Monday, March 22, 2010

Jawapannya adalah?

lemuni : maklumlah,,zaman dah modern.

teka teki
teka tekok
ular mati
hisap rokok

aku tak tau kenapa ular tu mati akibat hisap rokok..yelah,,aku mana pernah jumpa ular hisap rokok..kalau buaya hisap rokok aku pernah jumpa..yelah,,buaya darat gerenti punya hisap rokok..sebab tu kawan2,,lebih baik kita berkawan dengan buaya air dari buaya darat..buaya air kita memang boleh agak level bila ia nak baham kita..tapi buaya darat kawan2..ish ish ish..kita tak boleh agak kawan2..back to the topic,,dalam entry kali ini,,kita main teka teki ye..aku memang suka meneka-neki orang..tapi paling malas bila diteka-teki..aku malas nak pikir..orang bagi teka-teki kat aku,,aku mesti keluarkan soalan paling wajib : emm,,jawapan nanti tu munasabah ke tak?



gambar diatas merupakan objek apa kawan? ala,,kacang je jawapannya..angkat dua belah kening pun boleh jawab..jawapannya ialah bantal yang orang letak kat leher dalam kereta..apa punya teka teki la..bagi la objek yang pelik2 ke..hish!

oo,,nak objek yang pelik2 ye..meh sini aku tambah sesuatu yang pelik pada objek diatas..
tadaa!



pelik tak? ni masih objek diatas ye..cuma aku terbalikkannya sahaja..korang tengok ada benda hitam kan atas tu..apa plak benda hitam tu ye? jadinya,,adakah masih layak dipanggil bantal yang orang letak kat leher dalam kereta? ke bantal yang korang beli tu ada gak benda hitam ni?

okeh! petunjuk yang seterusnya..



aku rasa la,,korang pun dah makin pelik kan? tadi ada benda hitam je..sekarang ni siap ada tali panjang warna hitam lagi..pas tu plak,,tali panjang tu siap boleh cucuk kat benda hitam tu..ke belon objek diatas ni? kembung semacam je aku tengok..kot2 tali panjang warna hitam tu tiub nak salurkan nafas kita dalam objek diatas supaya kembung macam belon..ye dok?

seterusnya..



mana boleh tali panjang warna hitam tu tiub..ni siap boleh pasang kat plug..sah2 la tali panjang warna hitam tu wayar..wayar dalam bahasa mat slanga aka mat saleh ialah wire..benda ni mesti juga dipanggil wirenonless sebab boleh dilihat dengan mata kasar..

sebelum ke petunjuk terakhir dan takkan ada istilah last but not least sebab ni yang last and least..agak2 apakah objek diatas kawan? yang pasti bantal yang orang letak kat leher dalam kereta bukan jawapannya..sila pikir baik2..anda diberi masa selama 5 saat untuk mengemukan jawapan..tangan dibazer..

1 saat

2 saat

3 saat

4 saat

5 saat

masa tamat! jawapannya adalah/ialah

TUNGKU!!




percayalah kawan2..objek diatas ialah tungku..wayar tu berfungsi sebagai medium untuk menyalurkan tenaga elektrik kepada cecair yang berada di dalam beg yang berwarna oren tersebut..aku tak tipu nih..serius ni..ni adalah tungku..ala,,tungku yang biasa ibu2 lepas bersalin selalu guna untuk memecah lemak dalam badan..ni first time aku tengok tungku moden macam ni..sebelum2 ni,, tungku yang berasal dari batu..tak silap aku batu sungai orang guna sebab boleh memerangkap haba dalam tempoh yang panjang..batu tu dipanaskan diatas api sehingga amat2 la panas..nak tahu panas ke tak,,guna tangan je..tak payah guna termometer..kan tangan merupakan deria sensitiviti paling peka..hehe..pastu,,batu tersebut dibungkus dengan kain batik/kain pelekat or palekat (aku tak reti nak eja)..tungku la mana2 tempat yang harus ditungku..sungguh rumit kalau ikut cara tradi..

kalau ikut cara modern,,korang pergi je kedai yang menjual2 tungku2 ni..hulurkan aja not not ringgit malaysia..sudah pasti tungku tersebut menjadi milik anda..korang cuma perlu sambung kan saja soket ke plug yang berhampiran..tunggu selama 10 minit dan selepas tu bertungku la korang..aku dah bertungku dah..best wo! letak atas perut..letak atas peha..letak atas muka..letak atak kaki..nikmat tak terhingga..kita ni kan pelajar,,nak suruh bersenam tak ada masa,,beli je la tungku ni..masa study korang boleh sama2 bertungku..jimat masa..

10 minit boleh bertahan 10 jam
percaya tak?

p/s:
aku bukan pengedar mahupun pembekal
dan
aku pun tak tahu kedai mana yang jual tungku ni
aku pinjam yang mak sedara punya aja
pastu
aku promote kat sini.
harap maklum..

Sunday, March 21, 2010

Semoga selamat sampai disana..

lemuni : jom packing2 barang2..

france speaking..err bukan frankly speaking..mana2 je la..terus terang benderang aku cakap,,aku bukan jenis rajin bab2 kerja suri rumah ni..tapi disebabkan perkara penting,,aku memang kena rajin..memang pelik la tengok aku dok membanting tulang membuat kerja suri kalau tak terdesak melainkan yang terdesak sahaja..senang cerita : lemuni macam pahat..aku tak cakap korang pahat..tak baik tuju kepada sesiapa..baik tuju kepada diri..barulah sedar diri..huhu..aku memang takkan ambil gambar kalau sekadar kerja suri..sebab tak rajin..lagi sekali : TAK RAJIN..tapi kali ini,,aku merajinkan diri sebab ini bakal tinggal kenangan yang bakal aku kenang sepanjang hayat..

disebabkan aku ni anak sulung..kerja2 memanjat yang biasanya dibuat oleh anak lelaki mesti aku ambil alih..kotak2 yang berisi dengan macam segala,,ada yang ringan,,ada yang berat,,terpaksalah kuatkan kudrat dengan memanjat almari dengan bantuan kerusi..wah! teror betul panjat almari..biasalah,,kerja2 gini tak boleh control ayu..belasah je..ohoho..siapa yang control ayu,,memang aku akan gegar kerusi dari bawah,,wahahaha!



pandangan meluas sebahagian barang2 yang sudah disusun atur di beranda luar rumah menjadi landskap mini..ni baru sebahagian..sebahagian lagi menanti dalam rumah sebagai senarai menunggu..nak naik bus kita kena tunggu kan? macam tu gak dengan barang2,,beratur tu penting..itu lambang budi bahasa budaya kita..tolong promote untuk KEKKWA jap..



masa kemas2 stor semalam,,aku tak jumpa pun rumah hamster ni..macam mana plak umi boleh jumpa rumah hamster ni? *komfius*..setahu aku dalam rumah mana ada bela adik beradik tikus ni..rumah aku cuma ada ikan dengan burung je..takkan burung nak merasa homestay plak..takkan sampai sini konsep 1 malaysia guna pakai..hisy! tapikan,,cute gak kalau ada hamster dalam rumah tu..tiap2 pagi mesti ia berlari2 bersenaman dalam bulatan bulat yang berjenama ogawa..bila malam,,mesti ia panjat tangga menuju bilik tidur..ololo,,so chuwett dowh!

abah:
sarang ni nak wat balik gak ke? bagi kat orang je la..

umi:
tak yah la..simpan je dulu..mahal sarang tu..mane tau tua2 nanti kita bela hamster..

oo,,bela hamster nanti tua2 ye..bagus2,,boleh cucu2 abah umi main hamster..cucu2 orang lain balik kampung jumpa ayam lembu,,cucu2 abah umi jumpa ikan,,burung dan hamster..:)



ni plak benda yang aku tak tahu nama spesifiknya apa..aku panggil tempat basuh tangan je..kalau pergi kenduri,,aku malu2 nak cari paip..so,,aku guna je la tempat basuh tangan..ni salah satu kotak yang dalam senarai menunggu.."tiket nombor berapa dik?"..tak sangka betul,,banyak rupanya dalam rumah aku barang2 ni..penuh satu kotak..boleh la buat kenduri untuk aku nanti ni..tak payah pinjam dari qariah masjid..

