Saturday, April 17, 2010

Lemuni in WonderLand

lemuni : plot cerita sentiasa melompat..aku pun tak paham..

di dalam satu bilik kuliah,,lecture sedang memberi penerangan tentang ilmu pembedahan..eh,,masa bila plak aku ambil jurusan kedoktoran ni? tapi yang tak selesanya,,aku terpaksa berkongsi kerusi dengan seseorang..sungguh menjengkelkan!! argh!! tak selesa nak tumpukan perhatian..kejap lagi nak exam..takkan nak kongsi kerusi macam ni? ooyeah!! kat belakang sekali ada tempat kosong..tamat kuliah ni,,aku nak pindah ke belakang..by hook or by crook tetap nak duduk kat belakang nanti..sakit belikat punggung ni berkongsi kerusi..

class dismiss!

"awak,,nak no tel boleh?? saya tak ada nombor awak"

aku tengok dia tulis nama iqbal atas kertas yang aku hulurkan..oo nama dia iqbal..sambil menulis no tel,,mulut iqbal tak berhenti2 berceloteh,,

"saya mmg tau awak tak ada no tel saya..tapi saya nak ic awak terus..saya dengar desus2 awak nak pindah..tu yang saya tak jadi nak mintak..takpelah..nanti awak dah buat ic baru..bagi kat saya ye"..

err,,apa kaitan plak si iqbal ni nak no ic aku?? malaun mana plak bagitau aku nak pindah ni..

plot dilompatkan


peperiksaan bahasa melayu stpm :

hmm,,giliran aku ambil exam round yang kedua..round ke 2 pun,,aku boleh duduk sekali dengan yang ambil round pertama..cuma tak boleh bising..tak boleh tolong diorang..sambil2 tunggu diorang jawab exam,,aku dengan sorang member dok bergurau senyap2..kejap2 dok kacau yang ambil exam..psstt..psstt..

"muscle cell dalam bahasa ape die?"

ha?? muscle cell..bukan ke exam bm ni? kenapa boleh tersasar muscle cell...aku mula panjangkan leher..eh,,apasal muka semua kelat semacam..masa banyak lagi,,tapi rata2 dah siap jawab..dan ada yang dah balik pun!

second round..

banyak ni je yang ambil exam? aku malas nak kisah..bukak2 kertas soalan,,soalan karangan satu soalan je..no choice..what!! Tajuk : ALAM BUNIAN..aku mana pernah kaji alam bunian..takkan aku nak karang tentang alam bunian..dan kenapa soalan alih teks ada sampai yang dah bagi jawapan..aku terus belek ke helaian terakhir.."cikgu,,kertas saya nape ada tulisan pelik2 ni??" sesuatu yang pelik bakal terjadi..

plot dilompatkan..
di kawasan sungai


"saya tahu kamu2 semua tak dapat nak jawab soalan karangan tu kan?? tajuknya alam bunian..untuk ke alam bunian,,kamu perlu tahu beberapa perkara yang mesti dan tidak boleh dilakukan"..

kenapa muka cikgu ni terlalu hodoh..dan kenapa kami semua masih berani dan masih tekun mendengar penjelasannya..

"sebelum ke alam bunian,,apa yang perlu kamu makan terlebih dahulu??"

aku masih pelik..kenapa jarak kami dengan cikgu terlalu jauh..kami dihalang oleh sebatang sungai..cikgu diseberang sana..kami diseberang sini..tapi,,kami masih mampu mendengar setiap patah perkataan dengan jelas walaupun tanpa menggunakan pembesar suara..

"kamu hanya perlu makan telur sahaja sebelum ke alam bunian..soalannya seterusnya,,sekirannya kamu berhadapan dengan sungai,,apa yang perlu kamu lakukan "

.cikgu pandang muka kami satu persatu..kami hanya mampu mengeleng kepala..

"caranya adalah,,dengan merendamkan rambut kamu ke dalam air dan libaskan ke udara"

aku tengok menggerbangnya rambut cikgu ni dan dalam sekelip mata,,wajah yang hodoh bertukar cantik sesaat..

dikawasan hutan
waktu senja


ini bukan nak jawab exam! ini dah sesuatu yang lain..tapi yang bestnya,,member2 laki aku yang 2 3 orang semua muka baby face..hehe..wei muni,,sempat lagi ko ek dalam keadaan yang serba pelik ni..aku terus terjah "dia" yang boleh digroupkan sebagai laki hensem..

"awak reti bawa bus kan..sekarang ni nyawa kami semua ditangan awak..cepat awak,,tolong bawa bas ni..keluarkan kami semua dari hutan ni!!"

member2 perempuan semua bagi arahan samada bas harus ke kiri atau ke kanan..maklumlah "dia" bawa bas sambil mengundur walaupun puas aku menjerit suruh betulkan posisi bas..huh! tak makan saman "dia" ni..

keadaan semakin genting!

