Friday, May 21, 2010

Kata2 Semangat..

jangan sesekali mengambil kesempatan ke atas keterlekaan ku ini ye..
aku akan pantau dari jauh walaupun entri terbaru akan menggunakan konsep hangat2 tahi ayam
kalau ada sokmo entri baru lepas ni nasib je la..
takkan korang nak marah plak
mood menaip ni datang tanpa diundang
pergi tanpa diminta
dan
kalau takdir menetapkan
aku akan terlihat mana2 entri di bawah http://tiraidestinasilemuni.blogspot.com/
di plagiat oleh mana2 pihak
aku akan terus private blog ini

jauh bukan bererti lupa
aku akan sentiasa pantau dari jauh
im still blog walking
dont worry about that!

ecece,,cara cakap macam nak pergi jauh je..haha

Wednesday, May 19, 2010

Made by solex


Protected by Lemuni
: ***

Tuesday, May 18, 2010

Bukan window shopping


moh ramai2 teman aku pergi shopping..
sambil2 kita bershopping,,
cikgu lemuni akan memberi penerangan beberapa sumber makanan yang harus kita ketahui nama dan bentuknya..


tembikai
aku selalu tengok bila abah beli tembikai mesti ketuk2 dulu..lepas tu bau..tadi aku praktikla..selagi boleh dicapai oleh tangan,,aku ketuk2 je..kalau orang tengok,,pro betul budak ni pilih tembikai..siap2 ketuk,,aku bau..akhirnya,,aku tak tahu motif apa aku perlu ketuk..dan aku rasa sama je bau semua tembikai tu..aku pilih yang cantik dan terus pergi timbang..


bunga kantan
chef wan pernah bagi nasihat,,selagi kambing tak mati bila makan bunga,,kita pun boleh makan bunga itu juga..dalam banyak2 bunga,,aku berani makan bunga kantan je..tak kisah la kalau kambing makan bunga raya ke,,bunga kertas ke,,aku tetap tidak percaya sebab kambing adalah kambing..by the way,,bunga kantan adalah pilihan tepat juga sebagai hadiah jambangan bunga..


lobak putih
aku tak pernah pun makan lobak putih..sebab aku bukan spesis arnab..aku spesis manusia..manusia makan lobak oren..dan aku tak paham,,apasal semua panggil lobak oren tu lobak merah??buta warna ek?


jambu duri
dari mana timbul duri pun aku tak nampak..puas aku belek..sebiji duri pun aku tak nampak..apa yang terlintas dalam fikiran aku ialah eh macam mulut nenek yang tak ada gigi je..kan kan? nama jambu tapi letakkan di bahagian sayur..jadinya,,ni buah atau sayur?


keladi
korang tahu tak,,keladi dalam bahasa omputih ialah yam..pernah terfikir tak dari mana diorang dapat perkataan yam tu? dari perkataan melayu gak..maklumlah nak panggil keladi deme tu tak reti..dulu mat salleh ni berkawan dengan mariyam..satu hari si mat ni tanya "mariyam,,what is this?" tak sempat si mariyam ni bukak mulut,,mak mariyam ni panggil "yam oh yam"..apa lagi mat salleh tu "oh,,yam..nice name"


sotong r dan d
nama saintifiknya sotong research and development..disebabkan ni bukan sotong asli,,kofem letak kunyit artificial..tu sebab berendam dalam air kuning..sekali aku tengok macam bukan dari laut je asal usul sotong r dan d ni..macam berasal dari sungai je..hanya air sungai je warna macam kunyit..betul tak?


sotong kulit merah
ni baru sotong asli..tapi kesian..sotong kulit merah dah masuk fasa monopous..tu sebab warna dah tak mengancam..cuba kalau masih berwarna merah,,fuh ramai yang berebut ni..tapi warna dah bertukar kuning belalang kunyit,,sebelah mata pun orang tak pandang..maklumlah,,pucuk muda diagung2kan..pucuk tua ditinggal2kan..apa jenis peribahasa la ni..


udang

nama spesifik aku tak tahu la..aku ada tip nak pilih udang yang baik punyerrr..sediakan satu plastik dan kaut selagi yang boleh dengan tapak tangan dan masukkan terus ke dalam plastik..mudah dan cepat kan? nak pilih udang bukan macam nak pilih ikan..kalau ikan boleh la pilih seekor2..kalau udang yang si nonit ni pilih satu satu,,sampai ke malam la jawabnya nak penuhkan satu plastik..huhu

berdasarkan penerangan di atas,,
di bawah ini adalah gambar bukan hiasan sebelum dan selepas tamat membeli belah di pasaraya beli dan takkan terbelah punya pasaraya ni..


kalau lah ada saiz troli triple double X,,makin kusyuk aku tabur duit kat pasaraya ni..


bye bye tf..
lain kali lemuni datang tabur duit lagi ye..
tempat muni ada tf,,tempat korang ada tak?
hehe (gelak sedar diri)


panorama bandar inderapura setelah disimbahi gerimis petang..
indah ciptaanNYA

maghrib berkumandang~

Oreo dengan CreamO adalah berbeza ok.


putar ♥♥ jilat ♥♥ celup♥♥

siapa sanggup putarjilatcelup?? siapa sanggup sila senyum..awak senyum..awak senyum..alalala,,sanggupnya la awak ni..saya takkkk sanggup tau..eeyakk! kembang kuncup tekak ni menahan rasa kepelikkan deria salivary amylase fenomena putarjilatcelup..meh aku relai2kan putarjilatcelup ni

relaian putar
sesiapa yang pernah dinobatkan the king of the world,,putar dengan sebelah tangan je ye..fulamak korang,,teror woo..macam mana korang putar dengan sebelah tangan..ada bantuan angin kus kus ek??dah namanya putar,,kena guna la 2 belah tangan tangan..ish ish ish,,tak sopan sungguh makan sampai guna 2 belah tangan..nasib baik putar..kalau trademark gini ; peredaran ♥♥ jilat ♥♥ celup ♥♥ gone gaya gamoknye la weh..ni bukan konsep putaran dan peredaran matahari bumi tuh wei..

relaian jilat
ni yang kembang kuncup saraf tekakku..bagi yang ada anak2 kecil,,jauhkan anak2 anda dari meniru aksi iklan yang menjilat krim oreo..terjelir2 lidah..tak sopan sungguh..bukan adab makan yang dituntut agama kita ye..makan kena bersopan..ada tata ada tertib..kalau yang jilat tu,,siap2 jilat,,lekatkan balik biskut tu..ee,,tak sanggup aku nak makan berjemaah oreo kalau ada yang pe'el macam ni..kalau yang belum mumayiz yang buat,,aku tak kisah..nak marah pun tak boleh..dah namanya mumayiz..menjadi tugas kita untuk mengajar mana yang elok mana yang tidak elok..TAPI mumayiz pun dah,,baligh pun dah,,memang aku lesing a.k.a sengkeh kepala tu..ada otak tak nak guna..