"apesal umi beli banyak2 mende ni..bukan guna pun"

"dulu murah..tu sebab beli banyak2 terus..sekarang ni jangankan yang besi,,jenis plastik pun dah mahal"

"ooo"

bijak2 umi..perancang ekonomi..beli banyak2 masa zaman 90an..masuk alaf baru,,relax je..tak payah pikir nak beli dah..maknanya,,bila aku dah berkeluarga,,tak payah beli dah la..mesti jadi harta turun temurun,,hehe



ni bukan boling hokey! aku saja je susun macam susunan boling,,ni tupperware free..seyes ni aku cakap..tupperware free ni..maklumlah,,umi dulu penempah susu dutch lady paling tegar di sekolah..maklumlah cikgu koperasi..beli bukan setakat 2 3 pek..tapi berbundle2 kotak..apalagi,,apek tu bagi tupperware free la..boleh bagi2 sama rata dengan cikgu koperasi yang lain..satu kotak umi bawa balik..kotak tu aku isi dengan tempat basuh tangan (gambar tadi)..ni cuma sebahagian yang belum guna..yang lain2 dah guna dan dah hilang punca..tupperware free ni merupakan peristiwa masa aku sekolah rendah..

itulah yang sempat aku ambil gambar..banyak2 kang,,aku malas nak bercerita..ok kawan2..aku nak pergi menjamu selera..menu kami sekeluarga pada hari ini ialah

nasi putih (wajib ada)
ketam masak kari
ikan goreng
timun+mangga muda cicah budu
solok
jus sirap

selamat tengah hari dan selamat petang dan selamat malam kengkawan! ^_^

Pita detik yang baru bakal menyusul..huhu

lemuni : iz,,bawa moto hati2.

pagi tadi jumpa iz sekejap..sekejap je..beberapa saat nak ke beberapa minit..memadailah daripada tak jumpa langsung..iz singgah rumah kejap sebelum bertolak balik ipoh..kali ni aku tak tahu berapa lama plak berjauhan..dalam sebulan lebih kot..tak pelah..yang penting,,semalam sejam lebih habiskan masa bersama bersama iz dan tak lupa juga bersama cucum..kami bertiga date bersama..

"cum,,pukul 5 ye aku sampai umah ko..dah sampai aku call nanti"

macam biasalah janji melayu,,pukul 5 aku baru nak pergi saujana..tengah2 bawa kereta menuju ke saujana,, iz mesej kata dah sampai rumah cucum..mak aii,,awalnya..macam biasalah,,dah tau lambat,,aku call bagitau lambat "sikit"..tak ble bla ayat lambat "sikit"..padahal hampir 30 minit aku lambat..dalam hati aku "takpe2 lambat,,bagi la can dulu untuk iz date ngn cucum..mesti banyak diorg nak gosip tu"..menyedapkan hati nih..

sampai2 memang sah diorang tengah date..bagus2,,betul dan tepat penyedap hati aku..dari jauh aku lambai dalam kereta..malas nak masuk lorong rumah cucum..tak reti nak reverse kereta dalam lorong sempit lorong mati..maklumlah lesen P..mula2 aku ingat bila cucum bukak pintu kereta belakang,,ingatkan dia yang nak masuk..kali kedua aku pandang,,aik masa bila plak iz dah berada kat seat belakang..apalagi,,mulalah cucum buat muka..tengok ada orang potong trip dia..

"cucum,,ko tutup pintu ni untuk aku".. aku tau tu bukan permintaan tapi arahan dari iz..haha..ala2 cucum sayang,, meh duduk depan ngn aku..biar iz sorang2 duduk belakang..bab buli membuli ni memang tradisi sejak zaman bersama..kalau ada odan,,bukan cucum je,,dengan aku sekali kena buli..tapi aku dengan cucum tak kisah,,kalau tak kena buli,,rindu la..orang lain jangan berani buli kami berdua,,hanya dua ni yang boleh buli kami..kalau sampai ke pengetahuan dua ni kami dibuli,,nasib korang la..jangan salahkan kami ye..ni dah warning awal2..HAHA!

kitaorang lepak2 kat kedai berhampiran..malas nak pilih kfc..aku dengan cucum tak berapa minat walaupun minat nak ke kfc tu ada..pilih je warung2,,kedai2 makan kat jerantut ni..bukan nak makan sangat,,nak berkumpul,,nak berborak je..tapi satu aku pelik..pelik aku cucum je paham.."pesal tiap kali kita kua,,orang pandang kita.."..aah,,sejak dulu lagi aku perasan..aku rasa sebab group kita ada melayu dan india..boleh makan semeja..ketawa sama2...sebab tu kot..

semalam memang happy habiskan masa bertiga..kalau aku tau odan tak kerja semalam,,mesti dia pun join sekali..cukup korum,,makin havoc la..iz pun dah balik ipoh harini..lambat lagi la nak berkumpul ramai2..nampaknya,,aku sorang2 je la kat rumah tunggu sijiltunggupeminanganmasuk..opss! sijiltunggupanggilanumasuk la..sebab tu panggil STPM..cucum dah sibuk dengan kerja guru sementara..odan sentiasa sibuk yang aku sendiri tak tau apa yang disibuknya..iz lagi la sibuk kejar impian sebagai jurutera perkapalan..

bulan 5 atau 6 ni la kita berkumpul..sambut kejayaan masuk u sekali gus dengan reunion..ejat dah bersedia nak turun padang..aina pun sanggup turun jerantut..beres la gitu..yang lain,,aku guna kuasa iz dengan odan..siapa yang berani bantah bila aku dah guna kuasa veto? hehe..kita pakat ramai2 yer tengah tahun ni..masa tu ramai yang cuti sem,,so tak ada hal la..

iz,,
bawa motor hati2..
semoga selamat tiba didestinasi yang dituju..
love you!

Friday, March 19, 2010

Rutin wajib bila en iz cuti

lemuni : hari paling membahagiakan kami

dengan ini secara rasminya,,aku membubarkan pita detik dibawah..

Lilypie Angel and Memorial tickers

memang patut aku bubarkan pun..ye lah..dah dapat jumpa,,takkan nak kata masih tak berjumpa lagi..totally,, sangat2 gembira dapat luangkan masa bersama iz!!..sebulan lebih tak jumpa,,teramat rindu la..nasib baik la sepanjang tempoh tu kami berhubung melalui telefon..dapat berhubung melalui telefon sepanjang berjauhan aku terlalu bersyukur sangat2..dapat dengar suara,,dapat tengok muka,,terlalu gembira la..

korang jangan terkejut dari first day kami declare,,iz memang akan datang rumah..sebenarnya,,sebelum declare lagi iz dah datang rumah..tapi atas sebab2 tertentu je lah baru iz datang..pas declare,,memang rutin wajib iz datang rumah untuk berjumpa dengan aku..disebabkan pama aku pun dah kenal dengan iz sebelum kami declare lagi,,tak payah la aku nak cerita beria2 siapa iz..tinggal kat mana..anak siapa..umur berapa..belaja kat mana..

orang akan tanya aku,,tak risau ke percintaan jarak jauh..sorang di utara..sorang di timur..bagi aku senang je,,kalau kita ikhlas mencintai seseorang,,jarak bukan halangan..yang penting usaha kita untuk mengekalkan hubungan itu dan harus disertai dengan doa..ajal maut jodoh pertemuan ditangan tuhan..kalau dia betul milik kita,,lepaskan dia pergi jauh sebabnya jauh mana pun dia pergi,dia akan kembali sekirannya ditetapkan dia milik kita..walau sedekat mana pun dia dengan kita,,ditakdirkan dia bukan milik kita,,kita tetap akan kehilangan dia walaupun hanya didepan mata..

esok kita jumpa ye iz? luv u so much!

