Sunday, January 31, 2010

Siapa dia bagi lemuni

lemuni : his name is.....









ladies!! korang melt like an ice-cream bila tengok hero korea..aku stoneheart bila tengok hero korea..hanya jejaka ni sahaja lah yang mampu buat aku,, aduhai,,cair macam iceberg..huhu..the way he smile,,ayoi,,soooo cuwitttt dowh!! amacam,, hero pilihan aku?..boleh lawan tak hero feveret korang?

Bola itu bulat..

lemuni : bola yang sebiji tu la yang dikejarnya..cuba bagi bola satu sorang,,tak mau plak kejar

pembaca berita :

salam sejahtera..radio televisyen malaysia telah mendapat hak penyiaran rasmi piala dunia 2010..sebanyak 35 perlawanan akan disiarkan secara langsung terus dari afrika selatan di 2 buah stesen rtm..dengan itu,,salam 1 malaysia..

kesan makro seantero malaysia :

uuuu,,cepatnya masa berlalu..FIFA 2010 akan bermula tak lama lagi..nampaknya,,akan terjadi fenomena mata zombi la sepanjang demam bola..makan bola,,mandi bola,,tidur bola..bagi para pelajar,,semakin banyak mc akan diambil..makin tebal la buku rekod kedatangan dengan mc para pelajar..kalau tak ada mc,,ni plak alasannya,, "cikgu,,saya sakit kepala..berpusing2 dunia bile bangun pagi semalam"..atau mungkin juga "cikgu,,saya tertinggal bas..jam loceng dah abis bateri upenya..tu yang bangun lambat"..

bagi para penganggur,,akan berlaku fenomena kecelaruan waktu tidur..waktu siang tidur tak ingat dunia..waktu malam maka bermula adegan "malam masih mude beb..kite enjoy bola!"..gerai2 mamak akan tutup pada waktu siang..tetapi akan tumbuh bagai cendawan selepas hujan pada waktu malam..bagi yang ada bajet,,terpampang skrin putih bagi 1 niat yang sama..bagi warung2 diceruk kampung,,beli sepapan kain putih ikat di pokok kelapa dengan 1 niat yang sama..

kesan mikro malaysian :

yup aku la tu..siapa cakap aku tak suka sukan..aku suka tau..tapi dalam kes aku ni spesial sikit..maklumlah insan terpilih sahaja..hehe..suka aku terhadap sukan bola hanya datang selepas 4 tahun sahaja..masa nilah aura ke"bola"an menderu2 masuk ke dalam diri ini..

my feveret team?
hmm,,apa ek?? mana2 player yang boleh buat aku tangkap leleh,,tu la feveret team..menang kalah perkara ke dua..

persediaan aku menghadapi fifa?
hmm,,tak ada sebarang persediaan yang tergesa2..faktor bertukar menjadi kelawar di tengah2 mlm tanpa perlu tidur siang hari mmg dah phD..dah bertahun diamalkan..tahun ni nak asah je dalam usaha nak dapatkan pangkat profesor emeritus

tumpuan kepada fifa nanti?
hmm,,bukan tumpuan yang 100% semasa perlawanan nanti,,"wei,,aku bagi tumpuan 100%,,tv tengok aku la jawabnya"..mungkin 60:40..60% kepada fifa,,40% kepada yang akan dibahagikan kepada beberapa pecahan yang berkemungkinan seperti makan minum,,on9,,manja2..mungkin jugak 40:60..40% kepada seperti yang dinyatakan dalam 60%..60% kepada seperti yang dinyatakan dalam 40%..

reaksi bila bola digolkan?
hmm,,kalau aku tak miss la detik keemasan tu,,aku akan tepuk tangan..yeah! give a very very very big applause..kalau tak nak VVV big applause,, aku akan VVV big clapping..kalau tak pun VVV big hugging to my candy.."u teman i tau malam tu candy..u dok sebelah i.."

adakah hidup akan berubah dalam tempoh fifa?
hmm,,tak tau lah..walaupun aku akan jumpa player2 yang aduhai,,terpaut la katakan..aku tak kan sampai nak gunting gambar dalam surat khabar letak bawak bantal..buang masa..dari aku simpan gambar orang yang aku minat tapi haram sampai ke akhirat dia tak kenal aku,,baik aku simpan gambar orang yang aku minat,,dia pun minat kat aku..bahasa kampungnya,,in relationship la..

team yang akan menjuarai perlawanan kali ini?
mana2 team pun aku tak kisah..kan aku dah cakap kalah menang perkara ke 2..dah,,jangan ulang soalan yang sama..

kata2 akhir untuk semua negara yang akan bertanding?
majulah sukan bola untuk negara anda..




bila la fifa nak jadikan malaysia sebagai tuan rumah?

Friday, January 29, 2010

Peristiwa

lemuni : jumaat,, penghulu segala hari

peristiwa first

waktu2 petang memang sedap tidur..korang jangan amalkan..aku amalkan sebab semua kerja dah beres..baru nak bermimpi,,pintu terbuka dari luar,,"kakak nak kuar ke x? kita beli terus hp tu"..

