Friday, February 12, 2010

Fuyoo

lemuni : adam2 semua,,pergi jumaat ok

salam jumaat semua..mengikut kalender masihi,,hari ini ialah 28 safar bersamaan 1431 masihi..mengikut kalender hijrah pula,,hari ini ialah 12 february 2010..mengikut kalender lemuni plak,,hari ini ialah hari bertemu pelanggan..eh silap..hari bertemu cik abang yang bukan abang kandung dimana lain mak dan lain ayah..mengikut kalender cina plak,,ini tahun rimau..ngaum..manyak kasik ong punye..mengikut kalender mat salleh,, the month of the heaven for all the couple..valentine day time!!

sebelum couple2 nak sambut valentine day,,meh jumpa aku dulu..aku ada banyak tips kaw2 punya..sure akan jadi ingatan sepanjang zaman..tak kisahla lelaki ke perempuan,,tak payah malu2,,tak payah segan2..aku ada banyak masa kosong..cakap je nak jumpa bila..yang lelaki tak payah risau sebab biji mata anda tidak akan lebam..tu jaminan aku..

aku akan uji setiap pasangan yang berhasrat nak sambut valentine..aku minta korang goreng ikan je.."ape barang goreng ikan"..mesti korang cakap gitu..memang la tak high standard goreng ikan..kalau setakat goreng yang cikai2 tu,,aku takkan suruh korang la..aku bagi yang out of the word punya goreng2 ni..sebelum tu baca dulu peraturan :

peraturan pertama :
tidak dibenarkan memakai sebarang perisai..tak kisah la perisai tu tudung periuk ke,,tudung mak aji je..apa2 perisai diharamkan..

peraturan kedua :
hanya dibenarkan memakai senduk yang pendek sahaja kepanjangannya..aku tau la kat kedai tu semua jual yang panjang2..apa susah,,balik umah bengkokkan la sedikit supaya pendek..panjang senduk yang dibenarkan hanya 15cm SAHAJA!!

peraturan ketiga :
jarak dari kuali hanya setengah depa SAHAJA!! sebarang pergerakan seperti mengelak dari sesuatu diharamkan..

ini yang paling penting..ikan itu telah siap disiang..cuma tinggal nak goreng je..NO NO NO!!!!..apa barang aku bagi jenis paling simple..ikan tu dah rebus dengan air garam dan asam keping..tugas korang,,ikan rebus tu digoreng selepas minyak mencapai takat didih 100 darjah celcius..

ikan rebus,,senduk pendek,,jarak hanya setengah depa,,tak ada perisai,,tak boleh mengelak,,agak2 minyak yang meletup atau korang yang meletup?? siapa yang boleh bertahan,,dialah pemenang dan layak untuk valentine day..

p/s:
kepada si pemenang,,agak2 la kan,, masih nak celebrate ke valentine kalau wajah dan tangan macam chicken pox??..aauuww

HAHAHA..kaw tak tips dari lemuni?? memang best kan..lagi best kalau yang tak pernah goreng ikan rebus..memang keri aku nak gelak..macam break dance nanti..auw aduss adoi..yang dah mahir pun kadang2 meletup gak bila minyak meletup..senang cerita,,tak payah la nak sambut valentine..haih,,kesian betul la kalau nak sambut gak..dah la setahun sekali je..kegersangan la jawabnya nak tunggu bulan 2..lebih baik buat valentine sendiri,,sebulan sekali ke..tak pun,,tiap2 kali keluar,,anggap macam valentine pun dah ok..jimat duit,,jimat masa..

sebelum aku nak g sembahyang jumaat (sembahyang kat rumah je la),,mahir2kan lah diri dengan kerja umah..aku tak tujukan kepada sesiapa..aku sendiri pun tergolong dalam golongan ini..so,,mahir2kan lah buat kerja rumah ye lemuni..jangan sampai goreng ikan rebus pun ko melompat..huhu

aku memang niat nak mendajalkan valentine korang..hahahaha

0 tindakbalas:

Post a Comment