Saturday, February 27, 2010

Bunga itu cantikla..

lemuni : nape baju kurung semua corak bunga??

"apasal la tiap kali org konvo,,mesti bagi bear..tak pun bagi bunga..tak ada mende len ke nak bagi"

yolah,,tu la yang aku selalu lihat tiap kali konvo..bagi bear yang besaw2 gedabak saiz maiznya..pastu plak,,dapat jambangan bunga yang so sweet la..dalam jambangan bunga tu ada plak bear kecil..lagi comel,,bear siap pakai baju konvo..memang chumil mumil la..tu tak kira lagi,,bunga tu made in tanah atau made in kilang..kalau made in tanah,,ololo,,cantik bangat sih harga..kalau yang made in kilang,,tak la cantik bangat sih harga,,tapi masih cantik dipandang la..adat orang konvo kot,,kena bagi bear atau bunga..tapi aku tak buat pun adat2 gitu..umi konvo mana ada aku bagi bear atau bunga..bagi bear pun,,alih2 dapat kat aku gak..haha..aku cuma kata "umi,,senyum2..nak tangkap gambar ni,,pastu umi blanje ye"..

"abis tu kakak nak pe kalau konvo? dah bear tak nak..bunga pun tak nak"

"emm,bagi la set pinggan mangkuk ke"

"hei,,tu hadiah orang kawen la..takkan nak angkut pinggan mangkuk masuk dewan konvo..pelik2 la kakak ni"

"ala,,kalau payah sgt,, bagi la cawan2 yang comel2 bentuk die..senang cite something yang boleh guna la"

aku ni pelik ke orang nya? ala,,aku tak minat la bunga2 ni..bukan la tak minat sampai membenci..tapi hanya minat dipandang sahaja..di ulangi SAHAJA!!..bunga kan,,mestilah cantik..fitrah perempuan mesti tertarik pada benda yang cantik..kalau aku dapat bunga,,beribu2 kali aku akan fikir,,nak buat apa dengan bunga ni..hiasan?? hmm,,ok la..tapi tahan berapa hari je la..kalau bunga hidup,,kejap je la hidup..pastu layu,,pastu gugur kelopak satu demi satu,,pastu aku campak masuk tong sampah..senang kan..kalau bunga plastik,,sebulan kemudian mesti lelabah buat rumah..ni yang penat ni..kena slalu cuci la plak..

"kalau iz bagi kakak bunga macam mane?"

"dah siap2 pesan awal2 dah,,jangan bagi hadiah bunga"

senang cerita jangan bagi bunga la..tapi bagi pokok bunga tak pe..benih bunga ke,,pasu bunga ke,,baja bunga ke,,lukisan bunga ke..baju corak bunga ke,,tudung berbunga ke,,semua tu tak pe..sebab kekal lama..

cucum,,zati,,sok pau odan kaw2 k!
HAHAHA

Friday, February 26, 2010

Terima kasih semua!! Ni semua jasa kalian :)

lemuni : alhamdulillah..

alhamdulillah..setinggi syukur kepadaNYA atas kecemerlangan dan kejayaan semalam..aku tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan gembira dengan keputusan semalam..tersangat gembira..bertambah2 gembira dengan kegembiraan abah dan umi..wajah2 gembira guru2 dan kawan2 yang menyambut kedatangan aku dengan cucum di sekolah.."wei odan,,dari jauh kami berdua dah nampak ko tersenyum depan bilik guru.".yes!! aku tahu,,keputusan ko cemerlang walaupun aku tak tahu lagi..terima kasih la bebanyak menyambut kedatangan kami berdua di depan bilik guru..haha..

perkara pertama sekali aku buat bila masuk bilik guru,,cari umi dulu..aik? tak ada?? hmm,,tak pelah..cikgu yang pertama sekali jumpa,, cikgu normah..bestnya tengok cikgu happy gile2..aku lagi la happy gile2..dapat pula peluk cium cikgu..borak memang kaw2 la..tak ingat yang aku berada dalam bilik guru..memang tak control suara ketawa antara aku, cikgu normah, cucum dan odan..korang ingat tak kalau dulu masuk bilik guru punya la ayu..sesopan yang boleh..bunyi tapak kasut lagila tak ada..cikgu 100 meter kat depan,,kita dah siap stand by nak bagi laluan..tapi semalam,,lupa yang kita dalam bilik guru..happy sangat tengok cikgu gembira..antara perbualan dan pergosipan dengan cikgu normah :

