Sunday, January 31, 2010

Bola itu bulat..

lemuni : bola yang sebiji tu la yang dikejarnya..cuba bagi bola satu sorang,,tak mau plak kejar

pembaca berita :

salam sejahtera..radio televisyen malaysia telah mendapat hak penyiaran rasmi piala dunia 2010..sebanyak 35 perlawanan akan disiarkan secara langsung terus dari afrika selatan di 2 buah stesen rtm..dengan itu,,salam 1 malaysia..

kesan makro seantero malaysia :

uuuu,,cepatnya masa berlalu..FIFA 2010 akan bermula tak lama lagi..nampaknya,,akan terjadi fenomena mata zombi la sepanjang demam bola..makan bola,,mandi bola,,tidur bola..bagi para pelajar,,semakin banyak mc akan diambil..makin tebal la buku rekod kedatangan dengan mc para pelajar..kalau tak ada mc,,ni plak alasannya,, "cikgu,,saya sakit kepala..berpusing2 dunia bile bangun pagi semalam"..atau mungkin juga "cikgu,,saya tertinggal bas..jam loceng dah abis bateri upenya..tu yang bangun lambat"..

bagi para penganggur,,akan berlaku fenomena kecelaruan waktu tidur..waktu siang tidur tak ingat dunia..waktu malam maka bermula adegan "malam masih mude beb..kite enjoy bola!"..gerai2 mamak akan tutup pada waktu siang..tetapi akan tumbuh bagai cendawan selepas hujan pada waktu malam..bagi yang ada bajet,,terpampang skrin putih bagi 1 niat yang sama..bagi warung2 diceruk kampung,,beli sepapan kain putih ikat di pokok kelapa dengan 1 niat yang sama..

kesan mikro malaysian :

yup aku la tu..siapa cakap aku tak suka sukan..aku suka tau..tapi dalam kes aku ni spesial sikit..maklumlah insan terpilih sahaja..hehe..suka aku terhadap sukan bola hanya datang selepas 4 tahun sahaja..masa nilah aura ke"bola"an menderu2 masuk ke dalam diri ini..

my feveret team?
hmm,,apa ek?? mana2 player yang boleh buat aku tangkap leleh,,tu la feveret team..menang kalah perkara ke dua..

persediaan aku menghadapi fifa?
hmm,,tak ada sebarang persediaan yang tergesa2..faktor bertukar menjadi kelawar di tengah2 mlm tanpa perlu tidur siang hari mmg dah phD..dah bertahun diamalkan..tahun ni nak asah je dalam usaha nak dapatkan pangkat profesor emeritus

tumpuan kepada fifa nanti?
hmm,,bukan tumpuan yang 100% semasa perlawanan nanti,,"wei,,aku bagi tumpuan 100%,,tv tengok aku la jawabnya"..mungkin 60:40..60% kepada fifa,,40% kepada yang akan dibahagikan kepada beberapa pecahan yang berkemungkinan seperti makan minum,,on9,,manja2..mungkin jugak 40:60..40% kepada seperti yang dinyatakan dalam 60%..60% kepada seperti yang dinyatakan dalam 40%..

reaksi bila bola digolkan?
hmm,,kalau aku tak miss la detik keemasan tu,,aku akan tepuk tangan..yeah! give a very very very big applause..kalau tak nak VVV big applause,, aku akan VVV big clapping..kalau tak pun VVV big hugging to my candy.."u teman i tau malam tu candy..u dok sebelah i.."

adakah hidup akan berubah dalam tempoh fifa?
hmm,,tak tau lah..walaupun aku akan jumpa player2 yang aduhai,,terpaut la katakan..aku tak kan sampai nak gunting gambar dalam surat khabar letak bawak bantal..buang masa..dari aku simpan gambar orang yang aku minat tapi haram sampai ke akhirat dia tak kenal aku,,baik aku simpan gambar orang yang aku minat,,dia pun minat kat aku..bahasa kampungnya,,in relationship la..

team yang akan menjuarai perlawanan kali ini?
mana2 team pun aku tak kisah..kan aku dah cakap kalah menang perkara ke 2..dah,,jangan ulang soalan yang sama..

kata2 akhir untuk semua negara yang akan bertanding?
majulah sukan bola untuk negara anda..




bila la fifa nak jadikan malaysia sebagai tuan rumah?

0 tindakbalas:

Post a Comment