Jom berbicara tentang kereta..

lemuni : korang kalau make up kereta,,macam2 la

4 hari aku bermanja2 di kampung..4 hari juga lah aku terputus dengan dunia siber..tak rugi pun 4 hari terputus dengan dunia siber..boleh merehatkan mata,,telinga,,dan tangan..alhamdullilah,,semalam kami sekeluarga selamat tiba di jerantut selepas menempuh 6 jam perjalanan balik kampung..6 jam bagi aku biasa je..alah bisa tegal biasa kan..dari hari pertama aku dilahirkan aku dah belajar untuk travel selama 6 jam..bagi yang tak biasa,,memang la akan uwekk uwekk la..campur dengan jalan macam ular sawa,,naik turun bukit macam roller coster,,mencabar wei..yang tak tahan jalan jauh,,pastikan ambil pil tahan muntah ok!

perkara yang terjadi semalam,,

ololo..kiut miut tau benda yang aku jumpa ni..kereta warna pink..kereta kancil kan comel,,pastu kaler pink..aku memang tak boleh tengok kereta warna pink..aku mesti nak ketawa..serius aku cakap,,memang kelakar kereta warna pink..padanla syarikat kereta tak pernah keluarkan warna pink..cuba bayangkan toyota ke hyundai ke kia ke,,keluarkan kereta warna pink..ololo,,memang chumel bangat la sih..haha! warna pink dah satu hal,,kat bonet belakang ada sticker hello kitty..sah2 pemilik kereta ni peminat hello kitty..ayah aku cakap,,jom teka lelaki ke perempuan pemandu dia..sekali pemandu keluarkan tangan dia dari tingkap,,oh lelaki yang bawa..haha..ayah aku cakap,,tak salah kalau lelaki letak warna pink,,mungkinnnnnnnnnnn jiwa lembut..hehe..tu baru je kat belakang ada sticker hello kitty,,korang tak tengok lagi side tepi..PERGH! penuh sticker hello kitty.. siap tulis besar2 lagi HELLO KITTY..

terus terang la aku cakap,,tak salah la kalau barang lelaki terdiri dari warna pink..mana berdosa..korang je pandai2 kata warna pink hanya perempuan je boleh masuk..tapi tengok juga la kesesuaian warna tu..kalau warna pink trademark hello kitty,,memang tak boleh masuk la dengan orang lelaki..dalam pasaran sendiri,,banyak standard warna pink..kalau kena dengan gayanya,,memang mengancam la lelaki tu bila berpink..hati perempuan macam mana tak cair kalau dimatanya,,lelaki yang pandai bermain warna pink nampak so kacak lo..macam kes ni,, memang tak sesuai la kalau kereta warna pink,,tampal sticker hello kitty,,natijahnya,,pemiliknya orang lelaki..meh la kita positifkan diri,,mungkin kereta pink tu adik atau kakak atau tunang dia yang punya..dia cuma pinjam je..

yang fanatik dengan hello kitty satu hal,,ni plak yang fanatik dengan foggy..ish2,,habis satu kereta kaler hijau..nasib baik la tayar tak boleh kaler hijau..masih mengekalkan keaslian kehitaman tayar tu..korang tau ke tak foggy tu apa? kang sedap2 sebut,,habuk tarak paham foggy tu mende..foggy tu stand for frog..frog dalam bahasa kampungnya katak..ala,,katak yang ong ong gedek gedek..korang guna [e] pepet ye untuk pronounce g[e]d[e]k.. kereta foggy yang pernah aku jumpa penuh sticker foggy kat body kereta..sticker tu dari besaw gedabak hingga kecil sinonet semua ada..berapa la umat tu perabis duit untuk beli sticker sahaja..takkan la dia beli sticker rm 3.00 seplastik tu..yang aku bese tampal kat buku mewarna..sekali kena simbah dengan air paip,,maunya luntur..

tak cerita aksesori kat dalam lagi..macam2 patung foggy dok bergayut..kat depan kat belakang..sekali tengok macam kelawar tengah tidur di kesiangan hari pun ada..i wonder why lah,,kalau foggy tu dok bergayut penuh kat cermin belakang,,umat tu reverse kereta tengok foggy ke tengok kereta kat belakang..korang ni kan,,memang bahaya la kalau terlampau banyak menda2 yang bergayut kat cermin belakang..satu hal dah tu,,tak campur lagi dengan sticker foggy kat cermin belakang..ish korang ni,,kalau kemalangan,,bukannya foggy tolong pun..

haih,, kalau dah minat..kalau dah terlebih fanatik,,cantik dahulu baru keselamatan..sayangilah nyawa anda ok!

aku pun nak tunjuk kefanatikkan juga la..bila aku dah kereta nanti..body kereta warna putih,,stereng,,kusyen,,karpet,,semua menda alah dalam kereta la aku nk kaler dengan warna putih..pengecualian kepada tayar je la..masih mengekalkan keaslian warna kehitaman..tapi sport rim aku tak nak kaler silver..nak warna puith gak..warna putih sedondon satu kereta..luar dalam fully putih senang cerita..tiba saat meluncur atas persada perjalanan,,semua orang tengok..tanggapan orang?? aye tak mau tau! aku berani jamin 1001 per percent yang orang ramai takkan bagi negatif feedback punya kalau fully putih kereta aku nanti..nak tau kenapa? ni kereta yang bakal aku makeover satu hari nanti,,

front view: wokeh! body kereta menepati spesifikasi warna yang aku nak..tayar masih mengekalkan keaslian kehitaman..aku kena renovate sport rim je la..sebab aku nak warna putih..no problem,,small matter..

side view : mengancam sungguh bila park depan parking lot depan pasaraya ku bertentangan dengan TF value mart..bukan sekali orang pandang,,berkali2 orang pandang..siapa la pemilik kereta nih! anok sapo la ni deh?

dalam kereta plak..banyak ni kena renovate..yang warna hitam dengan cekelat tu automatik aku nak hantar ke klinik kereta suruh tukar ke warna putih..baru selari dengan apa yang aku impi dan war2kan..

bila meluncur di persada perjalanan..elegen! wow! kereta fully putih yang pertama di malaysia..ini dia 612 SCAGLIETTI yang bakal berpletkan C mengikut negeri pahang darul makmur..C berapa aku tak tau la..yang penting geran kereta atas nama aku la nanti..

amacam,,impian kereta kefanatikkan cik lemuni?? kalau korang boleh fanatik dengan hello kitty atau pun foggy..aku fanatik dengan kaler putih..fully putih ok!

Saturday, March 13, 2010

Oh,,hai..pagi semua..

lemuni : kejap lagi nak balik kampung

bangun2 semua!! matahari dah tegak atas kepala ni..tak baik tau bangun lambat2..(ayat tak bleh bla.)..aku bangun awal tau..sebab tu berani kejutkan korang..pukul 9+++ am aku bangun..ala,,awal la tu..kehkehkeh! semalam tak boleh tidur ma..segar bugar je mata..on9 sampai berembun..pastu umat mana tah pasang lagu soundtrack turbo..dup dup dup..berdetak hatiku..sakit telingaku..bunyi makin kuat apabila aku terlangkupkan kan telinga atas lantai..duppp! duppp! ayo,,aci tak boleh tidur la..tak tahu nak kacau siapa tengah2 pagi cenggini..

sebenarnya,,aku kena menaip sepantas yang mungkin ni..urgent tak urgent,,aktiviti menaip wajib dilakukan..nak ambil berkat untuk bercuti selama 4 hari..kalau tak ambil berkat on9 pagi ni,,angau meroyan la aku jawabnya kat kampung nanti..sihat tak blog aku tu ye?..mesti penuh spiderman buat sawang nanti?.yolah,,sekarang ni spiderman semua dah pencen..tiap2 pagi goyang kaki pekena kopi pekat kat hujung simpang taman ni..siap2 pekena kopi,,buat la aktiviti sesawang kat blog2 yang ditinggalkan..sian spiderman pencen..

jom sama2 wat senarai siap gempur!

baju LEMUNI?
siap!

telekung LEMUNI?
siap!

minyak wangi LEMUNI?
absolutely siap!

barang kemas LEMUNI?
ooyeah siap!

apa lagi kawan? saya tak ingat ni..hurmm ooye

charger kamera aka hp LEMUNI?
siap!

gosok baju LEMUNI?
tu mesti belum siap!

mandi LEMUNI?
lagi la belum siap! (yea! bucuk ag ni)

ok la nak out selama 4 hari..jangan rindu rinduan tau,,kejap je aku pergi..lepas 4 hari kita ketemu lagi..bagi la can kat aku dalam tempoh 4 hari ini untuk bermanja2 dengan datukanda,, nenda,, mak saudaraanda,, pak saudaraanda,, anak saudaraanda,, dan sepupu2anda..

before aku lupa..aku pun baru perasan hari ini,,dah genap2 sebulan aku tak berjumpa dengan iz..relaks la korang..sebulan tu dah biasa dah bagi aku..(erti rindu hanya iz yang tahu makna rindu)..boleh kira dengan jari berapa kali je aku boleh jumpa dalam setahun..alah bisa tegal biasa ok..kalau tempoh sebulan pun tak boleh survive,,macam mana nak survive berbulan2..kan iz kan? hehe..iallah kita date minggu depan ye? lepas ni,,sebulan lebih plak tak jumpa..

