Friday, January 29, 2010

Peristiwa

lemuni : jumaat,, penghulu segala hari

peristiwa first

waktu2 petang memang sedap tidur..korang jangan amalkan..aku amalkan sebab semua kerja dah beres..baru nak bermimpi,,pintu terbuka dari luar,,"kakak nak kuar ke x? kita beli terus hp tu"..

"hp?" tercelik terus mata dengar hp.."duit kakak mane cukup ag..kan perjanjian kita hujung bulan 2"

"guna duit umi dulu.."

yes!! sayangg umi..perancangan aku telah diawalkan..soal tidur tolak tepi..betul la,,tidur tu ngade2 je..dapat sesuatu yang mengujakan,,tah lari ke mana nafsu tidur..memang ngade2 la tidur ni..sebelum kami adik beradik nak tukar hp baru,,satu perjanjian telah dibuat..umi akan sponser rm200 sahaja..diulangi rm200 SAHAJA! selebihnya pandai2 kumpul sendiri..aku berjaya kumpul rm200 sahaja..campur sponser yang umi bagi dah jadi rm400..rm400 mana cukup dowh..satu lagi jalan keluar,,tiap2 bulan abah bagi elaun..nak tak nak,,elaun 3 bulan aku guna..sekarang ni perancangan aku dah terlaksanakan..perancangan seterusnya,,macam mana aku nak hidup dalam tempoh 3 bulan tanpa elaun..hadoi..huhu

peristiwa second

abah nak ajar anak dara sulung ni cara2 shopping di pasar tani..mesti korang kata,,orang perempuan kalau tak reti shopping wat malu kaum je..eleh,,kalau setakat window shopping bukan test aku ok..prinsip hidup lemuni,,tak ada istilah window shopping..ada duit shopping..tak ada duit,,duduk diam..ni bukan nak shopping lady stuff ok..memang terror la abah nak ajar cara2 shopping lady stuff..haha..abah expert dalam shopping barang2 basah..dalam jangka masa terdekat ni,,aku akan mengorbankan waktu tidur pagi (doa2kan ye) untuk pergi shopping di pasar tani..lemuni akan jadi pelajar semula..belajar memilih dan mengenali nama2 ikan,,nama sayur,,nama2 ayam,,dan nama seangkatan dengannya lah..aku boleh berangan dah la nak jadi anak,,isteri,,dan ibu mithali..haha

"kakak,,g beli kat mak cik (tah name lupe)..kat situ sayur2 die murah..tak pun kakak g beli kat mak kawan kakak"

"abah terang sekarang pun,,macam la kakak ingat..kali terakhir kakak g,,3tahun yang lepas"

bagus kan aku..kali terakhir pergi pasar tani 3 tahun yang lepas..hehe

peristiwa third

tahap keseleraan cik lemuni agak payah untuk sampai ke tahap phD..kalau tahap ijazah,,baru je grad..nak masuk tahap master,,jauh panggang dari api la jawabnya..naik je waktu malam,, dia lebih suka makan nasi+kicap+telur goreng dari lauk2 yang ada..ni bukan program bersamamu ye..nak buat macam mana,,menu sebegitu lebih sedap pada waktu malam..menu aku malam ni,,nasi putih+kicap+telur goreng bersama2 dengan setengah gelas jus oren,,sesuku gelas susu..amacam,,menepati piramid makanan tak? tapi tolong lah,,jangan kata aku diet,,aku hempuk kang dengan mouse ni..

"ko diet ke??"

"haha,,wei,,ko xyah r ckp perkataan diet ngn aku..nek geli jantung penkreas ni..klu dengar dek abang aku,,maunye tersedak dia"

peristiwa fourth

yup! aku addicted gile dengan blog sekarang..bukan blog aku..kalau aku addicted ngn blog sendiri,,maunya 10 entry aku karang dalam sehari..addicted ngn blog orang lain..bahasa omputihnya,,blog walking..bahasa kampungnya,,sesawang berjalan..dalam sehari,,berapa banyak blog aku baca..antara blog kaum hawa dengan blog kaum adam,, terlalu banyak perbezaan..kaum hawa lebih banyak kepada emosi dan perasaan..semua diluahkan dan dinyatakan..kaum adam lebih kepada apa yang difikirkan..emosi dan perasaan bukan pilihan yang utama..apa2 pun,,blog cetusan si pemilik..ikut dia la nak tulis apa2 pun..yang penting jangan melibat perkara sensitif..tapi,,kalau nak try jadi tahanan ISA cubala..

peristiwa fifth

aduyaii..sense of movie suam2 kuku je..tak bersungguh betul la insan bernama lemuni ni dalam mengkhatamkan drama korean.."wei muni,,orang lain kalau tengok hero korea mesti tangkap leleh,,tak sabar2 nak tau ending..yang ko ni,,tak tau tangkap pe..tak bersungguh nak tau ending.." cd yang hanya 10 keping,,berhari2 masa aku amik nak habis..tak pelah,,malam ni aku khatam la..lagi dua keping je ag.. kang mengamuk plak hati lemuni..hati yang beria2 nak tengok..lemuni steady je..

yeay!! selepas tiga hari aku berperang dengan celcom,,akhir rm10 kunjung tiba jua maghrib tadi

0 tindakbalas:

Post a Comment