Sunday, April 4, 2010

Tanya la nape aku pilih warna merah..

lemuni : meja oh meja

semalam dengan jayanya,,aktiviti mengemas meja study secara gempur berjaya dilakukan..sebelum2 ni,,aku hanya buang sikit2 debu..puhh puhh puhh..setel! pastu susun2 buku..susun biar setinggi eiffel tower..biar tinggi janji kemas..janji tak tumbang mencium bumi..entah semangat apa semalam..siap2 bangun tidur terus kemas meja..tu la muni,,kan dah cakap,,tidur petang mewakili keisingan..semangat apa la yang merasuk semalam..



ni hasilnya selepas pengemaskinian dilakukan..cantik tak? kemas tak? ni baru dinamakan meja study anak dara..gambar sebelum? emm,,tak payah la.."terlalu kemas dan cantik keadaannya"..biasanya,,tempat study la tempat paling afdal kan korang letak gambar2 yang tersayang..dulu aku kat sekolah pun kaunselor suruh letak gambar sebagai pemangkin semangat..jangan asyik letak gambar boipren je..tulis kata2 cinta je..letak gambar2 impian sekali..tapikan,,aku tak minat letak gambar2 orang nih..gambar boleh buat aku angau.kalau dah angau,,mula tersenyum sorang2..memang parah la jiwa mental..

cara aku nak menaikkan semangat senang je..letak sesuatu yang berkaitan dengan orang yang kita sayang..sesuatu tu mewakili dirinya..kalau letak gambar orang tak ada thrill la..dalam gambar diatas tu,,korang perasan tak,, ada beberapa helai kertas..tu bukan nota2 hokey!.tak kuasa aku nak letak nota bawah plastik meja..bukan aku baca pun..setiap helaian tu membawa maksud yang tersendiri..tak lupa la juga mewakili orang2 yang aku sayang..

yang pertama,,
nampak tak yang macam poskad tu..yang bertulis 2.00,,1.00..tu tiket masuk muzium..aku tau la korang kalau tiket2 ni,,semua campak masuk "Gunalah Saya"..aku nak campak masuk Gunalah Saya pun tengok gak tiket2 tu macam mana..kalau tiket yang betul2 sampah je aku buang..kalau tiket yang betul2 kenangan aku akan simpan..tiket2 tu mewakili keluarga aku..tiket dewasa mewakili abah dan umi..tiket kanak2 mewakili adik2ku..semangat yang aku dapat melalui tiket2 tu ialah bercuti!! ooyeah!! saya suka bercuti!! lemuni,,belajar rajin2..setiap hujung tahun,,ajak abah umi pergi cuti2 malaysia..wow,,semangat mengeratkan hubungan kekeluargaan!!

yang kedua,,
yang ni aku pernah publish dalam entri terdahulu..korang carilah balik..aku pun tak ingat bulan berapa entri tu..lukisan tu mewakili persahabatan aku dengan cucum..ribuan terima kasih kepada cucum sebab hadiahkan aku lukisan ni..sebenarnya,,dalam erti kata yang sebenarnya,,bukan hadiahkan..aku yang paksa cucum lukis untuk aku sebagai hadiah hari jadi..hehe..payah nak tengok geng2 kayu dalam lukisan melukis..syabas cucum!! walaupun aku tau ko spesis dengan aku bab2 lukisan ni..tapi lukisan ni memang superbb!! dalam lukisan tu disertakan dengan nama2 yang mewarnai kehidupan aku..

dhines,,
izzati,,
izzah,,
faiz,,
zul,,
din,,
rusdan,,
nadiah


korang sahabat aku terbaik!! walaupun sebahagian nama diatas berjauhan daripada aku,,korang tetap bagi aku semangat suruh belajar baik2..buat yang terbaik..

