Sunday, August 23, 2009

Transition

lemuni : mowning!!



ni bukan pak cik aku mahupun uncle aku..bukan siapa2 dalam hidup aku..ni adalah transformasi dari bush ke obama..agak2,,diorang ni ada gen sama kot..sebab tu boleh tertransformasi..mungkin selepas ni,,para bloggers boleh fikirkan cara mentransformasikan dari obama menjadi sarah palin plak..


Monday, August 17, 2009

Please cari penawar..

lemuni : doa dan tawakal

first time in my life i wearing mask when hangout..huhu..daripada sini terciptalah pantun 2 kerat..dengar ye :

pergi bandar pakai mask,
rupanya memang lemas..

aku tak nak pakai sebenarnya..tapi keadaan hari ini yang mengubah paradigma aku..balik dari sekolah,,aku lihat cikgu2 rata2 dah menyahut seruan KKM dengan menepek mask di wajah masing2..aku lihat ainur dengan anis dah bermask dalam kelas (anis,ko ade gayer la mcm nurse..hehe)..midun dengan syafiq siap mendecorate lagi mask diorang..lepas tu, aku terima berita saujana dah tutup seminggu sebab ada pelajar yang dah positif..huhu..pelajar tu dah dalam icu di kuantan..huhu..aku sungguh speechless because of that..everything getting worst now..huhu

balik dari sekolah,,masih bercakap tentang H1N1..aku bertambah gerun,, bila umi aku bercerita pasal arwah anak kawan abah aku..menurut umiku,,bila arwah dah disahkan positif,, pama diorang dilarang untuk menjenguk anak diorang,,apatah lagi melihat..at the end,,berita kematian yang disampaikan..dan kali ini jenazah anak kesayangan yang diterima..aku tak dapat bayangkan macam mana..hati mak ayah mana tak sedih bila tak dapat lihat, ziarah, jaga, anak yang sedang bertarung nyawa..hati si anak tu pula,,aku tak payah cerita engkorang dah boleh fikir macam mana..sedangkan aku sakit sikit je,,tahap nak dimanjakan paras max..huhu..

dan sekarang aku timbulkan satu persoalan yang pernah ditimbulkan oleh pn. khazmah..kenapa ramai yang mempunyai simptom2 yang hampir sama dengan H1N1,,ramai yang demam secara serentak apatahlagi disyaki,,tetapi yang disahkan positif hanya beberapa orang..aku permudahkan,,kenapa ramai yang sakit,,tetapi yang mempunyai hanya beberapa daripada yang sakit tu..kiranya macam nisbah 1:10 la..(nisbah ni aku reka jer,,tak rujuk mana2..jangan guna untuk tujuan formal tau!)

mungkin aku patut sahut cadangan, tinggal dalam hutan lagi terjamin sekarang..huhu





Thursday, August 13, 2009

Forever and Ever

lemuni : bahagia dipertemukan..

kita tak memerlukan masa yang lama untuk rapat dengan seseorang..kita tak perlu tempoh yang panjang untuk cipta satu perhubungan yang indah..aku percayakan ini..masa yang singkat lebih bermakna bagi aku untuk mencipta pelbagai memori terindah..dalam tempoh ni, aku baru kenal erti persahabatan yang sebenar..persahabatan yang aku boleh simpulkan sebagai persahabatan yang sangat bermakna bagi aku..aku harap persahabatan ini kekal selamanya walaupun masa untuk masing2 bawa haluan sendiri semakin hampir..

iz,dhines,odan dan sarudin semua aku kenal tahun lepas..pengecualian pada dhines je sebab aku dah lama kenal tapi persahabatan kami menjadi akrab bermula tahun lepas..aku bertuah sangat dipertemukan dengan mereka..masing2 dengan perangai yang begitu membahagiakan aku..aku tau kalau kami buat perjumpaan semula,,mesti orang sekeliling cemburu (hehe),,group aku group 1 malaysia..ada lelaki dan perempuan,,melayu dan india..(aku kena cari bangsa cina ni nak cukupkan korum..haha)

iz lebih dari seorang sahabat..sekarang jauh merantau ke ipoh dalam merealisasikan cita2nya..jauh bukan penghalang kerana kami kerap berhubung dalam pelbagai bentuk medium..

sarudin sekarang dalam mencapai cita2nya sebagai guru di kuala lipis..dalam bab2 memotivasikan orang,,memang berkesan sehingga ke lubuk hati..wei din, aku panggil ko cikgu nanti ek..

odan dan dhines yang masih bersama aku sekarang..pakatan yang paling besar pernah dicapai,,buat mesej berantai "sok ak xg sek..".. in a few second, "set, ak pun xg"..haha..

