Sunday, May 16, 2010

Meh berkongsi berat badan


aku tak mengamalkan sebarang diet..
aku makan ikut suka
lapar makan
kenyang jangan makan
hmm,,tak kot
kenyang pun makan

tak ada istilah,,
ee banyaknya lemak..
tu bukan aku ok
aku makan je
ee banyaknya karbohidrat
tu bukan aku ok
aku makan je

aku juga tidak mengamalkan sebarang senaman
tak pernah ke gym
pernah jogging
eh,,jogging ke?
tak tak
waktu orang berjoging
aku main buaian
abaikan walaupun pihak majlis daerah siap2 tampal amaran
"hanya untuk 12 tahun ke bawah sahaja"
tak menjejas pun kalau aku main ok..

daripada penyataan diatas,,sila berikan penyataan anda.. (10 markah)
penyataan saya dikukuhi oleh bukti dibawah setelah saya menimbang berat badan saya hasil penyataan saya diatas..
(zaman aku sekolah dulu,,kalau soalan 10 markah,, bagi 2 baris jawapan..adalah yang kena pancung nanti..huhu)


92.88 KB?? kurang daripada 100 KB..
not bad.
amacam??
hasil daripada penyataan diatas,,
berat badan blog aku masih slim maa..
tak payah ke London Weight Management..
save duit aku..
kekalkan prestasi macam ni ye blog..
jangan sesekali melebihi 100 KB..
kang aku maleh nak bermanja2 kat sini..

credit to this blog

berat badan naik aku kofem suka!!

0 tindakbalas:

Post a Comment