"hp?" tercelik terus mata dengar hp.."duit kakak mane cukup ag..kan perjanjian kita hujung bulan 2"

"guna duit umi dulu.."

yes!! sayangg umi..perancangan aku telah diawalkan..soal tidur tolak tepi..betul la,,tidur tu ngade2 je..dapat sesuatu yang mengujakan,,tah lari ke mana nafsu tidur..memang ngade2 la tidur ni..sebelum kami adik beradik nak tukar hp baru,,satu perjanjian telah dibuat..umi akan sponser rm200 sahaja..diulangi rm200 SAHAJA! selebihnya pandai2 kumpul sendiri..aku berjaya kumpul rm200 sahaja..campur sponser yang umi bagi dah jadi rm400..rm400 mana cukup dowh..satu lagi jalan keluar,,tiap2 bulan abah bagi elaun..nak tak nak,,elaun 3 bulan aku guna..sekarang ni perancangan aku dah terlaksanakan..perancangan seterusnya,,macam mana aku nak hidup dalam tempoh 3 bulan tanpa elaun..hadoi..huhu

peristiwa second

abah nak ajar anak dara sulung ni cara2 shopping di pasar tani..mesti korang kata,,orang perempuan kalau tak reti shopping wat malu kaum je..eleh,,kalau setakat window shopping bukan test aku ok..prinsip hidup lemuni,,tak ada istilah window shopping..ada duit shopping..tak ada duit,,duduk diam..ni bukan nak shopping lady stuff ok..memang terror la abah nak ajar cara2 shopping lady stuff..haha..abah expert dalam shopping barang2 basah..dalam jangka masa terdekat ni,,aku akan mengorbankan waktu tidur pagi (doa2kan ye) untuk pergi shopping di pasar tani..lemuni akan jadi pelajar semula..belajar memilih dan mengenali nama2 ikan,,nama sayur,,nama2 ayam,,dan nama seangkatan dengannya lah..aku boleh berangan dah la nak jadi anak,,isteri,,dan ibu mithali..haha

"kakak,,g beli kat mak cik (tah name lupe)..kat situ sayur2 die murah..tak pun kakak g beli kat mak kawan kakak"

"abah terang sekarang pun,,macam la kakak ingat..kali terakhir kakak g,,3tahun yang lepas"

bagus kan aku..kali terakhir pergi pasar tani 3 tahun yang lepas..hehe

peristiwa third

tahap keseleraan cik lemuni agak payah untuk sampai ke tahap phD..kalau tahap ijazah,,baru je grad..nak masuk tahap master,,jauh panggang dari api la jawabnya..naik je waktu malam,, dia lebih suka makan nasi+kicap+telur goreng dari lauk2 yang ada..ni bukan program bersamamu ye..nak buat macam mana,,menu sebegitu lebih sedap pada waktu malam..menu aku malam ni,,nasi putih+kicap+telur goreng bersama2 dengan setengah gelas jus oren,,sesuku gelas susu..amacam,,menepati piramid makanan tak? tapi tolong lah,,jangan kata aku diet,,aku hempuk kang dengan mouse ni..

"ko diet ke??"

"haha,,wei,,ko xyah r ckp perkataan diet ngn aku..nek geli jantung penkreas ni..klu dengar dek abang aku,,maunye tersedak dia"

peristiwa fourth

yup! aku addicted gile dengan blog sekarang..bukan blog aku..kalau aku addicted ngn blog sendiri,,maunya 10 entry aku karang dalam sehari..addicted ngn blog orang lain..bahasa omputihnya,,blog walking..bahasa kampungnya,,sesawang berjalan..dalam sehari,,berapa banyak blog aku baca..antara blog kaum hawa dengan blog kaum adam,, terlalu banyak perbezaan..kaum hawa lebih banyak kepada emosi dan perasaan..semua diluahkan dan dinyatakan..kaum adam lebih kepada apa yang difikirkan..emosi dan perasaan bukan pilihan yang utama..apa2 pun,,blog cetusan si pemilik..ikut dia la nak tulis apa2 pun..yang penting jangan melibat perkara sensitif..tapi,,kalau nak try jadi tahanan ISA cubala..

peristiwa fifth

aduyaii..sense of movie suam2 kuku je..tak bersungguh betul la insan bernama lemuni ni dalam mengkhatamkan drama korean.."wei muni,,orang lain kalau tengok hero korea mesti tangkap leleh,,tak sabar2 nak tau ending..yang ko ni,,tak tau tangkap pe..tak bersungguh nak tau ending.." cd yang hanya 10 keping,,berhari2 masa aku amik nak habis..tak pelah,,malam ni aku khatam la..lagi dua keping je ag.. kang mengamuk plak hati lemuni..hati yang beria2 nak tengok..lemuni steady je..

yeay!! selepas tiga hari aku berperang dengan celcom,,akhir rm10 kunjung tiba jua maghrib tadi

Thursday, January 28, 2010

Ush tesion..tak baik utk kesihatan

lemuni :bukan tension pun padahal..

tension (dalam bahasa kampungnya,,tekanan) aku gini..waktu2 malam,,mana boleh banyak tekanan..ini akan menganggu proses aku nak tidur..bila terganggu,,mata tak boleh pejam,,bila tak boleh pejam,,akan terkebil2 sorang diri atas katil sambil mengira kelajuan pusingan kipas..masa tu baru la nak memerah otak mengingat kembali formula mama fazi..bila jawapannya tidak akan berjaya mengingati semula,,mulalah tangan akan teraba2 bawah bantal mencari telefon..tapi nak kacau sape??selepas menimbang tara,,naluri hati berkata "tak payah kaco sape2,,kekgi kan langsung tak tido"..langkah drastik yang diambil ialah dengan memejamkan mata sambil mulut terkumat-kamit berdoa..ya! tu yang akan terjadi beberapa jam dari sekarang..

