Thursday, January 28, 2010

Ush tesion..tak baik utk kesihatan

lemuni :bukan tension pun padahal..

tension (dalam bahasa kampungnya,,tekanan) aku gini..waktu2 malam,,mana boleh banyak tekanan..ini akan menganggu proses aku nak tidur..bila terganggu,,mata tak boleh pejam,,bila tak boleh pejam,,akan terkebil2 sorang diri atas katil sambil mengira kelajuan pusingan kipas..masa tu baru la nak memerah otak mengingat kembali formula mama fazi..bila jawapannya tidak akan berjaya mengingati semula,,mulalah tangan akan teraba2 bawah bantal mencari telefon..tapi nak kacau sape??selepas menimbang tara,,naluri hati berkata "tak payah kaco sape2,,kekgi kan langsung tak tido"..langkah drastik yang diambil ialah dengan memejamkan mata sambil mulut terkumat-kamit berdoa..ya! tu yang akan terjadi beberapa jam dari sekarang..

tapi sekarang,,tension yang pertama..

mana pergi rm10 yang aku baru reload..sampai sekarang tak selamat tiba lagi..ni memang tension tahap dewa..celcom rm10 bukan sikit ea..kalau bergayut,,hampir sejam la yang berjaya dikumpul..sekarang ni masalahnya,,1 habuk message dari celcom tak kunjung tiba..ikutkan hati,,memang nak campak je telefon..err,,campak atas katil je la..tersalah campak,,menangis tak berlagu la jawabnya..so sekarang ni,,tunggu dan lihat je..celcom celcom..haih..huhu

tension ke dua..

malam ni aurora korean singgah dalam hati..lama tol dah tak gian dengan drama korean..orang kata,,hero korea superb beb! orang kata,,bukan aku kata..sebab,,nak kata handsome,,semua mata sepet2,,rambut macam tempurung kelapa..ala,,sebab kulit cerah melepak tu yang market..tak kisahlah,,janji nak tengok..dvd player plak bermasalah..tension2..nasib baik ada laptop..tu untung ada teknologi yang pelbagai..yeah! layan sampai habis..dan sekarang,,masalah datang tanpa segan2 plak..tak tau la nama sains IT nye apa,,tempat masukkan cd tak boleh bukak..aigoo..



jangan tanya kesopanan yang tahap mana aku dah wat sehingga terbuka menda alah diatas.

tension ke tiga..

dah 2 hari aku bertengkar dengan ia pink..ia pink name glemer katanya.."yela glemer,,padahal ko tu seterika je..right now,,i'm your bos..and u'r my servant..please follow my instruction gently..ok?"..aku tak tau la apa masalah ko pada aku..susah sangat ke nak ikut arahan aku..ke aku yang tak reti bagi arahan? hish,,tak mungkin..sebelum ni,,tiap2 malam kita boleh bergurau senda sambil ko menjalankan tugas,,ok je..pastikan malam ni ko ok..ko bagi lagi masalah,,jangan salahkan aku klu ia green yang akan rampas kedudukan ko..ada paham?

penyelesaiannya...

aku lapar..tak kisah dah la pukul berapa sekarang..janji kehendak perut harus dipenuhi..aku teringin nak makan,,ermm,,sesuatu yang ranggup,,yang garing,,yang pedas..ni tengah malam cik lemuni oi..ko mintak macam ada kedai bukak tengah2 malam kat bandaraya jerantut ni..aku tak kisah dan tak kira!! nak jugak! nak jugak! otak nakal dah start dah..kalau aku dah bersuami,,"abang,,sayang nak makan itu,,nak makan ini..abang g beli ye..banyak ag kedai bukak masa ni." haha..aku cakap kalau aku dah bersuami..aku masih muda lagi..so,,usahakan sendiri..yeay! lihat apa yang berjaya aku selongkar dalam peti,,



tengah2 malam melantak sepinggan yang rangup,,yang garing,,yang pedas..

wokeh..nampaknya tak akan terjadi seperti di peranggan pertama..hilang tension,,perut kenyang..lalala..kemas2 katil,,bersembunyi disebalik selimut,,akhiri dengan doa..dan akhirnya,,lengkaplah putaran hidup lemuni selama 24 jam..

0 tindakbalas:

Post a Comment