relaian celup
konsep ni aku boleh terima sebab apa?? sebab aku setuju..kenapa aku setuju?? setuju sebab aku boleh terima ok..dah dah dah..jangan banyak soal..terima je jawapan aku..

aku rasa lemuni ni ingat oreo ni sama dengan proses pensuriaan luluhawa kot..dari tadi sanggup membanting tenaga merelai2 trademark oreo

aku ni lemuni aka prihatin insannya,,aku wujudkan satu trademark baru..lepas ni aku nak daftarkan dibawah Akta Hak Cipta..besh besh kalau trademark aku ni ada simbol c dalam bulatan..tak pun r dalam bulatan..mungkin tm dalam bulatan..tapi kalau jadi macam ni lagi bagus

doa makanlemuni ♥♥ celuplemuni ♥♥ makanlemuni

amaran/penjelasan

doa makanlemuni ; kak muni bukan baca doa makan yang kak muni reka2 sendiri ye..kebetulan kalau dapat buat hak cipta sendiri,,tu yang tersasar maksud jadi "doa makan lemuni"..ni bukan ajaran sesat..apa yang ustaz ustazah ajar kat sekolah adik2 tu betul..jangan pertikaian..(buatnya budak2 ni salah tafsir,,tak pasal2 ni entri terakhir aku sebelum mengekor jejak pok cik pin)

celuplemuni ; adik2,,bukan bermakna suruh adik2 celup kak muni ni dalam air milo atau susu dutch lady mahupun dalam air sirap ye

makanlemuni ; adik2,,kak muni bukan suruh adik2 makan kak muni..ni bukan darurat yang memudaratkan ye..lagipun,,kak muni ni tak mengenyangkan adik2 semua kalau jadi makanan..

aahh,,baru terasa nikmat bila nak makan dengan adanya trademark dari lemuni..tak adalah atuk nenek syaiton tumpang berkongsi kudap kudapan..rumah aku tak ada fernleaf masa ni..milo pun jadilah sebagai ganti susu..nasib baik tak gantikan dengan air sirap..tak pasal2 sirap akan ter"transform" ke mocha plak diakhir sessi pemakanan..aku nak kumen la sikit..oreo memang sedap tapi pasti bertambah sedap lagi sekiranya krim putih tu dikurangkan paras kemanisannya..lapisan hitam tu dah manis..krim pun manis..air milo lagi2 la manis..tak hairanlah kalau rakyat malaysia banyak yang kena penyakit kencing manis..maklumlah,,semua perkara nak manis..

manis dalam senyuman
(senyumlah senyumlah ahai cik mek molek)

manis dalam berpakaian
(ada yang cukup kain ada yang tak cukup kain)

manis dalam budi pekerti
(kenapa ada kes pemerdagangan orang,,pembuangan bayi,,penderaan kanak2?)

manis dalam pemakanan
(kopi kasi manis satu!)

manis dalam penyakit kencing manis
(maaf en..kami terpaksa potong kaki en bagi mengelakkan jangkitan yang lebih serius)

setuju??

masuk oreo yang ketiga,,aku dah angkat bendera putih..kalau celup dengan fernleaf,,sah2 fernleaf pun bertukar jadi manis..aku cadangkan,,siapa2 yang giler sangat2 dengan oreo ni,,kurangkanlah kegilaan anda2 ye..tak baik untuk kesihatan disebabkan oreo ini teramatlah manis sangat..krim putih tu korang boleh jadikan sebagai gula gak dan bancuh seteko teh untuk tetamu..kofem sedap..cuba ok..aku cakap benar ni terhadap perkara yang masih lagi belum timbul kebenarannya..

nyatakan idea utama. (5 markah)
aku cuma nak bagitau yang krim putih tu teramat manis..tu je
tapi tak tahulah kenapa panjang sangat idea utama ni

Sunday, May 16, 2010

Meh berkongsi berat badan


aku tak mengamalkan sebarang diet..
aku makan ikut suka
lapar makan
kenyang jangan makan
hmm,,tak kot
kenyang pun makan

tak ada istilah,,
ee banyaknya lemak..
tu bukan aku ok
aku makan je
ee banyaknya karbohidrat
tu bukan aku ok
aku makan je

aku juga tidak mengamalkan sebarang senaman
tak pernah ke gym
pernah jogging
eh,,jogging ke?
tak tak
waktu orang berjoging
aku main buaian
abaikan walaupun pihak majlis daerah siap2 tampal amaran
"hanya untuk 12 tahun ke bawah sahaja"
tak menjejas pun kalau aku main ok..

daripada penyataan diatas,,sila berikan penyataan anda.. (10 markah)
penyataan saya dikukuhi oleh bukti dibawah setelah saya menimbang berat badan saya hasil penyataan saya diatas..
(zaman aku sekolah dulu,,kalau soalan 10 markah,, bagi 2 baris jawapan..adalah yang kena pancung nanti..huhu)


92.88 KB?? kurang daripada 100 KB..
not bad.
amacam??
hasil daripada penyataan diatas,,
berat badan blog aku masih slim maa..
tak payah ke London Weight Management..
save duit aku..
kekalkan prestasi macam ni ye blog..
jangan sesekali melebihi 100 KB..
kang aku maleh nak bermanja2 kat sini..

credit to this blog

berat badan naik aku kofem suka!!

Happy Teacher Day

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 39 DI KOMPLEKS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG..

tema pada tahun ini :

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

terima kasih kepada semua guru2 yang pernah mengajar lemuni bermula dari fasa tadika,,sehingga lemuni memasuki fasa sekolah rendah dan seterusnya ke fasa sekolah menengah..ilmu2 yang cikgu curahkan kepada saya akan saya gunakan sehingga akhir hayat saya..dan,,kepada cikgu2 saya yang sudah kembali ke rahmatullah,,semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman..

Nothing at all


Karnival Perpaduan Peringkat Negeri Pahang di Padang Sekolah Kebangsaan Jerantut


note from lemuni :

nothing to say
nothing to explore
nothing
nothing
and nothing at all















cause i want it all
or nothing at all
there's nowhere left to fall
when you've reached the bottom
it's now or never..

the touched of your hand says you'll
catch me wherever i fall
you say it best when you say
nothing at all

apa yang lemuni mengarut ni..asyik nothing at all..huhu

Saturday, May 15, 2010

@w@K h@ti $@y@ p@n@$ l@


aku rasa...
aku rasa..
aku rasa..
gagaga
aku rasa panas.........!
eh bukan bukan bukan
aku rasa hati
aku rasa hati
aku rasa hati
aku rasa panas hati..........!

sejak dari azali sebelum aku dilabelkan lemuni lagi memang aku pantang sangat2 kalau orang yang tidak dikenali mengekor aku dari belakang..aku cuma pantang kalau jurujual ke,,anak2 buah dia ke asyik ikut sekaki sekaki dengan langkah aku..tapi,,kalau orang yang tidak dikenali mengekor aku kat tepi2 jalan,,aku tak pantang plak..aku cuma ready nak bukak langkah 4 kali 1000 meter untuk pecut balapan..nyawa harus dipertahankan..makin merdeka,,makin tak selamat dunia ni..haih!