tapi sekarang,,tension yang pertama..

mana pergi rm10 yang aku baru reload..sampai sekarang tak selamat tiba lagi..ni memang tension tahap dewa..celcom rm10 bukan sikit ea..kalau bergayut,,hampir sejam la yang berjaya dikumpul..sekarang ni masalahnya,,1 habuk message dari celcom tak kunjung tiba..ikutkan hati,,memang nak campak je telefon..err,,campak atas katil je la..tersalah campak,,menangis tak berlagu la jawabnya..so sekarang ni,,tunggu dan lihat je..celcom celcom..haih..huhu

tension ke dua..

malam ni aurora korean singgah dalam hati..lama tol dah tak gian dengan drama korean..orang kata,,hero korea superb beb! orang kata,,bukan aku kata..sebab,,nak kata handsome,,semua mata sepet2,,rambut macam tempurung kelapa..ala,,sebab kulit cerah melepak tu yang market..tak kisahlah,,janji nak tengok..dvd player plak bermasalah..tension2..nasib baik ada laptop..tu untung ada teknologi yang pelbagai..yeah! layan sampai habis..dan sekarang,,masalah datang tanpa segan2 plak..tak tau la nama sains IT nye apa,,tempat masukkan cd tak boleh bukak..aigoo..



jangan tanya kesopanan yang tahap mana aku dah wat sehingga terbuka menda alah diatas.

tension ke tiga..

dah 2 hari aku bertengkar dengan ia pink..ia pink name glemer katanya.."yela glemer,,padahal ko tu seterika je..right now,,i'm your bos..and u'r my servant..please follow my instruction gently..ok?"..aku tak tau la apa masalah ko pada aku..susah sangat ke nak ikut arahan aku..ke aku yang tak reti bagi arahan? hish,,tak mungkin..sebelum ni,,tiap2 malam kita boleh bergurau senda sambil ko menjalankan tugas,,ok je..pastikan malam ni ko ok..ko bagi lagi masalah,,jangan salahkan aku klu ia green yang akan rampas kedudukan ko..ada paham?

penyelesaiannya...

aku lapar..tak kisah dah la pukul berapa sekarang..janji kehendak perut harus dipenuhi..aku teringin nak makan,,ermm,,sesuatu yang ranggup,,yang garing,,yang pedas..ni tengah malam cik lemuni oi..ko mintak macam ada kedai bukak tengah2 malam kat bandaraya jerantut ni..aku tak kisah dan tak kira!! nak jugak! nak jugak! otak nakal dah start dah..kalau aku dah bersuami,,"abang,,sayang nak makan itu,,nak makan ini..abang g beli ye..banyak ag kedai bukak masa ni." haha..aku cakap kalau aku dah bersuami..aku masih muda lagi..so,,usahakan sendiri..yeay! lihat apa yang berjaya aku selongkar dalam peti,,



tengah2 malam melantak sepinggan yang rangup,,yang garing,,yang pedas..

wokeh..nampaknya tak akan terjadi seperti di peranggan pertama..hilang tension,,perut kenyang..lalala..kemas2 katil,,bersembunyi disebalik selimut,,akhiri dengan doa..dan akhirnya,,lengkaplah putaran hidup lemuni selama 24 jam..

Tuesday, January 26, 2010

DOreMI itu basic je la..

lemuni : lagu itu musik

final decision! not final destination..eh,,tapi sebelum tu,,jangankan final destination 4..yang one two three aku tak berapa nak tengok..tahap ke"thrill"an suam2 kuku je..kalau tengah makan,, sure tak tertelan makanan..kan kan kan? sambung balik..yup final decision..hampir setahun nak dapat kata putus..setelah difikir2,,melalui pengamatan dan pengalaman sendiri,,keputusannya adalah TIDAK AKAN! meletakkan sebarang audio dalam blog ni..sebab apa?

aku sendiri hangin sesetengah blog letak lagu yang sebijik butang stop atau pause langsung tak kelihatan..pakai sedap main je..kalau kena dengan jiwa ok la.. sekali aku jadi pembaca blog,,beratur tab kat window ni..kalau dah bukak 5 tab,bahasa kampungnya 5 blog,,tak ke nama macam orkestra..5 buah lagu yang tak ada butang pause dimainkan serentak,,sedappp sungguh bunyi..macam ayam itik angsa sedang bercakap..

pernah dengar tak "customer always right"..aku guna pakai jadikan "bloggers always right"..disebabkan bloggers always right,,korang nak lagu macam mana,,pasang sendiri..lain orang,,lain cita rasa..cita rasa aku tak sama dengan korang..kalau ikut kepala lemuni ni,,memang dia akan letak lagu twinkle2 little star..tak pun lagu "nine jadi mok,,koi jadi bapak"..ikut kepala aku,,memang sakit jiwa korang..

tak pernah berniat nak bagi sape2 sakit jiwa,,aku tak akan letak sebarang lagu..okie? nasib baik la sesawang en. iz tak ada sebarang lagu..kalau ikut jiwa en iz,,habis baca,, terus telan panadol active fast la cik lemuni jawabnya..

sense of music aku tak berapa nak bertunas..perlu pakai baja apa ea nak bagi bertunas..

