Sunday, April 25, 2010

ALK pilih saya sebagai pelapis baru

lemuni : waktu pagi

pukul 8.15 pagi aku dengan umi bertolak dari rumah menuju ke dewan saujana harmoni untuk menghadiri mesyuarat koperasi..yang bangganya aku dengan mesyuarat ni sebab aku sorang je ahli paling termuda..yang kedua termuda adalah beberapa anggota yang lahir pada tahun 1988..yang lain semua umur veteran belaka..maklumlah koperasi ni koperasi warisan turun temurun..selepas mak atau ayah meninggal,,anak2 mereka akan mengambil alih keanggotaan arwah..

semasa pendaftaran,,antara perkara2 yang wajib diberi perhatian adalah

1. pastikan mendapat resit elaun kehadiran dan elaun makan
2. pastikan mendapat 2 naskah berkaitan dengan koperasi
3. pastikan mendapat sebotol air mineral
4. pastikan mendapat borang kemaskini keanggotaan kepada sesiapa yang masih belum mengemaskini keanggotaan..aku dah kemaskini,,abaikan perkara ke 4

(walaupun ayat "pastikan",,tapi semua kena ambil dengan sendiri..kena cakna sebab tak ada orang nak arah..)



minit mesyuarat yang paling penting..tak sah kedatangan anggota kalau tak dapatkan mende ni..nak mesyuarat apanya kalau minit mesyuarat tak ambil..paham tak paham lain cerita..aku sendiri kurang paham bila belek muka surat kunci kira2



bukan senang nak dapatkan naskah undang2 kecil koperasi..aku baca suku helai je muka surat..tak paham la kalau guna laras formal campur laras undang2..

kebaikan datang awal cuma senang nak pilih tempat duduk.tak payah nak gaduh2 dengan orang..sebab terlalu banyak kerusi kosong,,aku pilih port paling tepi sekali..berhampiran dengan kipas dinding..tunggu punya tunggu,,jam dah pukul 9 lebih..haih,,mesyuarat apa ni dah sejam lebih aku menunggu..naik kematu punggung ni..umi cakap,,kalau mesyuarat mula lewat pun tak boleh nak salahkan ahli lembaga pengarah (ALK)..ALK semua dah ada..kena rujuk semula ke prinsip koperasi..selagi bilangan ahli tidak memenuhi kuota,,mesyuarat tidak boleh dijalankan..argh,,kenapa la aku boleh terlupa prinsip yang ini..huhu

dalam pukul 10.30 pagi barulah mesyuarat dijalankan setelah kedatangan anggota mencapai 300 lebih..sebenarnya kan,,kalau ikutkan hati aku,,dah lama aku menghilangkan diri selepas membuat pendaftaran tadi..niat hati senang je,,datang untuk daftar..lepas tu pulang ke rumah..agak2 mesyuarat nak tamat datang balik semula..tapi kali ni tak tercapai oleh niat nak buat gitu..kalau tak sebab satu acara penting,,dah lama muka lemuni ni balik..



korang peratilah dengan teliti kenapa aku setia menanti..jawapan ada dalam gambar..

hampir pukul 1 baru mesyuarat ditangguhkan..haa,,lega..senang je mesyuarat koperasi ni..tak banyak kerenah..yang penting ada 4 perkara penting ni cukupla

pencadang mencadangkan
ada penyokong?
ada pembangkang?
cadangan ditutup!

ha,,kan senang..sekali cadang je..terus ada penyokong..pembangkang langsung tak ada..pastu terus cadangan ditutup..jimat masa..yela,,aku tau la semua2 anggota dah tak sabar2 nak balik..aku lagi la tak sabar..aku terlalu kejar masa ni***..bila saja diberitahu mesyuarat ditangguhkan maknanya dah habisla,,semua anggota serbu meja ALK..apa lagi menuntut elaun kehadiran..bab2 menuntut elaun kehadiran aku paling minat..free2 je dapat RM50..tapi dengan syarat harus ada di akhir mesyuarat..pihak ALK pun cerdik la..kalau diorang bagi masa pendaftaran,,takkan ada sesiapa dah yang akan hadir mesyuarat..sebab tu diorang bagi di akhir mesyuarat..kalau nak rm50 kena setia menanti la..huhu..

