Thursday, April 29, 2010

Al-Fatihah

lemuni : yang pergi tetap pergi

semua sudah pasti mengetahui berita tentang industri muzik kehilangan 2 bintang dalam tempoh terdekat..pertama pemergian DIN BERAMBOI..disusuli berita pemergian vokalis kumpulan spin,,ACHIK..selepas tengok rancangan jangan tidur lagi malam semalam,,aku tergerak hati nak tulis tentang arwah yang berkaitan dengan diri aku..aku pernah meminati arwah suatu ketika dahulu..tahap aku meminati arwah,,korang renung2kan lah selepas tamat entry ini..

aku mula meminati arwah menerusi telemovie lakonan arwah yang bertajuk HELAH..sama2 dalam telemovie ni,,nana,,syura dengan ezany..sebenarnya,,aku tak pernah rancang pun nak beli cd ni..masa tu tak ada cerita yang best,,tapi mak sedara nak belanja,,main ambil je la..promote cd ni pun aku tak pernah tengok..tapi lepas tengok cerita ni,,aku mula admire arwah..hampir setiap dialog arwah aku boleh hafal..siap boleh berlakon dengan adik2 aku babak cerita tu..

bermula dengan HELAH,,aku mula cari info tentang arwah..kumpulan spin aku memang tahu kewujudannya..tapi aku langsung tak ambil tahu tentang lagu2 diorang..sejak dari itu,,aku mula mengikuti perkembangan spin..nak dijadikan cerita,,bila aku bertandang rumah adik abah,,sepupu aku ada cd kompilasi lagu2 antaranya lagu kumpulan spin..lagu yang aku ingat dok berkaraoke sama2 waktu tu,,lagu "mengusung rindu"..sedih woo lagu ni..huhu..lepas tu plak,,bila aku bertandang rumah abang abah,,sepupu aku ad cd duet arwah dengan nana..gempak malam tu berkaraoke ramai2..

take a note :

abah umi memang takkan beli majalah2 hiburan sejak aku kecil lagi sampailah sekarang..kalau nak,,majalah ilmu2 dapatla..masa tu mangga dengan urtv yang pemes..internet plak masa tu aku tak pandai lagi..aku jarang dapat berita tentang arwah..apa2 perkembangan terkini..gosip terbaru,,semua melalui tv..tapi kalau ada gambar dalam paper,,aku simpan..fanatik ke aku ni dulu?

masa form 2,,situasi pucuk dicita ulam mendatang berlaku..aku nak sangat baca novel kisah arwah dengan nana..kisah hidup diorang dari alam kanak2 sehinggalah bergelar penyanyi..satu hari,,kawan sekelas aku bawa novel tu..nampak je novel tu,,bersinar2 mata ni..aku pinjam je..tapi aku pulang terus hari yang sama..petang tu ada kelas tambahan,,yang tinggal asrama balik asrama,,yang duduk rumah balik rumah..aku je tak boleh balik rumah sebab tak ada kenderaan nak hantar aku semula ke sekolah nanti..aku duduk sorang2 dalam kelas,,khatam novel tu sementara nak tunggu kelas tambahan bermula..

masa form 3,,kawan aku bawa majalah hiburan
ke sekolah..mula2 aku tak ambil kisah pun..tak berniat pun nak pinjam..setakat majalah hiburan je..dah la kena baca sorok2..nampak ke cikgu,,tak pasal2 kena rampas..bila dah nampak ada muka arwah,,aku cepat2 mintak pinjam..aku pinjam cuma nak baca tentang arwah je..lepas siap baca,,aku terus pulang..berita masa tu pasal arwah dengan nana nak ke sabah ke atau sarawak nak buat promote album diorang dengan satu telemovie terbaru..

dapat menatap wajah arwah pun hati aku dah kembang semangkuk..muka arwah memang cute..bila menyanyi mata mesti kuyu..so swee
t!..masa tu semua member2 aku tak tahu aku admire arwah..dan sampai sekarang tiada sorang pun tahu aku pernah admire arwah suatu ketika dahulu..adik2 aku je tahu..dan kalau kawan2 aku tahu aku pernah admire arwah pun sebab aku dah bocorkan rahsia bertahun2 aku simpan melalui entry kali ini..aku tak pernah tunjuk arwah artis kegemaran aku..bila diorang bercerita tentang arwah,,aku tak join..aku cuma mendengar SAHAJA!

perkembangan arwah seterusnya aku dapat melalui melodi..arwah masa tu sedang bercinta dengan isterinya sekarang..bila aku tahu arwah dah ka
hwin,,aku dah kurang meminati arwah..ye la,,pujaan hati dah jadi suami orang ..tapi lagu2 arwah aku masih mengikuti..selepas arwah berkahwin,,lama aku tak dengar berita tentang dirinya sampai la satu hari dalam melodi,,anak sulung arwah meninggal..lepas tu,,aku langsung tak dengar berita pasal arwah..masa tu aku sibuk dengan kehidupan peribadi,,exam lagi,, nak2 lagi bila asyik kejar due date je sepanjang form six..tak sempat dah nak fikir pasal pujaan hati..bukan setakat dah tak sempat,,selintas dalam ingatan aku pun dah tak ada..huhu

lebih 2 tahun aku tak mengikuti perkembangan arwah..sampai la satu hari adik aku bagitau yang arwah dah meninggal dunia..mula2 tak percaya,,tapi bila aku belek surat khabar,,arwah kemalangan..lama aku tak dengar apa2 berita pasal arwah,,tak sangka berita arwah kemalangan dan meninggal di tempat kejadian yang aku terima..dan malam semalam,,bila aku tengok rakaman jangan tidur lagi, "Belangsukawa Achik",,sayu je..lepas ni dah tak ada mata kuyu nak menyanyi..mata kuyu dah pergi untuk selama-lamanya..lagu terbaru arwah bersama nana,,"cari ketenangan"..semoga arwah tenang di sana..

memori yang aku kumpul sepanjang aku meminati arwah..

permulaan kepada semua yang terjadi..tak silap aku lah,,cd ni aku beli masa darjah 6 sebab aku ingat lagi awal2 tahun tingkatan 1,,aku ada seorang kawan nama nina..tapi aku tak panggil nina..aku panggil nani..nani tu nama watak nana dalam helah..punya taksub kat cerita ni sampai nama kawan pun nak tukar2 ikut sedap rasa lemuni je..huhu

antara koleksi lagu yang aku kumpul..dan hafal! tak cukup print,,tulis tangan pun aku sanggup..lagu yang aku tulis tangan tu aku tau dari sepupu aku..bila tau je "hadirlah mustika" oleh spin,,terus salin lirik..tapi,,kalau suruh aku nyanyi sekarang memang banyak humming je la..tak ingat dah..


tak cukup lagu,,gambar pun ada..tapi setiap gambar mesti ada nana..nak buat macam mana,,ni pasangan ideal sejak awal pembabitan ag..fenomena gunting2 gambar pujaan,, aku dah tak praktikkan sekarang..buang masa,,buang tenaga..google je gambar2 artis yang kita admire,,kalau tak puas hati,,touch up je dengan adobe..mudah cepat efisyen!

hanya 3 orang artis lelaki je aku minat sangat2 dari dulu sampai sekarang..tapi untuk masa depan,,aku tak tahulah..arwah achik spin,,gareth gates dan mauricio ochmann..antara 3 jejaka yang berjaya menawan hati lemuni ni,,arwah achik berada di tangga paling teratas sebab aku mengikut perkembangan arwah bertahun2..huhu

semoga rohnya dicucuri rahmatNYA

0 tindakbalas:

Post a Comment