Assalamualaikum..nak oh nak!

lemuni : tu padahnya..duk sorang2 bukak pintu luas2

kecut perut tetiba kedengaran bunyi salam..suara perempuan..masa duk sorang2 ni la ada yang nak bagi salam..dalam hati cuak ni..takut dowh dengar kisah2 pukau oleh segelintir penjual..tapi dalam hati tak sampai hati..

"waalaikummussalam mak cik"

"adik tido ko?" hish,,matahari dah bersudut 90 darjah..mustahil la aku tido..

"tok eh..dok blake tu y kure denga"..ececece,,kelentong..padahal aku dok belakang langsir berdoa harap2 ni orang baik..

aku dah tau dah tujuan mak cik ni "mok cik,,mok ayoh sayo takdo".

"eh,,takpo2..mokcik cumo nok tunjuk jah ubat2 herbo ni..kalu ma ado,,mesti dio beli..ado ubat panas,,bedak sejuk..utk adik,,sesuai bedok ni..bedok remajo..kulit adik comel doh..tok payoh pakai pun tak po"..aku macam burung belatuk je dengar..banyak woo ubat2 tradi dalam beg tu..nasib baik umi tak ada,,konfem punya beli..

"adik tunggu pekso eh.."aku angguk..maka dengan ini bermulalah persembangan kami..masing2 bersila atas lantai..tapi sebelum tu,,"mok cik..sayo mintok maaf sebab tak dapak bukok grill ni..mok ayoh dah pese awal2,,jange bukok pintu sebarange"..tu betul..tapi ada ke pama aku pesan jangan berborak dengan orang yang tidak dikenali..hmm..

"anok mok cik ado dok kat ukm,,usim..bla bla" anak mak cik ni 7 orang.mana aku ingat semua.."ado sorang anok mok cik duk tengoh bergewe,,gewe dio lepah doh jadi cikgu..anok mok cik tok..susoh klu anok laki tok dapak kijo..ado la hok jong ngiro,,kijo sebagai cikgu pendidikan khas" err,,selebihnya aku dah lupa..aku tukang mendengar je lebih..angguk2 senyum2..

"i.allah,,adik lepas ko u..anok2 mok cik seme amik stam..tinggal hok bongsu baru pah abis spm.."

"i.allah mok cik,,anok mok cik tu lepah ke u..mok cik klate bloh mano"

"pula condong.." angguk kepala macam tahu je aku ni pulau condong kat mana..haha..jiran aku sah pelik tengok aku bersila depan rumah dengan seorang mak cik bersembang dalam loghat kelantan..

"tak po lah adik..balasoh dok mano..boleh mok cik berehat dulu"..haa,,sudah..bab2 direction ni aku fail.. "mok cik jale lurus,,pah tu belok kane..jupo satu selekoh,,mok cik belok lagi..balasoh ado situ"..err,,harap2 mak cik ni jumpa la..

"tengok la pete2 kare,,mok cik date lagi..maso tu rama doh ore"..err?

Saturday, January 23, 2010

Penyatuan 2 hati telah berlaku

lemuni : SELAMAT PENGANTIN BARU TO....

yeah!!sejak bila ada aku jadi kaki mengikut tak taulah..pantang pama ajak ke mana sikit,,mesti aku dah terpacak depan pintu kereta..memang best jadi kaki jalan..nak2 bukan kita yang driver..lagi best!!

arini,,aku jadi pengikut abah menghadiri majlis kahwin anak perempuan kepada kawannya di Pulau Mansok..pergi bertiga je..aku,,adik bongsu,,dengan abah..yang lain,,terlibat dengan sekolah ganti..bab2 majlis kahwin kat kawasan kampung memang my fovourite..

yang menarik tentang perkahwinan di kawasan kampung :

1. nak duduk kat mana terpulang..asalkan datang makan dan memeriahkan majlis dah membanggakan tuan rumah..kalau kat dewan2 atau hotel,,bukan boleh pakai duduk je..silap2 terduduk di VVIP meja,,termalu dowh

2. ni pun best..kalau nak datang serombongan cik kiah pun tak pe..lagi tuan rumah suka..pasti cukup punya tempat duduk dengan makanan..dah nama pun wat dikawasan tertutup,,paling koman pun tempat duduk bagi setiap tetamu direservekan hanya untuk dua orang..mak dengan ayah je pergi..anak2 kena tinggal..kecian..

3. bab2 protokol..memang tak cerewatla..asalkan pakaian sopan dan bersesuaian dengan majlis dah memadai..masa makan,,bab2 "kesopanan" menyuap makanan terutama anak dara tolak tepi..masa ni tak ada saham sesiapa yang jatuh..kalau pergi majlis kahwin terutama orang ternama,,bawak2 la belajar protokol dari mula masuk dewan sampai keluar dewan..