yang ketiga,,
kalau dah terpapar gambar kapal..hehe..tak lain dan tak bukan cik abang lemuni la..la korang ni,,buat terpikir2 plak..encik iz la..boleh sangat kalau aku nak letak gambar iz..tapi aku kan dah cakap tadi,,gambar boleh buat aku angau..haha..lagipun,,aku jenis yang sentimental value..kebetulan iz bagi aku gambar kapal ni..sebenarnya ni bukan gambar tapi cover depan assignment iz yang pertama kot..iz fotostet lebih satu bagi kat aku..sambil2 study pandang kertas ni..walaupun tak nampak muka tapi nampak sesuatu yang ada kaitan dengan dirinya,,tu pun dah terubat rindu :) *rindu*

yang keempat dan kelima,,
2 helai kertas yang berwarna hijau yang korang nampak tu mewakili diri penulis..penulis memperkenalkan diri sebagai LEMUNI..tu cuma kata2 yang hanya dipandang sepi sekiranya kita sendiri tidak memberikan nyawa kepada kata2 tersebut..cewahhh! ala,,senang cerita tu kata2 hikmah..kertas pertama dalam bahasa shekspeare yang bertajuk : Reasons To Smile..kertas kedua dalam bahasa zaba yang bertajuk : Perkara Ajaib Dalam Diri Manusia..kita bukan setakat kena jadikan orang2 tersayang sebagai pemangkin semangat tetapi diri sendiri pun perlu walaupun kita tahu kemampuan diri kita tak sehebat untuk dijadikan pemangkin semangat kepada orang lain..kita berbangga dengan diri sendiri pun dah ok..ni aku yang cakap..bukan para2 pujangga yang memujanggakan setiap madah2 yang bercakap..*dahmengarutnih*

tadi aku dah menghampakan korang sebab tak nak tunjuk gambar keadaan meja sebelum terjadinya selepas kan? meh la aku tunjuk gambar meja study paling kemas didunia yang diambil pada tahun lepas..haha!

TADAA!!



ni bukan aku yang amik gambar ye..ni semua angkara adik2 aku..aku tinggal kejap je meja study..mula la snap situ..snap sini..aku tengah serabut nak siapkan nota pp tak ada masa dan tak ada maknanya nak ajak meja bergambar..waktu ni,, ag beberapa bulan nak stpm..dah masuk tengah tahun dah..memang dah tak lama dah la nak stpm..tapi serius aku cakap,,ni baru aku nak buat nota dengan serius..selama ni mana aku buat nota pp..salin nota cikgu tu dah kira buat nota la..haha..hafal pun sekadar hafal..tapi kalau cikgu tanya yang aku hafal tu letaknnya bawah tajuk apa..mulala buat muka blurr..nak belek nota pun aku tak terbelek sebab tak tahu letak kat mana..huhu..aku nak bocor rahsia sekarang ni..mana tau cikgu pp aku terbaca blog ni..

"cikgu,,serius ni saya cakap..saya tak pernah buat nota2 ringkas utk subjek cikgu..saya anggap menyalin nota nota cikgu tu dah sama dengan buat nota ringkas..beberapa bulan nak exam,,baru saya buat nota..barulah nampak tajuk yang saya hafal tu letaknnya bawah apa..mesti cikgu kata cara saya ni memang akan buat saya jem masa exam nanti..saat2 akhir semua nak sumbat masuk dalam otak..saya cuma cakap gini kat hati saya,,jangan menyesal..masa masih ada..sempat lagi nak ubah keadaan..selagi kertas pp stpm masih belum ada depan mata saya,,selagi tu saya masih ada masa "

moral of the story :
korang jangan buat macam yang aku buat..aku pun taubat dah tak nak buat macam ni lagi pada masa akan datang..pastikan buat persiapan dari awal2 lagi..

ni yang aku tak suka cakap2 banyak nih..memang akan menyimpang dari topik asal..topik asalnya,,meja tu memang serabut kan..aku tak suka serabut ni..tapi nak buat macam mana,,masa study semua benda nak dilambakan..memang serabut la..aku pun dah serabut sekarang ni tengok gaya penulisan aku yang cenderung ke format keserabutan..muni!! cikgu tak pernah ajar ko format serabut ok..ko je nak menyerabut ilmu yang tak serabut..huhu

ok..nite!

0 tindakbalas:

Post a Comment