Lilypie Angel and Memorial tickers

HAPPY HOLIDAY kawan2! saya budak sekolah..so wajib la memanfaatkan masa bercuti..kepada yang banyak asement,,semoga berjaya menyiapkannya..GOOD LUCK!

tuai padi antara masak
esok jangan layu layuan
intai muni antara nampak
esok jangan rindu rinduan

anak cina pasang lukah
lukah dipasang ditepi perigi
intai muni antara nampak
kalau tak nampak
korang la yang merana

HAHAHA!

Friday, March 12, 2010

Sepetang bersama lemuni

lemuni : sok saya balik kampung..jangan rindu rinduan tau

so tak konsisten la mek ni..dalam hati meruap2 nak tulis surat cinta..bila dah sign terkebel2 depan skrin nak tulis apa..sorry guys..tersyok plak baca 1 blog ni sampai aku lupa yang aku sepatutnya tulis surat cinta yang bertajuk :

menemui kekanda yang kini berada di...

chicken cop! apa kes tetiba nak tulis surat cinta yang berbau bedak baby johsan..ni surat untuk para bloggers la..sorry guys..tune otak kala malam bulan mengambang akan lari sikit antenanya..tapi jangan risau,,aku dah adjust dengan skru yang baik punya..back to the topic yang sememangnya masih belum ada topik..hari ini dengan perasaan gembiranya 2 perkara telah terjadi..yang pertama : my daddy dah balik..hoorey!..yang kedua : aku dapat 2 pasang kain pasang..sekali lagi hoorey!!

topik yang pertama : apabila daddy lemuni balik,,apakah tindakannya?

cakap terus terang ni,,sebabnya member2 aku cakap, tak baik tau tipu..hari ini hari jumaat..nanti masuk neraka..dengan cakap betulnya,,aku tak tahu abah nak balik hari ini..dalam rumah ini semua orang tidak tahu yang aku tidak tahu abah nak balik hari ini..maknanya,,semua orang tahu dimana aku je tak tahu..aku sendiri pening tahu yang aku sendiri tidak tahu sebenarnya..bila umi cakap abah bertolak pukul 9 pagi tadi,,mulalah tercengang..awat tak habaq awl3? boleh la kemas2 rumah,,basuh akuarium,,mandikan burung,,upgrade rumah burung..baru la dapat pangkat anak mithali..tak lah kantoi yang sememangnya anaknya duduk rumah hanya on9 bagi memanfaatkan penggunaan streamyx yang mana kalau tak guna pasti membazir..ohohoh..[KAHKAHKAH!!:)]

ayat tak lah kantoi sememangnya telah diblacklist blueberry sebabnya aku memang terkantoi..sambut kepulangan ayahanda sendiri dari medan perantauan depan laptop je..tak hampar pun karpet merah ke,,pom pom girl ke,,sepinggan dua cucur badak ke..orang tua mesti cakap: biasalah,,budak2..dah nampak muka ayah sendiri,,takkan nak buat tak kenal plak..itu tanggang namanya..aku bukan tanggang tapi LEMUNI..nama manja MUNI..sebagai tanda hormat,,salam dan cium la..tak payah buat muka plastik la..tak peliknya cium ayah sendiri..datuk aku,,aku cium selamber je..bangga orang tua tu dapat cucu macam aku..HAHA!

topik yang kedua : 2 pasang kain pasang?

umi melambakan koleksi kain2 pasang yang sememangnya masih berbau kedai walaupun telah lama diperam dalam plastik..ni part aku paling suka.."umi nak bagi kain tu kat kakak ke"..hati ku ini sudah berkebun2 bunga mawar kembang mewangi sebab aku tau! aku kofem! mesti salah satu kain2 itu akan jadi hak milik kekal lemuni..tak payah sign agreement pertukaran hak milik..guna air liur pun masih sah.."berapa pasang ni kakak boleh amik?"..selfishness is very important some time..so,,aku perlu guna kuasa selfishness pada dan ketika ini,,untung2 dapat lebih dari sepasang..hehe

dan sememangnya kejayaan itu dalam gengaman,,bukan sepasang,,tapi dua pasang tau aku dapat..best!!! dapat kain je baru,,riang bagai nak rak dah..belum lagi jadi baju..berrak2 la riang aku..tapikan,,satu je problem sekarang,,puas aku duduk timbang tara..aku nak buat baju apa yer? bukan aku yang nak buat yang semaksudnya..maksud aku,,kain itu aku nak tempah buat baju apa yer? kalau aku reti menjahit,,boleh buat fesyen2 sikit..bukan la cik lemuni tak reti menjahit,,dia pernah belajar menjahit dahulu kala..dia memang reti menjahit..reti belajar menjahit tapi tak reti menjahit je..kang suruh buat mata lalat,,jadi mata gajah..suruh buat tikam belut..silap2 hari bulan,,jadi lompat tikam plak..tengoklah tidur malam ni kot2 dapat mimpi "hey lemuni,,buat la baju dot dot dot"..mana tau kan..baik aku tidur sekarang..nite guys!!

Thursday, March 11, 2010

Sepagian bersama lemuni

lemuni : dear diary

huuwarrr! sleeping beauty akhirnya dah wake up dari lenanya..amboi,,sedap tidur ea..tengok tak jam dah pukul berapa tu.."hmm,,pukul 8.30 am..ala,,masih awal ag"..masih awal ea,,cuba kalau 8.30 am kat kawasan kampung? "err,,kuren brani..nanti mak cik joyah,,mak cik senah wat gosip sbg sarapan pagi plak..huhu"..dah! dah! abaikan joyah ke senah ke kampung pagi bandar ke,,aku nak cerita diari pagi lemuni ni yang bertajuk "SEPAGIAN BERSAMA LEMUNI ahak!"

mula2 sekali,



say Morning kepada ikan2 abah..ko dan ko dan ko dan ko dan ko ko ko mesti cakap gini kan bila tengok aku : ooyeah!! anak tuan kita dah bangun la..dia mesti nak bagi kita sarapan ni..
ni plak anak tuan dia kata : mesti dah lapar dah ni kan..tu pasal mulut tercungap2..fishkies,,fishkies..
ha,,tengok tu,,pantang goncang makanan ikan yang aku panggil fishkies,,mesti tak tentu arah..lapar ea? makan tu sopan santun sikit..jangan gopoh2..tengok ni,,kan dah basah lantai..tak payah la berebut sampai berkocak air..huhu

kedua sekali



yes!! sarapan time! ikan2 dah kenyang..sekarang ni masa aku pulak nak sarapan..bukak2 tudung saji mak aji,,wow! ada pau..wow! ada nuget..sedap ni,,dah la banyak..tak payah nak sharing dengan ahli2 yang lain..sedap tau pau tu..aku buat kat kedai je..punya la mudah dan simple..nak buat senang je,,hulur je not not rm kat cashier..pastu bawa balik,,kukus..ooyo,,senang deh..ada plak nuget,,apa lagi cicah dengan sos cili dengan mayo la..codap codap..



aaa,,konyang den..banyak amat deh hambe maman..rasa sebu je perut ni..dengan segelas air teh tarik..teh tarik? masa bila plak menarik narik ni..uuuhh,,tak shuke shuke teh tarik..dengan segelas teh panas..err bukan teh o beang? teh o? whatever! dengan segelas air teh whatever bersama sarapan tadi,,aku telah mulakan pagi ini dengan lagu "we start early with tea whatever..we share our laugh together and bla bla bla"..perut sudah kenyang..hati sudah girang..siap untuk

ketiga sekali

sebenarnya,,aku terterjah satu adegan..jom la kita terjah..terjah,,terjah,,ooye ooye ooye



shunyi shungguh pagi ni..argh! bintang bulan pun tak shudi mempamerkan diri..shiapakah yang shudi menghulurkan shimpati kepada nashibku ini..agar da..pewitt! pewitt!



oit! shiapa plak yang ganggu kite layan shendu panggil2 gini..eh,,awak la..awak panggil kite ye..kite shuke la..awak teman kite ye..kite shunyi la..tak ada shape shape nak teman kite..kalau diam tu tanda shetuju la..shuke shangat tau!



awak..awak pergi mana..awak biarkan kite tunggu shorang2..sian kite shorang2..nape awak shelalu datang shenyap2..awak takut kat shape? pas tu plak,,kalau date pun shenyap2..kite tak nak macham ni..tengok ni,,duduk pun jauh dari kite..awak memang tak shayang kite..shedih kite gini..