petang tadi,,aku memurahkan hati walaupun hati aku ni terlalu bernilai..tiada harga mampu memiliki hatiku ini..ya,,memurahkan hati untuk menjadi driver menemai adik2ku shopping sempena hari guru..hai budak2 sekarang,,bakpo gak complecated sangat nok beli hadiah..beli je la..kang senang..dari mula2 aku masuk kedai,,dah stand by seorang pekerja nak mengekor kami adik beradik..ok la,,aku paham tugas awak memang kena prihatin terhadap kehendak pelanggan..awak nampak aku ni sama seperti nampak duit..bila aku terpikat barang2 yang dijual oleh tokey awak,,makanya awak nampak duit aku tu sebagai gaji kan?

aku memang tak suka kalau pekerja mengekor sepanjang aku berada dalam kedai..aku memang pantang sangat2..tak selesa tahu tak! prinsip aku senang je,,nak aku beli barang pastikan jarak aku dengan pekerja tu sebanyak 10 tapak kaki..maknanya,,awak kena berada 10 tapak kaki dari belakang cik lemuni..tapi tadi,,aku panas hati sangat2 sebab jarak kita hanya sekaki je yang..nak harapkan aku beli apa kalau jarak kita hanya sekaki..macam kita ni kenal je kan nak berjalan dekat2..kalau kita kenal tak pelah,,tak payah jarak sekaki,,jalan terus sebelah aku..

aku rasa dia letih kot nak mengekor aku yang saja2 nak keliling setiap bahagian..sekejap ke depan..sekejap ke belakang..aku sengaja buat gitu supaya pekerja hilang sikit kesabaran..tapi aku tak kisah..dia hilang sabar pun takkan nak marah pelanggan..nak kena pecat ke kalau aku angkat kaki dengan muka masam..jahat nakal lemuni ni bila buat perangai..aku tahu aku boleh pengaruhi adik aku,,dapat barang tu terus bayar..yelah,,dah rajin sangat mengekor aku,,jom la merasa penangan aku sekejap ke situ..sekejap ke sini..
habis dengan pekerja,,dengan tokey dia plak..hush!

kedai ni memang suka mengekor pelanggan dari jarak yang dekat ke?? sekaki sekaki dengan aku..korang semua memang menganggu konsentrasi aku untuk memilih barang2 yang terbaik..aku tak salahkan kalau nak mengekor...tapi agak2 la jarak tu..hilang privasi aku sebagai pelanggan..semasa aku memilih barang2,,aku mesti nak minta pandangan adik2..masa tu la boleh komen,,lawa ke tak..masa tu gak la nak kutuk kalau harga tu cekik darah..tapi,, tapi,,,,, argh!


sampai tokey tu tanya aku, "tak dapat lagi ke barang yang nak dibeli dik?"..hai,,ayat macam tak sabar2 nak menghalau pelanggan je..sebagai pelanggan,,aku tafsir macam tu ok..mungkin sebagai tokey,,dia ambil berat tentang kehendak pelanggan..aku senyum walaupun dalam hati rasa panas..
macam mana nak pilih kalau asyik mengekor dari tadi lagi..nanti aku buka kedai,,aku kena ajar pekerja2 aku input paling penting "Privasi Pelanggan - jauhkan diri dari menganggu ketidakselesaan pelanggan..jaga jarak antara pelanggan..jangan buat pelanggan menyampah..berikan ruang kepada mereka"..berjaya tak ilmu macam ni ek?

lepas tu plak aku dapat nasihat ni plak,,"jangan bagi pecah barang tu,,nanti kena.."..tokey tu sebut ayat tergantung..aku paham sangat2..tak payah sebut,,kalau tulis macam ni pun aku faham "if broken,,consider sold"..haih,,apa la nasib dapat nasihat macam tu..tu la kali pertama,,pergi kedai,,tokey sendiri cakap macam tu..alahai lemuni..tokey tu kofem ingat ko ni budak sekolah..

aku memang tak suka la kalau pergi beli barang ada yang mengekor dari jarak yang dekat2..memangla prinsip perniagaan,,pekedai kena caring terhadap pelanggan..mesti buat kedatangan pelanggan dihargai..cuma yang aku minta,,berilah aku ruang dan peluang agar aku rasa bebas nak memilih..apa,,ingat mengekor dekat2 tu caring ke?? bukan caring..aku rimas! aku lemas! macam aku ni nak mencuri je..kedai pun dah siap pasang cctv,,takkan tak cukup lagi kot??

tu tak termasuk lagi yang kalau pergi bahagian sabun bedak wangi2an..kita sibuk memilih..dia pun sibuk la nak promosi produk lain..wangilah,,murahla,,sesuai dengan adik la..hish! kalau masuk pasaraya,,aku jarang nak tinjau2 bahagian 2..sebab diorang terlebih peramah,,aku tak sampai hati nak buat derk je..

kamus lemuni :

mengekor = mengekori

Majlis semalam,,temanya ialah merah jambu


akhirnya tema merah jambu telah disepakati sempena hari bahagia pada hari semalam..gambar mempelai agak2 privasi nak dikongsikan..tapi,,kalau terbuka hati aku nak upload,,aku akan kongsikan moment2 bersejarah dalam hidup aku..tak ada angin tak ada ribut,,tup tup aku bagitau macam ni..saja je nak buat surprise..kalau bagitau awal2,,tak namanya surprisekan..sejak bila aku menghitung hari bahagia pun aku rahsiakan..sedangkan pita detik cuma ada tiga..dan antara ketiga2 tu,,satu pun tak berkaitan dengan peristiwa semalam.selepas dari ni,,korang boleh detect salah satu perangai cik lemuni ialah amat amat amat perahsia orangnya..antara hantaran2 yang diperoleh oleh cik lemuni sempena hari paling bahagia,,





cantik tak?? tema merah jambu kan? tapi kenapa hantaran cik lemuni ni kerongsang dan seutas rantai je?? standard la wei buat hantaran pelik2..maklumlah,,majlis semalam mana ada pihak lelaki..pihak perempuan je..tak adanya berbalas2 hantaran ni..ni bukan hantaran kahwin atau hantaran pertunangan ok! hehe..ni hantaran untuk hari raya yang bakal tiba tak lama lagi..

semalam selepas balik dari sekolah,,umi belikan kerongsang untuk anak2 daranya..sampai aku berjeda,,aku nak pakai masa bila ek? takkan nak pergi pasar malam pakai kerongsang macam ni? takkan plak masa hangout dengan member2 aku nak melawa sampai macam ni sekali..walaupun aku tahu jarang pakai,, aku tetap suka simpan aksesori yang cantik2 ni..maklumlah perempuan!

bukti aku jarang pakai aksesori2 yang cantik ni salah satunya rantai berbentuk hati dalam gambar yang terakhir..rantai tu umi sendiri yang belikan semasa melawat kuantan beberapa tahun yang lepas..korang highlightkan ayat beberapa tahun yang lepas ok..sebabnya,,kalau orang lain,,mesti dah banyak kali pakai sepanjang tempoh beberapa tahun yang lepas..aku plak,,baru sekali pakai..tu pun tahun lepas semasa majlis makan malam pengawas..

kesimpulannya,,
aksesori yang cantik2 ni aku terlalu suka untuk mengumpul dari terlalu suka untuk melaram..

