Saturday, February 28, 2009

lemuni : ehh?? owh,,engkorang amik TAC ek??

TAG?? apa benda sebenarnya ni??first time aku jawab soalan yang sampai mati pun takkan masuk dalam exam..selepas aku buat borang kaji selidik,,owhh,,ni ke namanya tag..tak menjawab ikut soalan pun boleh betul..yeay!!yeay!! i like it!!

1.What have you been doing recently?
"nak mee tiow x??".."nak nak"

2.Do you ever turn your cell phone off?
xpayah tunggu aku turn off..mula2 beli pon dpt dlm keadaan turn off gak

3.What happened at 10am today?
bau ubat..sakit ke kena injek??huhuhu

4.When did you last cry?
duhai hati..jwb pertanyaan ni..huhuhu

5.Believe in fate/destiny?
ajal maut jodoh pertemuan ditangan tuhan

6.What do you want in your life now?
now je?? hmm..nak g sambong tido balik..

7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
jgn gatal2 nak kuar klu hujan..

8.What's your favourite thing to do on the bed?
bed=tido la.zzZZzzzZZ

9.What bottoms are you wearing now?
sports by pink panther

10.What's the nicest things in your inbox?
outbox xnak ker??

11.Do you tend to make the relationship complicated?????
lor??apesal soklan ni je banyak ?????

12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
hehehe..dah jd hak milik kekal..thank ya..

13.What was the last movie you caught?
aper ke namer kartun anjing putih2 tomei2 tu ek??

14.What are you proud of?
proud to be malaysian..proud to be human..proud to be myself..

15.What does the oldest text msg in your inbox say?
"bila nak sampai ni??aku dah sampai"

16.What was the last song you sang out loud?
select all song and play it in winamp..xingat mane yang last

17.Do you have any nicknames?
owh..tidak same sekali..name aku tak bermula ngn nik..

18.What does the newest text say and from who?
ader beza ke ngn 15??

19.What time did you go to bed last night?
mater ngantuk trus tido..xpyh tgk jam dah..

20.Are you currently happy?
org baru bangun tido..aper perasaanyer??

21.Who gives you the best advise?
baik buruk bergantung pada penilaian seniri maa..

22.Do you eat whipped cream straight from the can?
cream cake..yummy!!yummy!!

23.Who did you talk on the phone last night?
hehe..last nite..last 2pm with the same person..

24.Is something bugging you now?
kalu ader pon,,wat2 xder je la..

25.Who was the last person to make you laugh?
6 orang kesemuanya..konferen meja bulat..

ermm..kena senaraikan next pupils ke??aiseman..polower a.k.a destinasi anda pun tak ramai..huhu..tak apa lah,,aku ignore je la fenomena tag mengetag ni..

sebelum berangkat :
TAC vs TAG..hampir2 same je la bunyinye..

Friday, February 27, 2009

Kalau dah tak ingat

Lemuni : baru abis konferen meja bulat

apa perasaan engkorang kalau seseorang itu mengenali engkorang..wah! bangganya..umpama dunia ni ana yang punya..MALANGNYA bagi engkorang sekiranya engkorang tidak mengenali seseorang itu..huhu..ke biasa2 je engkorang rasa kalau dalam situasi sebegitu??sungguh tak berperasaan yer jiwa terapi engkorang..hehe

ni lah yang aku rasa bila orang tu kenal aku tapi aku tak kenal orang tu..

adoyai..huhu..alahai..gaganggg..

puas aku putar balik piring hitam otak2 aku..namun jawapan tidak menjengah jua..kadang2 aku buat macam ingat je..

"ohh....ingat..ingat"

dalam hati, manalah ingat


aku cakap gitu sebab tak nak la buat seseorang tu terus-terusan mengenalkan dirinya..kalau dah berada di tempat awam selepas itu asyik buka sejarah silam suruh aku ingat balik,,tu sebab aku cakap macam tu..reputasi aku kena jaga gak..hehe

bila dah balik rumah,,aku pikir abis2 tahap dewa dewi..segala lipatan takdir yang terlipat macam2 bentuk origami hingga terhasilnya monogami dan akhirnya membentuk poligami..semuanya aku buka balik..manalah tahu ada terselit disitu jawapan yang dicari..

kalau tak dapat cari jawapan gak,,dah kehendak Illahi la namanya..iyalah suruh aku jangan diingat kenangan lalu bak seputih dingin salju,,putihnya salju itu kerana warnanya bukan pembawakannya..(entah apa la maksudnya..hehehe)

banyak gak kes2 diatas yang telah aku alami..yang banyak2 biasanya melibatkan orang itu senior aku..so,,kes macam ni keistimewaannya infiniti untuk dikongsikan..aku cuma nak kongsi 2 kes ni je..bagi aku istimewa la..aku la,,engkorang tak tau la macam mana..