"nak masuk u mane nanti?"
"amik kos pe?"
"cikgu dah bace fb korang..ya allah budak2 ni,, memang kelakar la.."
"nanti cikgu belanje ye"

beralih pula kepada guru kelas,,cikgu hanizah..yea!! peluk cium lagi..seronok sangat tengok cikgu gembira.."kan cikgu dah kate,,kalau ade usaha,,takkan ke mane..sekarang ni hasilnya..cikgu bangga.."..semasa berborak dengan cikgu hanizah,,cikgu hamizar dengan cikgu normah datang join sekejap..ya Allah,,bahagia sungguh tengok muka bahagia cikgu2..

cikgu hanizah :
cube tengok tu (merujuk kpd odan) bizi beno die arini..tak abis2 time panggilan telefon..

aku & cucum :
HAHAHAHA

sebelum beralih ke miss pang,,singgah sekejap di meja cikgu hamizar untuk ucap terima kasih.."cikgu tengok makin kurus je ni..umi kate masak kat rumah..makan ke tak ni? ke amik bau je"..err,,amik bau pun ye,,makan pun ye..belum rezeki lagi la cikgu nak tambah berat plus plus..haha..

"nampak gayenye,,cucum kena belanja cikgu ni..bukan cikgu yang belanja"

"tak pe cikgu,,nanti cucum dah kaye,,die mesti belanja cikgu"

jumpa miss pang,,kali pertama tengok miss pang senyum secara personal kepada pelajar2nya..happy happy!!..yolah,,aku sedikit..err,,sedikit ke sebanyak takut aku kat miss pang?? abaikan,,yang penting,,miss pang senyum secara personal..


masuk bilik cikgu din,,tak sempat nak berbual panjang..masuk cuma sempat ambil slip je..yelah,,takkan nak wat traffic jam plak dalam bilik tu..ramai lagi nak masuk..tak dapat bercakap banyak tak pelah..yang penting sempat ucap terima kasih pada cikgu dan cikgu jihan yang turut berada di situ juga..

hmm,aku tak jumpa lagi cikgu aliza,,mr tai,,dan cikgu khazmah..iallah,,isnin ni aku pergi cari mereka..sebelum balik sambil tunggu cucum pergi mereload,,hehe,,pe lagi,,calling2 cik abang la..dah seharian dah iz tunggu aku call..tapi sampai tengah hari aku masih tak call.."nurul sibuk menawaf 1 sekolah dengan cucum la iz,,tu yang lambat sikit"..err,,lambat sikit ke lambat banyak lemuni oi?? rasanya lambat banyak..hehe..dengar suara iz yang terlalu happy,,berganda2 kegembiraan aku..



cenderahati untuk semua calon stpm 2009..terima kasih cikgu!

lemuni tujukan ni khas kepada my buddies yang berjaya dengan cemerlang :

TAHNIAH!!

cucum
izzati
odan

Wednesday, February 24, 2010

Doa kami adalah sama..Harapan kami juga sama

lemuni : aku dah ready aku g la..huhu

aku tetap gembira bila buka paip,,laju je air yang keluar
walaupun hati tengah gundah gulana..


aku tetap bahagia bila berbual dengan iz
walaupun hati tengah risau..


aku tetap berbual riang dengan keluarga
walaupun hati aku dah bercampur baur

aku tetap mempositifkan my buddy
walaupun hati sendiri ke negatif..


aku tetap ketawa
walaupun hati dah banjir bila my buddy positifkan aku..


aku tetap tenang melayari blog
walaupun kadang2 fikiran curi2 kerisauan..