" akhirnya tema merah jambu telah disepakati sempena hari bahagia pada hari semalam..gambar mempelai agak2 privasi nak dikongsikan..tapi,,kalau terbuka hati aku nak upload,,aku akan kongsikan moment2 bersejarah dalam hidup aku..tak ada angin tak ada ribut,,tup tup aku bagitau macam ni..saja je nak buat surprise..kalau bagitau awal2,,tak namanya surprisekan..sejak bila aku menghitung hari bahagia pun aku rahsiakan..sedangkan pita detik cuma ada tiga..dan antara ketiga2 tu,,satu pun tak berkaitan dengan peristiwa semalam.selepas dari ni,,korang boleh detect salah satu perangai cik lemuni ialah amat amat amat perahsia orangnya..antara hantaran2 yang diperoleh oleh cik lemuni sempena hari paling bahagia,, "

jangan marah ok statement di atas ni..ni statement dalam mimpi je..ahak!

Friday, May 14, 2010

Ingatan tulus ikhlas dari staf TM TL/RB

cenderahati daripada Staf TM TL/RB

beberapa hari lepas,,sambil2 abah balik bercuti selama seminggu,, staf TM memilih salah satu hari untuk membuat jamuan perpisahan untuk abah..minggu lepas baru ada masa dan kesempatan untuk membuat jamuan perpisahan ni walaupun sudah lama abah bekerja di tempat baru..mula2 bercadang untuk buat jamuan di rest house,,tapi rest house mengenakan bayaran yang amat mahal..akhirnya,,jamuan ni diadakan di atas bukit istana sendiri..


sekejap je masa berlalu..sudah hampir 2 bulan abah di persekitaran baru..sebulan sekali abah pasti turun ke jerantut untuk berjumpa dengan isteri dan anak2..huhu

I said,,STOP IT !!!

7 Things to Stop Doing Now on Facebook

(1)Using a Weak Password

(2)Leaving Your Full Birth Date in Your Profile

(3)Overlooking Useful Privacy Controls

(4)Posting Your Child's Name in a Caption

(5)Mentioning That You'll Be Away From Home

(6)Letting Search Engines Find You

(7)Permitting Youngsters to Use Facebook Unsupervised

lemuni suruh baca baik baca

artikel tersepak ni aku terjumpa secara tidak sengaja..untuk memahami lebih lanjut huraian setiap isi diatas,silalah rajin2kan diri saudara saudari untuk membaca artikel penuh ni ok! aku maleh nak mengomen..sebab bukan aku yang buat artikel ni..kang tak pasal2 aku dicop plagiat..apa2 komen,,korang boleh hantarkan kepada Consumer Report Magazine..tapi komen tu kena translate dalam bahasa british la..kalau guna bahasa hang tuah pun boleh..tapi buat dwibahasa ye..macam soalan2 math dan science yang ada dwibahasa tu..baris diatas bahasa hang tuah..lepas tu translate ke bahasa british..apabila kita mempermudahkan urusan mereka,,mereka pasti mempercepatkan urusan kita..

antara 7 diatas,,ada tak yang terkena dengan diri korang??jangan tipu2 tau..aku tahu yang (2) dan (4) paling ramai yang buat..bukan ramai la,,tapi memang wajib buat..kalau tak buat,, maka tak lengkaplah hidup korang sebagai ahli pesbuk..aku pun buat gak..cuma (2) tu je dah lama tak buat..mula2 je aku share tarikh lahir..lepas dari itu,,aku terus sorok..tujuannya adalah

hanya yang betul2 mengambil berat tentang cik lemuni akan mengingati tarikh2 penting dalam hidup lemuni..jadinya,,aku sorok tarikh lahir sebab aku nak tahu kawan yang mana satu mengingati tarikh penting dalam hidup lemuni..birthday aku yang lepas,,walaupun aku sembunyikan tarikh lahir,,tetapi ada beberapa kawan yang mengingati tarikh itu,,dan menghantar ucapan selamat hari lepas selepas jam 12 pagi..thank you so much!

alang2 bercakap pasal pesbuk,,aku pun tak tahu macam mana ghope pesbuk ak sekarang..dah berminggu2 aku terputus hubungan dengan dunia pesbuk..kadang2 aku rasa masuk pesbuk cuma nak komen2 benda2 yang tak berfaedah..bila dah log in,,aku akan keberatan untuk log out walaupun dah tak ada apa2 sebenarnya yang hendak di komen..bermula dari saat itu,,aku latih diri supaya jangan terlalu taksub dengan pesbuk..sebelum ni tiap2 masa nak log in..sampai buat kerja rumah semua nak cepat gara2 hati dah tak sabar nak on pesbuk..tapi bila on,,bukan ada apa2 yang menarik pun..komen wall2 orang je..kalaulah aku disuruh merumuskan setiap komen2 tu,,aku nak merumus apa ek?

buat masa ni,,aku maleh nak ambil tahu pasal pesbuk..aku biarkan je dulu..bila2 dirasakan penting,,aku akan aktif semula..kepada kawan2 cik lemuni,,aku bukan lupakan korang semua..cuma,, aku tak nak terlalu berkepit dengan pesbuk..parah hidup aku masa yang bakal akan datang ni kalau aku tak ajar diri untuk memandang ringan dengan pesbuk..apa2 perkara penting,,aku akan mesej korang terus..korang pun ada nombor aku..tak ada hal la walaupun aku tidak bergiat aktif dalam pesbuk..

Thursday, May 13, 2010

Lemuni mengembara mencari cinta

lemuni : adam ♥ maya

esok hari jumaat..kedai2 buku masih bukak..perkara pertama sekali,,aku nak tanya

"auntie,,novel yang tajuk die kembara mencari cinta ada tak? pengarang die adamaya"

"terbitan mana amoi?"

"tahlah auntie..saya xtau terbitan mana..tapi tajuk die kembara mencari cinta..saya tengok dalam citer adamaya,,novel tu dah dilancarkan..sebab tu saya datang nak beli"

agak2 ada tak novel tu kat pasaran? aku tengok masa maya berjuraian air mata,,dalam kotak pemberian adam disertakan sekali dengan sebuah novel..memang novel betul la..siap ada sinopsis lagi kat belakang..

adamaya tu novelist baru ea?
novel tu terbitan mana ye?