anje!! oo,,ni keje anje ye..padan la lalin ajak anje pergi teman lalin pergi pesta buku cari makan kat sana anje tak nak gi..kat sini rupanya anje cari makan..woit! nape kacau anje lalin..dah tak ada anje lain ke ko nak kacau..anje baik diam! lalin tengah hot..sekarang ni perhitungan lalin dengan dia..giliran anje kejap lagi..lalin,,please,,jangan wat macam ni..malu burung2 lain tengok kita..

berbulu neutron2 aku dengar asmaradana ekor2 ni..aku terterjah masa yang tepat la..padan muka! siapa suruh curang murang..ha,,kan dah kantoi..nasib ekor la..buat masalah pandai2 settel ok..malas aku nak masuk campur hal ekor..baik aku panggil misai.."misai,,oo misai..mane plak sekor ni pergi..misai!"..malas nak layan semua..merajuk la gini..huhu

p/s: shusha nye bahasha burung ni..berbelit2 lidha syaya nak paham bahasha burung2 ni..

keempat sekali



"hish kacau orang nak tido je la..ikut die la nak merajuk..misai nak tidur..jangan kacau misai,,lemuni..sedap tol la tido waktu2 gini..yam yam yam"



muka misai yang mengantuk..habit aku yang sememangnya tak boleh tengok misai senang dan tenang..aku tau ko tunjuk muka bengang kan aku kacau ko tidur..kahkahkah! aku suka kacau ko..wei,,bangun la..dah tengah hari dah ni..



oo,,ko wat derk je dengan aku ye..tak pe2..aku tau la ko suka tidur kat celah2 pasu bunga kan sebab sejuk..cantik betul ko cari port..nanti aku suruh umi alih semua pasu2 bunga letak dalam rumah..baru ko tak boleh nak tidur..wahaha! jaga rumah tau,,aku nak keluar kejap..



misai! tidur lagi..aku keluar dah 1 jam..wei,,bangunla..ko ni jaga rumah ke rumah jaga ko..aku cakap bangun! eee,,ko ni kan! michai cayang buchuk2 intan payung delima,,bangunla cayang..dah chiang ni..ke chayang nak kena simbah dengan air paip..hehe..misai kucing jiran yang suka buat muka sombong dengan aku..suka mencapub masa date..haih,,tak paham aku..huhu

dear diary,,
the end..:)

Wednesday, March 10, 2010

miss you!! miss you!!

lemuni : miss daddy!

bila peluang terpampang di depan mata,,aku tak gunakan sebaik mungkin.haa,,padan muka lemuni ni..dulu buat derk je..angin puting beliung steady je..sekarang pantang dihembus sikit,,mula la nak mengadu..peluh pun tak menitik lagi,,aku dah standby nak mengadu..ah,,tak kisah! nak mengadu domba ke,,pili bomba ke,,tu aye punya pasal..selama ni aku tak mengadu cuma memegang jawatan sebagai pengkritik tegar..sekarang jiwa kapas,,tak boleh r jadi pengkritik tegar..kehkehkeh! serius r ni,,aku sedang mengalami perubahan horman jiwa kapas..kahkahkah!

pengaduan yang pertama mengadu pada ayahanda..

oh ayahanda,,dengar la rintihan naluri anakanda..hati anakanda sungguh walang di hari sinar mentari memayungi kuasanya..hanya pada ayahanda saja tempat hati anakanda mengadu..walang sungguh hati ini bila minyak motor hanya tinggal 1 lagi bar..apa yang harus dilakukan oleh anakanda,,ayahanda?

KAHKAHKAH!

mengadu pasal minyak motor?? tak pernah orang buat..maklumlah,,aku mana ada pengalaman mengadu..ni first trial la..mengadu la pasal minyak motor..apa lagi,,siap2 parking motor,,terus berkejar capai telefon..hati ini dah terlalu tidak sabar nak mengadu pada daddy yang berada di luar negeri..

"abah,,minyak moto yang abah isi minggu lepas dah tinggal 1 bar je ag..nak isi yg 95 atau 97?"

"amik yang 95..duit mintak kat umi"

siap2 mengadu,,aku pergi bersila tepi moto sambil menepuk2 exzo tanda sayang dalam geram.."ape sal ko xle bertahan lagi seminggu je ag..aku malas tol nak g shell..dah la seme mamat2 bangla..bahasa dah le broken.."..

pengaduan yang kedua pada kekanda..

[dengan muka ala2 sweet manja gitu].."tengok ni,,habis kulit adinda dah berbelang"..macam kulit zebra pun ada..kalau serata semua warna tak pe..ni tak,,kulit ni gelap..kulit ni cerah..paling lawak kaki la..macam pakai selipar je bila dalam rumah..boleh nampak dengan jelas corak kat selipar yang telah ditrasformasi di atas kulit sendiri..esok aku tau dah nak buat apa..cuaca panas tak boleh beri muka langsung..tak nak beralah sikit pun..ni aku nak beralah la ni,,malas nak buat keras kepala..esok sebelum keluar rumah,,lumurkan losyen kaki dan mulut ke serata tempat yang di yakni akan terkena sinar ultra UV..pakai kasut pussy in the boot.."ko nak g mana sebenarnya lemuni? kurang dari 1 jam je ko keluar padahal"..

pengaduan yang ketiga pada ayahanda semula..

"kakak sibuk sangat nak cakap ngn abah ni"

"hello abah.."

"kakak dah isi minyak motor?"

"belum lagi..malas nak kuar petang tadi..abah,,bila kete nak sampai ni..kakak tak tahan dah la nak bawa moto"

memang mengadu tahap dewa budak ni..bukan sekali dia mengadu,,sampai tiga kali mengadu dalam sehari..huhu..ok la tu..aku mengadu bukan cerita keburukan orang lain..aku mengadu tentang diri aku..maklumlah tak ada benda nak buat,,mengadu pun termasuk dalam job rutin juga la..ok la tu,,mengisi masa lapang dengan aktiviti pengaduan yang mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan..korang patut amalkan pengaduan yang macam ni..

malam tadi,,aku dengan umi buat idea kenakalan anak beranak..

"mcm mane klu kite suh abah wat fb..boleh chatting?"

"tak sedap la chat dlm fb..suh abah aktifkan ym la..pastu umi suh la abah beli laptop..bleh webcam..jimat bil tepon.."

kesannya,,my mummy called my daddy tell him about it..hehehe!

Monday, March 8, 2010

Lemuni so sleepy la..

lemuni : tidur itu best pada zahirnya

ayoyoyoyo..mengantuknya!! sah korang kata "banyak songeh budak ni..kate mengantuk tapi boleh plak berblogging"..serius punya mengantuk la ni..tu sebab aku berblogging dengan harapan kau kan muncul dalam tidur ku..eh silap..kan terbabas dah..dengan harapan mengantuk ku akan pergi jauh2..huhu..nak tidur! huhu..tapi sedih,,tak boleh tidur..

kalau aku tidur,,buatnye terbabas waktu..memang tak berasap la dapur jawabnya..dalam mamai kucing,,aku rasa la,,tadi umi suruh bakar ikan dengan buat sayur bayam..ye ke? pastu aku macam ada terdengar ubi dah siap rebus..nak buat apa plak dengan ubi tu..ni susah ni kalau terima maklumat dalam mamai2 kucing..

kalau aku tidur,,buatnye terbabas waktu..memang menangis la budak kecik tu kat sekolah jawapnya..huhu..wei la,,takkan aku nak pecut 120 km/j walaupun aku telah diikitiraf sebagai "konon the king la, sigh"..ceh! aku bawa kurang dari 60 km/j pun dah rasa nak melayang nyawa..kepada sesiapa yang pernah nak tunjuk kehandalan korang dengan mencilok aku sampai aku boleh putus nyawa sesaat,,sedikit pun aku tak tercabar ok..aku cuma boleh doakan "harap2 sempatla si polan si malaun tu bertaubat sebelum ajal menjengah"

tolong aku boleh tak? bukan aku selalu mintak tolong pun..ni je baru kali pertama..kalau aku tertidur dalam bahasa sulitnya,,aku memang nak tidur selepas ni..korang tolong miss call ke calling2 ke aku ke no ni yer..yang pakai maxis : 017-971***..yang pakai celcom plak : 019-917***..korang jangan hantar mesej dah la..10 mesej masuk belum tentu aku sedar..huhu

sign out

Monday, March 1, 2010

Oh bersamamu!!

lemuni : sedih+gembira

awak
saya sedih la
awak call la saya sekarang
pastu awak cakap

"awak masih sedih lagi ke?"

saya akan mengeyakan

"jangan sedih dah ye..ni untuk awak"



you are mathedehel
kuri mathedehel
tere mathedehel hei java java
hei hei

awak
mesti saya ketawa sampai keluar air mata
cepat la awak
call sekarang
saya nak macam tu
ada musang kuning hei java java depan saya

HAHAHA!!!tak boleh bayang kalau tetiba musang kuning muncul depan aku buat hei java java..tapi,,aku bukan anak DIGI..tok sah mimpi la muni oi nak musang kuning hei java java tu depan deme..

saya suka nasihat uncle bob..thank you so much!!..kepada para2 jejaka di luar sana,,meh baca ni sekejap..

