Monday, May 10, 2010

Selamat datang Pelajar Pra-U..

lemuni :ex-praU 08/09

macam mana aku boleh terlupa tarikh ini..hari ini 10 mei 2010..hari pendaftaran pelajar2 pra-u di smj..aku memang lupa sangat2 tarikh ni melainkan dalam kepala ni cuma ingat 10 mei tarikh pendaftaran budak2 matrix..tahniah kepada junior2 cik lemuni yang berjaya mendaftarkan diri di matrix serata malaysia pada hari ini..dan aku tahu,,sebelum 10 mei,,ada junior2 cik lemuni yang pening kepala nak memilih samada matrix atau universiti..selepas hari ini,,mana2 yang menolak tawaran matrix,,aku percaya mereka membuat pilihan untuk ke universiti..selamat menempuh suasana persekitaran pembelajaran yang baru..lakukan yang terbaik untuk mencapai anak tangga seterusnya..

ha!! tak lupa jugak..selain dari pendaftaran budak2 matrix,,aku ingat tarikh hari ini merupakan tarikh paling bersejarah buat 2 sahabat aku..tahniah kepada dhineswary dan ainatul jannah kerana menerima anugerah kecemerlangan pelajar terbaik stpm negeri pahang yang disempurnakan oleh menteri besar pahang di kuantan..selain membanggakan ibu bapa,,pihak sekolah,,dan kawan2,,korang berdua mewakili daerah jerantut semasa di kuantan..apa2pun,,tahniah sekali lagi..kepada dhines,,tengoklah dalam masa terdekat ni,,aku akan cuba cari masa untuk berjumpa dengan ko..banyak aku nak tahu apa yang menarik semasa di kuantan..tunggu kedatangan aku ok!

back to the topic..aku teringat hari ni tarikh pendaftaran pelajar pra-u pun sebab my sis yang rajin bercerita..tahun ni seramai 200 lebih yang mendaftar..wow! ramainya..tapi aku tak berani nak jamin adakah angka 200 ni mampu mempertahankan ketuanannya sehingga stpm 2011..rata2 ramai hanya menjadi lower six sebagai transit sahaja..aku bukan omong kosong..aku bekas ajk peptej,,aku terlibat dalam membuat bancian kepada pelajar2 pra-u yang baru mendaftar kenapa memilih tingkatan 6..feedback yang aku dapat adalah sulit untuk aku ceritakan secara umum..walau apa2 pun,,sesiapa yang pernah bergelar pelajar pra-u,,aku ucapkan tahniah..terselit keberanian untuk memegang title pelajar pra-u..lama atau sekejap di pra-u bukan persoalannya..yang penting keberanian untuk menjadi pelajar pra-u..

yang membuatkan aku teruja..eh,,bukan teruja..kalau boleh la..aku nak terbang sekarang ke smj..tahun ni,,buku program pra-u terpampang muka2 pelajar stpm tahun lepas..cikgu ni sah2 nak interframe budak berlima tu..kehkeh..can i fly without wing mr westlife?? korang buat lagu,,mesti korang boleh agak kan? kalau aku boleh terbang tanpa sayap,,aku akan terus terbang untuk turut serta menjadi penyambut tetamu pelajar2 pra-u..punyalah membuktikan cik lemuni ni tak ada kerja nak dibuat..muni muni,,tahu lepas kan,,ko kan terlibat dalam program tu, berhari2an bersama pelajar pra-u kan? tapikan waktu tu,,ko pergi tunjuk diri,,tunjuk muka je..bila line clear,,ko terus lari masuk kelas..err,,tu bukan zaman keterujaan..lagi pun,,aku maleh nak interframe diri..anak buah kan ramai,,bagi arahan berdasarkan program yang aku dah susun dah le..

cikgu,,boleh tak saya nak senaskah buku program tahun ni..senaskah pun jadilah..saya nak simpan..bagi kat budak2 tu,,silap2 ada yang buat bungkus nasi lemak..kesian budak berlima tu,,habis muka diorang bersalut sambal bilis..huhu

bila kenangkan kembali,,aku rasa macam baru semalam aku menjadi pelajar pra-u di smj..walaupun hakikatnya aku adalah bekas pelajar pra-u smj..pagi tu,,aku bangun seperti hendak ke sekolah..cuma bezanya,,aku pergi lewat sikit..yelah,,pergi nak mendaftarkan diri takkan nak terpacak pukul 7 pagi disekolah..aku tengok depan cermin,,di badan aku tersarung baju kurung pra-u..baju dan tudung warna putih..kain warna maroon..dah meningkat dah rupanya umur aku ni..aku sampai2 je kat sekolah,,abah hantar depan pintu pagar..abah cakap dah besar,,uruskan semuanya sendiri..aku berjalan dengan kofident walaupun hati punyalah cuak..

sampai2 je kat dewan makan,,perr,,hampir semua ditemani mak ayah..haih,,tadi abah kata aku dah besar..uruskan semua sendiri..tapi apa yang aku nampak,,memang ramai mak ayah yang datang teman anak2..uruskan untuk diorang..canggung secanggung giler masa tu..dah la tu,,kebanyakan yang duduk berborak mesti berpuak2..ni dari padang piol..ha,,tu dia..satu geng..tu dari lepar..amik kau,,satu geng..dari gelanggi,,ni geng gelanggi..mana aku boleh masuk geng2 tu..so..carila kerusi duduk sorang2..orang senyum aku senyum..tak pun aku buat muka blurr..

tiba masa pendaftaran,,ha sudah..aku nak daftar kat meja mana ni..tak ada satu pun meja yang patut aku tuju..lepas budak2 ni semua setel,,aku beranikan diri pergi ke salah satu meja..aduh,,masalah2..nak tak nak,,aku kena libatkan abah umi..kuasa pendaftaran tak ada ditangan aku..aku pinjam telefon cikgu nora,,panggil umi ke dewan makan..aku pusing kebelakang,,aku tengok semua budak2 pandang aku..mana tak nya,,atas pentas dewan makan,,aku je yang berdiri..aku dah nak start cengeng dah..takut punya pasal..tak lama lepas tu,,umi datang..sekejap je setel..aku turun dari pentas,,sampai ke tempat duduk,,tak berani nak pandang budak2 ni..blushing punya pasal..

aduh,,pengalaman..pengalaman..

apa2 pun,,masa lower 2,,aku berjaya sorok status aku sebagai anak guru dari pengetahuan hampir kesemua member2..naik upper six,,aku tak tahulah,,siapa la yang jadi radio karat,,keempat2 kelas tahu status aku sebenarnya..cukup segelintir yang tahu dah la..apa2 pun,, banyak kenangan aku sebagai bekas pra-u..ada sesetengah aku ceritakan di dalam entri2 terdahulu..tapi kebanyakan aku tak sempat nak bercerita kesemuanya disebabkan kesibukkan mengejar stpm..

0 tindakbalas:

Post a Comment