cucum :
aku asik mimpi bukan2 je skang..sampai cg hamizar pun masuk dlm mmpi aku

odan :
em ak nie da x lalu nk mkn da..haha..ak ketar gle nie

lemuni :
aku siap cg din ngn cg normah masuk dlm mmpi aku ag..huhu

izzati,, bagaimana dengan ko?? kami bertiga dah sampai ke tahap ni..huhu

aku tetap tersenyum menulis entry ni
walaupun tangan aku dah terketar dengan sendiri..


dan yang pasti,,
aku tetap menjalani kehidupan hari ini seperti biasa
walaupun esok merubah segalanya..

serta,,
doa dan tawakal adalah kunci paling penting dalam tempoh ini..

kalau esok aku tak jumpa dengan korang,,aku akan aturkan satu perjumpaan antara kita dalam waktu yang terdekat ni..zati ngn cucum harap dapat hadir k..odan siap bagi warning dah..kalau korang tak datang,,dia malas dah nak jumpa..sian abg odan..ko jgn marah aku odan,,aku cuma menyampaikan amanat ko je.haha..

aku doakan yang terbaik buat kita berempat..semoga kejayaan dan kecemerlangan menanti kita esok..AMIN.

Monday, February 22, 2010

Warkah berbau ubat..harumnyer!!

lemuni : orang sakit berbicara ikut gaya penulisan orang sakit

minggu super ring aka suffer ring aka ring ring tone..dimulakan dengan sakit mata dahulu..huhu..haih,,tak habis2 sakit mata ni..virus apa la yang suka sangat berumah kat mata aku ni..pergilah jauh2 virus2 jahat..rasa nak tercabut biji mata setiap kali baring dan sujud..pergi klinik,,mesti doktor bagi la ayat2 cinta kat aku..ni yang wat aku tak tahan.."tak sembuh jugak,,kite kena wat pembedahan"..dah lali diri lemuni dengar ayat "pembedahan"..



mak aii!! banyak nya ubat..20 biji kesemuanya...tak payah makan menda lain dah la gini..makan ubat pun dah kenyang

dah la tengah sakit mata,,datang plak penyakit pening kepala sejak pulang dari kenduri kahwin..orang lain gembira perut kenyang,,aku plak azab terlantar atas katil tak boleh nak bangun..



teman setia sejak 2 malam berturut2..memang kaw la pakai minyak cap kapak..berangin je kepala..bukan berhangin yang keluar tanduk dua atas kepala tu..rasa cool je kepala..bau pun sedap..nasib baik tak boleh minum je..

dan hari ini plak,,hidung plak gatal2..ni yang aku malas nak keluar rumah sangat2 ni..biarlah jadi katak bawah tempurung tapi tempurung bocor..bak kata don "aku kan katak bwh tempurung,,cume,,tempurung aku bocor..tu yg bleh dpt signal dr measat 1 dan measat 2"..haha..palagi,,bila kegatalan menjelma,,upacara tenyeh menenyeh hidung dilakukan la..ooyeah!!tenyeh sampai jadi hidung badut..huhu

bila didatangi penyakit,,aku tahu,,kita tak boleh marah walaupun nak marah sebab rasa menyusahkan..tu tandanya ujian daripadaNYA..semasa sihat,,sentiasalah mensyukuri nikmatNYA..nanti dah sakit macam lemuni,,kena banyakkan bersabar dan berdoa..

wokeh,,masa untuk telan ubat dan tidur..hmm,,ada sesiapa tak,, nak wakilkan aku pergi sekolah nanti? huhu

hadui,,semalam dah keletung2 bunyi meriam buluh..menganggu aku nak tidur..ni bunyi naga plak..huhu

Friday, February 12, 2010

Fuyoo

lemuni : adam2 semua,,pergi jumaat ok

salam jumaat semua..mengikut kalender masihi,,hari ini ialah 28 safar bersamaan 1431 masihi..mengikut kalender hijrah pula,,hari ini ialah 12 february 2010..mengikut kalender lemuni plak,,hari ini ialah hari bertemu pelanggan..eh silap..hari bertemu cik abang yang bukan abang kandung dimana lain mak dan lain ayah..mengikut kalender cina plak,,ini tahun rimau..ngaum..manyak kasik ong punye..mengikut kalender mat salleh,, the month of the heaven for all the couple..valentine day time!!