"CARA2 NAK MENYATAKAN HASRAT HATI KEPADA ORANG TUA"

ni contoh ok..lemuni kata : HANYA CONTOH OK!! kalau muni cakap.."pergilah jumpe mak ayah saya"..tau kan apa maksudnya..bila nak menyatakan hasrat hati ingin menyunting bunga di taman larangan,,perkara yang penting adalah

waktu
ni veli veli veli important..waktu yang paling sesuai adalah pagi..korang agak2 la waktu pagi dari pukul berapa yang sesuai..takkan 6 pagi dah terpacak depan rumah bunga..nak tunjuk alim pergi sembahyang subuh dengan bakal mertua ke?

hasrat
ibu bapa zaman sekarang tak sama macam dulu..straight to the point..tak payah la berbunga2 bahasa..kalau berbunga bahasa sampai air teh pun boleh sejuk tapi hasrat hati tak sampai2 juga,,jawapannya gagal la nak menyunting bunga..nyatakan dengan yakin dan jujur..

lampu hijau
haa,,bila hati semua tertambat,,perkara baik buat apa nak dilengahkan..nak dirikan masjid mesti secepat yang mungkin..jangan main tarik tali ok..zaman main tarik tali hanya di padang sahaja..tapi secepat yang mungkin pun pastikan kewangan dah pasang cerucuk yang kukuh..kalau meminjam tapi sampai anak ke 7 masih tak habis bayar buat apa..

niat
ni paling penting diantara yang terpenting..kasih sampai ke syurga..elakkan perceraian..kurangkan kontroversi,,tingkatkan prestasi..

wokeh..tamat sudah motivasi lemuni malam ni..lemuni bukan nak kahwin lagi hokey..kang tak pasal2 korang ingat aku nak mendirikan masjid dalam jangka masa terdekat ni plak gara2 motivasi diatas..aku cuma copy and paste je apa yang orang tua cakap..kan uncle bob? selagi berbundle2 impian aku tak direalitikan,korang takkan terdengar pak kepak2 gebum2..pak kepak gebum2..mungkin terdengar juga kot..aku la salah seorang tukang kompang nanti..haha

SELAMAT MALAM SEMUA!!

Saturday, February 27, 2010

Bunga itu cantikla..

lemuni : nape baju kurung semua corak bunga??

"apasal la tiap kali org konvo,,mesti bagi bear..tak pun bagi bunga..tak ada mende len ke nak bagi"

yolah,,tu la yang aku selalu lihat tiap kali konvo..bagi bear yang besaw2 gedabak saiz maiznya..pastu plak,,dapat jambangan bunga yang so sweet la..dalam jambangan bunga tu ada plak bear kecil..lagi comel,,bear siap pakai baju konvo..memang chumil mumil la..tu tak kira lagi,,bunga tu made in tanah atau made in kilang..kalau made in tanah,,ololo,,cantik bangat sih harga..kalau yang made in kilang,,tak la cantik bangat sih harga,,tapi masih cantik dipandang la..adat orang konvo kot,,kena bagi bear atau bunga..tapi aku tak buat pun adat2 gitu..umi konvo mana ada aku bagi bear atau bunga..bagi bear pun,,alih2 dapat kat aku gak..haha..aku cuma kata "umi,,senyum2..nak tangkap gambar ni,,pastu umi blanje ye"..

"abis tu kakak nak pe kalau konvo? dah bear tak nak..bunga pun tak nak"

"emm,bagi la set pinggan mangkuk ke"

"hei,,tu hadiah orang kawen la..takkan nak angkut pinggan mangkuk masuk dewan konvo..pelik2 la kakak ni"

"ala,,kalau payah sgt,, bagi la cawan2 yang comel2 bentuk die..senang cite something yang boleh guna la"

aku ni pelik ke orang nya? ala,,aku tak minat la bunga2 ni..bukan la tak minat sampai membenci..tapi hanya minat dipandang sahaja..di ulangi SAHAJA!!..bunga kan,,mestilah cantik..fitrah perempuan mesti tertarik pada benda yang cantik..kalau aku dapat bunga,,beribu2 kali aku akan fikir,,nak buat apa dengan bunga ni..hiasan?? hmm,,ok la..tapi tahan berapa hari je la..kalau bunga hidup,,kejap je la hidup..pastu layu,,pastu gugur kelopak satu demi satu,,pastu aku campak masuk tong sampah..senang kan..kalau bunga plastik,,sebulan kemudian mesti lelabah buat rumah..ni yang penat ni..kena slalu cuci la plak..

"kalau iz bagi kakak bunga macam mane?"

"dah siap2 pesan awal2 dah,,jangan bagi hadiah bunga"

senang cerita jangan bagi bunga la..tapi bagi pokok bunga tak pe..benih bunga ke,,pasu bunga ke,,baja bunga ke,,lukisan bunga ke..baju corak bunga ke,,tudung berbunga ke,,semua tu tak pe..sebab kekal lama..

cucum,,zati,,sok pau odan kaw2 k!
HAHAHA

Friday, February 26, 2010

Terima kasih semua!! Ni semua jasa kalian :)

lemuni : alhamdulillah..

alhamdulillah..setinggi syukur kepadaNYA atas kecemerlangan dan kejayaan semalam..aku tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan gembira dengan keputusan semalam..tersangat gembira..bertambah2 gembira dengan kegembiraan abah dan umi..wajah2 gembira guru2 dan kawan2 yang menyambut kedatangan aku dengan cucum di sekolah.."wei odan,,dari jauh kami berdua dah nampak ko tersenyum depan bilik guru.".yes!! aku tahu,,keputusan ko cemerlang walaupun aku tak tahu lagi..terima kasih la bebanyak menyambut kedatangan kami berdua di depan bilik guru..haha..

perkara pertama sekali aku buat bila masuk bilik guru,,cari umi dulu..aik? tak ada?? hmm,,tak pelah..cikgu yang pertama sekali jumpa,, cikgu normah..bestnya tengok cikgu happy gile2..aku lagi la happy gile2..dapat pula peluk cium cikgu..borak memang kaw2 la..tak ingat yang aku berada dalam bilik guru..memang tak control suara ketawa antara aku, cikgu normah, cucum dan odan..korang ingat tak kalau dulu masuk bilik guru punya la ayu..sesopan yang boleh..bunyi tapak kasut lagila tak ada..cikgu 100 meter kat depan,,kita dah siap stand by nak bagi laluan..tapi semalam,,lupa yang kita dalam bilik guru..happy sangat tengok cikgu gembira..antara perbualan dan pergosipan dengan cikgu normah :

"nak masuk u mane nanti?"
"amik kos pe?"
"cikgu dah bace fb korang..ya allah budak2 ni,, memang kelakar la.."
"nanti cikgu belanje ye"

beralih pula kepada guru kelas,,cikgu hanizah..yea!! peluk cium lagi..seronok sangat tengok cikgu gembira.."kan cikgu dah kate,,kalau ade usaha,,takkan ke mane..sekarang ni hasilnya..cikgu bangga.."..semasa berborak dengan cikgu hanizah,,cikgu hamizar dengan cikgu normah datang join sekejap..ya Allah,,bahagia sungguh tengok muka bahagia cikgu2..

cikgu hanizah :
cube tengok tu (merujuk kpd odan) bizi beno die arini..tak abis2 time panggilan telefon..

aku & cucum :
HAHAHAHA

sebelum beralih ke miss pang,,singgah sekejap di meja cikgu hamizar untuk ucap terima kasih.."cikgu tengok makin kurus je ni..umi kate masak kat rumah..makan ke tak ni? ke amik bau je"..err,,amik bau pun ye,,makan pun ye..belum rezeki lagi la cikgu nak tambah berat plus plus..haha..