♥♥♥♥

Wednesday, May 12, 2010

Peristiwa sedey

lemuni : rezeki ada dimana2

abah dengan iz sama2 pulang ke destinasi masing2 pada hari ini..cuma bezanya,,iz bertolak pulang dalam pukul 10 pagi dan selamat tiba dalam pukul 4 petang..manakala abah bertolak pulang dalam pukul 4 petang dan selamat tiba lebih kurang pukul 8 malam..sebelum iz bertolak pulang,,iz singgah kejap rumah cik lemuni..dan kebetulan,,masa tu abah ada sekali..abah tanya iz nak pulang hari ini ke? balik naik motor ke? berapa jam dari sini ke perak? disebabkan abah tanya direct ke iz,,aku tak masuk campur untuk menjawab kesemua soalan itu..pandai2 la iz nak jawab..hehe

"iz,,nurul tengok kofident je iz jawab pertanyaan abah nurul..tak nampak pun reaksi terkejut..nurul perhati ye walaupun tak masuk campur"

jumpa sekejap pun jadilah..lagipun kita dah jumpa 2 hari sebelum ni..campur dengan hari ini 3 hari..iz balik ipoh pun tak lama kali ni..cuma 3 minggu je..dalam tempoh 3 minggu ni,,iz final..habis final,,iz terus cuti sem..memang banyak masa selepas ni..iz 3 minggu,,abah plak 2 minggu..2 2 kesayangan lemuni pergi tak lama..sekejap je berpisah..lemuni tunggu kepulangan insan2 tersayang..lemuni tahu 2 3 minggu tak lama..pejam celik pejam celik,,tiba waktu tu..lagipun,,berjauhan pun bukan sebab suka2..berjauhan dengan abah sebab abah cari rezeki untuk kami sekeluarga..berjauhan dengan iz sebab tuntutan masa depan iz..

hari ini juga tarikh semakan panggilan temuduga program pengajian pendidikan..nampaknya,,bukan rezeki aku..aku tak berjaya untuk temuduga di kuantan pada 18 mei sehingga 24 mei ni..yang aku tahu,,yang berjaya mendapat panggilan temuduga ialah aina,,zati,,nana,,erni dengan janah..aku doakan korang semua berjaya dalam temuduga ni..buat yang terbaik ye..ni rezeki korang..jangan sia2kan peluang ni..pastikan ada persiapan yang kukuh..temuduga adalah satu fasa paling mencabar..insyaallah,,rezeki korang untuk menjadi pendidik sudah terbentang di depan mata..sekali lagi,,tahniah aku ucapkan..

nasihat dari insan2 kesayangan lemuni..

abah

abah cakap tak pe lah..bukan rezeki kakak..abah cerita,,ada anak kawan abah pointer macam aku gak,,tapi tidak berjaya untuk ke temuduga..bila keputusan upu,,anak dia berjaya masuk ke salah satu universiti antara 7 pilihan program pengajian yang dipohon semasa mula2 on9 dahulu..

cucum

cucum : ye ke? ko x lulus medsi ke? x usahlah sedih..jadi pensyarah terus

lemuni : aku risau..kang pensyarah pun xdpt..huu

cucum : jangan risau,,belajar dulu,,mane tau rezeki kite kat tempat lain"

terkelip2 mata aku baca mesej cucum..betul ke ni kawan aku? terharu sangat2 nasihat yang cucum bagi..kerjaya ko sebagai seorang guru mematangkan pemikiran ko..nasib baik ko tak bagi nasihat yang gile2..hehe

odan

odan : em..xpela..bkn rezeki aku jd cikgu

lemuni : hei..jgn cakap g2..ko xtau masa dpn mcm mane.sdgkn y amik medik,,engner bleh jd cg..yg penting masuk u,,blaja

dengan odan terbalik..aku plak yang teror bagi nasihat..padahal situasi 2 2 sama je..huhu..cucum suntik nasihat kat aku..aku plak suntik nasihat kat odan..odan plak suntik nasihat kat cucum "bila nak belanja"..hehe..ni la gelagat 3 sahabat karib..semoga persahabatan kita kekal selama2nya..

iz
iz dah pesan awal2..tahu je keputusan pastikan sms terus walaupun masa tu iz tengah bawa motor..dalam pukul 1 lebih iz telefon..dengar suara si buah hati suara tangkap leleh terus bagi peringatan nasihat jangan sedih2..yang tak dapat cuma temuduga..bukan nya universiti.."dengan pointer nurul tu,,pasti masuk u..dah,,jangan sedih2 lagi..yang penting bulan 6 nanti"

Warkah kepada 4 terpenting

lemuni : rumusan..

iz dah ada di jerantut selama 5 hari..cuma hari pertama iz sampai,,aku tak ada di jerantut..aku di kuantan..bila aku balik ke jerantut hari sabtu,,kami masih tidak berjumpa disebabkan masa..aku sampai di jerantut dalam pukul 8 malam..manakala iz masa tu berada di kampung..halangan masa dan jarak menghalang kami berjumpa walaupun sebenarnya jarak kami berdua amatlah dekat secara zahirnya..

hari ahad dan isnin barulah kami berjumpa seperti biasa..macam biasa,,tiada tempat lain,,iz akan datang rumah untuk berjumpa dengan aku..cuti 5 hari ini,,iz dapat berjumpa dengan din,,odan,,dengan cucum..aku yang tinggal dekat2 dengan diorang mesti nak tunggu iz balik..iz tak balik,,selagi tu aku tak keluar pergi jumpa diorang..diorang pun dah paham,,kalau aku minta berkumpul,,mesti cik abang lemuni ada sekali..

wei,,sahabat2 lemuni sekalian..

cucum,,
dapat gak ko jumpa menteri besar pahang secara live..ko pun dah bersara dari jadi cikgu,,makanya banyaklah masa ko melepak..jom lepak dengan aku..belanja aku..tapi kalau nak belanja,,tunggu iz balik ye? aku tak nak sorang2

odan,,
ko pandai psiko aku..dari niat aku nak berjumpa cucum,,terus tertukar niat nak mengepau..wei la..ha! cum kata kalau nak pau,,kuasa di tangan aku..kalau aku arrangekan 1 perjumpaan nanti,,boleh la pau..

ejat,,
tak sangka honeyku jadi baby sister..hehe..ko jagalah anak tu dengan baik2..jangan ko membuli dah la..aku tunggu bulan 6 ni untuk keluar dating dengan ko..aku kangan giler sama ko..makan kofem kenyang..mandi kofem basah petanda aku rindu bangat sama lor honey!..haha!!

kepada tersayang tercinta,,
nurul tunggu iz datang esok..kita jumpa sekejap ye..final dah dekat,,buat yang terbaik ok..jangan lupa banyakkan berdoa padaNYA agar iz dapat menjawab dengan hati yang tenang..DIA akan mempermudahkan urusan hambanya

Tuesday, May 11, 2010

Iktibar..

lemuni : ya allah,,peliharalah imanku..

saya sedar diri ini masih memerlukan bimbangan yang lebih pakar..entri ini bukan untuk mengajar..saya cuma berkongsi pendapat,,saya bukan hendak menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan..diri saya sendiri masih banyak lompang..