Kes 1

cikgu : emm..awak ni anak *** kan?
lemuni : aah.
cikgu : awak tak ingat kat saya ker??
lemuni : emm..emm..maaf cikgu saya tak ingat..
cikgu : dulu awak duduk kat *** kan?
lemuni : aah..macam mana cikgu tau saya penah tinggal kat situ??

aku dah tak senang hati dah..sampai rumah kanak2 rebina aku pun cikgu tu tahu..kalau rumah yang terbaru tak apa lah,,semua cikgu pun tahu..

cikgu : dulu maser awak kecik2,,awak selalu men kat umah saya..
lemuni : ha?? cikgu penah nampak la saya men dulu2 ye??
cikgu : aah..awak ngan adik awak selalu men kat bawah dulu..
lemuni : (reaksi tersenyum..)

laa.. rupanya cikgu ni kawan aku masa aku kanak2 rebina dulu..yelah dulu aku tak kira dah,,laki ke perempuan ke,,umur berapa ke..yang penting dapat main dengan gembira..haha..dulu rakan sepermainan..sekarang ni kami adalah pelajar dan cikgu..tuu lah takdir..menemukan aku dengan rakan sepermainan a.k.a cikgu di sekolah..

Kes 2

"hmm..muni kan??"

"ye,,saya muni.."

hati aku dah kata sudahla siapa plak kali ni..

"skang muni blaja kat *** ker??"

"em..tak lah muni blaja kat ***"

aii siapa lah dia ni..

selepas tu dengan umi aku pun dia tegur..umi aku tanya khabar la..
sah dah! orang ni kenal aku tapi aku tak ingat..

"umi,sape ni??"

aku malas dah nak fikir banyak2 tanya direct je kat umi aku walaupun orang ni ada kat depan aku..

"takkan muni tak kenal..ni abang GG la.."

umi aku menguraikan kekusutan yang melanda..

"oh! erm..maaflah awak..saya tak ingat..saya cuma ingat kat GG je.tapi saya tau la GG ada abang"

"ala,,takpe..masa tu muni kecik ag..selalu datang main kat umah saya..tu sebab saya ingat"

haha..macam manalah aku nak ingat..masa tu aku dibawah jagaan mek..mak abang ni pula jiran mek aku..yang aku ingat,,aku memang la sering bertandang ke rumah abang ni..mek aku bawa..lagi pun aku tahu jiran mek aku tak ada anak perempuan..tu yang jiran mek aku suka aku datang rumah dia..tak pun abang2 aku yang bawa aku jejalan ke rumah jiran mek aku a.k.a kawan diaorang...aku kecil lagi masa tu..mana lah nak ingat..yang penting aku takkan lupa pada famili mek aku terutama abang2 aku yang suka menakutkan aku dengan katak plastik..haha..

***terpaksa dirahsiakan

sebelum berangkat :
muni rindu ngn korang..huhu

Saturday, February 21, 2009

Makhluk kaler biru

Lemuni : Salam kebahagiaan semua (muni bahagia gilos ary ni) pada suatu hari
tempat nobita belajar
ada suatu makhluk
berwarna biru tua

badannya bulat-bulat
suka makan kuih donat
bila ternampak tikus
dia terus melompat
nobita ketawa
berdekah-dekah
aik?

awak ketawakan saya

ang ang ang
nama makhluk itu ialah
DORAEMON..

ni la lagu yang selalu meniti kat bibir aku masa zaman kanak2 rebina dulu..(now i'm still kanak2 rebina tau..huhuhu)..aku dah tak ingat siapa yang ajar aku lagu ni tapi yang pasti budak ni lelaki..dialah yang jadi guru vokal aku time tuu..dari mana dia reka lagu ni pon aku tak tahu..bila aku dengar dia nyanyi,,aku terus terpikat..terpikat kat lagu la..buat apa terpikat kat orangnya plak..masa tu kanak2 rebina lagi..anti-cintun2..hehe..aku pon sungguh2 la belajar vokal..

DO RE MI FA SO LA TI DO..

