan??..huhu
artikel ni plak usaha sama aku dengan dhines..aku bukukan surat khabar,,dia wat cover..tulisan pun dah jadi ala2 india..hehe..

beralih plak ke aksesori kelas

memang kelas gituu,,tempat pembersihan...siap berpagar lagi..hehe,,boleh kira berapa banyak cap jari aku kat penyapu ni..tu bukti menunjukkan kerajinan aku..haha


agak2,, berapa banyak kelas di malaysia ada hiasan macam ni..hurmmm??


time table paling gedabak dalam tingkatan..sure nampak punya...


cuba engkorang baca kata2 berpintal kat atas..kali pertama aku didedahkan memang split tongue..tp sekarang aku dah expert nak menyebutnya..

sebelum berangkat :
tata..

Friday, April 17, 2009

Tq to my team

lemuni : ku kutip pengalaman pertama

hari pertama,,

aku dapat bahan2 yang sementah2nya..



aku kena merumuskan satu modul dalam masa beberapa jam je..memang mulut aku tak habis2 mengomel..budak2 lain sama je macam aku..siap mengeluh..habis dibelek modul tu..modul hampir lunyai..habuk tarak paham..huhu

hari ke-2,,

mujur aku tak migrain..aku tak tahu berapa banyak indah kiat multi-purpose paper aku dah bazirkan...dari modul yang fresh dari ladang tu..rentang dari segala penyakit..aku transfomerkan point2 ke dalam bentuk bill gates's system...tadaa!!

sekejap je hasil gate's system ni suci..lepas aku projek bersamanya..terus jadi janDA...hehe

hari ke-3,,

takkan nak persembahkan kepada orang ramai dalam bentuk janDA kan..tak syok la kalau gitu..walaupun aku jadikan ia janDA,, aku akan pastikan janDA ini membantu aku untuk proses seterusnya..dengan kepakaran dimiliki..aku cantum semua point2 untuk jadi sebuah cerita..maklum la aku ni,,major dalam morfologi..minor dalam sintaksis..tak ada masalah bab2 mencantum ni..tada!!!

agak2 engkorang la,, aku cantum macam mana ek?? dah cantum pun masih beranak panah??

hari ke-4 hingga ke-5,,

aku rasa,, serabut alam la kalau tak kronologikan semua titik peluh kami and the member...dengan kemudahan bilik akses,, aku bersama2 dengan nabila telah dilantik sebagai mesin patuk ayam secara tak rasmi untuk mengkronologikan semua hasil usaha diatas...tada!!!

kemas,,tersusun kan?? buah hati ni lah yang aku dok kilik sepanjang latihan..sian dia..abis ternoda dari yang suci bersih dapat kat aku..huhu

hari ke-6 ,,

semua yang dapat kat aku pasti jadi janDA..macam mana aku nak upgrade ''janDA' ni yer?? socrates jap..hmm..ha!! dan tak lupa,, tada!!


amacam?? mengacam tak janDA yang kelesuan tadi,,aku kasi upgrade jadi janDA hapPENING..ni milik aku..barang siapa yang berani mencuit walaupun 1 gigitan cikugelnya,, kuasa otomen akan menghukum anda...AAA TTTT!!!

hari yang penuh debaran,,

"jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi dan jangan pula meletakkan harapan yang terlalu rendah..kalah menang tu perkara ke dua..yang penting buat yang terbaik..
dah berada di atas pentas,, baca ayat2 yang mana patut,,cikgu yakin dengan kemampuan kamu.." semangat yang diberikan oleh cikgu Din

kami menguasai pentas..


tadi baru mukadimah..ni baru aku nak cerita..bertempat di SMK Padang Piol telah berlangsung Karnival Koakademik Bahasa Melayu Peringkat Daerah Jerantut yang telah berlangsung selama 2 hari dari 6 hingga 7 April 2009..aku mewakili sekolah dalam pertandingan forum..peserta2 yang terlibat ialah

pengerusi : hajar
panel pertama : lemuni
panel kedua : nabila
panel ketiga : izzati
panel simpanan : shikin

aku mewakili panel2 yang lain mengucapkan jutaan terima kasih kepada
En Kamaruddin dan Cik Faeizah

kerana bimbingan dan tunjuk ajar daripada mereka,,kami berjaya pulang sebagai pemenang tempat ketiga..

sebelum berangkat :
tgn terkapit kat pintu
huhu

Friday, April 10, 2009

Nasib baik tak malu bertanya..

lemuni : minggu motivasi then motibasi..huhu

kali ni pn. rafidah berubah angin,, suruh aku buat pengumuman awal2 pagi..time muet masuk bilik gerakan..kalau aku,,dhines,,odan,,nizam ,,aliff berkumpul,, memang mengekek la ketawa kami jawabnya..so,,dalam bilik gerakan,,kelas aku ditayangkan video speaking...mulalah kepala2 layan kami berlima..tengah2 dok ketawa ngan diorang...padahal video masih ditayangkan,,tiba2..