kadang2 aku rasa,,bila aku bukak tv,,mesti ada topik yang menarik..topik yang penting untuk dijadikan pengajaran..dalam entri ini,,aku tak nyatakan secara terperinci kenapa aku suruh korang cari ulangan bagi siaran itu..tujuan aku cari supaya kita bersama dapat jadikan segala nasihat dan panduan untuk memandu ke arah yang lebih bermakna bagi mereka yang sedang dalam perhubungan..tajuk bagi program fitrah kasih pada hari tersebut ialah 'CINTA MONYET'..pengalaman bagaimana lan kristal dan isterinya yang bercinta semenjak di tingkatan 2..apa yang menariknya,,aku kagum sebab mereka boleh terus setia antara satu sama lain dari hubungan cinta monyet itu ke arah satu fasa yang paling bermakna iaitu mendirikan masjid..

aku ambil kata2 pasangan ni,,dalam tempoh persekolahan,, memang kelihatan seperti cinta monyet..tetapi apabila kedua2 telah tamat alam persekolahan,,jangan jadikan diri seperti monyet yang sedang bercinta..bercinta ada matlamat..yang penting,,dalam apa2 hal pun,,ibu bapa adalah yang utama..bila bercinta,,setiap perkara yang hendak dilakukan,,letakkan ibu bapa di tangga yang teratas..mereka memperkenalkan pasangan masing2 kepada ibubapa,,bagitau status perhubungan diorang..sweet kan?? tak rahsia2..

cuma apa yang aku tergerak hati nak menulis pada kali ini tentang tajuk wanita hari ini iaitu "KENAPA BUANG ANAK"..selama ni kalau dalam media massa,,gambar2 mayat bayi tidak akan ditunjukkan kepada umum..tapi dunia serba canggih,,perangai aku sebagai kaki blogger akhirnya aku dapat melihat gambar2 mayat bayi..dalam blog tersebut,,penulis dah bagi amaran siapa yang lemah semangat,,jangan lihat..aku tengok sekerat jalan je..tak sanggup dah nak tengok..campur dengan lemah semangat lagi nak tengok gambar mayat bayi dalam keadaan yang menyayat hati..huhu

pengetahuan yang aku boleh kongsi dalam intipati "KENAPA BUANG ANAK" ialah golongan yang membuang anak..aku tak nak cerita faktor2 yang mendorong berlakunya benda ini atau cara menanganinya..ada beberapa golongan yang terlibat dalam gejala seperti ini

(a) remaja yang terlanjur..senang cerita hubungan luar nikah

(b) bukan remaja sahaja,,golongan dewasa yang terlanjur pun sama

(c) pasangan yang mempunyai hubungan yang halal,,tapi dikurniakan anak yang cacat..samada malu atau merasakan beban untuk menjaga anak yang cacat

aku rasa ada lagi golongan yang buang anak..tapi cukuplah aku nyatakan tiga sahaja..sebab tu je yang aku tahu..menurut tetamu jemputan yang juga merupakan pendakwah nama beliau terlupa,,beliau kaitkan zaman sekarang dengan zaman jahiliah tentang buang anak..zaman jahiliah zaman tiada agama,,masyarakat buang anak dalam erti kata menanam hidup2 hanya anak perempuan SAHAJA disebabkan telah menjadi adat pada zaman itu..mereka menganggap perempuan menyusahkan..tapi bila nak puaskan nafsu pandai plak cari perempuan..disebabkan itu,,Allah swt mengutuskan Nabi Muhammad saw dan menurunkan al-quran bagi memandu masyarakat jahiliah ke arah kebenaran agama islam..zaman sekarang plak,,al-quran ditangan,,nabi dan rasul di hati..tetapi kenapa masih terjadi isu buang anak ni seperti zaman jahiliah??

zaman jahiliah yang sememangnya tiada agama atau zaman sekarang yang sememangnya ada agama,,mana yang lebih teruk??

aku masih mentah tentang kehidupan ini..jauh sekali nak paham apa itu erti perkongsian hidup..tapi,,aku seperti kanak2 kecil lain yang mempunyai impian..kalau kanak2 kecil mereka mengimpikan untuk menjadi secantik cinderella..memiliki gaun putih yang kembang seperti snow white..tak pun memiliki rupa paras secantik rapunzel..mengimpikan seorang putera seperti prince stefan yang kacak..datang menjemput mereka dengan seekor unicorn..aku tak guna menjemput dengan mercedes 5 series sebab angan kanak2 semua angan2 hollywood..tapi aku tak berangan2 sampai gitu sekali..angan2 aku mesti up sikit..kalau aku masih hidup di alam barbie,,haih tak kemana la hidup ni..huhu

sama ada yang dah terlanjur atau masih menjadi mawar berduri,,orang yang dah kahwin lain cerita..diorang dah paham apa itu perkongsian hidup..sekarang ni kita bercakap tentang angan2 lemuni yang jahil tentang apa itu hidup..korang yang belum kahwin cuba bayangkan lah..ni angan2 je tau..bukan terdesak nak kahwin..aku banyak lagi perkara nak buat sebelum tiba ke fasa nak kahwin..

(a) setiap wanita mengimpikan sebuah perkahwinan yang akan menjadi memori paling manis sepanjang hayat..kahwin hanya sekali..aku pun berangan2 macam tu..macam mana tema perkahwinan aku nanti,,aku tak terfikir lagi..yang penting,,pengantin lelaki insan yang lemuni sayangi dan cintai..ala,,korang boleh teka siapa kan..hehe..perkahwinan itu direstui oleh kedua2 belah pihak..kalau sebelah pihak saja restu,,aku takkan kahwin..sebabnya,,kita bukan kahwin dengan suami sahaja tetapi dengan seluruh kaum kerabat kedua2 pihak..lepas tu plak,,tempah jurufoto..tangkap gambar kahwin kat tepi sungai ke,,tasik ke,,dalam ladang getah dengan kelapa sawit pun ok gak..mana2 jela tempat alam semulajadi..bukan dalam studio dah la..lepas tu,,upload dalam blog..kehkeh..merapu betul impian lemuni yang ni..