DO MA FI SO LA ME RE DO..
(salah vokal halal je erk,,lame dh xg kelas vokal)

macam la masuk peperiksaan..tapi tak kisah la..janji aku bahagia..punya la fanatik gilos dengan lagu ni,,aku sampai sanggup salin balik lirik lagu ni dengan cantik2 (cantik la sangat tulisan kanak2 rebina time tuu..hehe)..touch up sana sikit..sini sikit..nak lagi nampak bombastik,,aku lukis la makhluk biru ni..(sanggup la lukis sebab menekap..hehe)..engkorang nyanyilah lagu ni..aku tak sanggup nak mengajar engkorang nyanyi..hehe

sebelum berangkat :
ader ag xhasil kerje aku ni??hurmm

Thursday, February 19, 2009

Sukan Bhg 3

Lemuni : Saat2 perpisahan..sob..sob

huhuhu..hari terakhir aku berkampung bersama2 team2 aku..esok kami akan bawa haluan masing2 untuk meneruskan perjuangan masing2..ehh?? jap..jap..selasa..rabu..khamis..ooo yer,,baru teringat..esok aku masih akan berjumpa dengan team2 aku untuk rehearsal..

skip dulu apa yang akan berlaku esok...

------------------afk----------------------------------

maca
m biasalah..muka aku lagi la yang jadi jurujual..antara 2 hari yang lepas..hari ini adalah hari yang paling relax..sebabnyer hari ini adalah jualan penghabisan stok..jangan silap faham plak..walaupun penghabisan stok,,stok2 ni semua masih fresh dan masih dalam cop sirim..haha

kepada pelanggan2 yang kecewa,,kami dari badan pengawas memohon ampun maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan kalian semu
a hari ini..sebarang ketidaklancaran urusan amat dikesali..(hari ini jualan sikit je..malas dah nak tambah stok baru..kan membazir plak..sapa nak abiskan??tepuk dada..tanya bloggerz..haha)

aku malas nak cerita apa yang berlaku kat gerai aku hari ini..aku nak cerita tentang apa yang berlaku dipadang plak..hari ini,,aku boleh la ngelat sikit..(korang tau ke ngelat tu apa??tak tahu tanya ye)kalau aku tak ngelat macam mana nak cerita tentang ini..kan??kan??

hari ini aku tak keseorangan..mana2 pergi ada teman setia yang se
lalu polow aku..lupa plak,,engkorang jangan lupa polow aku tau..nak suruh dhines teman aku,,hmmm memang tak dapatla..dhines..dhines..beria ko sms aku..beria aku tunggu ko..tapi ko tak datang..sedey..huhuhu..engkorang pikir sapa teman aku tu..pikir..pikir...


1

2

3



kalau suruh engkorang fikir..entah bila plak aku nak menyambung final season untuk part ni..huhu..aku diteman dengan kamera la..haha..aku snap sini..aku snap sana..pantang menarik sikit aku snap..bila aku dah malas sikit..si din yang jadi mangsa aku..hehe

"din,ko snap je la mana2 yang ko suka."

"beres..aku snap je..ape kater kite letak dlm majalah sekolah"

b
oleh si din fikir sampai ke situ..dengar ke si wani,,apa lagi sokong-sesokong la idea si din ni..ikut korang la..kalau aku rajin mengedit,,aku hantar la kat redaksi maju..

apa lagi yer nak dicerakinkan??hmm..ni gara2 kena berjemur tengah panas la tadi..dah otak aku blackout..nak cerita pon aku dah tak reti nak susun jalan penceritaan..huhu...

mmmm...tak payah cerita la...sebagai penutup rasmi kejohanan sukan tahunan a.k.a gerai pengawas..aku ingin memperkenalkan team2 yang terlibat sepanjang tiga hari..we had a great cooperation..

fam
ni ketua s/u merangkap ketua gerai la..skill fam yang aku paling kagum,,ketangkasan dia membelah buah kelapa.."tuu sebab aku xperlukan lelaki..semua kerja lelaki aku boleh buat..sekarang la..masa depan aku xtau ag" cewah fam,,ayat ko punya la bombastik..haha"

wani
ni orang paling penting bagi aku..ye la tanpa wani siapa la aku..tanpa wani,,tak ada la aku kat gerai..wani ni la yang menjemput aku untuk turut serta dalam team2 ni.."klu ko xajak aku wani,,sah2 aku berkampung tengah padang uruskan rumah..aii,,klu aku berkampung tengah2 padang 3 hari berturut2,,buatnye didi dah tak cam aku guaner??"haha..thankz wani..

