Sunday, May 9, 2010

~Off to Kuantan~

lemuni : smk jerantut..family day

pukul 9.30 pagi,, 6 mei yang lepas kami sekeluarga bertolak dari rumah menuju ke smj untuk sessi pengumpulan ahli2 konvoi guru2 sempena hari keluarga smj di de rhu beach resort..kali ni ramai cikgu2 yang tinggalkan kereta di sekolah dan menaiki bas smj..aku dengan family naik kereta..kalau naik bas,,tak dapatla anak2 abah umi nak berjalan sekitar kuantan selepas berakhir hari keluarga..

dalam pukul 10.30 pagi,,aku sampai kat perhentian temerloh..memang rezeki sangat2..terserempak dengan konvoi BOAT ON THE ROAD sedang berhenti rehat disitu..apa itu BOAT ON THE ROAD?? siapa2 yang tengok MHI hari jumaat lepas,, konvoi ni merupakan salah satu aktiviti untuk mempromosi negeri terengganu sebagai negeri pelancongan..konvoi ini dilepaskan dari perkarangan TV3 untuk menuju ke tasik kenyir..peserta konvoi2 ni semuanya jenis kaki pancing..tak hairanlah kalau diberi nama BOAT ON THE ROAD sebab setiap kenderaan konvoi dilengkapi bot masing2..

okeh2..kita teruskan pengembaraan cik lemuni..ahli2 konvoi tiba di de rhu beach resort dalam pukul 12++ tengahhari..tapi dah sampai depan pintu resort pun tak boleh nak check in..pukul 3.00 petang baru boleh check in..rata2 semua cakap gini : kalau check in dah pukul 3,,check out mesti pukul 3 gak la..xyah kuar pukul 12..tapi nak buat macam mana,,kalau dah pukul 3,,maknanya kena tunggu pukul 3 gak la..

nak perabiskan masa,,ahli2 konvoi berkumpul di tepi pantai yang berhampiran..time to portluck! sementara nak tunggu kaum2 adam menunaikan kewajipan jumaat,,kaum2 hawa menjamu selera dulu..fuhh,,macam2 lauk yang cikgu2 ni bawa..mak aku bawa seperiuk bihun goreng dengan nasi putih.."kak nun bawak periuk terus..tak guna tupperware pun"..sebab apa umi bawa periuk??ni idea anak2 umi la.."ala umi,,tak payah nak cari2 tupperwarenya..bawa je gitu terus kan senang"

terus terang aku cakap,,macam syurga makanan masa tu..lauk yang tak pernah aku makan pun aku jumpa..contohnya macam sambal hitam..sedap juga..banyak sangat lauk pun aku sampai tak termakan..lauk2 yang aku ingat ada macam ikan patin masak tempoyak,,pecal,,ayam masak merah,,sardin,,sambal hitam,,kokteal,,tembikai,,tembikai susu,,kek,,kuah kacang,,mee goreng,,dll..

kalau nak cerita,,memang akan panjang..menginap di de rhu sudah 2 malam..secara ringkasnya,,selepas check out,,kami berpeleseran di teluk cempedak..makan tengahhari kat situ je..memang kenyang pun..kami sekeluarga menjamu mcd je..hehe..dari tc,,terus ke giant untuk bershopping..siap2 bershopping terus bertolak pulang ke jerantut..sampai di jerantut,,tak terus balik rumah..ada satu lagi tempat yang perlu dituju..menjamu selera di benteng sebagai persediaan makan malam..

gambar kenang kenangan


















semasa acara makan malam,,ada satu slot untuk hari ibu,,dimana,,nama ibu akan dipanggil..ibu dan anak diminta naik ke pentas..si anak akan memberikan choc kepada si ibu..kalau yang mengajar cikgu lelaki,,pengacara majlis akan menyebut isteri kepada en .... bersama anak dijemput naik ke pentas..ataupun ibu kepada en ... bagi yang bujang..






panorama tengah hari di teluk cempedak kuantan



sayonara~
segala keriangan berkumpul akan diingati sepanjang zaman

0 tindakbalas:

Post a Comment