(b) Allah swt memberkati hubungan yang halal dengan mengurniakan anugerah yang perlu dijaga selama 9 bulan 10 hari..tambah2 pula,,zuriat itu direstui oleh suami..lagi bertambah pahala..korang tak nak rasa ke mengandung anak dalam nikah? banyak pahala,,banyak memori manis..mengandung anak luar nikah,,azab sepanjang hidup..seronok bila melakukannya,,tetapi tanpa ikatan yang sah sehingga mengandung,,terlalu AZAB!! umi cakap,,bila kita mengandungkan anak dari hubungan yang halal,,alahan2 sewaktu mengandung,,morning sickness memang perlu dilalui..tapi tu semua mengajar supaya bersabar..si ibu harus jaga anak yang dikandung dengan serapi yang mungkin,,,bagi mengelakkan keguguran..tapi bagi hasil hubungan haram,,mereka tak merasa semua tu..sampai yang melakukan aktiviti lasak masa mengandung pun tak gugur..punya kuasa Tuhan nak tunjuk anak dari hubungan haram tak dijaga pun masih mampu bernyawa sehingga dilahirkan..huhu

(c) masa bersalin,,ditemani oleh suami..bagi yang tak ditemani suami sekurang2nya,,suami juga turut berdebar menunggu kelahiran si anak,,dan keselamatan si isteri..selepas itu,,suami akan menganzankan/iqamatkan ke telinga baby..betapa syahdunya suasana itu..sakit bersalin kofem hilang bila menatap cahaya mata yang lahir dari hubungan yang halal..ni aku tahu dari pengalaman orang2 yang bersalin..bukan pandai2 buat cerita..cuba bayangkan bagi yang melahirkan anak luar nikah..bagaimana suasana persekitaran tempat bersalin..aku rasa takkan pergi bersalin kat hospital..maunya kena tahan polis lepas bersalin kat hospital pergi buang baby itu..aku tak tahulah tempat apa yang diorang pilih..setakat ni tak ada lagi penangkapan bagi yang membuang anak..kalau ada yang dah ditangkap,,boleh tanya kat mana bersalin..lepas bersalin,,pandang baby tu,,tak ditemani suami,,tiada yang nak azan/iqamat baby itu..macam mana perasaan?? menangis air mata penyesalan..bukan air mata kegembiraan..

cukuplah tiga ni angan2 mat jenin cik lemuni..

siapa kita untuk menghukum mereka yang telah melakukan kesalahan..semuanya bukan ditangan kita..tapi DIA..mohon keampunan dari DIA..jangan tambah lagi dosa..melakukan hubungan luar nikah,,sudah berdosa besar..jangan ditambah lagi dosa dengan membuang nyawa yang langsung tidak bersalah..yang bersalah ialah pasangan itu..tetapi kenapa si kecil yang menjadi mangsa..bagi peluang si kecil untuk mereka hidup..membesar seperti anak2 yang lain..cuba bayangkan sekiranya ibubapa awak membuang awak sejak dari lahir,,tentu awak tak ada di dunia ini..jagalah anak itu sebaiknya..

kepada lelaki2,,jangan lepas tangan..kesan akibat hanya dapat dikesan oleh kaum perempuan sahaja dengan bukti mereka mengandung..jangan tanamkan benih,,dan tinggalkan perempuan itu begitu sahaja..sama2 kembali ke pangkal jalan..cara yang paling elok,, patrikan hubungan itu ke hubungan yang halal..selepas itu sama2 bertaubat..sebagaimana awak gentelmen semasa mengorat,,sebegitu jugalah awak gentelmen semasa mengaku kesalahan seterusnya bertanggungjawab..bagi yang lepas tangan,,ingat,,sekarang awak boleh terlepas..tapi hukuman Allah swt sudah menunggu..


jauhkan benda2 sebegini dari diri aku,,dari orang2 yang aku sayang,,sahabat2 ku,,seterusnya kepada semua kaum adam dan hawa..

Monday, May 10, 2010

Selamat datang Pelajar Pra-U..

lemuni :ex-praU 08/09

macam mana aku boleh terlupa tarikh ini..hari ini 10 mei 2010..hari pendaftaran pelajar2 pra-u di smj..aku memang lupa sangat2 tarikh ni melainkan dalam kepala ni cuma ingat 10 mei tarikh pendaftaran budak2 matrix..tahniah kepada junior2 cik lemuni yang berjaya mendaftarkan diri di matrix serata malaysia pada hari ini..dan aku tahu,,sebelum 10 mei,,ada junior2 cik lemuni yang pening kepala nak memilih samada matrix atau universiti..selepas hari ini,,mana2 yang menolak tawaran matrix,,aku percaya mereka membuat pilihan untuk ke universiti..selamat menempuh suasana persekitaran pembelajaran yang baru..lakukan yang terbaik untuk mencapai anak tangga seterusnya..

ha!! tak lupa jugak..selain dari pendaftaran budak2 matrix,,aku ingat tarikh hari ini merupakan tarikh paling bersejarah buat 2 sahabat aku..tahniah kepada dhineswary dan ainatul jannah kerana menerima anugerah kecemerlangan pelajar terbaik stpm negeri pahang yang disempurnakan oleh menteri besar pahang di kuantan..selain membanggakan ibu bapa,,pihak sekolah,,dan kawan2,,korang berdua mewakili daerah jerantut semasa di kuantan..apa2pun,,tahniah sekali lagi..kepada dhines,,tengoklah dalam masa terdekat ni,,aku akan cuba cari masa untuk berjumpa dengan ko..banyak aku nak tahu apa yang menarik semasa di kuantan..tunggu kedatangan aku ok!

back to the topic..aku teringat hari ni tarikh pendaftaran pelajar pra-u pun sebab my sis yang rajin bercerita..tahun ni seramai 200 lebih yang mendaftar..wow! ramainya..tapi aku tak berani nak jamin adakah angka 200 ni mampu mempertahankan ketuanannya sehingga stpm 2011..rata2 ramai hanya menjadi lower six sebagai transit sahaja..aku bukan omong kosong..aku bekas ajk peptej,,aku terlibat dalam membuat bancian kepada pelajar2 pra-u yang baru mendaftar kenapa memilih tingkatan 6..feedback yang aku dapat adalah sulit untuk aku ceritakan secara umum..walau apa2 pun,,sesiapa yang pernah bergelar pelajar pra-u,,aku ucapkan tahniah..terselit keberanian untuk memegang title pelajar pra-u..lama atau sekejap di pra-u bukan persoalannya..yang penting keberanian untuk menjadi pelajar pra-u..

yang membuatkan aku teruja..eh,,bukan teruja..kalau boleh la..aku nak terbang sekarang ke smj..tahun ni,,buku program pra-u terpampang muka2 pelajar stpm tahun lepas..cikgu ni sah2 nak interframe budak berlima tu..kehkeh..can i fly without wing mr westlife?? korang buat lagu,,mesti korang boleh agak kan? kalau aku boleh terbang tanpa sayap,,aku akan terus terbang untuk turut serta menjadi penyambut tetamu pelajar2 pra-u..punyalah membuktikan cik lemuni ni tak ada kerja nak dibuat..muni muni,,tahu lepas kan,,ko kan terlibat dalam program tu, berhari2an bersama pelajar pra-u kan? tapikan waktu tu,,ko pergi tunjuk diri,,tunjuk muka je..bila line clear,,ko terus lari masuk kelas..err,,tu bukan zaman keterujaan..lagi pun,,aku maleh nak interframe diri..anak buah kan ramai,,bagi arahan berdasarkan program yang aku dah susun dah le..

