Tuesday, May 11, 2010

Iktibar..

lemuni : ya allah,,peliharalah imanku..

saya sedar diri ini masih memerlukan bimbangan yang lebih pakar..entri ini bukan untuk mengajar..saya cuma berkongsi pendapat,,saya bukan hendak menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan..diri saya sendiri masih banyak lompang..

kadang2 aku rasa,,bila aku bukak tv,,mesti ada topik yang menarik..topik yang penting untuk dijadikan pengajaran..dalam entri ini,,aku tak nyatakan secara terperinci kenapa aku suruh korang cari ulangan bagi siaran itu..tujuan aku cari supaya kita bersama dapat jadikan segala nasihat dan panduan untuk memandu ke arah yang lebih bermakna bagi mereka yang sedang dalam perhubungan..tajuk bagi program fitrah kasih pada hari tersebut ialah 'CINTA MONYET'..pengalaman bagaimana lan kristal dan isterinya yang bercinta semenjak di tingkatan 2..apa yang menariknya,,aku kagum sebab mereka boleh terus setia antara satu sama lain dari hubungan cinta monyet itu ke arah satu fasa yang paling bermakna iaitu mendirikan masjid..

aku ambil kata2 pasangan ni,,dalam tempoh persekolahan,, memang kelihatan seperti cinta monyet..tetapi apabila kedua2 telah tamat alam persekolahan,,jangan jadikan diri seperti monyet yang sedang bercinta..bercinta ada matlamat..yang penting,,dalam apa2 hal pun,,ibu bapa adalah yang utama..bila bercinta,,setiap perkara yang hendak dilakukan,,letakkan ibu bapa di tangga yang teratas..mereka memperkenalkan pasangan masing2 kepada ibubapa,,bagitau status perhubungan diorang..sweet kan?? tak rahsia2..

cuma apa yang aku tergerak hati nak menulis pada kali ini tentang tajuk wanita hari ini iaitu "KENAPA BUANG ANAK"..selama ni kalau dalam media massa,,gambar2 mayat bayi tidak akan ditunjukkan kepada umum..tapi dunia serba canggih,,perangai aku sebagai kaki blogger akhirnya aku dapat melihat gambar2 mayat bayi..dalam blog tersebut,,penulis dah bagi amaran siapa yang lemah semangat,,jangan lihat..aku tengok sekerat jalan je..tak sanggup dah nak tengok..campur dengan lemah semangat lagi nak tengok gambar mayat bayi dalam keadaan yang menyayat hati..huhu

pengetahuan yang aku boleh kongsi dalam intipati "KENAPA BUANG ANAK" ialah golongan yang membuang anak..aku tak nak cerita faktor2 yang mendorong berlakunya benda ini atau cara menanganinya..ada beberapa golongan yang terlibat dalam gejala seperti ini

(a) remaja yang terlanjur..senang cerita hubungan luar nikah

(b) bukan remaja sahaja,,golongan dewasa yang terlanjur pun sama

(c) pasangan yang mempunyai hubungan yang halal,,tapi dikurniakan anak yang cacat..samada malu atau merasakan beban untuk menjaga anak yang cacat

aku rasa ada lagi golongan yang buang anak..tapi cukuplah aku nyatakan tiga sahaja..sebab tu je yang aku tahu..menurut tetamu jemputan yang juga merupakan pendakwah nama beliau terlupa,,beliau kaitkan zaman sekarang dengan zaman jahiliah tentang buang anak..zaman jahiliah zaman tiada agama,,masyarakat buang anak dalam erti kata menanam hidup2 hanya anak perempuan SAHAJA disebabkan telah menjadi adat pada zaman itu..mereka menganggap perempuan menyusahkan..tapi bila nak puaskan nafsu pandai plak cari perempuan..disebabkan itu,,Allah swt mengutuskan Nabi Muhammad saw dan menurunkan al-quran bagi memandu masyarakat jahiliah ke arah kebenaran agama islam..zaman sekarang plak,,al-quran ditangan,,nabi dan rasul di hati..tetapi kenapa masih terjadi isu buang anak ni seperti zaman jahiliah??

zaman jahiliah yang sememangnya tiada agama atau zaman sekarang yang sememangnya ada agama,,mana yang lebih teruk??

aku masih mentah tentang kehidupan ini..jauh sekali nak paham apa itu erti perkongsian hidup..tapi,,aku seperti kanak2 kecil lain yang mempunyai impian..kalau kanak2 kecil mereka mengimpikan untuk menjadi secantik cinderella..memiliki gaun putih yang kembang seperti snow white..tak pun memiliki rupa paras secantik rapunzel..mengimpikan seorang putera seperti prince stefan yang kacak..datang menjemput mereka dengan seekor unicorn..aku tak guna menjemput dengan mercedes 5 series sebab angan kanak2 semua angan2 hollywood..tapi aku tak berangan2 sampai gitu sekali..angan2 aku mesti up sikit..kalau aku masih hidup di alam barbie,,haih tak kemana la hidup ni..huhu

sama ada yang dah terlanjur atau masih menjadi mawar berduri,,orang yang dah kahwin lain cerita..diorang dah paham apa itu perkongsian hidup..sekarang ni kita bercakap tentang angan2 lemuni yang jahil tentang apa itu hidup..korang yang belum kahwin cuba bayangkan lah..ni angan2 je tau..bukan terdesak nak kahwin..aku banyak lagi perkara nak buat sebelum tiba ke fasa nak kahwin..