"muni and dhines,,both of you come here.."

ha sudah...tu la tak pay attention..rupa2nya pn. rafidah suruh kami berdua masuk staff room ambil buku muet..tepi mesin fotostet,,dalam almari besi,,rak ke bla..bla..bla..

dengan konfidennya,,lagak dengan gayanya,,dhines melangkah untuk ke staff room..aku yang polow dari belakang,,jadi socrates jap..

"staff room?? ade ke staff room kat sekolah ni??"

aku terpaksa melajukan langkah kanan dan langkah kiriku sebab member aku ni memang langkah panjang...aku tanya aci ni,,

"ko tau ke mana staff room??konfident je aku tgk ko jalan"

"aku xtau gak,,rasanya sebelah bilik guru"

dalam hati,,

"sebelah bilik guru bukan bilik peperiksaan ker??"

tiba di sebelah bilik guru yang dianggap "staff room"

dhines dah stat membebel sorang2

"sebelah mesin fotostet ada almari..tp bilik ni sebelah mesin fotostet tak ada almari..sebelah kot"

baru aku nak buka mulut,,aii,,cepat betul dia ubah laluan..aku dah lagi pelik..

"bukan ker tu bilik en kamaruddin..sejak bilik transform jadi staff room?"

yang paling aku tak leh blah,,gaya kami berdua macam pencuri..terngendap2 kepala nampak,,badan tak nampak..padahal selama ni bilik en kamaruddin bilik paling selumber pelajar2nya masuk..tak tau kenapa hari tu dok mengendap..

"ha!! mengendap ape tu!!"

kantoi!!kena cekup dengan en hazwan..nak cover keadaan,, aku bagi laluan pada dhines suruh cerita sebab kami mengendap...sejibik si dhines ni ulang balik arahan pn. rafidah siap dengan gaya almari tu macam mana bentuknya...lama bersoal jawab dengan cikgu ni..dengan gaya cikgu melonggarkan tie,,menyisingkan lengan baju,,macam nak bertomoi je..haha..soalan penutup,,

"emm..cikgu tau tak mane bilik staf??"

"bilik staf??emm..entahlah saya pon tak tau.."

cekadak betul la! cikgu ni cikgu praktikal,,tapi soal jawab punya lama..rupanya cikgu pon macam kami gak..last2 kami masuk bilik guru,,tanya kat mana staff room..engkorang nak tahu..gamat bilik guru pas kami tanya soalan tu.."bilik guru = staff room"..baru betul,, sebelah mesin fotostet ada almari besi..nak cover malu,,cepat2 amik buku..cepat2 keluar dari "staff room"..

masuk bilik gerakan,,cerita kat budak2 ni..sakan diorang ketawa..kuren asam tol!!

aku takkan lupa "staff room"..haha

sebelum berangkat :
esok sek ganti..huhu

Saturday, April 4, 2009

6 dalam 1

lemuni : diari hari ini..

catatan pertama

smart giler mamat ni..aku tak dapat cari perkataan handsome kat mamat ni tapi aku tau dia memang smart...smart taraf giler..bukan mamat ni giler smart..huhu..dengan kemeja berjalur menegak menjadikan dia kelihatan cukup bergaya..ditambah pula dengan slack hitam yang tiada sebarang kekedutan..rambut yang shinning selepas mengenakan minyak rambut baby johnson...perfecto!..tapi,,malang sungguh...maaf yer mamat smart giler..aku terpaksa menarik kembali semua pujian aku tanpa notis bila lihat sport shoes yang ko kenakan..ko ni,, atas dah smart..yang ko pergi pakai sport shoes tu aperkehelnyer...nak bersukan ek?? apapun penampilan ko terus terencat bila aku tengok sport shoes ko tu...

catatan kedua

"nape ngan kucen ni??tiba2 dok bergesel2 kat bag aku..tengok,die kenyit mata kat aku.."

