Tuesday, May 18, 2010

Bukan window shopping


moh ramai2 teman aku pergi shopping..
sambil2 kita bershopping,,
cikgu lemuni akan memberi penerangan beberapa sumber makanan yang harus kita ketahui nama dan bentuknya..


tembikai
aku selalu tengok bila abah beli tembikai mesti ketuk2 dulu..lepas tu bau..tadi aku praktikla..selagi boleh dicapai oleh tangan,,aku ketuk2 je..kalau orang tengok,,pro betul budak ni pilih tembikai..siap2 ketuk,,aku bau..akhirnya,,aku tak tahu motif apa aku perlu ketuk..dan aku rasa sama je bau semua tembikai tu..aku pilih yang cantik dan terus pergi timbang..


bunga kantan
chef wan pernah bagi nasihat,,selagi kambing tak mati bila makan bunga,,kita pun boleh makan bunga itu juga..dalam banyak2 bunga,,aku berani makan bunga kantan je..tak kisah la kalau kambing makan bunga raya ke,,bunga kertas ke,,aku tetap tidak percaya sebab kambing adalah kambing..by the way,,bunga kantan adalah pilihan tepat juga sebagai hadiah jambangan bunga..


lobak putih
aku tak pernah pun makan lobak putih..sebab aku bukan spesis arnab..aku spesis manusia..manusia makan lobak oren..dan aku tak paham,,apasal semua panggil lobak oren tu lobak merah??buta warna ek?


jambu duri
dari mana timbul duri pun aku tak nampak..puas aku belek..sebiji duri pun aku tak nampak..apa yang terlintas dalam fikiran aku ialah eh macam mulut nenek yang tak ada gigi je..kan kan? nama jambu tapi letakkan di bahagian sayur..jadinya,,ni buah atau sayur?


keladi
korang tahu tak,,keladi dalam bahasa omputih ialah yam..pernah terfikir tak dari mana diorang dapat perkataan yam tu? dari perkataan melayu gak..maklumlah nak panggil keladi deme tu tak reti..dulu mat salleh ni berkawan dengan mariyam..satu hari si mat ni tanya "mariyam,,what is this?" tak sempat si mariyam ni bukak mulut,,mak mariyam ni panggil "yam oh yam"..apa lagi mat salleh tu "oh,,yam..nice name"


sotong r dan d
nama saintifiknya sotong research and development..disebabkan ni bukan sotong asli,,kofem letak kunyit artificial..tu sebab berendam dalam air kuning..sekali aku tengok macam bukan dari laut je asal usul sotong r dan d ni..macam berasal dari sungai je..hanya air sungai je warna macam kunyit..betul tak?


sotong kulit merah
ni baru sotong asli..tapi kesian..sotong kulit merah dah masuk fasa monopous..tu sebab warna dah tak mengancam..cuba kalau masih berwarna merah,,fuh ramai yang berebut ni..tapi warna dah bertukar kuning belalang kunyit,,sebelah mata pun orang tak pandang..maklumlah,,pucuk muda diagung2kan..pucuk tua ditinggal2kan..apa jenis peribahasa la ni..


udang

nama spesifik aku tak tahu la..aku ada tip nak pilih udang yang baik punyerrr..sediakan satu plastik dan kaut selagi yang boleh dengan tapak tangan dan masukkan terus ke dalam plastik..mudah dan cepat kan? nak pilih udang bukan macam nak pilih ikan..kalau ikan boleh la pilih seekor2..kalau udang yang si nonit ni pilih satu satu,,sampai ke malam la jawabnya nak penuhkan satu plastik..huhu

berdasarkan penerangan di atas,,
di bawah ini adalah gambar bukan hiasan sebelum dan selepas tamat membeli belah di pasaraya beli dan takkan terbelah punya pasaraya ni..


kalau lah ada saiz troli triple double X,,makin kusyuk aku tabur duit kat pasaraya ni..


bye bye tf..
lain kali lemuni datang tabur duit lagi ye..
tempat muni ada tf,,tempat korang ada tak?
hehe (gelak sedar diri)


panorama bandar inderapura setelah disimbahi gerimis petang..
indah ciptaanNYA

maghrib berkumandang~

0 tindakbalas:

Post a Comment