4. menu2 makanan tak hairanlah kalau lauk2 tradisional..kalau terjumpa budu ke tempoyak ke ulaman ke,,perkara biasa je..memang kaw lauk2 gini..kalau majlis kahwin jenis moden,,paham2 la sendiri lauk macam mana..silap2 hari bulan,,tak tertelan oleh datuk2 dengan nenek2..huhu

sebenarnya tak salah pun cara kampung atau cara hotel sesuatu majlis itu..yang penting tetamu selesa..lagi untung kalau kita pandai menyesuaikan diri di dua2 majlis tersebut..tolak kemana pun,,tak canggung..

raut wajah,,style rambut,,susuk tubuh..paling ketara,,style rambut..kenapa lah sama..yup!bukan!..sebab yang ni merokok..yang di ipoh tak merokok..haih,,pengantin2

Thursday, January 21, 2010

Kalau tak nampak,,pakai binokular k!

lemuni : dalam perancangan..

tadi aku tertengok utama di 1..kalimah ALLAH dibadan kucing..memang nampak dengan jelas..bertuah kucing tu..malam bila entah,,tulisan H1N1 pada badan ikan haruan..kuasa ALLAH swt tiada siapa yang tahu..

sekarang ni,,aku dah dapat satu pekerjaan..oklah nak mengisi masa lapang yang sememangnya telah terisi..nak tahu? ok..tiap2 pagi sebelum sarapan dan mandi,,aku akan menilik dicermin akuarium..manalah tahu kan..kot2 terjumpa corak2 di badan ikan kesayangan abah yang mengambarkan sesuatu perkataan..sampai sekarang tak jumpa lagi..disebabkan cik lemuni masih kental semangatnya,,nak mintak tolong budi dan jasa baik anda,,kita sama2 menilik yer..



ikan kap yang ada corak hitam tu cuba kawan2 teliti..macam ada kan? macam tak ada kan?



ala,,yang ni berkilau plak..tak nampak corak2 pun.."ikan2 sekalian,,korang asal dari emas dan perak ker?"



ikan sepat cuma ada satu corak yang tidak membawa apa makna..target kita ikan kap 2 ekor tu!

anda carilah dulu..sekarang dah pukul 9.22 pm..tv dok panggil2 tuh..suruh aku temankan dia..takut katanya..hish tv ni..cari sampai dapat tau..ni aku sertakan posing paling hot dari ikan2 yang "hiphop"..tata


Tuesday, January 19, 2010

Bersosial pun dihujung jari...ish3

lemuni : kejap je ni

bagus tol zaman sekarang..semua instant..nak bersosial tak payah keluar dah..semua dihujung jari sahaja..iklan jap,, nak send mesej..

emm,,kat mana kita tadi,,ok,,semua dihujung jari sahaja..tengok lah didada alam maya sekarang,,banyak tak terkata laman sosial..tak perlu dinyatakan,,anda semua celik it..aku pun baru je log up laman sosial terus masuk ke blog..tak kan aku nak bersosial tengah2 malam..makhluk tak gaya manusia banyak masa ni..err,,masuk tidur dulu ye..baru aku perasan,, aku sorang je umat masih celik mata dalam rumah ni..

SELAMAT MALAM
ASSALAMUALAIKUM

Monday, January 18, 2010

Kena Sama Adil.

lemuni : kenangan

hari kelima aku masuk kelas,,dikejutkan dengan ini yang diletakkan dibawah alas meja,,




""baru 4 hari aku tak masuk kelas,,dah ada secret admirer..sape yg letak ni cucum""

"tuh,,cube ko tgk sape yg tandatangan"

"wei nadiah,,sayang sangat2 ngn ko..rindu aku lah tu 4 ary tak berjumpa..sampai melukis ko ek.."

"ko tau nape nadiah lukis epal bentuk macam tu? klu die tak ikut cakap aku,,sah2 lukis bentuk epal original."

"nape?"

"cucum kate wat la epal bentuk gitu..ko kat sini..cik abang kat sane..simbolik perhubungan korg dua..tapikan,,bukan ko sorg je sayang aku..ada orang tu lagi sayang aku..cube ko tgk bawah meja aku.."

"cucum!! mane aci..utk aku mane?..ko sengih2 gitu sah tak ada kan..aku xkira birthday aku nanti aku nak..aku bagi masa sampai hujung tahun ni je tau"

hujung tahun yg dinanti...TADAA!!



ni lah yang cik lemuni dok tuntut dari cik cucum..bila tau bos turun jerantut baru ko siap cepat2..pandai ko ek..haha..apa2 pun terima kasih daun keladi kepada cucum dan nadiah..hadiah nadiah macam ni jugak cuma kertas warna ungu..aku dapat warna biru..kalau nama anda ada diatas,,dan inginkan lukisan ini,,bagitau yer..aku akan kerah tenaga melukis cik cucum..

LIFE FULL OF SURPRISES..
GAIN KNOWLEDGE AND CHERISH EVERY SECOND OF IT..

psst: ko jangan tunjuk penumbuk ko,, aku panggil cucum..aku report kang kat bos..hehe


Thursday, January 14, 2010

Saya Sayang Awak Tau!

lemuni : bukan entry jiwang!

orang kata,,bila kita cinta,,sayang,,kasih..kita akan sanggup lakukan apa saja demi kebahagiaannya..begitu juga dengan aku..seorang insan yang bernaung di bumi malaysia yang permai ini berlandaskan konsep 1 malaysia..buktinya?? ooo,,tak percaya ye..ok takpe...dengan ini saya Cik Lemuni akan membuktikan penyataan diatas..

disebabkan aku sayang sangat..cinta sangat..aku akan pastikan setiap permintaan beliau tidak akan aku kecewakan..yelah,,dah hati sayang dan cinta sangat,,aku akan memenuhi permintaan bondaku tersayang dan tercinta agar jatuh cinta dengan fern..

aku tahu ayahanda sanggup buat apa sahaja demi bondaku agar harapan bonda untuk aku jatuh cinta dengan fern terlaksanakan..sanggup habiskan masa dan wang ringgit demi mencari fern untuk aku..dan akhirnya,,Lemuni dan Fern disatukan..

