Monday, March 22, 2010

Jawapannya adalah?

lemuni : maklumlah,,zaman dah modern.

teka teki
teka tekok
ular mati
hisap rokok

aku tak tau kenapa ular tu mati akibat hisap rokok..yelah,,aku mana pernah jumpa ular hisap rokok..kalau buaya hisap rokok aku pernah jumpa..yelah,,buaya darat gerenti punya hisap rokok..sebab tu kawan2,,lebih baik kita berkawan dengan buaya air dari buaya darat..buaya air kita memang boleh agak level bila ia nak baham kita..tapi buaya darat kawan2..ish ish ish..kita tak boleh agak kawan2..back to the topic,,dalam entry kali ini,,kita main teka teki ye..aku memang suka meneka-neki orang..tapi paling malas bila diteka-teki..aku malas nak pikir..orang bagi teka-teki kat aku,,aku mesti keluarkan soalan paling wajib : emm,,jawapan nanti tu munasabah ke tak?



gambar diatas merupakan objek apa kawan? ala,,kacang je jawapannya..angkat dua belah kening pun boleh jawab..jawapannya ialah bantal yang orang letak kat leher dalam kereta..apa punya teka teki la..bagi la objek yang pelik2 ke..hish!

oo,,nak objek yang pelik2 ye..meh sini aku tambah sesuatu yang pelik pada objek diatas..
tadaa!



pelik tak? ni masih objek diatas ye..cuma aku terbalikkannya sahaja..korang tengok ada benda hitam kan atas tu..apa plak benda hitam tu ye? jadinya,,adakah masih layak dipanggil bantal yang orang letak kat leher dalam kereta? ke bantal yang korang beli tu ada gak benda hitam ni?

okeh! petunjuk yang seterusnya..



aku rasa la,,korang pun dah makin pelik kan? tadi ada benda hitam je..sekarang ni siap ada tali panjang warna hitam lagi..pas tu plak,,tali panjang tu siap boleh cucuk kat benda hitam tu..ke belon objek diatas ni? kembung semacam je aku tengok..kot2 tali panjang warna hitam tu tiub nak salurkan nafas kita dalam objek diatas supaya kembung macam belon..ye dok?

seterusnya..



mana boleh tali panjang warna hitam tu tiub..ni siap boleh pasang kat plug..sah2 la tali panjang warna hitam tu wayar..wayar dalam bahasa mat slanga aka mat saleh ialah wire..benda ni mesti juga dipanggil wirenonless sebab boleh dilihat dengan mata kasar..

sebelum ke petunjuk terakhir dan takkan ada istilah last but not least sebab ni yang last and least..agak2 apakah objek diatas kawan? yang pasti bantal yang orang letak kat leher dalam kereta bukan jawapannya..sila pikir baik2..anda diberi masa selama 5 saat untuk mengemukan jawapan..tangan dibazer..

1 saat

2 saat

3 saat

4 saat

5 saat

masa tamat! jawapannya adalah/ialah

TUNGKU!!




percayalah kawan2..objek diatas ialah tungku..wayar tu berfungsi sebagai medium untuk menyalurkan tenaga elektrik kepada cecair yang berada di dalam beg yang berwarna oren tersebut..aku tak tipu nih..serius ni..ni adalah tungku..ala,,tungku yang biasa ibu2 lepas bersalin selalu guna untuk memecah lemak dalam badan..ni first time aku tengok tungku moden macam ni..sebelum2 ni,, tungku yang berasal dari batu..tak silap aku batu sungai orang guna sebab boleh memerangkap haba dalam tempoh yang panjang..batu tu dipanaskan diatas api sehingga amat2 la panas..nak tahu panas ke tak,,guna tangan je..tak payah guna termometer..kan tangan merupakan deria sensitiviti paling peka..hehe..pastu,,batu tersebut dibungkus dengan kain batik/kain pelekat or palekat (aku tak reti nak eja)..tungku la mana2 tempat yang harus ditungku..sungguh rumit kalau ikut cara tradi..

kalau ikut cara modern,,korang pergi je kedai yang menjual2 tungku2 ni..hulurkan aja not not ringgit malaysia..sudah pasti tungku tersebut menjadi milik anda..korang cuma perlu sambung kan saja soket ke plug yang berhampiran..tunggu selama 10 minit dan selepas tu bertungku la korang..aku dah bertungku dah..best wo! letak atas perut..letak atas peha..letak atas muka..letak atak kaki..nikmat tak terhingga..kita ni kan pelajar,,nak suruh bersenam tak ada masa,,beli je la tungku ni..masa study korang boleh sama2 bertungku..jimat masa..

10 minit boleh bertahan 10 jam
percaya tak?

p/s:
aku bukan pengedar mahupun pembekal
dan
aku pun tak tahu kedai mana yang jual tungku ni
aku pinjam yang mak sedara punya aja
pastu
aku promote kat sini.
harap maklum..

0 tindakbalas:

Post a Comment