sebelum couple2 nak sambut valentine day,,meh jumpa aku dulu..aku ada banyak tips kaw2 punya..sure akan jadi ingatan sepanjang zaman..tak kisahla lelaki ke perempuan,,tak payah malu2,,tak payah segan2..aku ada banyak masa kosong..cakap je nak jumpa bila..yang lelaki tak payah risau sebab biji mata anda tidak akan lebam..tu jaminan aku..

aku akan uji setiap pasangan yang berhasrat nak sambut valentine..aku minta korang goreng ikan je.."ape barang goreng ikan"..mesti korang cakap gitu..memang la tak high standard goreng ikan..kalau setakat goreng yang cikai2 tu,,aku takkan suruh korang la..aku bagi yang out of the word punya goreng2 ni..sebelum tu baca dulu peraturan :

peraturan pertama :
tidak dibenarkan memakai sebarang perisai..tak kisah la perisai tu tudung periuk ke,,tudung mak aji je..apa2 perisai diharamkan..

peraturan kedua :
hanya dibenarkan memakai senduk yang pendek sahaja kepanjangannya..aku tau la kat kedai tu semua jual yang panjang2..apa susah,,balik umah bengkokkan la sedikit supaya pendek..panjang senduk yang dibenarkan hanya 15cm SAHAJA!!

peraturan ketiga :
jarak dari kuali hanya setengah depa SAHAJA!! sebarang pergerakan seperti mengelak dari sesuatu diharamkan..

ini yang paling penting..ikan itu telah siap disiang..cuma tinggal nak goreng je..NO NO NO!!!!..apa barang aku bagi jenis paling simple..ikan tu dah rebus dengan air garam dan asam keping..tugas korang,,ikan rebus tu digoreng selepas minyak mencapai takat didih 100 darjah celcius..

ikan rebus,,senduk pendek,,jarak hanya setengah depa,,tak ada perisai,,tak boleh mengelak,,agak2 minyak yang meletup atau korang yang meletup?? siapa yang boleh bertahan,,dialah pemenang dan layak untuk valentine day..

p/s:
kepada si pemenang,,agak2 la kan,, masih nak celebrate ke valentine kalau wajah dan tangan macam chicken pox??..aauuww

HAHAHA..kaw tak tips dari lemuni?? memang best kan..lagi best kalau yang tak pernah goreng ikan rebus..memang keri aku nak gelak..macam break dance nanti..auw aduss adoi..yang dah mahir pun kadang2 meletup gak bila minyak meletup..senang cerita,,tak payah la nak sambut valentine..haih,,kesian betul la kalau nak sambut gak..dah la setahun sekali je..kegersangan la jawabnya nak tunggu bulan 2..lebih baik buat valentine sendiri,,sebulan sekali ke..tak pun,,tiap2 kali keluar,,anggap macam valentine pun dah ok..jimat duit,,jimat masa..

sebelum aku nak g sembahyang jumaat (sembahyang kat rumah je la),,mahir2kan lah diri dengan kerja umah..aku tak tujukan kepada sesiapa..aku sendiri pun tergolong dalam golongan ini..so,,mahir2kan lah buat kerja rumah ye lemuni..jangan sampai goreng ikan rebus pun ko melompat..huhu

aku memang niat nak mendajalkan valentine korang..hahahaha

Wednesday, February 10, 2010

Harap2 semuanya elok2 sahaja..

lemuni : hadoi!!



oh lalalala..sedap betul makanan diatas..apa ek nama binatang ni..mestilah spesis binatang..takkan serangga..eh,,tapi kalau panggil spesis ikan pun boleh gak..ikan tinggal dalam air..ia pun tinggal dalam air..masalah satu je..hish budak ni,,dari semalam,,tak habis2 masalah..suka sangat dia dengan masalah.."yeke??xla,,aku lebih suke sbb iz nak balik"..masalahnya ialah,,apakah nama ia? yang penting bukan kerang..mungkin kepah?? tiram?? tijoh (err,,aku tak tau nama standard sebab orang kelantan panggil gitu)?? atau mungkin ke remis??