"muni,,ko aty2 cikit..tu kucen jantan..tengah gile meroyan..tu sebab dari tadi dok bergesel2 kat bag ko sambil main mate"

"erkss??"

terbantut niat aku nak bagi satu pelukan kat kucing tu bila hajar nasihat sedemikian..err,,kucing pon gila meroyan ke??

catatan ketiga

woo!!! zina mata!! astaga...huhu..aku lihat..eh bukan..aku terlihat..satu err...err..seorang jejaka bola sepak tengah salin baju...bukan aku pergi mengintai ye..dah dia salin kat tempat terbuka..huhu..nasib baik salin baju jer..kalau salin semua,,memang la "situasai ini menjatuhkan aku"..ko punya pasal la ni nadia menarik perhatian suruh aku tertengok..huhu...

catatan keempat

fifi,,setahun sudah ku tak ketemu dirimu..apa rahsiamu..makin putih aku tengok..ko pakai fair and lovely ker?? ker olay?? tak pun nivea?? kongsi2 la dengan aku..sebagai seorang wanita,,tergugat tengok ko makin putih..hehe

catatan kelima

kesian pengantin aku tengok..tengok persembahan silat dibawah sinaran suria menegak..si pengapit pula alahai,,lembut bebenar nyer tolong kipaskan..betul2 penderaan bagi raja sehari..duduk dibawah sinaran suria ditambah pula dengan pakaian songket..azab!! turn aku nanti,,aku takkan buat silly mistake macam pengantin tu...

catatan keenam

aku kekenyangan..tidur persis sleeping beauty..nasib baik aku sleeping beauty malaysia..kalau sleeping beauty betul,,akan datang seorang prince untuk.....err,,pikir sendiri la..tetiba terasa kulit ku dah senipis kulit bawang..huhu

sebelum barangkat
esok sek ag..huhu

Friday, April 3, 2009

Cikgu

lemuni : minggu membakukan bahasa baku

aku sebenarnya berperasaan amat bangga sekali dalam minggu ni,,salah satu hari minggu ni..nak tahu kenapa?? sebab nyer kerani sekolah aku panggil aku cikgu..hehe..kerani tu ingat aku cikgu praktikal kot..gini ceritanyer..

minggu ni minggu aku dok ponteng memoteng kelas..diriku tak risau sebab diriku takkan kena tindakan disiplin pon walaupun 5 hari tak masuk kelas..best kan??

alkisahnya...aku dengan member2 aku yang lain sibuk buat latihan..nak buat di kantin..ooo,,please!! nak buat di kelas,,kelas tak ada aircond..demand kan?? alang2 ber "demand" aku pergi buat di pejabat..kelasss gitu!! dapat duduk di sofa empuk umpama memanjakan diri dengan mesin ogawa..bestnyer sebab sofa tu hanya untuk menyambut tetamu kehormat jer,,ada aircon..cool!! sambil2 buat latihan dengan pengetua dok sibuk didepan dengan mesin fotokopi...sulember blue hippo je kami..


datang la kerani ni...

"cikgu-cikgu tengah tunggu sape?? ada temujanji ker??"

aku dah tercengang dah masa tu..lidah terkelu..hanya pandangan mata je menikam pandangan kerani tu...im speechless...dunno what to say..huhu

nasib baik kekeluan aku diselamatkan oleh shikin..

"yang cikgu tu jer (sambil tunjuk ke arah cikgu)..kami berempat masih pelajar"..

ditambah oleh nadia..

"kami juga adalah bakal2 cikgu"

hujah ni disokong oleh cikgu faezah

"semoga masin mulut kamu..amin"

kerani tu tersenyum2 la diatas ketidaksengajaan memanggil kami "cikgu"

kiranya terselit la kebanggaan dalam diri ni..ada gak tokoh muka2 sebagai bakal guru..hehe..aku rasa,, ni la sebabnyer ketidaksengajaan boleh berlaku..

pakaian kami bebas...bebas dalam kawasan sekolah la...kang pikir lain plak..huhu

gaya kami..cewahh..macam dah habis belajar je..

tempat kami buat latihan bukan sebarang tempat.."DIBENARKAN MASUK HANYA KERANA URUSAN SAHAJA"

tudung kami..umpama berlian refflesia...berkilauan dalam pejabat..hanya cikgu jer boleh pakai berlian2 ni..tapi kami...hehe

sebelum berangkat :
panahan mata korang buatkan
aku berdebar-debar