Thursday, June 25, 2009

Panas hati

lemuni : xpasal2 aku mogok today!

ni yang aku paling lemah nak pergi seminar kat ****..tak habis2 tradisi kena angkat meja kerusi dari dulu lagi..aku ingat sebagai pelajar luar pergi2 terus dapat tempat..sakit hati betul..pergi2 tak ada meja,,tak ada kerusi..apa ni?? nak sambut pelajar dari luar macam ni ke?? memang panas hati la aku sepanjang minggu seminar..dah la kena naik atas pentas,,pergi belakang pentas,,turun tangga kat bilik bawah tanah..ni semua semata2 nak pergi ambil meja..engkorang bayangkan..bilik bawah tanah tu dah la gelap..sistem pengudaraan pon teruk..nak angkat meja lagi..nak masuk tak boleh ramai2..kalau selisih kena bagi laluan la..kalau sorang 2 aku tak kisah la..ni sekolah aku hantar 1 bas..punya la sesak kat bilik bawah tanah tu..kesudahannya,, setiap pagi aku akan mencuka dulu kalau kena angkat meja..

kepada siapa2 yang terasa pedas(hanya ditujukan kepada pelajar sahaja),,jangan melenting..jangan marah..ni pandangan aku sebagai pelajar luar..bukan begini caranya nak sambut rakan2 dari sekolah lain..aku dengan member baik aku tak reti nak jawab apa bila member2 yang lain tanya kenapa sambutan macam gini yang korang bagi..huhu..cukup lah sekadar meja kerusi disediakan..baru sejuk hati...

****terpaksa dirahsiakan bagi menjaga sensitiviti persekolahan



Friday, June 12, 2009

Tidurlah wahai mata

lemuni : salam jumaat semua

baru je aku matikan suis lampu dan akhirnya disaat aku hampir mencapai kelenaan..KLIK!! suis lampu bilik aku dipetik..

"KAKAK!! BANGUN!!"

tidur aku dah mencapai fasa gangguan..dengan mata terpejam,,tangan aku tercari2 selimut...eee,,manalah selimut ni..dah dapat capai selimut,, bukan nak berbungkus dalam selimut, tapi aku terus selimutkan muka aku bagi menahan silauan cahaya lampu...dengan mata terpejam,, aku pun mula mengomel,,

"hmm,,nak ape??"

"bangunlah kakak!! umi suh atar g sek.."

hah! tercelik aku bila aku disuruh drive pagi2 gini..uuhh..tak boleh..aku sangat2 mengantuk ni..

"kakak mengantuk sangat ni..suh org len je la..."

bila aku tak bagi sebarang respon,, adik laki aku pun keluar nak merepot kat umi aku..yes! sambung balik tidur..baru nak terlena..

"KAKAKKKK!!!!"

adus..bingit telinga..pergi sorang datang plak yang bongsu..suara dah lah macam speaker..kali ni aku capai bantai plak nak tutup telinga..tah apa lah yang si bongsu tu dok membebel,,aku wat tak tau pun..yang penting aku nak tidur...

senyap....

aku tersenyum kemenangan bila adik bongsu keluar marah2 sebab aku tak layan pun..baru aku nak sambung tidur...adus! dengan lampu terpasang, pintu bilik tak ditutup,, mana aku boleh tidur..huhu..dengan fikiran yang hanya 10% je waras,,aku bangun dengan malas sambil peluk bantal,,peluk selimut..pergi tutup pintu..pergi tutup suis lampu...

disaat kepala aku baru mencecah bantal,, aku rasa nak ketawa plak.. mana taknya,, si bongsu tu pergi kacau plak kakak dia sorang lagi tidur..entah apa la yang dia dok membebel sampai ke bilik aku pun boleh terdengar walaupun tak begitu jelas butir percakapan...

malas nak layan dah..
akhirnya,, aku tidur dengan lena..zzZZZZZZZZZzzzz


sebelum berangkat :
nak siapkan keje sek..huhu

Wednesday, June 10, 2009

Hye everybody!

lemuni : berblogging jap..

mula2 sekali aku nak ucapkan selamat berskool holiday..halal yer ek walaupun sekolah dah nak buka pun..better late than never,,right? entry terlast aku pun 2 bulan yang lepas kan..yeke?? dah lama sangat aku tak berblog..bukan tak nak tapi aku keburuan waktu nak on9..banyak event yang berlaku sebaik saja bulan mei melayarkan tirainya sampailah bulan mei melabuhkan tirainya.

aku agak keberatan nak cerita satu2..bapaknyer panjang nanti..kalau aku cerita dengan detail satu persatu,,maunyer tenggelam semua entry aku yang old edition tu..huhu..so, let me concise all the event..

1 Mei 2009

.::.ruang dan kesempatan untuk berjumpa iz setelah sebulan lebih terpisah.::.

2 Mei 2009

.::.aku ke kuantan-kemaman.::.
ni saja2 je family aku berjalan nak habiskan masa cuti..mula2 singgah kat kuantan..pas dah boring kat kuantan,, pergi plak ke kemaman..jalan2 aje..huhu


5 Mei 2009

.::.Muet 800/2.::.
ada ke patut aku dapat topik yang paling mementingkan diri di dunia..last2 second round,,aku candidate pertama yang bangkang tajuk sendiri..tak pe murtad tajuk,,asalkan aku ada hujah..haha


7 Mei 2009

.::.Trip guru2 ke Kuala Lumpur.::.
terasa diri nak jadi cikgu plak..so aku pun join la sekaki..manela tau,, kot2 terkena tempias jadi guru..hahaha

12 Mei 2009-15 Mei 2009

.::.mengendalikan slot bersama pelajar pra-u.::.
pra-u nampak bersetail penggunaannyer(pra-u merujuk kpd lower 6)..aku memang bizi..bukan bizi body tapi seyes punya bizi disebabkan aku ajk tertinggi..papepun aku senang hati sebab ajk2 yang lain tak bantah pun aku set couple diorang..

19 Mei 2009-29 Mei 2009

.::.mid-year exam.::.
ni aku tak payah cerita semua orang pun tau ape itu "mid-year exam"..huhu

30 Mei 2009-1 Jun 2009

.::.trip ke Pulau Pinang.::.
habis exam aku terus fly ke penang..dapatla aku kenal apa itu pasembur sebutan baku..pasembuq orang penang kate..baru 3 hari kat penang,, tapi bila nak order makanan,,terkeluaq loghat penang..hehe

aku coret sampai sini dulu..ada masa,ruang, dan kesempatan,,aku cuba cerita dengan panjang lebaq sekali uplode gambar ok!

sebelum berangkat :
ak menanti ole2 loni..hehe