Wednesday, December 30, 2009

Family Day

lemuni : dah peram lama2 peristiwa ni

tarikh : 13 DISEMBER 2009
tempat : SUNGAI TEKAM RESORT

siap2 sembahyang asar,,keluarga aku bergegas ke tekam untuk menghadiri aktiviti tahunan tempat abah bekerja..sampai2,,terus ke buat pendaftaran..dapatla sebuah (betul ke penjodoh bilangan ni?) beg bimbit..nak tunggu pukul 8 lambat lagi..adik2 yang lain sibuk nak mandi kolam..no way! pendekatan yang paling baik,,

"kita pusing2 resort ni sambil jalan kaki.klu bawak kete,,jauh plak kena parking nanti"

suasana lewat petang,,



dah acara tahunan,,kereta TM mestilah ada..



pandangan depan FELDA RESIDENCE TEKAM (best tol klu dapat menginap)..



pandangan tepi..sekali tengok bangunan silinder ni,,aku teringat satu cerita korea (tajuk dah lupe weh)..si hero mainkan piano untuk si heroin..bapaknye romantik




3 FEBRUARI 1972..berapalah umur mak ayah kita masa ni?




kebetulan ada pameran arkeologi..ni tengkorak betul yang dijumpai di Gua Kota Gelanggi

"umi,,nanti kita wat plan masuk gua nak? bukan mahal pun bayaran..amik yang package punya"

"hish,,kita yang dah tua diajak masuk gua..bila kakak dah besar,,g la ngan orang lain"

hahaha

akhirnya,,



tepat pukul 8,,acara dimulakan dengan ketibaan tetamu yang disertai dengan alunan lagu..sambil makan malam semua staf dihiburkan dengan acara nyanyian (best la kot..tiap kali korus aku msti tersedak..pembesar suara kat tepi aku..hampeh!)yang diselang seli dengan cabutan bertuah (igatkan dptla voucher percutian)..disebabkan terlalu merdu nyanyian yang disampaikan,,aku terus angkat kaki pergi main air kolam (sense of music tak berapa nak ada) sedap tol sebab tak dibawah pengawasan sesiapa..suasana gambar dikolam renang tak ada..tak baik amik gambar orang mandi..haha

dengan nombor 112,,keluarga aku berjaya sapu dua biji hamper..ok la tu (padahal semua staf dpt hamper walaupun dipanggil cabutan bertuah).. dah la dah pukul 11.00 malam dah ni..baik aku suruh abah balik sekarang..bukan dekat tekam dengan jerantut (dekat jer padahal.)..doakan perjalanan kami sekeluarga dibawah perlindungan-NYA.


2 tindakbalas:

Ahmad Faiz said...

haha, yeke tak baik ambik gamba orang mandi?

Lemuni said...

yelakot,,
sbb xamik gambar tu..
klu duk hollywood bru leh amik..
hehe

Post a Comment