setiap kali fern balik,,fern mesti bawa balik hadiah untuk lemuni..berbunga sungguh hati lemuni tika dan saat itu..tapi pada 1 hari,,

"fern,,tak payah la bawak balik hadiah dah..fern disisi muni pun muni dah bahagia"

"kalau itu permintaan muni,,fern ikut je"

sebahagian daripada hadiah fern yang berjaya diselamatkan..



comel kan?

ini cerita benar 20 tahun yang lepas..setiap kali beli Fernleaf,,mesti dapat seekor percuma..haha..setiap kali minum Fernleaf,,aku mesti menyanyi,,

ibu..ibu..
engkaulah ratu hatiku
bila ku berduka,
engkau hiburkan selalu
ibu..ibu..
engkaulah ratu hatiku

psst :
aku cinta2 ngn Fernleaf pun sebab nak anak patung je..pamaku turutkan permintaan puteri dia ni..hehe

Wednesday, January 13, 2010

Apa la tu?? tekalah..

lemuni : cuba teka kawan2!

hish,,aku kena bagi gak engkorang penerangan cara penggunaannya..kalau dibiarkan entah pape plak yang engkorang buat..

LANGKAH PERTAMA




pilih warna-warni yang disukai..aku jumpa 2 warna je kat kedai..satu biru satu pinky..wow! kombinasi yang serupa tapi tak sama..tengok kepanjangan yang anda sukai..kalau panjang sangat,,amik gunting terus potong..tak ada gunting? suruh couple anda pegang hujung,,anda pegang hujung..pastu tarik kuat2 sampai terputus

LANGKAH KEDUA



sebelum ke LANGKAH KETIGA,,aku nak bagi regangan sikit pada benda diatas ini..agak2 kalau aku buat gelang stylo tak?besar sangat saiz ni,,kena kecilkan lagi..baru muat dan cocok dengan lengan aku..

LANGKAH KETIGA

tanpa membuang masa,,bagi anda yang beragama Islam mulakan membaca doa makan..serius ni! baca doakan makan..selepas itu,,buka mulut dan kunyahlah benda diatas ni..ermm,,sedapnya!! yum..yum..

PERCAYALAH..
LEMUNI TAK MEMAINKAN ANDA..

Monday, January 11, 2010

Selepas baca,,tidur ok!

lemuni : xle bla tol tomok ngn diana

aizat sedang menyanyi di depan lemuni sambil lemuni menekan patuk2 ayam ni..go on aizat!!.temankan aku sementara aku mengarap entry ni..syok ke tak ajl ni aku tak tau lah..ajl hanya sekadar dipinggiran sebab aku melayan sehati sejiwa..romantiknya yatt dengan talib..

pama aku mengekek ketawa tengok sehati sejiwa..daripada aku layan lagu yang tak berapa nak lagu..baik layan rancangan orang berpengalaman..maklumlah kan,,.............ha! bab2 tudung periuk orang,,engkorang memang minat..haha

sebelum itu,, mula2 tadi aku layan ajl sambil kupas bawang..menitik air mata ini tengok siti dengan lan berduo..touching dowh..

good night!!

Thursday, January 7, 2010

Evolusi Tudung

lemuni : tudung or kerudung?

jangan kata gadjet je ada evolusi..pemakaian pun ada evolusi..nak cerita lebih2 tentang fesyen,,aku bukan jururunding..dengan sikit pengetahuan dan pengalaman,,ini dia : EVOLUSI TUDUNG yang dialami oleh Lemuni..

~gambar tiada dalam koleksi~

jenis tudung yang popular pada usia aku dari tahun 1998-2002..tudung jenis ni yang bersegi tiga siap2..setiap bucu tudung ada letak rambu2..ada tiga bucu,,ada tiga rambu..aku memang suka sangat dengan rambu2 sebab lembut macam rambut..kalau duduk sorang2,,mulalah aku jadikan rambu disebelah kanan dan rambu disebelah kiri sebagai anak patung..dan menggayakan setiap rambu umpama rambut model dalam iklan syampoo sunsilk..




tudung jenis corak2 flora gini mahupun bercorak abstrak dah lama dah dalam dunia pertudungan..aku tak tau lah nama jenis nii..pengalaman aku dengan tudung ni kuren sikit..aku jarang pakai sebab susah nak lipat..bila lipat mesti senget a.k.a sakok..




jenis macam ni popular sekejap je rasanya..orang panggil tudung seproh (rasa xberapa betul eja ni)..tau tak seproh tu apa? kalau dulu2,,pergi mana2 kenduri,,makan kan kena bersila..bila nak hidang makanan,,tuan rumah akan hampar sejenis kain segi empat yang ada sulam2 bunga..disebabkan style tudung jenis ni hampir mirip dengan kain yang dihampar untuk alas makanan,,akhirnya dinamakan tudung seproh..aku baru je beli jenis ni tahun lepas..




spesis tudung bawal paling lama mendominasi evolusi pertudungan..bukak almari cik muni kita,,macam2 warna dan reka bentuk sulaman ada..mula2,,tudung bawal hanya bersulam biasa sahaja..kemudian,,setiap sulaman dihiasi manik2 yang berwarna putih..coraknya semakin berubah apabila setiap sulaman akan diselitkan berlian yang terdiri daripada beberapa klasifikasi iaitu berlian plastik,,berlian batu,,berlian kaca..semakin banyak berlian semakin berat tudung dan semakin berkilau berlian tak mustahil harga mencecah ratusan ringgit..