"nampak gayenye,,cucum kena belanja cikgu ni..bukan cikgu yang belanja"

"tak pe cikgu,,nanti cucum dah kaye,,die mesti belanja cikgu"

jumpa miss pang,,kali pertama tengok miss pang senyum secara personal kepada pelajar2nya..happy happy!!..yolah,,aku sedikit..err,,sedikit ke sebanyak takut aku kat miss pang?? abaikan,,yang penting,,miss pang senyum secara personal..


masuk bilik cikgu din,,tak sempat nak berbual panjang..masuk cuma sempat ambil slip je..yelah,,takkan nak wat traffic jam plak dalam bilik tu..ramai lagi nak masuk..tak dapat bercakap banyak tak pelah..yang penting sempat ucap terima kasih pada cikgu dan cikgu jihan yang turut berada di situ juga..

hmm,aku tak jumpa lagi cikgu aliza,,mr tai,,dan cikgu khazmah..iallah,,isnin ni aku pergi cari mereka..sebelum balik sambil tunggu cucum pergi mereload,,hehe,,pe lagi,,calling2 cik abang la..dah seharian dah iz tunggu aku call..tapi sampai tengah hari aku masih tak call.."nurul sibuk menawaf 1 sekolah dengan cucum la iz,,tu yang lambat sikit"..err,,lambat sikit ke lambat banyak lemuni oi?? rasanya lambat banyak..hehe..dengar suara iz yang terlalu happy,,berganda2 kegembiraan aku..



cenderahati untuk semua calon stpm 2009..terima kasih cikgu!

lemuni tujukan ni khas kepada my buddies yang berjaya dengan cemerlang :

TAHNIAH!!

cucum
izzati
odan

Wednesday, February 24, 2010

Doa kami adalah sama..Harapan kami juga sama

lemuni : aku dah ready aku g la..huhu

aku tetap gembira bila buka paip,,laju je air yang keluar
walaupun hati tengah gundah gulana..


aku tetap bahagia bila berbual dengan iz
walaupun hati tengah risau..


aku tetap berbual riang dengan keluarga
walaupun hati aku dah bercampur baur

aku tetap mempositifkan my buddy
walaupun hati sendiri ke negatif..


aku tetap ketawa
walaupun hati dah banjir bila my buddy positifkan aku..


aku tetap tenang melayari blog
walaupun kadang2 fikiran curi2 kerisauan..


cucum :
aku asik mimpi bukan2 je skang..sampai cg hamizar pun masuk dlm mmpi aku

odan :
em ak nie da x lalu nk mkn da..haha..ak ketar gle nie

lemuni :
aku siap cg din ngn cg normah masuk dlm mmpi aku ag..huhu

izzati,, bagaimana dengan ko?? kami bertiga dah sampai ke tahap ni..huhu

aku tetap tersenyum menulis entry ni
walaupun tangan aku dah terketar dengan sendiri..


dan yang pasti,,
aku tetap menjalani kehidupan hari ini seperti biasa
walaupun esok merubah segalanya..

serta,,
doa dan tawakal adalah kunci paling penting dalam tempoh ini..

kalau esok aku tak jumpa dengan korang,,aku akan aturkan satu perjumpaan antara kita dalam waktu yang terdekat ni..zati ngn cucum harap dapat hadir k..odan siap bagi warning dah..kalau korang tak datang,,dia malas dah nak jumpa..sian abg odan..ko jgn marah aku odan,,aku cuma menyampaikan amanat ko je.haha..

aku doakan yang terbaik buat kita berempat..semoga kejayaan dan kecemerlangan menanti kita esok..AMIN.

Monday, February 22, 2010

Warkah berbau ubat..harumnyer!!

lemuni : orang sakit berbicara ikut gaya penulisan orang sakit

minggu super ring aka suffer ring aka ring ring tone..dimulakan dengan sakit mata dahulu..huhu..haih,,tak habis2 sakit mata ni..virus apa la yang suka sangat berumah kat mata aku ni..pergilah jauh2 virus2 jahat..rasa nak tercabut biji mata setiap kali baring dan sujud..pergi klinik,,mesti doktor bagi la ayat2 cinta kat aku..ni yang wat aku tak tahan.."tak sembuh jugak,,kite kena wat pembedahan"..dah lali diri lemuni dengar ayat "pembedahan"..



mak aii!! banyak nya ubat..20 biji kesemuanya...tak payah makan menda lain dah la gini..makan ubat pun dah kenyang

dah la tengah sakit mata,,datang plak penyakit pening kepala sejak pulang dari kenduri kahwin..orang lain gembira perut kenyang,,aku plak azab terlantar atas katil tak boleh nak bangun..



teman setia sejak 2 malam berturut2..memang kaw la pakai minyak cap kapak..berangin je kepala..bukan berhangin yang keluar tanduk dua atas kepala tu..rasa cool je kepala..bau pun sedap..nasib baik tak boleh minum je..

dan hari ini plak,,hidung plak gatal2..ni yang aku malas nak keluar rumah sangat2 ni..biarlah jadi katak bawah tempurung tapi tempurung bocor..bak kata don "aku kan katak bwh tempurung,,cume,,tempurung aku bocor..tu yg bleh dpt signal dr measat 1 dan measat 2"..haha..palagi,,bila kegatalan menjelma,,upacara tenyeh menenyeh hidung dilakukan la..ooyeah!!tenyeh sampai jadi hidung badut..huhu

bila didatangi penyakit,,aku tahu,,kita tak boleh marah walaupun nak marah sebab rasa menyusahkan..tu tandanya ujian daripadaNYA..semasa sihat,,sentiasalah mensyukuri nikmatNYA..nanti dah sakit macam lemuni,,kena banyakkan bersabar dan berdoa..

wokeh,,masa untuk telan ubat dan tidur..hmm,,ada sesiapa tak,, nak wakilkan aku pergi sekolah nanti? huhu

hadui,,semalam dah keletung2 bunyi meriam buluh..menganggu aku nak tidur..ni bunyi naga plak..huhu

Friday, February 12, 2010

Fuyoo

lemuni : adam2 semua,,pergi jumaat ok

salam jumaat semua..mengikut kalender masihi,,hari ini ialah 28 safar bersamaan 1431 masihi..mengikut kalender hijrah pula,,hari ini ialah 12 february 2010..mengikut kalender lemuni plak,,hari ini ialah hari bertemu pelanggan..eh silap..hari bertemu cik abang yang bukan abang kandung dimana lain mak dan lain ayah..mengikut kalender cina plak,,ini tahun rimau..ngaum..manyak kasik ong punye..mengikut kalender mat salleh,, the month of the heaven for all the couple..valentine day time!!

sebelum couple2 nak sambut valentine day,,meh jumpa aku dulu..aku ada banyak tips kaw2 punya..sure akan jadi ingatan sepanjang zaman..tak kisahla lelaki ke perempuan,,tak payah malu2,,tak payah segan2..aku ada banyak masa kosong..cakap je nak jumpa bila..yang lelaki tak payah risau sebab biji mata anda tidak akan lebam..tu jaminan aku..

aku akan uji setiap pasangan yang berhasrat nak sambut valentine..aku minta korang goreng ikan je.."ape barang goreng ikan"..mesti korang cakap gitu..memang la tak high standard goreng ikan..kalau setakat goreng yang cikai2 tu,,aku takkan suruh korang la..aku bagi yang out of the word punya goreng2 ni..sebelum tu baca dulu peraturan :

peraturan pertama :
tidak dibenarkan memakai sebarang perisai..tak kisah la perisai tu tudung periuk ke,,tudung mak aji je..apa2 perisai diharamkan..

peraturan kedua :
hanya dibenarkan memakai senduk yang pendek sahaja kepanjangannya..aku tau la kat kedai tu semua jual yang panjang2..apa susah,,balik umah bengkokkan la sedikit supaya pendek..panjang senduk yang dibenarkan hanya 15cm SAHAJA!!

peraturan ketiga :
jarak dari kuali hanya setengah depa SAHAJA!! sebarang pergerakan seperti mengelak dari sesuatu diharamkan..

ini yang paling penting..ikan itu telah siap disiang..cuma tinggal nak goreng je..NO NO NO!!!!..apa barang aku bagi jenis paling simple..ikan tu dah rebus dengan air garam dan asam keping..tugas korang,,ikan rebus tu digoreng selepas minyak mencapai takat didih 100 darjah celcius..