"korang janganlah tinggalkan saya"..aku masih tak habis mencantas pokok ni dengan pisau cukur..tapi kenapa batang pokok ni terlalu lembut..ahh,,abaikan..cuma korang janganlah hilang dari pandangan aku.."wei korang?!!"..lagi lama aku kat sini,,aku mesti akan kehilangan diorang..tak semene2,,ulu pisau cukur patah..aku terus berlari tinggalkan pokok itu...

"mana member2 yang lain?" tanya aku kepada "dia"..oo,,mereka semua dah ada dalam bus.."dah cepat!! kita harus gerak sekarang.."..aku tengok "dia" semakin jauh kedepan meninggalkan aku jauh kebelakang..hati ni rasa berdebar bila melihatkan keadaan bas yang sudah lain macam.."awak!! jangan pergi dekat bas!!"..bas tu..bas tu..ah,,ni tak boleh jadi,,kita dah terkeluar anak tekak jerit,,"dia" sedap2 semakin melajukan langkah..aku terus berlari selaju yang mungkin..tolak "dia" ke tepi..

"DUMPP!"


"awak,,bas meletup!! member kita awak!! diorang dalam bas!!"..aku menjerit sambil jari telunjuk ke arah bas..dalam masa yang sama,, aku ternampak makhluk sedang berdiri di dalam bas yang sedang marak dijilat api..kami berdua bangun dan berjalan ke arah bas tu..aku pandang "dia" minta penjelasan..semua ni tak masuk akal! tiba2 "dia" berkata "awak,,mana pisau cukur tu..serahkan pisau cukur tu pada makhluk dalam bas..ni je cara nak mengembalikan member2 kita"..dalam keadaan tergamam,,aku serahkan pisau cukur kepada makhluk tu.."ulu pisau cukur?"..aku baru ingat,,ulu pisau cukur ni dah tercabut..aku berlari kembali ke pokok tersebut,,ambil ulu pisau cukur dan serahkan kepada makhluk tu..secara tiba2,,semua member2 aku dalam bas yang meletup tadi hidup kembali..tak boleh diterima akal..

dunia kita mana?


aku kena terima..sekarang aku bukan berada di dunia aku..ni dunia mereka! tolong,,aku nak kembali ke dunia asal!.."awak,,jaga baik2 lampu suluh ni..ni milik orang asli..hanya ni je cara kita nak kembali ke dunia kita.."..eh..kenapa tiba2 ada kotak ni? ni macam barang2 milik hang tuah..kami semua angkat barang tersebut dan meneruskan perjalanan dalam hutan pada waktu malam..kenapa lain macam je keadaan dalam hutan ni? kenapa aku rasa macam tengah mendaki tangga..disebabkan aku pemegang amanah lampu suluh,,aku kena berada dibelakang sekali.."kita dah nak sampai ke dunia kita!"..jerit yang berada di depan sekali..

akhirnya..

setelah pintu dibuka,,kami berada disebuah bilik..yes!! dunia kami!!

"skang tahun bila?"

aku terus periksa kalender..fuh nasib baik..masih berada di tahun ni..maklumlah berada di dunia mereka menyebabkan aku kerisauan kalau2 kami mempercepatkan tahun..huhu..

TAPI,,

nak tak nak aku dengan member2 kena masuk pasukan sorak secara tiba2...argghh!..kurang asam kumpulan lawan..tahu lah korang king of the pom pom girl..tak payah la nak tunjuk bagus..kumpulan sorak aku cuma tepuk tangan je..apalagi,,BOOO! yang dapat..kami ada kejutan..pom pom girl bukan sekadar pom pom girl bagi kami..kami adalah super duper pom pom girl! member lelaki bermain gitar dan drum..member perempuan jadi pasukan sorak..semua tercengang melihat kumpulan kami..pom pom girl ada band tersendiri! waaalah!..

dan sekarang aku terfikir,,betapa susahnya bm stpm ni kalau hanya satu tajuk tanpa pilihan..macam mana aku nak skor kalau tajuk alam bunian.....!! siapa pula iqbal? dan siapa pula "dia" yang hensem tu? makhluk tu?? bagaimana aku boleh tercampak ke dunia mereka? berada di dalam hutan.?? dan pengakhiran,,kenapa tiba2 aku dalam pasukan sorak? pasukan sorak ada band tersendiri!!..semua ini tak masuk akal tau tak!!

lemuni..lemuni..bangun!!
ha? bangun?
semua itu hanya mimpi??
that's right baby
jadi semua itu hanya mimpi
ya iyalah masa ya iya dong
duren aja dibelah bukan dibedong

0 tindakbalas:

Post a Comment