Tuesday, May 18, 2010

Oreo dengan CreamO adalah berbeza ok.


putar ♥♥ jilat ♥♥ celup♥♥

siapa sanggup putarjilatcelup?? siapa sanggup sila senyum..awak senyum..awak senyum..alalala,,sanggupnya la awak ni..saya takkkk sanggup tau..eeyakk! kembang kuncup tekak ni menahan rasa kepelikkan deria salivary amylase fenomena putarjilatcelup..meh aku relai2kan putarjilatcelup ni

relaian putar
sesiapa yang pernah dinobatkan the king of the world,,putar dengan sebelah tangan je ye..fulamak korang,,teror woo..macam mana korang putar dengan sebelah tangan..ada bantuan angin kus kus ek??dah namanya putar,,kena guna la 2 belah tangan tangan..ish ish ish,,tak sopan sungguh makan sampai guna 2 belah tangan..nasib baik putar..kalau trademark gini ; peredaran ♥♥ jilat ♥♥ celup ♥♥ gone gaya gamoknye la weh..ni bukan konsep putaran dan peredaran matahari bumi tuh wei..

relaian jilat
ni yang kembang kuncup saraf tekakku..bagi yang ada anak2 kecil,,jauhkan anak2 anda dari meniru aksi iklan yang menjilat krim oreo..terjelir2 lidah..tak sopan sungguh..bukan adab makan yang dituntut agama kita ye..makan kena bersopan..ada tata ada tertib..kalau yang jilat tu,,siap2 jilat,,lekatkan balik biskut tu..ee,,tak sanggup aku nak makan berjemaah oreo kalau ada yang pe'el macam ni..kalau yang belum mumayiz yang buat,,aku tak kisah..nak marah pun tak boleh..dah namanya mumayiz..menjadi tugas kita untuk mengajar mana yang elok mana yang tidak elok..TAPI mumayiz pun dah,,baligh pun dah,,memang aku lesing a.k.a sengkeh kepala tu..ada otak tak nak guna..

relaian celup
konsep ni aku boleh terima sebab apa?? sebab aku setuju..kenapa aku setuju?? setuju sebab aku boleh terima ok..dah dah dah..jangan banyak soal..terima je jawapan aku..

aku rasa lemuni ni ingat oreo ni sama dengan proses pensuriaan luluhawa kot..dari tadi sanggup membanting tenaga merelai2 trademark oreo

aku ni lemuni aka prihatin insannya,,aku wujudkan satu trademark baru..lepas ni aku nak daftarkan dibawah Akta Hak Cipta..besh besh kalau trademark aku ni ada simbol c dalam bulatan..tak pun r dalam bulatan..mungkin tm dalam bulatan..tapi kalau jadi macam ni lagi bagus

doa makanlemuni ♥♥ celuplemuni ♥♥ makanlemuni

amaran/penjelasan

doa makanlemuni ; kak muni bukan baca doa makan yang kak muni reka2 sendiri ye..kebetulan kalau dapat buat hak cipta sendiri,,tu yang tersasar maksud jadi "doa makan lemuni"..ni bukan ajaran sesat..apa yang ustaz ustazah ajar kat sekolah adik2 tu betul..jangan pertikaian..(buatnya budak2 ni salah tafsir,,tak pasal2 ni entri terakhir aku sebelum mengekor jejak pok cik pin)

celuplemuni ; adik2,,bukan bermakna suruh adik2 celup kak muni ni dalam air milo atau susu dutch lady mahupun dalam air sirap ye

makanlemuni ; adik2,,kak muni bukan suruh adik2 makan kak muni..ni bukan darurat yang memudaratkan ye..lagipun,,kak muni ni tak mengenyangkan adik2 semua kalau jadi makanan..

aahh,,baru terasa nikmat bila nak makan dengan adanya trademark dari lemuni..tak adalah atuk nenek syaiton tumpang berkongsi kudap kudapan..rumah aku tak ada fernleaf masa ni..milo pun jadilah sebagai ganti susu..nasib baik tak gantikan dengan air sirap..tak pasal2 sirap akan ter"transform" ke mocha plak diakhir sessi pemakanan..aku nak kumen la sikit..oreo memang sedap tapi pasti bertambah sedap lagi sekiranya krim putih tu dikurangkan paras kemanisannya..lapisan hitam tu dah manis..krim pun manis..air milo lagi2 la manis..tak hairanlah kalau rakyat malaysia banyak yang kena penyakit kencing manis..maklumlah,,semua perkara nak manis..

manis dalam senyuman
(senyumlah senyumlah ahai cik mek molek)

manis dalam berpakaian
(ada yang cukup kain ada yang tak cukup kain)

manis dalam budi pekerti
(kenapa ada kes pemerdagangan orang,,pembuangan bayi,,penderaan kanak2?)

manis dalam pemakanan
(kopi kasi manis satu!)

manis dalam penyakit kencing manis
(maaf en..kami terpaksa potong kaki en bagi mengelakkan jangkitan yang lebih serius)

setuju??

masuk oreo yang ketiga,,aku dah angkat bendera putih..kalau celup dengan fernleaf,,sah2 fernleaf pun bertukar jadi manis..aku cadangkan,,siapa2 yang giler sangat2 dengan oreo ni,,kurangkanlah kegilaan anda2 ye..tak baik untuk kesihatan disebabkan oreo ini teramatlah manis sangat..krim putih tu korang boleh jadikan sebagai gula gak dan bancuh seteko teh untuk tetamu..kofem sedap..cuba ok..aku cakap benar ni terhadap perkara yang masih lagi belum timbul kebenarannya..

nyatakan idea utama. (5 markah)
aku cuma nak bagitau yang krim putih tu teramat manis..tu je
tapi tak tahulah kenapa panjang sangat idea utama ni

0 tindakbalas:

Post a Comment