Friday, June 12, 2009

Tidurlah wahai mata

lemuni : salam jumaat semua

baru je aku matikan suis lampu dan akhirnya disaat aku hampir mencapai kelenaan..KLIK!! suis lampu bilik aku dipetik..

"KAKAK!! BANGUN!!"

tidur aku dah mencapai fasa gangguan..dengan mata terpejam,,tangan aku tercari2 selimut...eee,,manalah selimut ni..dah dapat capai selimut,, bukan nak berbungkus dalam selimut, tapi aku terus selimutkan muka aku bagi menahan silauan cahaya lampu...dengan mata terpejam,, aku pun mula mengomel,,

"hmm,,nak ape??"

"bangunlah kakak!! umi suh atar g sek.."

hah! tercelik aku bila aku disuruh drive pagi2 gini..uuhh..tak boleh..aku sangat2 mengantuk ni..

"kakak mengantuk sangat ni..suh org len je la..."

bila aku tak bagi sebarang respon,, adik laki aku pun keluar nak merepot kat umi aku..yes! sambung balik tidur..baru nak terlena..

"KAKAKKKK!!!!"

adus..bingit telinga..pergi sorang datang plak yang bongsu..suara dah lah macam speaker..kali ni aku capai bantai plak nak tutup telinga..tah apa lah yang si bongsu tu dok membebel,,aku wat tak tau pun..yang penting aku nak tidur...

senyap....

aku tersenyum kemenangan bila adik bongsu keluar marah2 sebab aku tak layan pun..baru aku nak sambung tidur...adus! dengan lampu terpasang, pintu bilik tak ditutup,, mana aku boleh tidur..huhu..dengan fikiran yang hanya 10% je waras,,aku bangun dengan malas sambil peluk bantal,,peluk selimut..pergi tutup pintu..pergi tutup suis lampu...

disaat kepala aku baru mencecah bantal,, aku rasa nak ketawa plak.. mana taknya,, si bongsu tu pergi kacau plak kakak dia sorang lagi tidur..entah apa la yang dia dok membebel sampai ke bilik aku pun boleh terdengar walaupun tak begitu jelas butir percakapan...

malas nak layan dah..
akhirnya,, aku tidur dengan lena..zzZZZZZZZZZzzzz


sebelum berangkat :
nak siapkan keje sek..huhu

0 tindakbalas:

Post a Comment