populariti tudung bawal merudum dengan lahirnya tudung jenis ni..mula2 aku panggil tudung indon..yelah,,orang indon yang banyak pakai..lama2 fesyen ni semakin popular dengan pelbagai belitan dileher mahupun kepala..ada yang panggil tudung ariani..tudung ekin..bagi aku senang je..ni tudung malas..tak payah gosok,,terus pakai..tudung segera la..malas nak menggosok,,aku pakai la tudung ni..apa susah..haha

apa2 pun,,tak kisah lah nak pakai tudung style macam mana sekalipun,,yang penting bertutup..engkorang nak belit 10 kali kat leher pun tak pe..asalkan 1 je..ikut la nasihat aku ni..aku betul2 ikhlas nak bagi nasihat ni..

jangan pakai tudung saji dah la..nanti aku cakap engkorang gila iseng..haha

Tuesday, January 5, 2010

Siapa suruh buat depan depan

lemuni : bacaan UMUM

adik ke4 :
adik ke1,,adik ke1..ada kucing meng+awan

adik ke1 :
biyo je lah..(padahal dah lama perasan)

adik ke4 :
hish,,mana boleh biyo..mana pernah tengok sebelum ni..

uminya :
dah tak ada benda lain ke nak explore..nak wat national geography ke?

bunyi motor mengaum di luar rumah ,,

adik ke1 :
adik ke5 cepat! adik ke4 dok skodeng sesuatu

abahnya :
kenapa? adik ke4 tengok apa?

adik ke5 :
abah,,kucing tu mengawan nak buat anak! tu..

ni padahnya budak kecik,,cakap stright foward..tak ada kona bering..pecah ketawa 1 keluarga dengar statement adik ke5 "buat anak"

sok sek sok sek kedengaran..tak tau dialog siapa

"sian kucing tu..tengok tu pergi tindih"
"mana satu jantan?"
"atas ke bawah yang betina"

adik ke1 :
free show dah habis ke?

adik ke4 :
belum..tapi tak nampak.. dua dua masuk bawah kereta

adik ke1 :
dia masuk bawah kereta la baru private sikit..

haa! jangan pikir bukan2..sesuai untuk bacaan umum..telah diklasifikasikan U oleh lembaga penapisan filem..




Monday, January 4, 2010

Zoom Malaysia..banyak yang perlu diterokai

lemuni : splash down !

zoom malaysia pada kali ini adalah di negeri pahang darul makmur..kalau aku cakap sunway lagoon mesti ramai dah tau tempat tu jenis pelancongan macam mana..nak masuk sana,,fulus dalam poket mesti tebal..orang yang anak 10 kena pikir 10 kali ganda nak masuk..

bagi memastikan kesaksamaan dalam taraf sosial masyarakat,, Bukit Gambang Waterpark menjanjikan keseronokan sehingga ke tulang hitam..ala2 sunway lagoon gak..ok la kan,,yang penting main air..

yang tinggal kat kuantan tu,,8km je..yang luar dari kuantan berjam lebih je (tak tau la lebih berapa)
..ala dekat je,,bukan jauh pun orang pahang oi..dalam pahang je..naik je pahang lim siong punya bus (betul ke aku eja ni)

sebelum masuk,,periksa dulu poket,,

kanak-kanak : RM 12.90
dewasa : RM 19.90

ok,,jom!




meh kita memahami dulu peta..sesuai yang bawa 10 orang anak kecil..siap bagitau awal2 kalau sesat jumpa pok ngn mok kat mana..




sedikit info yang aku sendiri tak pandai nak terang..study sendiri ok!




mula2 masuk,,Penguin Island yang aku kejar dulu..lantak la walaupun syarat hanya untuk budak2,,yang penting aku nak main..



haa!,, Coco Beach,,ni baru betul untuk taraf umur macam aku..kalau rasa o.5m tak dalam,,kayaklah pelampung tu ke 1.2m..tak dalam lagi? kayaklah ke 1.5m..kalau lemas tanggung sendiri..



kat sini guna moskot penguin..mana2 stesen akan letak papan penguin ni..so,ketinggian cik lemuni lebih 110cm..lepas tak main stesen ni??
:
:
:
:
:


berselirat gelongsor kat sini..main sekejap je..tup tup dah sampai bawah..nak panjat tangga kus semangat..kira panjang tangga batu caves la..manusia panjat tangga,,pelampung ada khidmat lift..huhu


banyak2 permainan,,yang ni aku tak sempat nak main..sekali tengok kecut perut..dua kali tengok,,superb! pastikan anda bebas dari penyakit jantung..




pemandangan sebelum balik pada jam 6.30 petang




engkorang rasa mana satu aku berkenan??

kalau rasa pahang jauh sangat,,meh la aku promote yang ni plak..dibahagian utara letaknya :

LOST WORLD TAMBUN WATERPARK

jangan tanya saya ye apa yang menarik kat sini..saya pun tak sampai lagi..yang penting main air gak.. awak semua pasti akan seronok..hantu air la lemuni ni!