sesiapa masih belum mendapatkan makanan,,masa ni gak diorang boleh tuntut makanan menggunakan resit elaun makanan..tapi aku ambil masa mesyuarat tengah berlangsung..jimat masa tak payah nak berebut..kalau kat sekolah sah kena marah kalau tak beratur..kan sini etika beratur cuma masa pendaftaran awal pagi je..huhu..



momen2 sepanjang mesyuarat berlangsung,,kalau sesiapa yang tak kenal Dato' Lau Lee DIMP (Adun Kawasan Damak)..gambar beliau ada diatas..gambar yang pertama sekali..dalam ucapan beliau,,beliau memberikan sumbangan rm1000 untuk derma pelajaran anak anggota..

bercakap mengenai pengalaman cik lemuni bersama koperasi,,

ni merupakan koperasi pertama yang aku sertai..hanya pertama bila melibatkan orang ramai..ecece,,macam dah besar aku ni..masuk koperasi yang keanggotaan melibatkan orang2 dewasa dan rata2 anggota dah mempunyai cucu cicit dah pun..TAPI bukan koperasi pertama yang aku sertai dalam sejarah kewujudan koperasi..koperasi serbaguna lata kasah merupakan koperasi kedua selepas koperasi smkps..

sejarah aku bersama koop smkps selama 5 tahun..bermula dari form 1 sampai form 5..banyak jasa koop smkps dengan aku..3 tahun aku dapat pulangan dividen yang lumayan..dalam tempoh 5 tahun juga,,hanya 2 3 orang je tau dividen yang aku dapat..yang lain semua aku rahsiakan..entah2 aku jadi anggota koop pun diorang tak tahu..

tahun pertama,,masa form 1..keanggotaan aku belum mencapai tempoh matang..so aku tak layak mendapat sebarang dividen..koop smkps hanya menetapkan sehingga rm 1ooo sahaja jumlah saham..anggota2 yang lain melabur dalam beberapa ringgit sahaja..umi suruh aku masukkan rm 1000 terus..ramai yang tak perasan tentang ni..hanya beberapa orang pelajar je jumlah saham diorang sebaris dengan jumlah saham guru2 smkps..

masuk tahun kedua,,masa form 2..bila dividen dikeluarkan..nama aku tak ada dalam senarai nama2 pelajar yang menerima dividen..masa rehat,,aku kena panggil ke bilik guru..cikgu suruh aku tandatangan berkaitan dengan dividen..cikgu tanya,,aku nak ambil sekarang atau nak suruh cikgu hantar ke rumah je..bila tengok jumlah,,mak datuk!!..tak berani aku nak pegang..aku suruh cikgu hantar ke rumah je..begitula situasi sampai aku form 5..tiap kali pemberian dividen aku mesti dipanggil ke bilik guru..dan dividen akan dihantar oleh mana2 guru yang tinggal berhampiran dengan aku..

tahun pertama :
tempoh keanggotaan masih tidak matang

tahun kedua :
dividen pertama,,rm600..shopping baju2 raya untuk 5 beradik..jimat duit abah umi

tahun ketiga :
aku tak ingat berapa..

tahun keempat :
rm 400..beli handset..sampai sekarang handset tu masih digunakan..kenangan dividen

tahun kelima :
tak dapat dividen..aku tutup keanggotaan..dapat balik rm 1000

cuma aku tak sempat masuk koop smj je..aku cuma berada di smj setahun setengah je..huhu :(

bersambung.......

0 tindakbalas:

Post a Comment