Thursday, January 7, 2010

Evolusi Tudung

lemuni : tudung or kerudung?

jangan kata gadjet je ada evolusi..pemakaian pun ada evolusi..nak cerita lebih2 tentang fesyen,,aku bukan jururunding..dengan sikit pengetahuan dan pengalaman,,ini dia : EVOLUSI TUDUNG yang dialami oleh Lemuni..

~gambar tiada dalam koleksi~

jenis tudung yang popular pada usia aku dari tahun 1998-2002..tudung jenis ni yang bersegi tiga siap2..setiap bucu tudung ada letak rambu2..ada tiga bucu,,ada tiga rambu..aku memang suka sangat dengan rambu2 sebab lembut macam rambut..kalau duduk sorang2,,mulalah aku jadikan rambu disebelah kanan dan rambu disebelah kiri sebagai anak patung..dan menggayakan setiap rambu umpama rambut model dalam iklan syampoo sunsilk..




tudung jenis corak2 flora gini mahupun bercorak abstrak dah lama dah dalam dunia pertudungan..aku tak tau lah nama jenis nii..pengalaman aku dengan tudung ni kuren sikit..aku jarang pakai sebab susah nak lipat..bila lipat mesti senget a.k.a sakok..




jenis macam ni popular sekejap je rasanya..orang panggil tudung seproh (rasa xberapa betul eja ni)..tau tak seproh tu apa? kalau dulu2,,pergi mana2 kenduri,,makan kan kena bersila..bila nak hidang makanan,,tuan rumah akan hampar sejenis kain segi empat yang ada sulam2 bunga..disebabkan style tudung jenis ni hampir mirip dengan kain yang dihampar untuk alas makanan,,akhirnya dinamakan tudung seproh..aku baru je beli jenis ni tahun lepas..




spesis tudung bawal paling lama mendominasi evolusi pertudungan..bukak almari cik muni kita,,macam2 warna dan reka bentuk sulaman ada..mula2,,tudung bawal hanya bersulam biasa sahaja..kemudian,,setiap sulaman dihiasi manik2 yang berwarna putih..coraknya semakin berubah apabila setiap sulaman akan diselitkan berlian yang terdiri daripada beberapa klasifikasi iaitu berlian plastik,,berlian batu,,berlian kaca..semakin banyak berlian semakin berat tudung dan semakin berkilau berlian tak mustahil harga mencecah ratusan ringgit..




populariti tudung bawal merudum dengan lahirnya tudung jenis ni..mula2 aku panggil tudung indon..yelah,,orang indon yang banyak pakai..lama2 fesyen ni semakin popular dengan pelbagai belitan dileher mahupun kepala..ada yang panggil tudung ariani..tudung ekin..bagi aku senang je..ni tudung malas..tak payah gosok,,terus pakai..tudung segera la..malas nak menggosok,,aku pakai la tudung ni..apa susah..haha

apa2 pun,,tak kisah lah nak pakai tudung style macam mana sekalipun,,yang penting bertutup..engkorang nak belit 10 kali kat leher pun tak pe..asalkan 1 je..ikut la nasihat aku ni..aku betul2 ikhlas nak bagi nasihat ni..

jangan pakai tudung saji dah la..nanti aku cakap engkorang gila iseng..haha

2 tindakbalas:

Ahmad Faiz said...

tudung bawal ni adaptasi dari ikan bawal ke? haha

Lemuni said...

kire mcm adaptasi gak la..nanti la izz tanya ikan bawal..kehkehkeh

Post a Comment