Sunday, January 3, 2010

azam milik lemuni OR lemuni ada azam?

lemuni : saleem tgh nyanyi skang

muni :
ted jgnla tito ag..muni nak cakap ni..dgrlah..

ted :
pe die? ted dgr lah..xtito ag

muni :
muni nak wat azam 2010 termakbul la

ted :
ckpla,,ted dengar

muni :
kalu cadar pink? kalu bantal pink? kalu selimut pink? kalu baju tito pink?

ted :
hmm,,nak wat per pink banyak2?

muni :
azam muni tahun ni,, muni mulakan ngn wane pink..tapikan,,

ted :
tapi ape?

muni :
ted wane kuning..spoil la azam muni..muni simpan ted dlm stor ea? muni cari pengganti ted..pink panther? amacam?

ted :
no way! dah2,,tak payah wat azam..

kesimpulannya,,
tahun ni cik lemuni tak ada azam..
cik lemuni cuma ada doa,,harapan,,dan impian je..

psst: jangan sesiapa berani kata aku addicted dengan warna pink..aku lepuk sorang2 dengan buku lima yang comel ni!http://emo.huhiho.com

Saturday, January 2, 2010

Auta atau Fakta

lemuni : petikan dari myspace lemuni

nak baca tak,, karangan kalau di marking akan dapat TR

###############

makhluk yang selama ini kita panggil burung tidak kisahlah burung nuri ke,, murai ke,, asalkan yang boleh terbang mampu pulang ke sarangnya walaupun telah merantau sehingga beribu2 kilometriko dari sarangnya tanpa sesat mahupun tersilap sarang tanpa sebarang bantuan secara sengaja atau tidak disengajakan..

maksudnya,,seekor burung tidak memerlukan sebarang sign board atau GPRS untuk pulang ke sarangnya.. nak tau tak sebabnya?? sebabnya setiap burung telah diprogramkan dalam otak alamat sarangnya yang merangkap sebagai rumah..macam home sweet home la..

cuba bayangkan kalau kehidupan kita macam burung..tanpa sign board,, tanpa GPRS,, mahunya tunggang langgang hidup ini..kemana hala tuju kita berpandukan sign board..even,,naik kenderaan pun kena ditemani sign board..kalau sign board tak wujud dalam kehidupan ini,, pastinya alat telekomunikasi tidak dapat berjalan beriringan..

contohnya,, engkorang kan selalu jadi rusa masuk kampung..nak bertanya,,amik masa 10 minit pikir dulu..dah malu sangat,,engkorang pun calling2 la member ni..

"wei,,camner nak ke umah ko ni..berselirat jalan raya kat sini"
disini alat telekomunikasi digunakan ialah telefon..

"ko ikut je sign board yang ada.."
disini,,sign board sebagai petunjuk arah

tak ke haru kalau tak jumpa sebarang sign board..kesimpulannya,,hidup manusia perlu ada sign board..

################

ulasan Cik Lemuni
1. ini cerita pasal burung ke atau papan tanda?
2. bahasa melayu,,karangan melayu,,guna bahasa melayu..seharusnya 'papan tanda'
3. penggunaan bahasa rocker bahasa sms dalam karangan harus dielakkan..gantikan dengan bahasa pemanis..
4. penggunaan diksi yang tidak tepat
5. ayat tak gramatis..KGND I,II,II ada formula tersendiri..rujuk balik buku..
6. daripada 50m,,hanya dapat 19m sahaja..

psstt : ada bakat tak nak dapat title cikgu lemuni..hehe


The End

lemuni :2009------>2010

semua entry mana2 blog mesti terselit tentang tahun baru..lemuni pun tak mau ketinggalan gak la (padahal hari ni dah 2Jan2010).mana2 engkorang belajar,,setiap ilmu pasti ada kesimpulannya..ada sesetengah buku tulis "summary",,"rumusan bab",,"sepintas lalu"..macam2 la..lemuni akan menutup diari entry tahun 2009 dengan..

Jan



percaturan hidupku dicaturkan didalam kelas ini

Feb



sumbangan aku,,bukan pelari tapi pelari pena yang mencatat kehadiran ahli panglima garang..

Mac



naik bas macam rombongan cik kiah pergi ump..sapu bersih semua cenderahati di setiap booth..

Apr



~modal insan teras kejayaan~

Mei



tamat mid exam,,terus berlari merentasi jambatan pulau pinang untuk bersuka ria

Jun
majlis pelepasan jawatan EXCO PEPTEJ dengan PENGAWAS SEKOLA (suke..hehe)

Julai
result MUET (ye kot bulan ni..dah lupe weh)

Ogos



tuan rumah sukan 4 penjuru

Sept
peperiksaan percubaan SPM-STPM



Okt



jamuan makan malam PEPTEJ-Tekam..

Nov
musim peperiksaan SPM-STPM

Dis
bulan banjir..haha

ok..dah boleh tutup diari entry tahun 2009..untuk tahun baru ni,,lemuni ucapkan

SELAMAT TAHUN BARU 2010..
http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com

hmm,,nampak gayanya terpaksa la si lemuni biasakan diri menulis 2010..sesekali tu,,pandanglah ke tahun kebelakangan..jangan terlalu taksud dengan "JANGAN PANDANG BELAKANG" sampai seminit pun tiada untuk pandang ke belakang..pandang ke belakang untuk membuat anjakan paradigma ke hadapan..kesimpulannya,,depan dan belakang mestilah seiring dan sejalan..


cik lemuni dah merapu..haha..salah dah silap untuk tahun 2009 harap diampunkan..bye!http://emo.huhiho.com