shiqa
bab2 menggaul ayam+tepung+telur,,bagi la kat shiqa ni..kalau bagi aku,,memang aku pakai sarung tangan..haha..dapat kat shiqa,,belasah je dengan freehand..tak kisah dah walaupun tangan dah luka melukai..air tangan ko memang memikat hati2 pujaan..hehe

ariff
ni chef yang terlibat sepenuh masa didapur...bab2 memasak serahkan je padanya..jangan risau anda pasti tidak akan kecewa dengannya..

din
ni plak manusia yang paling setia dengan gerai air...walau panas membahang,,kesetiaan din melayan kedahagaan pelanggan amat mengagumkan.."sok aku nak bw topi ar..panas gile"--->hari pertama..hari ke-2 dan hari ke-3,,pakai topi dari mula2 dtg sek sampai ke balik..hahaha

aja
ni partne aku hari pertama..hari kedua,,tukar shift dah..jadi drebar plak..kejap2 keluar bandar..kejap2 keluar bandar..eh silap..hehe.."bukan ko yang jadi drebar..ko dok sebelah drebar je..pakwe shiqa ni yang jadi drebar"..hari ketiga,,"aku nak balik jap,,nak tukar baju..cikgu suh aku masuk pebarisan"..wah2,,set merah gitu ko datang balik.elok la tu sesuai dengan tugas ko bawa sepanduk..hehe

daus
"akak cuba tengok ni"

aku pun tengok la gambar yang si daus ni tunjuk kat aku..

"ni gambar akak f6 tahun lepas"

"akak xpenah pon tengok akak ni..tapikan ko nampak fotogenik dalam gambar ni"

tersenyum lebar la si daus ni bila aku cakap gitu..

pak we shiqa
ni prob..sebab aku tak tau apa nama pak we shiqa ni..dia ni kejap ada..kejap tak ada..sekejap acara padang..sekejap acara ke bandar..huhu

odan
yang ni plak..semua bahagian dia ada..kejap2 sebelah din tolong menjual air..tengok kejap lagi,,tengah bantu ariff memasak..tengok sekali lagi,,tengah belah kelapa plak..tengok 2x lagi..ha?? hilang??..pergi cari kat padang..nampak la muka mamat ni..lumba lari,tarik tali,perbarisan..semua masuk..

gija,nisa,umil & kay
empat dara pingitan ni akan datang membantu bila mereka tak terlibat di padang..tengah2 menjual..

"akak ganti saya..saya nak g berlari/melompat/merenjam/melontar"

abis kat padang,,

"adik2!!mari!!promosi terakhir..rugi kalau tak beli"

memang tak reti letih la diaorang ni..

iwan
tugas yang paling dominan dengan budak iwan ni ialah tugas membelah kelapa..

"iwan!! belah kelapa!!"

"kelapa siap!!"

adik form 1 dengan syafik
dua2 ni form 1..yang adik form 1 ni aku tak ingat nak tanya nama..dia lah yang bantu aku memasak hari kedua..si syafik plak kerja dia boleh dikategorikan sebagai office boy..

tak dilupakan juga kepada

miss & ustazah
tanpa pengawasan dan bimbingan dari beliau2..kami tak akan dapat menjayakan jualan ni..agak2 berapa keuntungan ye??hehe

kepada sesiapa yang terlibat secara tidak langsung,,bantuan anda a
mat dihargai..nak senarai semua..aku pun tak berapa ingat a.k.a tak berapa kenal..hehe

alahai..terlupa plak kat sorang ni..huhu

lemuni
sibuk sangat la dia 3 hari ni..kejap depan tabir..2 kejap tengah tabir..3kejap belakang tabir..macam sama je ayat ni..ni aku la!!ape kejadahnyer aku nak cerita pasal aku..ni blog aku..cerita aku..hai,,lewah betul ko ni muni..haha





maman ramai2 nak habiskan stok..








Wednesday, February 18, 2009

Sukan Bhg 2


Lemuni : Salam keletihan

masuk hari ke-2 aku terlibat dengan gerai..mula2 sampai aku terus ke gerai..malas nak memanjat beberapa belas anak tetangga untuk menapak ke kamar pinky..simpan tenaga la..buat apa melakukan pembaziran tenaga..kekgi aku nak guna banyak tenaga..huhuhu

sampai2 aku sorang je hawa..terkebil2 la aku keseorangan disitu..nak menghulurkan sedikit dua sumbangan aku pun rasa macam tak k
ena..ye la,,yang ada dengan aku sekali waktu tu semua adam2..aku sorang je hawa..takkan aku nak pergi tolong belah buah kelapa plak..memang2 sah aku tak menghulurkan kudratku..dah tak ada apa yang nak ditolongnya,,aku pun tengok je la aksi2 kaum adam memotong kelapa..penantian aku antara lama dengan tak lama,,barulah nampak hawa2..so,,tenaga aku akan bermula dari sekarang..on your mark,,get set gooooooooo!!!

hari ini aku tak terlibat di depan tabir je..belakang tabir,,tengah tabir semua nampak kelibat aku...

mula2 depan tabir...