ikan rebus,,senduk pendek,,jarak hanya setengah depa,,tak ada perisai,,tak boleh mengelak,,agak2 minyak yang meletup atau korang yang meletup?? siapa yang boleh bertahan,,dialah pemenang dan layak untuk valentine day..

p/s:
kepada si pemenang,,agak2 la kan,, masih nak celebrate ke valentine kalau wajah dan tangan macam chicken pox??..aauuww

HAHAHA..kaw tak tips dari lemuni?? memang best kan..lagi best kalau yang tak pernah goreng ikan rebus..memang keri aku nak gelak..macam break dance nanti..auw aduss adoi..yang dah mahir pun kadang2 meletup gak bila minyak meletup..senang cerita,,tak payah la nak sambut valentine..haih,,kesian betul la kalau nak sambut gak..dah la setahun sekali je..kegersangan la jawabnya nak tunggu bulan 2..lebih baik buat valentine sendiri,,sebulan sekali ke..tak pun,,tiap2 kali keluar,,anggap macam valentine pun dah ok..jimat duit,,jimat masa..

sebelum aku nak g sembahyang jumaat (sembahyang kat rumah je la),,mahir2kan lah diri dengan kerja umah..aku tak tujukan kepada sesiapa..aku sendiri pun tergolong dalam golongan ini..so,,mahir2kan lah buat kerja rumah ye lemuni..jangan sampai goreng ikan rebus pun ko melompat..huhu

aku memang niat nak mendajalkan valentine korang..hahahaha

Wednesday, February 10, 2010

Harap2 semuanya elok2 sahaja..

lemuni : hadoi!!



oh lalalala..sedap betul makanan diatas..apa ek nama binatang ni..mestilah spesis binatang..takkan serangga..eh,,tapi kalau panggil spesis ikan pun boleh gak..ikan tinggal dalam air..ia pun tinggal dalam air..masalah satu je..hish budak ni,,dari semalam,,tak habis2 masalah..suka sangat dia dengan masalah.."yeke??xla,,aku lebih suke sbb iz nak balik"..masalahnya ialah,,apakah nama ia? yang penting bukan kerang..mungkin kepah?? tiram?? tijoh (err,,aku tak tau nama standard sebab orang kelantan panggil gitu)?? atau mungkin ke remis??

tapi sedih!! mula2 buka periuk,,lahir satu perasaan kepelikkan..apasal banyak je..macam tak ada yang makan lagi..abaikan,,yang penting,,masa untuk makan!! suapan yang pertama,,eee,,apasal rasa lain macam ni?? oooo,,abaikan...suapan kedua,,masih rasa lain macam ni??..penyakit perangai makhluk dilaknat tuhan telah menerjah: WAS WAS..ni bukan was yang bahasa bi tu..is are was were tu.. tapi perasaan was-was..dengan mulut mengunyah nasi,,berlari jumpa bonda tersayang,,

"umi,,nak makan gini je ke?"

"yelah,,nak makan mcm mane ag"

"maksud kakak,,yang dlm periuk,,yg saiz kecik2 tu makan gitu je ke?"

"eh,,yang tu tak masak ag..umi cuma rebus je nak bagi ilang bau hanyir..esok baru nak masak.."

"ha!!"

Ya Allah!! rasa lain macam tu rasa hanyir..ha,,sudah la..kalau malam ni keracunan makanan,,eh,,gerun sangat perkataan tu..bahasa paling sopan : kalau malam ni sakit perut,,aku tahulah sebab apa..tu la..masa umi awok tengah masak,,awok sedap2 menikmati kesedapan tidur waktu siang..masa orang lain tengah makan,,awok baru bangun dari tidur..tu la akibatnya,,mana yang patut makan dan mana yang tak berapa patut nak makan awok tak tahu..nasib awok la muni oi kalau malam ni tak boleh nak tidur..huhuhuhuhuhuhuhuhu

Tuesday, February 9, 2010

Klu diucap selamat tinggal,,akan bertemu kah lagi?

lemuni : selamat malam semua!! tidur baik2 tau..

kadang2 aku kena setuju sesetengah fakta yang mengatakan women are complicated..tak semua tapi sesetengah sahaja..sebabnya,,aku rasa aku sendiri complicated..terutama melibatkan hal2 seharian..masalah yang aku selalu pikir2 ni mesti bagi umat lain "alah..take easy la..wat per nak serabut alam"..aku bukan type serabut alam..aku akan pastikan alam ni kemas susunan nya..baru dipanggil kemas alam..masalah aku sekarang ni "klu diucap selamat tinggal,,akan bertemu kah lagi".. Ya Allah,,complicatednya budak ni..takkanlah mentang2 tak ada kerja,,ko jadikan masalah sebagai kerja..haih.."ape la yang budak ni nak ckp..tak paham langsung"..memang la tak paham lagi..tu baru intro baru..ok,,masalahnya..."lemuni!!! stright to the point..anda telah memutar belitkan pemikiran bloggers"..ok...ok..ok..aku nak cakapla la ni..masalahnya adalah,,seperti di bawah.......



masalah kan..apa la yang cik lemuni ni simpan sebenarnya dalam almari ni..aku tengok,,banyak kertas2,,buku2,,dengan fail2 sahaja..ish ish ish..padat dan ketat almari ni budak ni isi segala macam segala..kan aku dah cakap..ni masalahnya..semua ni dah berusia tahunan tahun..nak buang sayang dowh..tapi sebelum tu,, korang perasan tak,, kemas alam kan budak lemuni ni susun harta karun dia..tak ada sesiapa boleh cakap aku serabut alam..almari pakaian pun aku isi dengan buku2..tapi tak adalah gambar..malu2 kucing la nak tunjuk..mana ada orang isi buku dalam almari pakaian..aku je wat gitu..

tanpa bukti mesti korang tak percaya kan statement yang mengatakan harta karun ni berusia tahunan tahun,,penat lelah aku selongkar..berdebu,,berhabuk,,terbatuk-batuk..ni hasilnya...



buku yang cover warna biru itu,,telah dibeli pada tahun 1981..korang congak2 la..dah berapa tahun aku simpan.."pungkor!! ko tak lahir lagi masa tu".."ooo,,ye ke? abis macam mane aku bleh simpan??*konfius*"..buku yang cover warna hijau tu dibeli pada tahun 2008..apa yang menariknya,,sebenarnya kedua-dua buku ni sama je isi kandungan dalam..dikarang oleh pengarang yang sama..bezanya cuma,, yang berwarna biru ialah cetakan kedua manakala yang berwarna hijau ialah cetakan ketiga..cetakan pertama mungkin zaman datuk nenek aku kot..



sian betul kotak diatas..aku kena balut dengan seletop berwarna merah..haih,,maklumlah,,dah season in the sun..ni hadiah dari pamaku masa aku tadika..sekarang kita guna mesin masa doremon untuk putar masa ke belakang "ayuh emon!! putar masa ke zaman tadika aku..yihaa!!"..waktu dapat ni,,aku dalam kereta..masa tu dah maghrib..barang2 lain taknak angkut masuk rumah..bawa masuk yang ini je..dengan rambut tocang 2,, blouse paras lutut,,selipar ada loceng kat dalam tapak,,terkedek2 masuk rumah peluk stencil art ni (okeh,,aku tipu pasal pemakaian aku..haha)



ni yang aku kurang mengerti..sungguh tidak mengerti..kalender tahun 2003 aku masih simpan..kalau aku simpan kalender tahun 1957,,ada gak la alasan konkrit..mungkin sebab yang boleh aku jadikan alasan ialah gambar2 dalam kalender ni kot..ni view depan jer..aku malas nak tunjuk gambar2 dalam setiap bulan..dari bulan januari sampai bulan disember,,semua gambar buluh..jangan ditanya mengapa simpan gambar buluh ok! mungkin sebab buluh akan jadi tema hari bersejarah aku kot.."tadi kate jangan tanya,,tapi ko sendiri jawab soklan sendiri..hish budak ni.."

kesimpulannya,,kalau di ucap selamat tinggal,,akan bertemu kah lagi?? take a note: "patah tumbuh,,hilang berganti"..walaupun yang patah dan hilang ada pengganti,,namun akan terdapat perbezaan yang ketara..si patah si tumbuh tak sama dengan si ganti..naik tengah2 malam,,mulalah nak merepak.."dah muni,,stop! stop! stop!.makin lame ko muraikan tangan,,makin kerapu kerepak..g manja2 ok?"

pssstt:
en iz bertolak balik khamis ni..doakan en iz selamat tiba ye..