cikgu,,boleh tak saya nak senaskah buku program tahun ni..senaskah pun jadilah..saya nak simpan..bagi kat budak2 tu,,silap2 ada yang buat bungkus nasi lemak..kesian budak berlima tu,,habis muka diorang bersalut sambal bilis..huhu

bila kenangkan kembali,,aku rasa macam baru semalam aku menjadi pelajar pra-u di smj..walaupun hakikatnya aku adalah bekas pelajar pra-u smj..pagi tu,,aku bangun seperti hendak ke sekolah..cuma bezanya,,aku pergi lewat sikit..yelah,,pergi nak mendaftarkan diri takkan nak terpacak pukul 7 pagi disekolah..aku tengok depan cermin,,di badan aku tersarung baju kurung pra-u..baju dan tudung warna putih..kain warna maroon..dah meningkat dah rupanya umur aku ni..aku sampai2 je kat sekolah,,abah hantar depan pintu pagar..abah cakap dah besar,,uruskan semuanya sendiri..aku berjalan dengan kofident walaupun hati punyalah cuak..

sampai2 je kat dewan makan,,perr,,hampir semua ditemani mak ayah..haih,,tadi abah kata aku dah besar..uruskan semua sendiri..tapi apa yang aku nampak,,memang ramai mak ayah yang datang teman anak2..uruskan untuk diorang..canggung secanggung giler masa tu..dah la tu,,kebanyakan yang duduk berborak mesti berpuak2..ni dari padang piol..ha,,tu dia..satu geng..tu dari lepar..amik kau,,satu geng..dari gelanggi,,ni geng gelanggi..mana aku boleh masuk geng2 tu..so..carila kerusi duduk sorang2..orang senyum aku senyum..tak pun aku buat muka blurr..

tiba masa pendaftaran,,ha sudah..aku nak daftar kat meja mana ni..tak ada satu pun meja yang patut aku tuju..lepas budak2 ni semua setel,,aku beranikan diri pergi ke salah satu meja..aduh,,masalah2..nak tak nak,,aku kena libatkan abah umi..kuasa pendaftaran tak ada ditangan aku..aku pinjam telefon cikgu nora,,panggil umi ke dewan makan..aku pusing kebelakang,,aku tengok semua budak2 pandang aku..mana tak nya,,atas pentas dewan makan,,aku je yang berdiri..aku dah nak start cengeng dah..takut punya pasal..tak lama lepas tu,,umi datang..sekejap je setel..aku turun dari pentas,,sampai ke tempat duduk,,tak berani nak pandang budak2 ni..blushing punya pasal..

aduh,,pengalaman..pengalaman..

apa2 pun,,masa lower 2,,aku berjaya sorok status aku sebagai anak guru dari pengetahuan hampir kesemua member2..naik upper six,,aku tak tahulah,,siapa la yang jadi radio karat,,keempat2 kelas tahu status aku sebenarnya..cukup segelintir yang tahu dah la..apa2 pun,, banyak kenangan aku sebagai bekas pra-u..ada sesetengah aku ceritakan di dalam entri2 terdahulu..tapi kebanyakan aku tak sempat nak bercerita kesemuanya disebabkan kesibukkan mengejar stpm..

Sunday, May 9, 2010

~Off to Kuantan~

lemuni : smk jerantut..family day

pukul 9.30 pagi,, 6 mei yang lepas kami sekeluarga bertolak dari rumah menuju ke smj untuk sessi pengumpulan ahli2 konvoi guru2 sempena hari keluarga smj di de rhu beach resort..kali ni ramai cikgu2 yang tinggalkan kereta di sekolah dan menaiki bas smj..aku dengan family naik kereta..kalau naik bas,,tak dapatla anak2 abah umi nak berjalan sekitar kuantan selepas berakhir hari keluarga..

dalam pukul 10.30 pagi,,aku sampai kat perhentian temerloh..memang rezeki sangat2..terserempak dengan konvoi BOAT ON THE ROAD sedang berhenti rehat disitu..apa itu BOAT ON THE ROAD?? siapa2 yang tengok MHI hari jumaat lepas,, konvoi ni merupakan salah satu aktiviti untuk mempromosi negeri terengganu sebagai negeri pelancongan..konvoi ini dilepaskan dari perkarangan TV3 untuk menuju ke tasik kenyir..peserta konvoi2 ni semuanya jenis kaki pancing..tak hairanlah kalau diberi nama BOAT ON THE ROAD sebab setiap kenderaan konvoi dilengkapi bot masing2..

okeh2..kita teruskan pengembaraan cik lemuni..ahli2 konvoi tiba di de rhu beach resort dalam pukul 12++ tengahhari..tapi dah sampai depan pintu resort pun tak boleh nak check in..pukul 3.00 petang baru boleh check in..rata2 semua cakap gini : kalau check in dah pukul 3,,check out mesti pukul 3 gak la..xyah kuar pukul 12..tapi nak buat macam mana,,kalau dah pukul 3,,maknanya kena tunggu pukul 3 gak la..

nak perabiskan masa,,ahli2 konvoi berkumpul di tepi pantai yang berhampiran..time to portluck! sementara nak tunggu kaum2 adam menunaikan kewajipan jumaat,,kaum2 hawa menjamu selera dulu..fuhh,,macam2 lauk yang cikgu2 ni bawa..mak aku bawa seperiuk bihun goreng dengan nasi putih.."kak nun bawak periuk terus..tak guna tupperware pun"..sebab apa umi bawa periuk??ni idea anak2 umi la.."ala umi,,tak payah nak cari2 tupperwarenya..bawa je gitu terus kan senang"

terus terang aku cakap,,macam syurga makanan masa tu..lauk yang tak pernah aku makan pun aku jumpa..contohnya macam sambal hitam..sedap juga..banyak sangat lauk pun aku sampai tak termakan..lauk2 yang aku ingat ada macam ikan patin masak tempoyak,,pecal,,ayam masak merah,,sardin,,sambal hitam,,kokteal,,tembikai,,tembikai susu,,kek,,kuah kacang,,mee goreng,,dll..

kalau nak cerita,,memang akan panjang..menginap di de rhu sudah 2 malam..secara ringkasnya,,selepas check out,,kami berpeleseran di teluk cempedak..makan tengahhari kat situ je..memang kenyang pun..kami sekeluarga menjamu mcd je..hehe..dari tc,,terus ke giant untuk bershopping..siap2 bershopping terus bertolak pulang ke jerantut..sampai di jerantut,,tak terus balik rumah..ada satu lagi tempat yang perlu dituju..menjamu selera di benteng sebagai persediaan makan malam..

gambar kenang kenangan


















semasa acara makan malam,,ada satu slot untuk hari ibu,,dimana,,nama ibu akan dipanggil..ibu dan anak diminta naik ke pentas..si anak akan memberikan choc kepada si ibu..kalau yang mengajar cikgu lelaki,,pengacara majlis akan menyebut isteri kepada en .... bersama anak dijemput naik ke pentas..ataupun ibu kepada en ... bagi yang bujang..






panorama tengah hari di teluk cempedak kuantan



sayonara~
segala keriangan berkumpul akan diingati sepanjang zaman