"ye dik nak beli ape? ni bla bla bla" ---melayan pelanggan..tak payah la aku penuhkan dialog..engkorang tau2 sendiri yek..hehe

aku
beralih ke tengah tabir plak..

"muni,,jom potong nanas."

ala wani ni dah tau aku tak lulus praktikal,,minta bantuan aku..hmm,,takpelah..aku pun pergi la bantu si wani ni..tapi sekejap je la..sbb aku serahkan tugas memotong ni pada ustazah..(apa kejadahnyela pelajar suruh ustazah plak..hehe)..dari nanas,,aku beralih ke meja penyediaan..cucuk mana yang perlu dicucuk..lambung mana yang perlu dila
mbung..engkorang jangan ingat aku mainkan rezeki plak..lambung kat sini ialah nak gaul kentang dengan garam..nak cepat,,malas pakai sudu,,lambung la paling efektif sekali..haha

ake beralih ke belakang tabir pulak..

aku mengambil kekosongan tempat odan..khidmat odan untuk membelah kelapa diperlukan..(nak buat macam mana,,adam2 yang ramai awal2 pagi tadi semua tengah beradu tenaga di tengah padang..huhu)..hmm,,tak la berat pun tugas ni..goreng keropok je..haha..berat tak berat pun aku ada sorang pembantu..entah apa nama budak laki ni..aku salute la kerjasama dia dalam membantu aku : mengoreng,,mengetos,,mengangkat..

"akak muni keropok!!" gija dah menjerit mintak keropok dengan aku..

"akak keropok!!"

team aku minta keropok sebab permintaan keropok yang hangat di depan tabir..

"akak keropok!!"

"ha
ha..muni dah jadi keropok"

korang ni kan,,memang la..mentang2 aku bahagian keropok..panggil aku keropok terus..

"bak sini bekas keropok..akak keropok nak letak keropok"

last2 aku sendiri panggil diri aku keropok..haha

bila dah terasa muka macam nak terbakar,,aku suruh si odan ni ambil alih semula..tak tahan lama2 dok belakang tabir..bahangannya 2 kali ganda dari bahangan suria..hehe..

dari belakang tabir,,aku beralih ke tengah tabir then ke depan semula sebab aku tengok din tak menang tangan nak layan permintaan pelanggan..ye la memang la tak menang tangan..sebab dia sorang2 je handle..partner dia tolong di belakang tabir..adam2 yang lain masih beradu tenaga di tengah padang..korang rumah apa pun aku sokong..aku tak mengamalkan sikap anti-perumahan..haha

yang penting..hari ini memang mengujakan..semua jualan disapu bersih..aku rasa la tadi aku tak sempat pun nak duduk..sekejap kat depan..sekejap kat belakang..sekejap kat tengah..nasib baik aku ni pikir panjang dengan memanfaatkan tenagaku dengan tidak memanjat berb
elas2 anak tetangga pagi tadi..hehe..malam ni aku nak tidur awal la ..





dapat pau 2 liter air kelapa..elak pembaziran ye..

Tuesday, February 17, 2009

Sukan Bhg. 1

Lemuni : Salam kesukanan

"awak dua orang jaga bahagian ni.."

ha!!sudahlah..apasal la miss bagi aku dengan aja tugas sebagai jurujual..hish..bagila kerja belakang tabir..kerja jurujual ni mana boleh yang malu2 kucing..haha..lantaklah pandailah aku dengan aja handle..

"anak dara dua orang ni,,lemah-lembut sangat..lontarlah suara tu!"

miss dah lontarkan sound speaker..huhu..dari yang malu2 kucing,,last2 aku dengan aja tak malu2 kucing dah..suara habis lontar nak tarik perhatian pelanggan..memang best pengalaman handle gerai sendiri..kita jual,,orang hulur duit..bagus juga miss bagi aku jaga gerai,,tak payah la aku kerja belakang tabir (menggoreng la maksudnya..hehe)..engkorang nak tau..yang kerja belakang tabir semua anak2 teruna..memang dasyat betul cara diorang bekerja..kalah air tangan orang perempuan..huhu

gerai air pun sama...daya penarik ada..bese la abang2 mocha yang menjual..hehe..ele,, bukan diorang daya penariknya tapi AIR KELAPA PANDAN tuu..haha..thankz ya bagi aku air kelapa percuma..ni untung gerai sebelah menyebelah yang tak sampai satu hasta pon..