tapi sedih!! mula2 buka periuk,,lahir satu perasaan kepelikkan..apasal banyak je..macam tak ada yang makan lagi..abaikan,,yang penting,,masa untuk makan!! suapan yang pertama,,eee,,apasal rasa lain macam ni?? oooo,,abaikan...suapan kedua,,masih rasa lain macam ni??..penyakit perangai makhluk dilaknat tuhan telah menerjah: WAS WAS..ni bukan was yang bahasa bi tu..is are was were tu.. tapi perasaan was-was..dengan mulut mengunyah nasi,,berlari jumpa bonda tersayang,,

"umi,,nak makan gini je ke?"

"yelah,,nak makan mcm mane ag"

"maksud kakak,,yang dlm periuk,,yg saiz kecik2 tu makan gitu je ke?"

"eh,,yang tu tak masak ag..umi cuma rebus je nak bagi ilang bau hanyir..esok baru nak masak.."

"ha!!"

Ya Allah!! rasa lain macam tu rasa hanyir..ha,,sudah la..kalau malam ni keracunan makanan,,eh,,gerun sangat perkataan tu..bahasa paling sopan : kalau malam ni sakit perut,,aku tahulah sebab apa..tu la..masa umi awok tengah masak,,awok sedap2 menikmati kesedapan tidur waktu siang..masa orang lain tengah makan,,awok baru bangun dari tidur..tu la akibatnya,,mana yang patut makan dan mana yang tak berapa patut nak makan awok tak tahu..nasib awok la muni oi kalau malam ni tak boleh nak tidur..huhuhuhuhuhuhuhuhu

Tuesday, February 9, 2010

Klu diucap selamat tinggal,,akan bertemu kah lagi?

lemuni : selamat malam semua!! tidur baik2 tau..

kadang2 aku kena setuju sesetengah fakta yang mengatakan women are complicated..tak semua tapi sesetengah sahaja..sebabnya,,aku rasa aku sendiri complicated..terutama melibatkan hal2 seharian..masalah yang aku selalu pikir2 ni mesti bagi umat lain "alah..take easy la..wat per nak serabut alam"..aku bukan type serabut alam..aku akan pastikan alam ni kemas susunan nya..baru dipanggil kemas alam..masalah aku sekarang ni "klu diucap selamat tinggal,,akan bertemu kah lagi".. Ya Allah,,complicatednya budak ni..takkanlah mentang2 tak ada kerja,,ko jadikan masalah sebagai kerja..haih.."ape la yang budak ni nak ckp..tak paham langsung"..memang la tak paham lagi..tu baru intro baru..ok,,masalahnya..."lemuni!!! stright to the point..anda telah memutar belitkan pemikiran bloggers"..ok...ok..ok..aku nak cakapla la ni..masalahnya adalah,,seperti di bawah.......



masalah kan..apa la yang cik lemuni ni simpan sebenarnya dalam almari ni..aku tengok,,banyak kertas2,,buku2,,dengan fail2 sahaja..ish ish ish..padat dan ketat almari ni budak ni isi segala macam segala..kan aku dah cakap..ni masalahnya..semua ni dah berusia tahunan tahun..nak buang sayang dowh..tapi sebelum tu,, korang perasan tak,, kemas alam kan budak lemuni ni susun harta karun dia..tak ada sesiapa boleh cakap aku serabut alam..almari pakaian pun aku isi dengan buku2..tapi tak adalah gambar..malu2 kucing la nak tunjuk..mana ada orang isi buku dalam almari pakaian..aku je wat gitu..

tanpa bukti mesti korang tak percaya kan statement yang mengatakan harta karun ni berusia tahunan tahun,,penat lelah aku selongkar..berdebu,,berhabuk,,terbatuk-batuk..ni hasilnya...