(a) setiap wanita mengimpikan sebuah perkahwinan yang akan menjadi memori paling manis sepanjang hayat..kahwin hanya sekali..aku pun berangan2 macam tu..macam mana tema perkahwinan aku nanti,,aku tak terfikir lagi..yang penting,,pengantin lelaki insan yang lemuni sayangi dan cintai..ala,,korang boleh teka siapa kan..hehe..perkahwinan itu direstui oleh kedua2 belah pihak..kalau sebelah pihak saja restu,,aku takkan kahwin..sebabnya,,kita bukan kahwin dengan suami sahaja tetapi dengan seluruh kaum kerabat kedua2 pihak..lepas tu plak,,tempah jurufoto..tangkap gambar kahwin kat tepi sungai ke,,tasik ke,,dalam ladang getah dengan kelapa sawit pun ok gak..mana2 jela tempat alam semulajadi..bukan dalam studio dah la..lepas tu,,upload dalam blog..kehkeh..merapu betul impian lemuni yang ni..

(b) Allah swt memberkati hubungan yang halal dengan mengurniakan anugerah yang perlu dijaga selama 9 bulan 10 hari..tambah2 pula,,zuriat itu direstui oleh suami..lagi bertambah pahala..korang tak nak rasa ke mengandung anak dalam nikah? banyak pahala,,banyak memori manis..mengandung anak luar nikah,,azab sepanjang hidup..seronok bila melakukannya,,tetapi tanpa ikatan yang sah sehingga mengandung,,terlalu AZAB!! umi cakap,,bila kita mengandungkan anak dari hubungan yang halal,,alahan2 sewaktu mengandung,,morning sickness memang perlu dilalui..tapi tu semua mengajar supaya bersabar..si ibu harus jaga anak yang dikandung dengan serapi yang mungkin,,,bagi mengelakkan keguguran..tapi bagi hasil hubungan haram,,mereka tak merasa semua tu..sampai yang melakukan aktiviti lasak masa mengandung pun tak gugur..punya kuasa Tuhan nak tunjuk anak dari hubungan haram tak dijaga pun masih mampu bernyawa sehingga dilahirkan..huhu

(c) masa bersalin,,ditemani oleh suami..bagi yang tak ditemani suami sekurang2nya,,suami juga turut berdebar menunggu kelahiran si anak,,dan keselamatan si isteri..selepas itu,,suami akan menganzankan/iqamatkan ke telinga baby..betapa syahdunya suasana itu..sakit bersalin kofem hilang bila menatap cahaya mata yang lahir dari hubungan yang halal..ni aku tahu dari pengalaman orang2 yang bersalin..bukan pandai2 buat cerita..cuba bayangkan bagi yang melahirkan anak luar nikah..bagaimana suasana persekitaran tempat bersalin..aku rasa takkan pergi bersalin kat hospital..maunya kena tahan polis lepas bersalin kat hospital pergi buang baby itu..aku tak tahulah tempat apa yang diorang pilih..setakat ni tak ada lagi penangkapan bagi yang membuang anak..kalau ada yang dah ditangkap,,boleh tanya kat mana bersalin..lepas bersalin,,pandang baby tu,,tak ditemani suami,,tiada yang nak azan/iqamat baby itu..macam mana perasaan?? menangis air mata penyesalan..bukan air mata kegembiraan..

cukuplah tiga ni angan2 mat jenin cik lemuni..

siapa kita untuk menghukum mereka yang telah melakukan kesalahan..semuanya bukan ditangan kita..tapi DIA..mohon keampunan dari DIA..jangan tambah lagi dosa..melakukan hubungan luar nikah,,sudah berdosa besar..jangan ditambah lagi dosa dengan membuang nyawa yang langsung tidak bersalah..yang bersalah ialah pasangan itu..tetapi kenapa si kecil yang menjadi mangsa..bagi peluang si kecil untuk mereka hidup..membesar seperti anak2 yang lain..cuba bayangkan sekiranya ibubapa awak membuang awak sejak dari lahir,,tentu awak tak ada di dunia ini..jagalah anak itu sebaiknya..

kepada lelaki2,,jangan lepas tangan..kesan akibat hanya dapat dikesan oleh kaum perempuan sahaja dengan bukti mereka mengandung..jangan tanamkan benih,,dan tinggalkan perempuan itu begitu sahaja..sama2 kembali ke pangkal jalan..cara yang paling elok,, patrikan hubungan itu ke hubungan yang halal..selepas itu sama2 bertaubat..sebagaimana awak gentelmen semasa mengorat,,sebegitu jugalah awak gentelmen semasa mengaku kesalahan seterusnya bertanggungjawab..bagi yang lepas tangan,,ingat,,sekarang awak boleh terlepas..tapi hukuman Allah swt sudah menunggu..


jauhkan benda2 sebegini dari diri aku,,dari orang2 yang aku sayang,,sahabat2 ku,,seterusnya kepada semua kaum adam dan hawa..

1 tindakbalas:

ZuRaNaI said...

nice one!!

Post a Comment