Monday, April 26, 2010

Tak cukup tanah aku berlari

lemuni : entri yang tertulis dengan sengaja "bersambung....."

aku terlalu kejar masa ni***..tolong lambatkan perjalanan waktu..ya allah bagi aku sampai tepat pada masanya disana..mesyuarat koop ditangguhkan hampir pukul satu..aku sampai rumah pukul 1.10 minit tengahari..jadinya,,aku hanya mempunyai 20 minit sahaja untuk bersiap..pukul 1.30 minit tengahari aku mesti berada ditahap..punctual!..

dalam tempoh 20 minit masa yang berbaki,,semua kerja bagai lipas mengalami kekudungan..makan ad hoc..mandi ad hoc..sembahyang lagi ad hoc..hampir 1.30 minit tengahari..mesej zati dan disusuli mesej odan sampai..kedua2 anak adam dan hawa ni dalam perjalanan..makin aku menjadi lipas kudung..

aku balas mesej diorang "otw"..eh,,bukan aku yang balas..aku suruh adik aku yang balas balas..panaskan enjin kereta pun aku suruh adik laki aku yang buat..dan tak dilupa tolong bukak terus pintu pagar..siap2 bermake up,,salam cium umi,,masuk kereta terus drift!..huhu


sampai kat simpang jalan besar,,ya allah,,bila la kereta nak surut ni..aku tak boleh nak melintas! berapa minit terbuang kat situ sahaja..kereta dari 2 arah bertali arus..dalam standby nak melintas,,iz telefon..cakap dengan iz macam ribut..tapi aku janji lepas sampai kat tahap,,aku akan calling calling semula..memang tak cukup tanah kereta aku berlari..tu la momen paling terlaju speed kereta yang pernah aku bawa..hampir 1.45 baru sampai kat tahap..yelah,,cari parking lagi,,kena berjalan lagi..panik at tahap!

ha,,sudah..tak ada sorang pun aku kenal..cari odan tak jumpa..cari zati pun tak jumpa..aku terus calling calling iz kata dah sampai..cerita tu cerita ni..masa tengah bercakap dengan iz,,baru nampak janah lambai..nasib baik ada yang kenal..lepas tamat cakap dengan iz,,aku ke pintu masuk depan dewan..ha,,nasib baik! jumpa zati dengan mun..diorang suruh aku semak kedudukan meja..143? 143? ha,,sudah nombor aku tak ada dalam senarai dalam dewan..diorang suruh aku pergi ke blok sebelah..situ pun tempat ambil exam..

dalam hati cuak..blok pun tak tahu kat mana..tapi kalau orang tengok,,perr confident giler bakal cikgu mungkin ni berjalan!..dengan kasut tumit tinggi..melangkah dengan keanggunan dan penuh keazaman..ceh!..confident di luar,,tapi hati aku huru hara..aku ikut je kemana kaki ni melangkah..kalau hati aku suruh stop,,aku stop la..nasib baik tak sesat..ooo,,kat kelas ni tempat aku ambil exam..btw,,yang pasal high heel tu,,melecek jari kaki. ni hangpaw tau??melecek pun melecek la..siapa suruh tetapkan etika berpakaian hendaklah seperti profesion perguruan..

dalam kelas sempat lagi bermesej dengan abah..padahal exam nak start dah..hehe..pengawas yang jaga aku,, cikgu zuraidi..bekas cikgu biologi aku masa spm.."assalamualaikum cikgu,,cikgu masih kenal saya?"..bekas pelajar bio,,takkan nak buat sombong plak..cikgu zuraidi angguk sambil tersenyum..exam ni cuma 60 minit sahaja..soalan sikit je..300 soalan sahaja! memikir jawapan tak letih,,nak melorek 300 jawapan yang penat!

pukul 2.30,,aku terasa macam ada aura yang aku kenal..aku angkat kepala..tengok cikgu romely sedang buat pemantauan kat barisan aku..macam2 tau je aku sedang pandang cikgu..cikgu menunjukkan ekpresi muka terkejut sambil jari tunjuk ke arah aku..walaupun tak terkeluar kata2,tapi aku tau dari gerak bibir cikgu kata macam ni
"eh,,ada jugak kat sini"..tiba ke meja aku buat pemantauan,,cikgu cakap dengan perlahan,,"lorek jawapan cepat2..jangan pikir lama2..masa tak banyak dah ni"..



slip meja..kenangan~

kali ketiga,,aku terasa lagi aura..aku angkat lagi sekali kepala..tengok cikgu mat plak..tapi cikgu mat tak perasan aku..selepas 60 minit,,semua calon dibenarkan pulang..tapi aku tak pulang..aku cari budak2 ni..misi aku cari odan..mamat ni dah la awal2 tadi aku tak jumpa..waktu balik bayang pun tak ada..zati walaupun aku tak jumpa waktu balik,,at least aku dah jumpa awal2 tadi..cari orang lain jumpa janah,,nana,,dengan aina..aku tak boleh bla betul dengan janah ni..ayat pertama dia nampak aku,, "wei mana lepat.."sebab apa lepat?

ni sebabnya..



wei janah,,bukan aku yang kena bawa lepat..ko yang kata nak bawa..haha

tu kisah janah..lain plak kisah dengan nana..nampak muka lemuni yang bersinar2 ni terus mintak nombor telefon..sebab apa minta nombor?

ni sebabnya



tu janji aku..aku tak main2..umur aku masih panjang,,aku akan tunaikan janji ni..nampak macam budak2 kan?

lepas jumpa kepala yang gila2 ni,,aku jumpa dengan nabila,,ummi,,nad,asnida..borak2 dengan diorang sekejap je..yelah,,masing2 nak balik dah..aku sampai rumah dalam pukul 4..sampai2 rumah,,aku mesej odan..ayat aku sonang ajo..ayat menyindir "jgnkn org,,bayang en odan pun cik lemuni xnmpak"..balasan yang aku dapat pun dalam bentuk menyindir..haha! tapi,,disebabkan kelewatan aku,,terjadi sesuatu yang aku sendiri kagum terhadap dirimu,,aku akan selalu melewatkan lagi kedatanganku..lalalala..aku dan iz sahabat yang amat memahami..ko jangan risau..haha



kenangan MEdSI

tamat

0 tindakbalas:

Post a Comment