buku yang cover warna biru itu,,telah dibeli pada tahun 1981..korang congak2 la..dah berapa tahun aku simpan.."pungkor!! ko tak lahir lagi masa tu".."ooo,,ye ke? abis macam mane aku bleh simpan??*konfius*"..buku yang cover warna hijau tu dibeli pada tahun 2008..apa yang menariknya,,sebenarnya kedua-dua buku ni sama je isi kandungan dalam..dikarang oleh pengarang yang sama..bezanya cuma,, yang berwarna biru ialah cetakan kedua manakala yang berwarna hijau ialah cetakan ketiga..cetakan pertama mungkin zaman datuk nenek aku kot..



sian betul kotak diatas..aku kena balut dengan seletop berwarna merah..haih,,maklumlah,,dah season in the sun..ni hadiah dari pamaku masa aku tadika..sekarang kita guna mesin masa doremon untuk putar masa ke belakang "ayuh emon!! putar masa ke zaman tadika aku..yihaa!!"..waktu dapat ni,,aku dalam kereta..masa tu dah maghrib..barang2 lain taknak angkut masuk rumah..bawa masuk yang ini je..dengan rambut tocang 2,, blouse paras lutut,,selipar ada loceng kat dalam tapak,,terkedek2 masuk rumah peluk stencil art ni (okeh,,aku tipu pasal pemakaian aku..haha)



ni yang aku kurang mengerti..sungguh tidak mengerti..kalender tahun 2003 aku masih simpan..kalau aku simpan kalender tahun 1957,,ada gak la alasan konkrit..mungkin sebab yang boleh aku jadikan alasan ialah gambar2 dalam kalender ni kot..ni view depan jer..aku malas nak tunjuk gambar2 dalam setiap bulan..dari bulan januari sampai bulan disember,,semua gambar buluh..jangan ditanya mengapa simpan gambar buluh ok! mungkin sebab buluh akan jadi tema hari bersejarah aku kot.."tadi kate jangan tanya,,tapi ko sendiri jawab soklan sendiri..hish budak ni.."

kesimpulannya,,kalau di ucap selamat tinggal,,akan bertemu kah lagi?? take a note: "patah tumbuh,,hilang berganti"..walaupun yang patah dan hilang ada pengganti,,namun akan terdapat perbezaan yang ketara..si patah si tumbuh tak sama dengan si ganti..naik tengah2 malam,,mulalah nak merepak.."dah muni,,stop! stop! stop!.makin lame ko muraikan tangan,,makin kerapu kerepak..g manja2 ok?"

pssstt:
en iz bertolak balik khamis ni..doakan en iz selamat tiba ye..

Friday, February 5, 2010

Bila nak start berlawan kalau asyik ooo sooom

lemuni : doka doka doka



macam stylo dengan kiut miut je sekali tengok..dua kali tengok tajuk macam adik beradik pokemon..tak pun saudara dekat hemo hemo hemo..tiga kali tengok dokapon macam nama makanan doremon..dorayaki..yum..yum..yum..comel dowh,,,comel dan cumil dan chuwmel..kesimpulannya,, game paling ngok ngek..ngok ngek pun boleh buat aku ketawa..menyentap tangkai jantung kegelian setiap kali nak fight fight fight,,kena main one ta jus...bahasa kampungnya,,oooo soom..memang pak pandir la pereka game ni..pandir2 pun,,,aku boleh ketawa sakan beb..



ni yang tak boleh blah langsung..ceh,,mula2 tunjuk muk menggoda..siap2 kelip2 mata lagi..mula2,,aku tergoda gak..buat tawar menawar nak beli barang..last2,,aku pilih nak merompak..tu yang jadi muka tertelan buah durian macam di atas..haih,,nak mencuri pun kena main ooo sooom..






olololo,,sweetttt amat dowh!! korang boleh pilih 3 watak je,,samaada warrior,,thief,,atau magicion..pastu,,,pandai2 la touch up macam mana..nak muka hitam ke biru ke semua ada..