korang perasaan tak,,kita tak pernah pun ambil gambar berlima..kalau ada pun, mesti salah sorang tak ada..huhu..kali terakhir kita buat perjumpaan pun bulan 3 yang lepas..lepas pada tu,,semua ada komitmen..kita buat perjumpaan semula nanti ye..tangkap gambar berlima..

aku doakan persahabatan kita berempat kekal selamanya walaupun masing2 dah ada kehidupan sendiri satu hari nanti..dhines, aku doakan supaya ko berjaya masuk ke um dan berbahagia dengan prabu..odan, aku doakan supaya ko berjaya cari apa yang ko inginkan dalam hidup ini..din, aku doakan ko berjaya dengan cita2 ko sebagai cikgu dan iz, nurul doakan semoga iz menjadi seorang mariner paling disegani oleh mariner lain dan kita berbahagia sehingga akhir hayat kita..

Saturday, August 8, 2009

Sukan F6

lemuni : pengalamam itu berharga

8 ogos 2009 tarikh pertemuan semua warga f6 daerah jerantut..bukan sekadar perlawanan persahabatan antara peptej, peptes, dan peptem tetapi juga pertemuan antara sahabat2 lama, pasangan kekasih, dan juga musuh2 lama..(ayat, macam nak hantar kat cikgu din je..)

meh la muni guna bahasa paling santai..sekolah aku jadi tuan rumah bagi sukan empat penjuru..nama je empat penjuru tetapi peptina menarik penyertaan disaat2 akhir atas sebab2 tertentu..atas inisiatif midun, kami berenam berjaya membuka perniagaan yang baru bertatih dan akhirnya telah memperoleh hasil lebih normal..

yang penting semua happy hari ni..aku happy dengan gerai aku..

rentetan peristiwa hari ini


cop! aku tapau 2 botol..



cepatlah dik oi,,minyak dah panas tu..tak payah dok kira untung lagi



begini caranya nak masak nuget,,biar keemasan macam warna baju aku..



presiden peptej dan supplier alatan memasak..



warna warni keceriaan tergambar di wajah mereka..



kami usahawan muda..



just candid!



kalau ada sumur di ladang,
boleh kami menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
kami akan berkumpul ramai2 lagi.



~PERSATUAN PELAJAR TINGKATAN ENAM JERANTUT~


Wednesday, August 5, 2009

Berkesan ke?

lemuni : orang kata..

"kalau inginkan seseorang tumpukan perhatian terhadap apa yang diperkatakan oleh kita, bercakaplah dengannya semasa dia sedang tidur"

tersirat atau tersurat??




Monday, August 3, 2009

MJ (ni bukan awekz spidermen)

lemuni : just bidin..

fenomena mj walaupun mamat ni dah tak ada, fuh! memang bombastik..kalah corazon..padahal corazon lagi penting dari mj..masa hidup cipta banyak kontroversi..tapi aku tak ambil pusing pun..aku kenal mj pun bukan sebab lagunya..tapi sebab kulitnya..dari hitam bertukar putih..amazing! masa mj hidup, sepatah haram tajuk lagu die aku tak tahu..siapa bini die pun aku tak kenal..anak mj lagi aku tak tahu..aku cuma kenal anak mj perdana je..hehe..

pagi tu,,tengah khusyuk melebarkan pandangan,, terus pengumuman di radio, "MJ meninggalkan kita semua." rasa macam salah je juruhebah ni..tak berkudis sikit pun dihati aku, "MJ meninggalkan kita semua"..satu dunia menangisi pemergiannya (yeke?),,aku tak pun..aku dok menangisi, "hai,bilalah keje sekolah nak abis".

sekarang aku cakap benda yang betul..masa mj hidup,,berapa kali clip video mj ditayangkan di media elektronik..berapa banyak iklan ringtone mj diwar2kan di kaca2 televiyen..tak ada kan?? but everything was changed after this guy passed away..aku yang zero tentang mj dalam jangka masa amat pendek, boleh tau macam2 tentang mamat ni..siapa bini dia,siapa anak dia, yang paling penting aku boleh hafal tajuk2 lagu mj..

kelas aku pun tak terkecuali..siap wat group khas..

"mj mati dalam islam ke?"
"keranda mj tu bersalut emas"
"kat mana mj ditanam"
"pelik tol la, wat per nak sorok2 tempat mj tanam"

satu benda je aku buat kajian tentang mj...nama mamat ni..baca betul2 ye..

micheal jackson (masa kristian)
mikhail (masa islam)

aku tau kenapa pilih mikhail..sebab mj masih nak kekalkan micheal..tak faham yer? last explanation..anggap diri engkorang budak2 baru belajar, sebut micheal dalam sebutan bahasa melayu..

micheal = mi cha il = mikhail..

lemuni ni memang ar..nama orang dah mati gi study plak..banyak ag padahal yg kena study..huhu