"muni,,ko reti potong nanas?"

"ha? nanas?..ko jgn la suh aku..praktikal pon aku tak lulus lagi"

"aja? ko jgn plak suh aku..aku pon mcm muni gak..klu suh aku,,alamatnye,,berjanggut dak2 ni tunggu nanas."

ni la padahnya, kalau semua tak lulus praktikal lagi..aku pun tak tau macam mana diorang berdiplomasi dengan nanas tu..selepas tolak pertolongan itu dengan penuh tatasusila,,aku terus melayan pelanggan..tup2 nanas dah siap potong bila aku sedar..

wala
upun dihujani dengan perpeluhan,,sebagai yang diamanahkan untuk menjaga bahagian gerai makanan,,letih tolak tepi..yang penting keperluan pelanggan matlamat kami..fuh! nasib baik la ada sorang hamba Allah ni sanggup payungkan aku dengan aja masa kami tengah menjual..thankz ya..esok buat lagi ye..hehehe

semua jualan habis dengan jayanya dijual..opss!..hanya satu benda je yang tak berjaya dijual..macam mana stok terakhir tu dihandle bagi mengelakkan pembaziran..ikuti destinasi dibawah.....

wani: muni..ko amik,,makan la sandwish tu..membazir je..
lemuni : nape tak jual je..
wani : bdak ni semua dah balik..ala,ko amik la..ni dah kira isteri solehah..
lemuni : Bismillahirahmanirahim..yum..yum..
umil : ok ar tu..didi pon dah jadi suami solehah..

kuren asam!!diorang kenakan aku..nasib baik aku tak tersedak..huhu..padanla aku pelik kenapa la si wani ni tetiba cakap pasal isteri solehah..dalam kepala otak aku,,rezeki
jangan ditolak..bala jangan ditambah..senyum ketawa la aku tym tengah makan nak cover blushing..haha..




sok kena pakai sunblock,,ary ni terdedah dgn redaksi sunburn..huhu

Monday, February 16, 2009

Lemuni : Salam kesihatan semua

hari yang amat sibuk..agaknyelah..yelah aku tengok semua sibuk uruskan temasya untuk sukan..sepatutnya aku pun sibuk gak,,entah nape aku boleh menyenang-lenangk
an diriku dalam kamar pinky..hehe..

kesabaran
aku makin menipis dibaluti dengan keterujaan maximum nak tengok member2 aku memecahkan rekod 2009 masa hari sukan nanti..

senarai peserta2 yang bakal menyentak segala malar hijau di terk nanti..

dhines
kawan aku sorang ni,,bakal memecah rekod kebangsaan..tak pernah si dhines ni masuk lumba lari,,tup2 muka dia akan ada kat trek lumba lari nanti..jangan risau dhines.. nanti tiba giliran ko,,aku sokong ko biarpun aku kena murtad rumah..hehehe

odan
ko masuk acara 5000meter?? biar betol..siap la ko nanti,,aku nak jerit kuat2 nama ko masa ko berlari nanti..sapa suruh tak nak bagitau bila acara ko..hehe..satu lagi,,ko jangan pakai minyak wangi kuat2,,silap2 semua bagi laluan kat ko..haha

umil
jangan risau la umil,,walaupun ko jadi bidan terjun,,usah hiraukan keadaan sekeliling,,nanti ko pegang la lembing tu..(masuk acara merenjam lembing,,lembing pon tak pernah pegang..tu yang si umil ni bengang)..lagi satu,,masih ada masa lagi ni untuk ko study macam mana kijang melompat..hahaha


ramai lagi yang jadi bidan terjun..nasib baik aku pandai sweet escape..tu la engkorang,,belajar2 la sweet escape dengan aku..kan selamat..

lupa pulak satu hal,, kira nak promote
la ni..

"sape2 yg terlalu depan sekolah aku,,terasa mulut tu macam nak kunyah sesuatu,,
singgah2 la kat gerai aku yer.."
aku sweet escape lagi petang ni..esok aku tolong engkorang ek..hehe