Monday, February 1, 2010

misi adalah Tulang RUSUK dOKTOR..

lemuni : tak sangka ye,,dalam tandas hospital pun masih berbau ubat,,huhu

nama perubatan : geraham bongsu,,merupakan bau2 bacang graham bell

aku dapat tau,,ramai yang mengaduh kesakitan akibat kemunculan geraham bongsu..tak tahu geraham bongsu tu apa?? korang bukak mulut luas2,,masukkan jari kedalam mulut,,kira satu2 batang gigi yang tumbuh sehingga ke hujung..bila sampai batang gigi yang paling hujung,,terasa hanya ada gusi sahaja,,tu bermakna kekosongan tersebut akan diisi oleh geraham bongsu..yang belum tumbuh tu berjaga2 la..kesedapan yang tahap dewa bila geraham bongsu dilahirkan..hehe..

aku dengan geraham bongsu tak boleh dipisahkan..dah lama aku minta berpisah,,tapi,,sampai sekarang dia tak mau lepaskan aku..kurang asam.."aku menderita sebab ko tak lepaskan aku tau tak??!!"..kali pertama ko menyusahkan hidup aku,,ko tau doktor kata apa? "eh,,cepat tol awak ni..akak(merujuk doc) baru je tumbuh..adik baru belasan lagi"..

ok..setel satu bahagian selepas terkejut dengan "kalau masih xbaik,,pembedahan langkah terakhir"..ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan sebelum masuk zohor..spoil percutian aku gara2 satu bahagian lagi tumbuh..muka dah jadi macam kena tumbuk dengan The Rock..1 suntikan penicilin *embrassing moment*..orang lain berholiday,,aku termenung di pantai..jiwang sungguh..haha

nota perubatan :
kalau korang disuntik,,tanya dulu kat mana tempat nak disuntik tau..

nama perubatan : ketuat,,merupakan *tiada dalam rekod simpanan*

mungkinkah ada sangkut paut selepas kaki terpijak kaca atau sekadar kebetulan dimana kebetulan tersebut adalah di tempat sama?? kesimpulan kes ini ialah,,jangan biarkan penyakit menyelubungi kehidupan anda........

kerana pertama
anda akan berjalan seperti si capik

kerana kedua
anda akan terasa ada sesuatu didalam kulit anda..kalau tahap ketakutan tidak bernafsu,,buat macam cerita The Mummy..yea!! ambil pisau,,korek sendiri..

kerana ketiga
kepada wanita2 yang fanatik terhadap kasut bertumit,,anda dilarang sama sekali untuk memakai kasut bertumit..katakan BYE kepada tumit..

kerana keempat
turun bangunan bertingkat umpama si buta kehilangan tongkat..korang kena guna budi bahasa budaya kita..bagi laluan yer kepada umat2 yang sihat..

kerana kelima
jangan berlari..jangan melompat..tapikan sedap gak kalau berlari dan melompat..umpama pijak paku tekan..aduss,,sedapnya..

kerana keenam
"eh,,anak aku ke yang kat check point tu??bukan die xle berlari ke??" amacam?? aku mengemparkan guru2 bila aku menyertai merentas desa..padahal masa latihan,,sakit dowh nak pijak lantai..hahaha

nota perubatan :
"cara terakhir kalau masih tak berkesan,,kite kena wat pembedahan"..erkz?


nama perubatan : ketumbit,,merupakan bau2 bacang sakit mata

mengikut kepercayaan kampung,,"awak mengintai sape ni??"..mengikut kepercayaan hospital,,"ia merupakan sejenis jangkitan bakteria dimana bla bla bla..." aku tak larat la nak terang banyak2..korang semua pernah sakit mata..melewahkan aje kalau aku terang..satu je aku tak boleh lupa,,

"ni boleh beranak ni" iseng apa doktor ni..tiba2 kata aku dah boleh beranak..takkan sakit mata sampai boleh beranak..kelu lidah nak menyoal.."amik ubat ni kat kaunter depan,,sapu kat tempat yang sakit..nak elak dari ketuat tu beranak.." huh! cakaplah istilah "beranak" tu "berjangkit ke tempat lain"..

nota perubatan:
seorang misi yang sengau menyuruh orang tua memakan sebelah sahaja daripada sebiji ubat..kesengauan menyebabkan sebelah menjadi sebelas..orang tua balik,, makan sebelas biji ubat..agak2 apa yang terjadi yer?